Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
PEMBENTUKAN MALAYSIA
2
Pengenalan Sejarah Pembentukan Malaysia
Berlaku selepas enam tahun merdeka iaitu pada 16 September 1963 Penggabungan ini telah disuarakan oleh pelbagai pihak seperti David Marshall, Ghazali Shafiee, Tan Cheng Lock, Lee Kuan Yew dan Tunku Abdul Rahman Menurut Nordin Sopiee (1974) dalam buku beliau yang bertajuk ‘ From Malayan Union to Singapore Separation’ : Idea penggabungan gagasan Malaysia sebenarnya telah lama timbul di kalangan pemimpin di Asia Tenggara dan pihak British pada tahun 1888 dan lebih serius pada tahun 1932 setelah British berjaya menguasai sembilan negeri Melayu serta Sarawak dan Borneo Terdapat tentangan daripada beberapa tokoh di Asia seperti A.M Azahari di Brunei dan Ahmad Boestamam di Malaya. Mereka memberikan cadangan yang lain seperti gabungan Alam Melayu Tunku mengunakan kaedah tunggu dan lihat bagi mendapatkan pandangan daripada semua pihak
3
Pada 27 Mei 1961 dalam satu majlis dengan wartawan Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura, Tunku dengan rasminya melahirkan hasratnya untuk membentuk Malaysia Hasrat Tunku ini berdasarkan kajian dan perundingan yang telah dijalankan seperti pertemuan dengan Lee Kuan Yew pada bulan Januari 1961 dan tinjauan Datuk Senu Abdul Rahman ke Sabah, Sarawak dan Brunei serta pertemuan dengan Mac Milan di London
4
Faktor Mendorong Pembentukan Malaysia
Politik Mengelak Ancaman dan Pengaruh Komunis - Pengaruh komunis semakin kuat apabila bekas anggota Parti Tindakan Rakyat (PAP)- People’s Action Party berhaluan kiri tubuhkan barisan Sosialis yg dipimpin oleh Lim Chin Siong. Kekalahan PAP dlm pilihanraya 1961 menyebabkan pengaruh komunis semakin merebak di Singapura. - Perkembangan yg berlaku di Singapura membimbangkan Tunku Abd Rahman. Penyatuan Singapura dgn Tanah Melayu dpt menyekat pengaruh komunis - Pengaruh komunis juga aktif di Sarawak seperti Parti Bersatu Rakyat Sarawak dipengaruhi idealogi komunisme. Mempercepatkan Kemerdekaan - Mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak. - dapat menamatkan penjajahan British di Asia Tenggara.
5
Ekonomi Kerjasama ekonomi
- negara-negara anggota kaya dengan sumber ekonomi boleh membantu untukm faedah ekonomi. - Persekutuan Malaysia dapat membantu mempertingkatkan pembangunan ekonomi. Tanah Melayu kaya dengan sumber bijih timah dan Brunei dengan sumber minyak. Sosial Keseimbangan Kaum - Percantuman dgn Singapura boleh menimbulkan masalah kaum yang tidak seimbang di Tanah Melayu. Lebih 75% penduduk Singapura terdiri drpd kaum Cina. Komposisi kaum Melayu 50% dan Cina 30% di Tanah Melayu. - Bagi keseimbangan kaum, Sabah dan Sarawak perlu digabungkan kerana mempunyai 70% kaum bumiputra.
6
Reaksi Awal Terhadap Gagasan
Setelah Tunku mengisytiharkan keinginannya untuk bergabung terdapat pelbagai reaksi daripada setiap negeri: Singapura Lee Kuan Yew menunjukan minat yang ketara Terdapat tentangan apabila pengaruh parti sepihan People’s Action Party (PAP ) seperti parti sosialis bernama United People ‘s Party (UPP) yang berhasrat memerdekakan Singapura mengikut ideologi mereka PAP semakin terdesak apabila mereka kalah dalam pilihan raya kecil
7
Pada peringkat awal tidak mendapat sokongan yang penuh daripada rakyat
Brunei Pada peringkat awal tidak mendapat sokongan yang penuh daripada rakyat Mereka ingin merdeka dengan sendiri terlebih dahulu Sultan Omar Ali Saifuddin sangat berminat dengan idea penggabungan Parti Rakyat Brunei pimpinan Ahmad M. Azahari menentang dengan membawa idea gabungan Borneo Utara British dan Sarawak dengan nama Kalimantan Utara Kemuncaknya berlaku penentangan bersenjata tetapi dipatahkan oleh Sultan dengan bantuan British
8
Sabah dan Sarawak Mendapat sambutan yang menggalakkan daripada penduduk atas alasan inginkan kemerdekaan daripada pihak Inggeris Ancaman komunis juga telah menguatkan lagi keinginan untuk bergabung Namun terdapat juga kebimbangan terhadap dominasi orang Melayu terhadap bukan Melayu Parti Sarawak National Party (SNAP) menentang pembentukan Malaysia diketuai oleh Stephen Kalong Ningkan di Sarawak. Di Sabah, Parti UNKO(United National Kadazan Organization) dipimpin oleh Donald Stephen tentang pembentukan Malaysia.
