Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

الفقه المنهجي على مذهب الإمام الشافعي كتاب البيوع

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "الفقه المنهجي على مذهب الإمام الشافعي كتاب البيوع"— Transcript presentasi:

1 الفقه المنهجي على مذهب الإمام الشافعي كتاب البيوع

2 RIBA DEFINISI RIBA Dari segi bahasa : Bertambah
Dari segi syara’: Akad pertukaran barangan tertentu tetapi pada ketika akad dimeterai, pertukaran ini tidak diketahui kesamaannya menurut ukuran syarak ataupun penyerahan salah satu atau kedua-dua barangan tersebut dilewatkan

3 DALIL PENGHARAMAN RIBA
يمحق الله الربوا و يربي الصدقت و الله لا يحب كل كفار أثيم Firman Allah s.w.t “ Allah merugikan Riba dan menguntungkan/ mengembangkan Sedekah dan Allah tidak suka kepada yang kuat kufurannya lagi banyak dosanya. (al Baqarah 275) يا أيها الذين ءامنوا اتقوا الله و ذروا ما بقي من الربوا إن كنتم مؤمنين Wahai orang-orang yang beriman bertaqwalah kamu kepada Allah dan tinggalkan apa yang baki daripada Riba sekiranya kamu benar orang yang beriman.

4 DALIL PENGHARAMAN RIBA
الذين يأكلون الربوا لا يقومون إلا كما يقوم الذي يتخبطه الشيطان من المس ذلك بأنهم قالوا إنما البيع مثل الربوا و أحل الله البيع و حرّم الربوا فمن جاءه موعظة من ربه فانتهى فله ما سلف و أمره إلى الله ومن عاد فأولئك أصحاب النار هم فيها خالدون “Orang-orang yang memakan (mengambil) riba itu tidak dapat berdiri betul melainkan seperti berdirinya orang yang dirasuk syaitan dengan terhuyung-hayang kerana sentuhan (syaitan) itu. Yang demikian ialah disebabkan mereka mengatakan: Sesungguhnya berniaga itu sama sahaja seperti riba. Padahal Allah telah menghalalkan berjual-beli (berniaga) dan mengharamkan riba Oleh itu sesiapa yang telah sampai kepadanya peringatan (larangan) dari Tuhannya lalu ia berhenti (dari mengambil riba), maka apa yang telah diambilnya dahulu (sebelum pengharaman itu) adalah menjadi haknya, dan perkaranya terserahlah kepada Allah. Dan sesiapa yang mengulangi lagi (perbuatan mengambil riba itu) maka itulah ahli neraka, mereka kekal di dalamnya” (al Baqarah 275)

5 عن جابر رضي الله عنه قال ”لعن رسول الله آكل الربا, و موكله, كاتبه, و شاهديه, و قال هم سواء“
Diriwayatkan oleh Jabir r.a katanya : “Rasulullah s.a.w melaknat pemakan riba, wakilnya, penulisnya dan dua orang saksinya. Baginda bersabda : Mereka semua sama” (Riwayat Muslim) Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi s.a.w baginda bersabda : “Jauhilah tujuh kesalahan besar. Para sahabat bertanya: Wahai Rasulullah apakah kesalahan itu ? Baginda menjawab: Mensyirikkan Allah, mengerjakan sihir, membunuh nyawa yang diharamkan Allah kecuali kerana kebenaran, memakan riba, memakan harta anak yatim, lari daripada pertempuran serta menuduh wanita suci dan beriman berzina tanpa disedarinya” (Riwayat al-Bukhari no. 2615, Muslim no. 89)

6 BARANGAN BERUNSUR RIBA
عن عبادة بن الصامت رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه و سلم: ” الذهب بالذهب ، و الفضة بالفضة و البر بالبر و الشعير بالشعير و التمر بالتمر، و الملح بالملح مثلا بمثل سواء بسواء يدا بيد، فإذا اختلفت هذه الأصناف فبيعوا كيف شئتم إذا كان يدا بيد“ رواه مسلم Muslim meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : “(Jual beli) Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli tamar dengan tamar, garam dengan garam seperti dengan seperti sama dengan sama, tangan dengan tangan / tunai, sekiranya berbeza jenis-jenis ini maka jual belilah bagaimana kamu suka sekiranya ianya dilakukan dengan tangan dengan tangan / tunai. ”

7 BARANGAN BERUNSUR RIBA
Riba berlaku apabila membabitkan 6 barangan berikut : Emas Perak Gandum Barli Tamar Garam

8 ‘ILLAH (SEBAB) RIBA ‘Illah riba merujuk kepada ciri-ciri tertentu yang menjadikan sesuatu barangan itu disenaraikan sebagai barangan berunsur riba. Jika unsur ini terdapat dalam sesuatu urusniaga, urusniaga tersebut juga dikelaskan sebagai urusniaga riba.

