Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

TEORI PEKEMBANGAN KERJAYA SUPER

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "TEORI PEKEMBANGAN KERJAYA SUPER"— Transcript presentasi:

1 TEORI PEKEMBANGAN KERJAYA SUPER
OLEH: PROFESOR MADYA DR. SIDEK MOHD NOAH JABATAN PENDIDIKAN KAUNSELOR & PSIKOLOGI KAUNSELING FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 43400 UPM SERDANG SELANGOR MALAYSIA TEL.: , (OFFICE) (HP) FAX:

2 LATAR BELAKANG TEORI TEORI PERKEMBANGAN KERJAYA SUPER DIPERKENALKAN OLEH DONALD E. SUPER. TEORI INI DIPENGARUHI OLEH TEORI PERKEMBANGAN KERJAYA GINZBERG, MALAHAN TEORI INI ADALAH KEMBANGAN DARIPADA TEORI GINZBERG SEBUAH TEORI PERKEMBANGAN KERJAYA ATAU TEORI PENDEKATAN PROSES TEORI INI MEMBERI FOKUS KEPADA KONSEP KENDIRI INDIVIDU YANG DIKENALI SEBAGAI KONSEP KENDIRI KERJAYA

3 PERKEMBANGAN KONSEP KENDIRI
PEMBENTUKAN KONSEP KENDIRI IAITU SATU PROSES APABILA INDIVIDU MELIHAT PERBEZAAN DIRINYA DENGAN ORANG LAIN MENTERJEMAH KONSEP KENDIRI IAITU MENTERJEMAH KONSEP KENDIRI KE DALAM ISTILAH PEKERJAAN PELAKSANAAN KONSEP KENDIRI IAITU KEPERLUAN LATIHAN PROFESIONAL BAGI SATU-SATU KERJAYA YANG TELAH DIPILIH

4 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KERJAYA
FAKTOR EKONOMI: TERMASUK EDARAN PERDAGANGAN, PERUBAHAN TEKNOLOGI DAN PEPERANGAN FAKTOR SOSIAL: TERMASUK STATUS SOSIO-EKONOMI, TARAF PENDIDIKAN, KEWARGANEGARAAN, BANGSA, AGAMA DAN JANTINA FAKTOR PSIKOLOGI: TERMASUK WARISAN BIOLOGI, KECERDASAN, BAKAT ISTIMEWA DAN NILAI

5 PERINGKAT PERKEMBANGAN KONSEP KENDIRI
PERINGKAT PERTUMBUHAN PERINGKAT PENEROKAAN PERINGKAT PENGUKUHAN PERINGKAT PENGEKALAN PERINGKAT PENURUNAN

6 PERINGKAT PERTUMBUHAN
UMUR ANTARA 0 HINGGA 14 TAHUN DICIRIKAN DENGAN INDIVIDU MEMBENTUK KONSEP KENDIRI DENGAN MEMBANDINGKAN DIRINYA DENGAN ORANG LAIN KONSEP KENDIRI IALAH BAGAIMANA INDIVIDU MELIHAT DAN MENILAI DIRINYA SENDIRI

7 PERINGKAT PENEROKAAN UMUR ANTARA 15 HINGGA 24 TAHUN
DICIRIKAN DENGAN INDIVIDU MENEROKA DIRI IAITU MENEROKA KEKUATAN DAN KELEMAHAN DIRI ATAU MENEROKA POTENSI DIRI INDIVIDU MULA MENGENALI DUNIA PEKERJAAN

8 PERINGKAT PENGUKUHAN UMUR ANTARA 24 HINGGA 44 TAHUN
DICIRIKAN DENGAN INDIVIDU CUBA MENDAPATKAN SUATU KONSEP KENDIRI KERJAYA YANG LEBIH TERJAMIN INDIVIDU SUDAH TERLIBAT DALAM PEKERJAAN

9 PERINGKAT PENGEKALAN UMUR ANTARA 45 HINGGA 64 TAHUN
DICIRIKAN DENGAN INDIVIDU TELAH KUKUH KEDUDUKANNYA DAN AKAN MENGEKALKAN KONSEP KENDIRINYA KEDUDUKAN INDIVIDU DALAM KERJAYA SUDAH KUKUH MISALNYA SEBAGAI KETUA PENGARAH, PENGARAH, KETUA JABATAN, PENGETUA, GURU KANAN DAN GURU PAKAR

10 PERINGKAT PENURUNAN UMUR 65 TAHUN KE ATAS
DICIRIKAN DENGAN INDIVIDU KEKURANGAN TENAGA INDIVIDU MENUKAR KONSEP KENDIRI KEPADA KONSEP KENDIRI YANG LEBIH SESUAI PENCEN ATAU TERLIBAT DENGAN PEKERJAAN BARU YANG LEBIH SESUAI

11 EDARAN MAXI DAN EDARAN MINI
EDARAN MAXI ADALAH EDARAN PERKEMBANGAN KONSEP KENDIRI YANG UTAMA IAITU PERTUMBUHAN, PENEROKAAN, PENGUKUHAN, PENGEKALAN DAN PENURUNAN EDARAN MINI ADALAH EDARAN KECIL YANG BERLAKU DALAM EDARAN UTAMA

