Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

KONTRAK-KONTRAK MUSAWWAMAH

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "KONTRAK-KONTRAK MUSAWWAMAH"— Transcript presentasi:

1 KONTRAK-KONTRAK MUSAWWAMAH
(NEGOTIABLE CONTRACTS)

2 AKAD-AKAD MUSAWWAMAH Erti Musawwamah ialah boleh dirundingkan. Contoh kontrak-kontrak di bawah kategori ini yang terdapat dipasaran.seperti jual-beli biasa (al-Bai’), jualan secara rundingan, tender, lelongan, sewaan dan pajakan, jualan kredit, jualan tempahan, jualan kontrak berkala, pesanan belian dengan bayaran awal, upah perkhidmatan, jaminan, simpanan, wakil, serta perniagaan perkongsian dan persyarikatan.

3 EMPAT KATEGORI AKAD MUSAWWAMAH
Kontrak Berasaskan Jual Beli Kontrak Berasaskan Perkhidmatan Upah Dan Sewaan Kontrak Berasaskan Perkhidmatan Keselamatan, Jaminan Dan Wakil Kontrak Berasaskan Perkongsian

4 KONTRAK BERASASKAN JUAL BELI
Kaedah Jual Beli (Al-Bai’) Jual Beli Harga Tangguh (Al Bai’ Bithaman Ajil) Jualan Tempahan (Bai’ Al-Istisna’) Jual Beli Pembekalan (Bai’ Al-Istijrar) Jual Beli Matawang (Al-Sarf) Jualan/Belian Secara Lelong (Bai’ Man-Yazid) Penjualan/Pembelian Secara Tender Jual Beli Sekuriti Hutang (Bai’ Al-Dayn) Jual Salam (Bai’ Al-Salam) Jual Beli Ain (Bai’ Al-‘Inah) Bai’ Al-Wafa’

5 KONTRAK BERASASKAN PERKHIDMATAN UPAH, SEWAAN DAN WAKIL
Upah (Ujrah) Pajakan (Ijarah Thumma Al-Bai’ / Ijarah Wal Iktina’) Wakil (Al-Wakalah) KONTRAK BERASASKAN PERKHIDMATAN KESELAMATAN DAN JAMINAN Al-Wadiah Al-Kafalah (Ad-Dhamanah) Al-Rahn (Gadai) Pindahan Hutang (Al-Hiwalah)

6 KONTRAK BERASASKAN PERKONGSIAN
Musyarakah  Syarikat Al-Abdan Syarikat Al-Mufawadhah Syarikat Al-Wujuh Syarikat Al-‘Inan Mudharabah  Mudharabah Mutlaqah Mudharabah Muqaidah

7 KONTRAK BERASASKAN JUAL BELI
Kaedah Jual Beli (Al-Bai’) Perlu penuhi rukun dan syarat jual beli; meliputi perkara yang dikontrakkan (“subject matter”) dan pernyataan kontrak itu sendiri. Penjual dan pembeli mestlah seorang yang sempurna akal, tidak dipaksa dan telah mencapai paras umur baligh, dan ada kerelaan. Perkara yang dikontrakkan itu disyaratkan milik sempurna, ketahuan jenis, sukatan atau jumlahnya, bersih, bermanfaat dan berupaya diserah hantar.

8 Jual Beli Harga Tangguh (Al Bai’ Bithaman Ajil)
Kaedah al-Bai’ Bithaman Ajil (ABBA) adalah kaedah “jualan harga tangguh” (Bai’ Muajjal). Harga perlu dirundingkan mengikut tempoh bayaran balik. Lazimnya kontrak ini adalah bagi urusniaga jualan kredit jangka panjang (kenderaan, perumahan, aset tetap). Kadar keuntungan boleh berasaskan kadar tetap mudah atau berasaskan baki berkurangan atau kaedah lain. Setelah dipersetujui tempoh bayaran balik dan harga, maka barulah di akadkan kontrak jual beli tertangguh.

9 Al Bai’ Bithaman Ajil Contoh Pengiraan:
Kadar untung 5% setahun, tempoh bayaran balik 5 tahun: Kos Belian Penjual RM 20,000 Keuntungan 5 5 % setahun ,000 Lain-lain kos langsung Jumlah Harga Jualan Kepada Pembeli RM 25,150 Harga jualan boleh dicampur kos Takaful/Insurans atau lain-lain kos langsung (kalau ada). Maka bayaran bulanan untuk 60 bulan ialah RM sebulan. Kalau kontrak jual beli ini adalah untuk enam tahun pula, maka harganya berbeza.

10 Jualan Tempahan (Bai’ Al-Istisna’)
Bai’ al-Istisna atau tempahan ialah akad jual beli di mana pembeli menempah atau memesan kepada penjual untuk membuat sesuatu barang yang dikehendakinya untuk disiapkan dalam masa tertentu dengan harga dan cara bayaran yang ditetapkan. Akad jual beli itu adalah atas barang yang akan dibuat oleh penjual. Harga boleh dibayar : i) Kesemuanya semasa akad ii) Kesemuanya semasa penyerahan barang iii) Separuh semasa akad dan separuh semasa penyerahan barang atau, iv) Semua secara ansuran mengikut persetujuan kedua-dua pihak.

11 Jual Beli Pembekalan (Bai’ Al-Istijrar)
Bai’ al-istijrar atau kontrak pembekalan ialah akad di antara pelanggan dengan pembekal untuk membekalkan sesuatu jenis bahan secara berkala atau berterusan seperti harian, mingguan atau bulanan dengan harga dan cara pembayaran yang dipersetujui. Pembekalan untuk restoran, kilang, binaan.