9 Barangan yang dinyatakan dalam hadis tadi ada yang dalam bentuk mata wang seperti emas dan perak, dan ada dalam bentuk makanan seperti gandum, barli tamar dan garam. Berdasarkan dalam faktor ini, dapat disimpulkan bahawa kayu ukur yang diterima pakai bagi menentukan sesuatu barangan itu berunsur riba atau tidak ialah mata wang dan makanan, tanpa mengambil kira sukatan atau timbagannya.

10 Seolah-olah syarak menggariskan, semua barangan yang berupa mata wang atau makanan tidak boleh dijual beli dengan barangan yang sama jenis dengannya melainkan jika menurut syarat-syarat tertentu.

11 JENIS DAN HUKUM RIBA Riba Fadl Riba Yad Riba Nasi‘ah
(Bayaran Tambahan) Riba Yad (Tidak Tunai) Riba Nasi‘ah (Bayaran Bertangguh)

12 RIBA FADL (TIADA PERSAMAAN)
Jual beli barangan berunsur riba dengan barangan yang sama dan disertakan dengan bayaran tambahan oleh salah satu pihak. Contoh : 100 gram emas ditukar dengan 110 gram emas. Unsur riba : Bayaran tambahan yang terdapat dalam urusniaga ini amat jelas dan ketara. Urusniaga seperti ini adalah haram dan tidak dibenarkan.

13 Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa Rasulullah s. a
Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : “Jangan kamu menjual emas dengan emas kecuali sama dengan sama dan jangan melebihkan yang satu atas yang lain. Jangan kamu menjual perak dengan perak kecuali sama dengan sama dan jangan kamu melebihkan yang satu atas yang lain” (Riwayat al-Bukhari, daripada Abu Sa‘id al-Khudri r.a no Muslim no. 1584)

14 Muslim meriwayatkan bahawa Rasulullah s. a
Muslim meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : “Emas dengan emas, perak dengan perak, gandum dengan gandum, barli dengan barli, garam dengan garam, perlu sama berat dan tangan dengan tangan. Barangsiapa yang menambah atau meminta tambahan dia telah melakukan riba, orang yang mengambil dan orang yang memberi adalah sama” (Sahih Muslim daripada Abu Sa‘id al-Khudri r.a)

15 Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan, Abu Sa‘id al-Khudri r
Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan, Abu Sa‘id al-Khudri r.a berkata : Bilal datang menemui Nabi s.a.w bersama tamar burni. Lalu nabi s.a.w bertanya : Dari mana engkau dapat tamar ini ? Bilal menjawab : Pada asalnya saya mempunyai tamar yang tidak elok, lalu saya jual dua gantang tamar tadi dengan segantang (tamar yang elok) untuk saya berikan kepada Nabi s.a.w. Lantas Nabi s.a.w bersabda : “Tidak, tidak, itulah riba, itulah riba, jangan lakukan begitu” (Al-Bukhari no Muslim no. 1594)

16 RIBA NASI‘AH (Bayaran Bertangguh)
Jual beli barangan berunsur riba dengan barangan berunsur riba yang lain secara bertangguh dan kedua-duanya mempunyai ‘illah (sebab) yang sama. Hukum ini membabitkan semua pertukaran sama ada barangan tersebut sama jenis atau jenis yang berbeza, sama ada wujud bayaran tambahan atau dengan jumlah yang sama

17 Contoh : Penjual menjual secupak gandum dan dibayar dengan secupak gandum dalam tempoh sebulan barulah pembayaran dibuat. Ataupun penjual menjual 10 gram emas dan dibayar dengan 10 gram emas atau perak atau dengan nilai yang lebih atau kurang, dalam tempoh sehari atau lebih barulah pembayaran dibuat.

