Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

NEUROLINGUISTIK (PM. DR. S. VIJAYALETCHUMY)

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "NEUROLINGUISTIK (PM. DR. S. VIJAYALETCHUMY)"— Transcript presentasi:

1 NEUROLINGUISTIK (PM. DR. S. VIJAYALETCHUMY)
M11 NEUROLIGUISTIK BBM5401 MINGGU 11 NEUROLINGUISTIK (PM. DR. S. VIJAYALETCHUMY)

2 M11 NEUROLIGUISTIK BBM5401 PENDAHULUAN Neurolinguistik ialah satu bidang yang mengkaji hubungan antara bahasa dengan otak serta sistem saraf manusia, atau pengkajian terhadap struktur otak yang dimiliki oleh seseorang untuk memproses bahasa. Tujuan pengetahuan neurolinguistik untuk memahami struktur bahasa, yang dirujuk kepada otak dan struktur otak yang berkaitan dengan bahasa. Roman Jakobson ( ) dianggap sebagai pakar linguistik yang memainkan peranan besar dalam meletakkan dasar pengetahuan neurolinguistik.

3 Anatomi sistem saraf Fungsi setiap serebrum
M11 NEUROLIGUISTIK BBM5401 Anatomi sistem saraf Fungsi setiap serebrum KAEDAH PENYELIDIKAN BIDANG NEUROLINGUISTIK Aspek yang berkaitan Gangguan otak bahasa dengan otak

4 M11 NEUROLIGUISTIK BBM5401 STRUKTUR OTAK KORTEKS SEREBRUM

5 Korteks serebrum terdiri drpd dua hemisfera:
M11 NEUROLIGUISTIK BBM5401 KORTEKS SEREBRUM Bahagian teratas otak,struktur otak yang terbesar, setebal tiga milimeter, mengandungi 70% neuron dalam sistem saraf pusat. Korteks serebrum terdiri drpd dua hemisfera: Pada tahun 1981, seorang ahli biopsikologi iaitu Roger Sperry telah dapat membuktikan bahawa hemisfera kiri dan kanan otak mempunyai fungsi yang berbeza-beza. HEMISFERA KIRI OTAK HEMISFERA KANAN OTAK

6 Terletaknya fakulti bahasa
M11 NEUROLIGUISTIK BBM5401 HEMISFERA OTAK KIRI Terletaknya fakulti bahasa Berperanan sebagai pemantau kemampuan tatabahasa seseorang (bercakap, mengerti percakapan orang lain, menamakan benda, mengulangkan sesuatu, membaca dan menulis). Menyelaraskan susunan pergerakan kompleks seperti yang diperlukan dalam ucapan. Secara spesifik, kawasan di hemisfera otak kiri yang terlibat dalam aktiviti bahasa adalah di lobus frontal (broca) dan lobus temporal (wernicke). Broca : terletak di lobus frontal hemisfera otak kiri ialah daerah yang bertanggungjawab dalam menjalankan aktiviti pertuturan. : kawasan broca mengawal program motor untuk menyelaraskan pergerakan mulut kepada pengucapan yang boleh difahami.

7 M11 NEUROLIGUISTIK BBM5401 sambungan… Wernicke : terletak di lobus temporal hemisfera otak kiri ialah daerah yang berfungsi membantu seseorang memahami bahasa. : bahasa auditori dan penglihatan dibentuk di kawasan deria dan sekutu masing-masing, dan bertemu pada kawasan wernike yang membolehkan persepsi bahasa tersebut dikenali sebagai bahasa pertuturan dan penulisan.

8 M11 NEUROLIGUISTIK BBM5401 HEMISFERA OTAK KANAN Berkemampuan menggunakan bahasa dengan baik (memberi intonasi, menekan nada kalimat yang diucapkan, melakukan gerakan isyarat tubuh, tangan dan muka) supaya teman bicara dapat memahami isi fikiran dan perasaan yang ingin dikomunikasikan dengan lebih mendalam. Otak kanan cenderung untuk pengkhususan dalam matapelajaran seperti kewartawanan, kesenian dan komunikasi oral.

9 M11 NEUROLIGUISTIK BBM5401 GANGGUAN OTAK Norman Geschwind iaitu seorang ahli neurologi yang menumpukan perhatian terhadap gangguan bahasa. Gangguan bahasa terjadi apabila berlaku kecederaan atau kerosakkan pada otak. Gangguan bahasa yang disebabkan oleh gangguan pada hemisfera otak, baik sebelah kiri ataupun kanan, disebut sebagai afasia.

10 Seseorang itu tidak mampu menggunakan tatabahasa dengan betul.
M11 NEUROLIGUISTIK BBM5401 GANGGUAN OTAK KIRI Seseorang itu tidak mampu menggunakan tatabahasa dengan betul. “Pesakit dapat menyebut perkataan patah demi patah dan menyanyi lagu tanpa sebarang kesulitan tetapi tidak dapat bercakap dengan menggunakan tatabahasa yang betul,” (Pierre Paul Broca). Pertuturannya menjadi kacau tanpa susunan dan kaedah linguistik dengan betul. Berkemungkinan tidak lagi memahami pertuturan orang lain dan tidak boleh membaca serta menulis. GANGGUAN OTAK KANAN Penggunaan bahasa secara sebarangan sehingga seseorang itu tidak mempunyai sopan santun berbahasa (kesukaran dalam pengucapan bahasa).

11 AHLI NEUROLOGI (KAJIAN BAHASA DENGAN OTAK)
M11 NEUROLIGUISTIK BBM5401 AHLI NEUROLOGI (KAJIAN BAHASA DENGAN OTAK) AHLI NEUROLOGI PERANCIS, PIERRE PAUL BROCA. AHLI NEUROLOGI GERMAN, CARL WERNICKE

12 M11 NEUROLIGUISTIK BBM5401 KESIMPULAN Hemisfera otak kiri dianggap lebih dominan berbanding hemisfera otak kanan dalam proses aktiviti yang mempunyai kaitan dengan bahasa. Kerosakan otak memberi kesan terhadap sesuatu bahasa, ekspresi dan kefahaman.


Download ppt "NEUROLINGUISTIK (PM. DR. S. VIJAYALETCHUMY)"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google