12 EDARAN MAXI DAN EDARAN MINI
PERTUMBUHAN PENEROKAAN PENURUNAN PENGUKUHAN PENGEKALAN EDARAN MAXI DAN EDARAN MINI

13 RUMUSAN UTAMA TEORI PERKEMBANGAN KERJAYA SUPER
MANUSIA BERBEZA-BEZA DARIPADA SEGI KEBOLEHAN, MINAT DAN PERSONALITINYA OLEH KERANA CIRI-CIRI INI, SETIAP INDIVIDU BERKELAYAKAN UNTUK MELAKUKAN BEBERAPA JENIS PEKERJAAN TIAP-TIAP PEKERJAAN MEMERLUKAN CORAK-CORAK TERTENTU KEBOLEHAN, MINAT DAN TRET-TRET PERSONALITI; NAMUN DENGAN TOLERENSI YANG AGAK LUAS MEMBENARKAN BEBERAPA JENIS PEKERJAAN UNTUK SETIAP INDIVIDU DAN BEBERAPA JENIS INDIVIDU DALAM SETIAP PEKERJAAN

14 RUMUSAN TEORI SUPER … SAMBUNGAN
PEMILIHAN KERJAYA DAN KECEKAPAN, SITUASI DI MANA INDIVIDU TINGGAL DAN BEKERJA SERTA KONSEP KENDIRI INDIVIDU BERUBAH MENGIKUT MASA DAN PENGALAMAN, MENJADIKAN PROSES PEMILIHAN DAN PENYESUAIAN SEBAGAI SATU PROSES YANG BERTERUSAN

15 RUMUSAN TEORI SUPER … SAMBUNGAN
PROSES PERUBAHAN DAN PERKEMBANGAN INI BOLEHLAH DIKATAKAN SEBAGAI PERINGKAT-PERINGKAT KEHIDUPAN YANG DIKATEGORIKAN SEBAGAI PERINGKAT PERTUMBUHAN, PENEROKAAN, PENGUKUHAN, PENGEKALAN DAN PENURUNAN

16 RUMUSAN TEORI SUPER … SAMBUNGAN
CORAK SEMULAJADI KERJAYA IAITU PERINGKAT PEKERJAAN YANG DICAPAI DAN URUTANNYA, KEKERAPAN SERTA JANGKAMASA KERJA PERCUBAAN DAN TETAP ADALAH DITENTUKAN OLEH ARAS SOSIO-EKONOMI IBU BAPA, KEBOLEHAN MENTAL, CIRI-CIRI PERSONALITI DAN PELUANG-PELUANG YANG TERDEDAH KEPADA INDIVIDU

17 RUMUSAN TEORI SUPER … SAMBUNGAN
PERKEMBANGAN DALAM PERINGKAT KEHIDUPAN BOLEH DIBIMBING SEBAHAGIAN BESARNYA DENGAN MEMPERCEPATKAN PROSES KEMATANGAN, KEBOLEHAN DAN MINAT DAN SEBAHAGIANNYA LAGI DENGAN MEMBANTU PENGUJIAN REALITI DAN PERKEMBANGAN KONSEP KENDIRI INDIVIDU

18 RUMUSAN TEORI SUPER … SAMBUNGAN
PROSES PERKEMBANGAN KERJAYA SEBENARNYA ADALAH PROSES PEMBENTUKAN DAN PERLAKSANAAN KONSEP KENDIRI. IA ADALAH SATU PROSES KOMPROMI DI MANA KONSEP KENDIRI ADALAH HASIL DARIPADA INTERAKSI KECENDERUNGAN, WARISAN SISTEM NEURAL DAN ENDOKRIN, PELUANG-PELUANG UNTUK MEMAINKAN BEBERAPA PERANAN DAN PENILAIAN MENGENAI SEJAUHMANA HASIL PERANAN DIPERSETUJUI OLEH KETUA DAN RAKAN SEKERJA

19 RUMUSAN TEORI SUPER … SAMBUNGAN
PROSES KOMPROMI ANTARA INDIVIDU DENGAN FAKTOR-FAKTOR SOSIAL DAN ANTARA KONSEP KENDIRI DENGAN REALITI ADALAH SATU MAIN PERANAN; SAMA ADA PERANAN YANG DIMAINKAN ITU SECARA KHAYALAN SEPERTI YANG BERLAKU DALAM TEMUDUGA KAUNSELING ATAU DALAM AKTIVITI KEHIDUPAN SEBENAR SEPERTI DI DALAM KELAS DI SEKOLAH, DI KELAB-KELAB PEKERJAAN SAMA ADA PEKERJAAN SEPARUH MASA ATAU PEKERJAAN TETAP

20 RUMUSAN TEORI SUPER … SAMBUNGAN
KEPUASAN KERJA DAN KEPUASAN HIDUP BERGANTUNG KEPADA SEJAUHMANA INDIVIDU MEMPEROLEH JALAN KELUAR YANG MENCUKUPI UNTUK MENYALURKAN KEBOLEHANNYA, MINATNYA, TRET-TRET PERSONALITINYA SERTA NILAI-NILAINYA; JUGA BERGANTUNG KEPADA KEMANTAPAN DALAM SESUATU JENIS PEKERJAAN, SITUASI KERJA DAN CARA KEHIDUPAN DI MANA IA BOLEH MEMAINKAN BEBERAPA PERANAN YANG DIANGGAP OLEHNYA SEPADAN DAN SESUAI DENGAN PERTUMBUHAN DAN PENGALAMAN PENJELAJAHANNYA

21 SEKIAN SAHAJA MENGENAI TEORI SUPER TERIMA KASIH


Download ppt "TEORI PEKEMBANGAN KERJAYA SUPER"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google