18 Urusniaga seperti ini juga haram dan tidak dibenarkan kerana wujud unsur riba walaupun tidak ketara.
Pembayaran tunai berbeza dengan pembayaran bertangguh. Dengan itu wujud tambahan nilai pada salah satu barangan iaitu barangan yang dibayar secara tunai.

19 Sabda Nabi s.a.w : “Jangan kamu menjual barangan yang tiada dengan barangan yang ada”
Sabda Nabi s.a.w dalam hadis yang lain : “Sama dengan sama, tangan dengan tangan” Begitu juga hadis daripada Ubadah r.a : “Jika barang-barang ini berbeza, juallah mengikut kehendak kamu selagi ia dilakukan tangan dengan tangan”

20 Dalil hukum ini ialah hadis daripada Umar r
Dalil hukum ini ialah hadis daripada Umar r.a yang dinyatakan sebelum ini: “Kecuali secara ambil dengan ambil” Hadis ini menunjukkan penyerahan dan penerimaan wajib dilakukan dalam majlis yang sama.

21 JUAL BELI BARANGAN Barangan Barangan dari jenis riba yang berbeza
yang dari jenis riba yang sama Barangan dari jenis riba yang berbeza Barangan Yang tidak masuk didalamnya riba

22 BARANGAN YANG SEJENIS Contoh : gandum dengan gandum, perak dengan perak. Jual beli ini perlu memenuhi 3 syarat bagi mengelak daripada termasuk dalma jual beli riba : 1) Barangan yang ditukar tangan mestilah sama dalam sukatan, timbangan atau bilangan. 2) Kontrak tersebut mestilah tunai (serta merta). 3) Penerimaan berlaku di tempat memeterai kontrak.

23 “Tangan dengan tangan”
Kesemua syarat ini berpandukan kepada hadis-hadis sebelum ini : “Sama dengan sama” Hadis ini menjelaskan bahawa jual beli berunsur riba bagi barangan yang sejenis dibenarkan jika wujud persamaan. “Tangan dengan tangan” “Ambil dengan ambil” Kedua-dua hadis ini menunjukkan sesuatu jual beli itu sah jika penerimaan berlaku secara tunai.

24 BARANGAN TIDAK SEJENIS TETAPI MEMPUNYAI ‘ILLAH RIBA YANG SAMA
Contoh : emas dengan perak, gandum dengan barli. Jual beli ini perlu memenuhi 2 syarat bagi menjadikan jual beli tersebut sah dan bersih daripada unsur riba : 1) Kontrak tersebut mestilah tunai (serta merta) 2) Penerimaan berlaku di tempat memeterai kontrak.

25 Dalil bagi kes ini ialah hadis daripada Ubadah r. a
Dalil bagi kes ini ialah hadis daripada Ubadah r.a. yang dinyatakan sebelum ini : “Jika barang-barang ini berbeza, juallah mengikut kehendak kamu selagimana ia dilakukan tangan dengan tangan” Dimaksudkan dengan barang-barang ialah barangan berunsur riba.

26 Dimaksudkan dengan berbeza ialah barangan yang digunakan sebagai bayaran dalam jual beli ini tidak sama dengan barangan yang dijual. Dimaksudkan dengan juallah mengikut kehendak kamu ialah kamu dibenarkan berurusniaga dengan barangan ini jika ia bukan barangan yang sama dan tidak disyaratkan barangan tersebut mestilah sama.

27 BARANGAN YANG BERLAINAN ‘ILLAH RIBA
Contoh : gandum dengan emas, ikan dengan $5 Dalam keadaan ini, kesahihan jual beli ini dan kontrak tersebut tidak terikat dengan syarat-syarat yang dinyatakan sebelum ini, sama ada berlaku proses penyerahan dan penerimaan atau tidak, atau ditetapkan tempoh penyerahan tertentu atau tidak.