9
Malaya Sebelum 1961 terdapat golongan dalam UMNO yang menimbang untung dan rugi rancangan ini kerana bimbang pengaruh Singapura Selepas kesediaan Sabah dan Sarawak kebimbangan mereka lenyap PAS menentang atas alasan merugikan orang Melayu dan mencadangkan konsep MAPHILINDO yang terdiri daripada Malaya, Filipina dan Indonesia
10
Britain British bersetuju dengan rancangan ini bagi menjaga kepentingan pelaburan mereka Perdana Menteri Komanwel, Harold Mac Milan merasakan penggabungan ini dapat menjamin keselamatan Singapura dan memberi kebaikan kepada pulau tersebut
11
Suruhanjaya Cobbold Ditubuhkan pada Jan 1962 untuk mendapat pandangan rakyat Sabah dan Sarawak tentang cadangan penubuhan Malaysia. Dipengerusi oleh Lord Cobbold. Anggota: a) Sir Anthony Abell wakil British b) Sir David Watherston c) Tan Sri Mohd Ghazali Shafie wakil Tanah Melayu d) Dato’Wong Pow Nee Tinjauan dibuat antara 19 Feb hingga 18 April Hasil laporan mendapati 80% daripada rakyat Sabah dan Sarawak bersetuju menyertai penubuhan Malaysia.
12
Antara syor suruhanjaya Cobbold :
i) Jawatankuasa Antara Kerajaan(JAK) ditubuhkan Ogos 1962 ii) Persekutuan Tanah Melayu ditukar kpd Persekutuan Malaysia iii) Kuasa autonomi dan jaminan khas dlm beberapa perkara diberi kpd Sabah dan Sarawak. iv) Kedudukan istimewa kaum peribumi Sabah dan Sarawak v) Kuasa imigresen dan agama masih di bawah Dewan Undangan di Sabah dan Sarawak.
13
Detik-Detik Peristiwa Ke Arah Penubuhan Malaysia
Tarikh Tindakan/Badan Tujuan Kesan/Keputusan Jun 1961 Lawatan muhibbah Tunku ke Sabah dan Sarawak Bagi mengurangkan keraguan rakyat Kebimbangan dominan Malaya berjaya dikurangkan Julai 1961 Kunjungan Tunku ke Brunei Memberi penjelasan lanjut Sultan Brunei tubuh Suruhanjaya Tinggi Ogos 1961 Rundingan Singapura 1.Penjelasan untuk rakyat 2.Bincang kedudukan/autonomi Singapura Dipersetujui Singapura diberi autonomi Pendidikan dan Tenaga Buruh Pertengahan 1961 Jawatankuasa Perundingan Perpaduan (JPP) (ekoran keputusan Persatuan Parlimen Komanwel) Menghilangkan kesangsian rakyat dan pemimpin Sabah dan Sarawak Berjaya mengurangkan keraguan. JPP terus adakan mesyuarat dari semasa ke semasa
14
November 1961 Rundingan dengan Britain tentang kepentingan Negeri-negeri Borneo Bagi menjamin kedudukan Sabah dan Sarawak Rundingan Singapura – PTM diakuri Pungutan suara akan dibuat perjanjian pertahanan England-PTM diluaskan Jan 1962 Suruhanjya Cobbold Meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak (tinjauan dibuat 19 Feb- 18 April 1962) Tinjauan sahkan lebih 70 % penduduk kedua negeri setuju Julai 1962 Rundingan Pra-Rang Undang-undang Malaysia (London) Menyelesaikan perbezaan antara laporan anggota Malaya dan laporan anggota Britain dalam Suruhanjaya Cobbold Cadangan diselaraskan. Perakuan Malaya diterima amnya
15
Ogos 1962 Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK atau J.K Landsdowne) Merancang bentuk negara baru termasuk merangka Perlembagaan Rangka Perlembagaan asas disiapkan. Laporan JAK diterima dan menjadi asas Perjanjian Malaysia Sept 1962 Referendum Singapura (didahului kempen referendum) Bagi meyakinkan rakyat tentang taraf kerakyatan dan status perdagangan 80 % rakyat bersetuju penyertaan dalam Malaysia Jun 1963 Misi Bangsa-Bangsa Bersatu Mendapatkan kepastian rakyat Sabah-Sarawak (Filipina dan Indonesia dakwa rakyat sangsi) Lebih 2/3 rakyat menyokong Filipina dan Indonesia terus menentang Julai 1963 Perjanjian Malaysia ditandatangani oleh empat negeri anggota bersama Britain Memeterai persetujuan (Negara baru & kebebasan untuk tiga negeri) Negara baru Malaysia lahir, diisytiharkan pada 16 September 1963