28 Dalil hukum ini ialah hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim; “Rasulullah s.a.w melantik seorang lelaki ke Khaibar lalu lelaki ini datang dengan membawa tamar bermutu. Rasulullah s.a.w bertanya : Adakah semua tamar Khaibar seperti ini ? Sahabat ini menjawab : Demi Allah tidak wahai Rasulullah, kami ambil segantang sebagai tukaran dengan dua gantang, dua gantang dengan tiga gantang. Nabi s.a.w bersabda : Jangan lakukan begitu. Juallah tamar tidak elok itu sebagai tukaran dengan dirham dan kemudian dengan dirham itu belilah tamar yang bermutu ini” (Al-Bukhari, daripada Abu Sa‘id al-Khudri r.a dan Abu Hurairah r.a no Muslim no.1593)

29 PERTUKARAN BARANGAN BERUNSUR RIBA DENGAN BARANGAN BUKAN BERUNSUR RIBA
Apabila jual beli membabitkan barangan berunsur riba dan bukan berunsur riba, jual beli tersebut sah tanpa terikat dengan syarat-syarat yang ditetapkan bagi urusniaga barangan berunsur riba.

30 Tidak perlu dibayar dengan kadar yang sama atau dibayar secara tunai atau diterima di majlis kontrak. Ini kerana urusniaga ini tidak termasuk dalam ertikata urusniaga berunsur riba jika salah salah satu barangan pertukaran bukan berunsur riba.

31 MUZABANAH & MUHAQALAH Muhaqalah : Jual beli bijiran yang masih di dalam kulitnya dengan barangan yang sama secara andaian iaitu mengandaikan sukatan atau timbangannya sama. Muzabanah : Jual beli kurma basah (rutob) yang masih berada di atas pokok dengan kurma (tamar) yang telah dipetik dengan andaian kedua-duanya sama. Begitu juga dengan anggur dengan kismis.

32 Kedua-dua jual beli ini tidak dibenarkan oleh syarak kerana persamaan kedua-dua barangan tidak dapat dipastikan, atau persamaan tidak diperolehi secara meyakinkan. Ibnu Umar r.a berkata : “Rasulullah s.a.w melarang jual beli muzabanah iaitu menjual buah yang ada di kebun; buah yang berada di pokok kurma (rutob) dengan kurma (tamar) mengikut sukatan, buah yang berada di pokok anggur dengan kismis mengikut sukatan, atau tanaman dijual dengan makanan mengikut sukatan tertentu. Baginda melarang perbuatan ini” (Riwayat al-Bukhari no. 2091, Muslim no. 1542)

33 ARAYA Menurut bahasa : Pokok yang dibiarkan oleh pemiliknya untuk makanan sendiri. Menurut syarak : Menjual kurma basah (rutob) yang masih di atas pokok secara andaian dengan kurma (tamar), atau pun menjual anggur secara andaian dengan kismis, dan kadarnya adalah kurang daripada 5 wasaq iaitu bersamaan dengan lebih kurang 700 kg.

34 Ada di kalangan orang ramai yang mahu makan kurma basah (rutob) atau buah anggur yang dipetik daripada pokoknya sedangkan dia tidak mempunyai pokok kurma atau pokok anggur. Oleh itu syarak memberikan keringanan bagi memenuhi kehendak manusia dan memudahkan mereka.

35 Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Sahl bin Abu Hathmah r
Al-Bukhari dan Muslim meriwayatkan daripada Sahl bin Abu Hathmah r.a : “Rasulullah s.a.w melarang jual beli buah-buahan dengan kurma (tamar) tetapi Baginda memberi pengecualian untuk jual beli araya yang dijual secara andaian, supaya pembelinya boleh makan kurma yang basah (rutob)” Hukum ini boleh diqiaskan dengan anggur dan kismis. Ini kerana kedua-dua buah-buahan ini adalah harta yang dikenakan zakat dan boleh di andai serta boleh disimpan apabila kering.

36 JUAL BELI DAGING DENGAN DAGING
Daging berbeza-beza jenis mengikut asalnya dan daging termasuk dalam senarai barangan berunsur riba. Jika daging tersebut adalah sejenis : Ia boleh dijual dengan daging lain dengan syarat MESTILAH ADA PERSAMAAN KADAR, TUNAI dan DITERIMA PADA KETIKA KONTRAK DIMETERAI.

37 Jika daging-daging tersebut berlainan jenis, contohnya daging kambing dengan daging lembu, perbezaan kadar dibenarkan walau bagaimanapun, jualan mestilah dilakukan secara TUNAI dan DITERIMA PADA KETIKA KONTRAK DIMETERAI.

38 JUAL BELI HAIWAN DENGAN HAIWAN
Haiwan tidak termasuk sebagai barangan yang berunsur riba kerana ia tidak boleh dimakan secara langsung dan ia bukan dikategorikan sebagai mata wang. Atas dasar ini, jual beli haiwan dengan haiwan dengan kadar yang berbeza dibenarkan, sama ada kedua-dua haiwan tersebut dari jenis yang sama atau jenis yang berbeza.

39 Haiwan ini juga boleh dijual secara tunai atau tertangguh, diterima ketika majlis kontrak atau tidak. Diriwayatkan oleh Abdullah bin Amru bin al-As r.a : “Rasulullah s.a.w memerintahkannya supaya mempersiapkan satu angkatan tentera tetapi mereka kehabisan unta. Lalu baginda mengarahkannya supaya mengambil unta muda daripada zakat. Dia mengambil seekor unta dan dibayar dengan dua ekor unta (secara hutang) sehingga tiba masa adanya unta zakat (yang baru)” (Riwayat Abu Daud no. 3357)

40 JUAL BELI DAGING DENGAN HAIWAN
Jual beli daging dengan haiwan tidak dibenarkan sama sekali baik secara tunai mahupun secara hutang. Sama ada daging tersebut daripada jenis yang sama dengan haiwan tersebut atau jenis yang berlainan. Sama ada haiwan tersebut boleh dimakan atau pun tidak boleh dimakan.

41 Walau bagaimanapun dibnarkan jual beli haiwan dengan kulit yang telah disamak kerana ia tiada kena mengena dengan daging atau sebagainya. Namun demikian kulit yang belum disamak tidak dibenarkan kerana ia masih dikategorikan sebagai daging. Hadis Samrah r.a : (“Nabi s.a.w melarang jual beli kambing dengan daging” (Riwayat al-Hakim) Hadis yang diriwayatkan oleh Malik dalam Muwatto’, hadis mursal Said bin al-Musayyab rh.a “Nabi s.a.w melarang jual beli haiwan dengan daging”

42 Implikasi Urusniaga Berunsur Riba
Urusniaga sebergini tidak sah dan tidak membabitkan sembarang implikasi, seolah-olah kontrak ini tidak wujud. Kedua-dua pihak perlu memulangkan semula barangan yang telah ditukar tangan dan mengembalikan semula bayaran yang telah diambil Selepas itu, meraka perlu membuat kontrak baru dengan memenuhi syarat-syarat sah yang ditetapkan.

43 JUAL BELI ANSURAN Ianya adalah jual beli barangan dengan harga yang dibayar secara pecahan yang dimaklumi dan pada waktu yang dimaklumi. Jual beli secara ansuran dibenarkan degan syarat dalam sigha kontrak tidak disebutkan dua harga berlainan dan dari berlainan jenis.

44 JUAL BELI ANSURAN Contoh:
Sofa yang bernilai $600, dijual dengan harga $800 dengan bayaran $100 ansuran selama 8 bulan.  Saya menjual sofa ini dengan harga $600 tunai dan $800 secara ansuran selama 8 bulan. X Saya meminjamkan wang berjumlah $1000 dengan syarat awak memulangkan $100 setiap bulan selama 12 bulan ($1200). X

45 Jual beli Tasyriah Jual beli “tasyriah” atau “Musorrah”, adalah jual beli unta atau kambing atau lembu yang dimana secara sengaja tidak diperah susunya selama beberapa hari degan tujuan untuk mengumpul susu di dalam pundi susu haiwan tersebut. Kotrak jual beli ini sah tetapi diharamkan keran wujud unsur penipuan dan pemalsuan

46 Jual beli Tasyriah Jika pembeli megetahui keduduakn sebenar, dia berhak memulangkan semula belian tersebut serta merta kerana belian tersebut termasuk dalam hukum khiyar dan boleh dipulangkan kerana kecatatan tertentu. Jika pembeli memulangkannya, dan dia telah memerah susunya, dia hendaklah memulangkanya bersama dengan segantang kurma sebgai ganti kepada susu atau memulangkan susu yang telah diperahnya.

47 Aplikasi Bab Riba Ianya boleh dilaksanakan didalam pelbagai mu’amalat dewasa ini: Sila datangkan contoh-contoh yang anda dapat terfikir didalam bab riba didalam mu’amalah seharian dewasa ini. Bab ini begitu penting sehingga banyak daripada mu’amalah yang dilarang sekarang ini berkisar darinya


Download ppt "الفقه المنهجي على مذهب الإمام الشافعي كتاب البيوع"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google