16
Indonesia Indonesia: pada peringkat awal, menerusi menteri Luarnya, Dr. Subandrio, telah memberikan sokongan kepada pembentukan Malaysia Presiden Sukarno telah melancarkan dasar konfrontasi menentang Malaysia secara rasmi pada 20 Januari 1963 dengan slogan ‘Ganyang Malaysia’. Sukarno mendakwa penubuhan Malaysia satu bentuk penjajahan baru dan memastikan penguasaan British ke atas getah, bijih timah dan minyak. Indonesia bertindak menyerang sempadan Johor, Sarawak dan Sabah untuk tujuan perisikan dan pengintipan. MAPHILINDO ditubuhkan untuk menyelesaikan masalah 30 September 1965, tentera Indonesia berjaya menumpaskan cubaan rampasan kuasa oleh PKI – konfrontasi semakin berkurangan 16 Ogos 1966 hubungan diplomatik dipulihkan
18
FILIPINA Filipina - Presiden Macapagal mendakwa bahawa Sabah adalah sebahagian daripada kesultanan Sulu yang menjadi milik Filipina Tetapi pada 22 Januari 1878 Sultan Jamal Azam telah menandatangani perjanjian dengan Baron de Overbeck dan Alfred Dent untuk menyerahkan / memajak Borneo Utara (Sabah) Sultan Sulu dan Filipina beberapa kali cuba untuk mendapatkan kembali Sabah Idea penubuhan Malaysia telah membangkitkan isu tersebut Beliau telah memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaya British menolak tuntutan Filipina.
19
Masalah Brunei Pada awal menyokong tetapi akhirnya Sultan Brunei, Sultan Omar Ali Saifuddin membatalkan hasrat menyertai Malaysia. Antara tuntutan Brunei: - tuntut 10 kerusi parlimen - kuasai semua hasil minyak - kekal semua pelaburan - kadar cukai yang rendah Tuntutan paling utama soal kekuasaan baginda dan hasil minyak. Tentangan dari A.M. Azahari dari Parti Rakyat Brunei (PRB) mencetuskan pemberontakan bersenjata pada 8 Dis 1962 menentang kemasukan Brunei dalam Malaysia.
20
Singapura Keluar Dari Malaysia
Sebab-sebab: Perlembagaan : isu ekonomi dan kewangan yang melibatkan penyelarasan perindustrian dan percukaian Persaingan Politik PAP dan MCA: PAP melanggar janjinya untuk hanya terlibat dalam kegiatan politik di Singapura dan mereka berminat untuk menggantikan MCA sebagai parti politik orang Cina. Tunku menyifatkan PAP sebagai sebuah parti perkauman Cina dan tidak diperlukan.
21
Masalah perkauman: Orang Melayu Singapura diabaikan dan berlaku rusuhan kaum di Singapura pada Julai dan September Konsep Malaysian Malaysia yang dibawa oleh PAP telah mengenepikan institusi beraja dan mencabar kedudukan istimewa orang Melayu – Lee Kuan Yew telah membentuk gabungan parti politik yang menjurus kepada bentuk perkauman dan mendesak persamaan hak dengan orang Melayu
22
Perbezaan pendekatan Perikatan dan PAP: PAP mahu mewujudkan masyarakat ‘bukan perkauman secara serta merta’ manakala Perikatan yang diketuai UMNO mahukan ianya ditangani secara beransur-ansur dan tidak mahu diadakan debat secara terbuka bagi mengelakkan berlakunya kekacauan akibat daripada isu-isu perkauman Akibat daripad ketegangan yang berlaku antara kerajaan Persekutuan dengan Singapura, pada 9 Ogos 1965 secara rasmi Singapura keluar dari Malaysia.
23
MALAYSIA
24
Penutup Pembentukan Malaysia melibatkan penyertaan Tanah Melayu bersama Singapura, Brunei, Sabah dan Sarawak. Pembentukan Malaysia mendapat pelbagai reaksi daripada pelbagai pihak. Penentangan daripada Indonesia (Konfrontasi Indonesia) dan Filipina (tuntut Sabah). Pengisytiharaan penubuhan Malaysia dibuat pada 16 September 1963.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.