12 Jual Beli Matawang (Al-Sarf)
Urusniaga jual beli matawang adalah harus dalam Islam dengan syarat ia melibatkan urusniaga pertukaran matawang yang berbeza seperti jual beli matawang Ringgit Malaysia dengan US $ Amerika Syarikat atau Rupiah Indonesia. Syarak membenarkannya dengan syarat urusniaga itu berlaku serentak dan bukan secara tangguh. Urusniaga secara tangguh akan terlibat dengan Riba Nasiah bagi kategori bahan ribawi mata wang.

13 Penjualan/Pembelian Secara Lelong (Bai’ Man-Yazid / Bai’ Muzayadah)
Penjualan lelong adalah suatu yang sering dilakukan dan diharuskan. Kitab al-Fatawa al Hindayyah menyebut “tidak mengapa penjualan lelong dilakukan kerana ia merupakan penjualan orang-orang yang tidak laris barang dagangannya.’’ Fathu al-Qadir pula menyebut “tidak mengapa jualan dengan cara lelong, ia adalah satu penjualan yang sering dilakukan di bandar-bandar Mesir yang dikenali sebagai jualan ad-Dilalah”. Nabi s.a.w. sendiri pernah membuat lelongan.

14 Penjualan/Pembelian Secara Tender
Ini sebenarnya adalah lanjutan daripada sistem penjualan lelong. Penjual yang mahukan barang jualannya dijual dengan harga yang tinggi dan sebaliknya pembeli yang mahukan membeli sesuatu barangan / perkhidmatan dengan harga yang rendah boleh mencapainya melalui iklan menjemput orang ramai membuat tender.

15 Jual Beli Sekuriti Hutang (Bai’ Al-Dayn)
Suatu akad jual beli sekuriti hutang yang rendah risiko kegagalannya dan hutang tersebut mestilah terbentuk hasil daripada aktiviti perniagaan yang selaras dengan syarak seperti ABBA, Murabahah kredit. Hutang yang berasasl dari pinjaman wang adalah tidak dibenarkan untuk dijual beli (riba nasiah).

16 Jual Salam (Bai’ Al-Salam)
Bai’ salam yang dikenali juga sebagai Bai’ Salaf adalah jual beli yang dilakukan dengan bayaran harga secara tunai (terdahulu) manakala penyerahan barang ditangguhkan di suatu masa akan datang. Urusniaga secara tempahan juga termasuk sebagai jual salam kalau bayaran diserah dahulu dan tempahan diterima kemudian. Aplikasi “mini-salams” Kalau barang belum ada / tiada - Bai’ Ma’adum

17 Jual salam merupakan satu pengecualian dari prinsip am jual beli dalam Islam kerana dalam jual salam barang yang hendak dijual belum ada dalam pemilikan penjual. Jual Salam dibenarkan oleh syarak kerana banyak manfaat dari segi ekonomi. Hukum jual salam adalah halal disisi syarak berdasarkan peristiwa di mana ketika Rasulullah berhijrah ke Madinah, amalan jual salam ini telah berlaku dan Baginda tidak melarangnya.

18 Syarat Khusus Bai’ Al-Salam
Akad hendaklah disebut dengan perkataan Salam: Aku jual motosikal jenis x model x buatan x dengan harga RMx secara Jual Salam akan diserah pada …… Bayaran segera semasa akad (bayar dahulu) Tiada sebab syar’ie yang melarang penangguhan penyerahan (bukan barang Ribawi). Menyatakan kadar harga barang seperti yang dipersetujui.

19 Penyerahan barang ditangguh kepada masa yang dipersetujui.
Barang boleh diserah hantar bila sampai masanya. Ditentukan tempat penyerahan. Jual Salam hanya bagi barang yang dapat disifatkan secara tepat dari segi bentuk, bilangan, sukatan, timbangan, jenis, kualiti, dan lain-lain.

20 Jual Beli Ain (Bai’ Al-‘Inah)
Bai’ Al-’Inah adalah kaedah jual beli yang diharuskan syarak bagi maksud memenuhi hajat pelanggan mendapatkan wang tunai untuk kegunaan yang pelbagai. Al-‘Inah merujuk kepada barang yang diakadkan. Ada dua pendekatan.

21 Dua Pendekatan Bai’ Al-’Inah
1. Pelanggan membeli barang dengan cara bayaran harga tangguh (ia berhutang). Selepas akad ini, barangan itu menjadi hak miliknya. Namun sejurus selepas akad belian ini, pelanggan akan menjual kembali barangan tadi kepada penjual asal tetapi dengan harga tunai dan penjual asal akan memberi wang tunai kepada pelanggan, ATAU 2. Pelanggan menjual suatu aset miliknya secara tunai dan kemudian membelinya semula secara kredit i.e. tertangguh.

22 Contoh Bai’ Al-’Inah oleh Sebuah Koperasi
Anggota memerlukan wang tunai RM5,000 untuk pelbagai gunaan. Maka koperasi perlu ada/menyediakan suatu aset yang juga berharga RM5,000. Jualan kredit adalah untuk tempoh tiga tahun. Kos barangan (keperluan anggota) RM 5,000 Keuntungan 3 18 % Kos Biro Perkhidmatan 0.6 % Harga Jualan Tangguh Kepada Anggota RM 5,935 Sejurus selepas itu maka koperasi akan membeli balik barangan ini daripada anggota berkenaan dengan harga tunai semasa iaitu RM5,000.

23 Bai’ Al-Wafa’ Bai’ Al-Wafa’ (Jual dan Janji) adalah kaedah jual beli yang memerlukan barangan disediakan oleh pelanggan untuk diakad jual beli. Melalui kaedah ini, pelanggan akan menjual barangan miliknya kepada pihak pemberi kredit, katakan bank, pada harga tunai dan kemudian pelanggan berjanji akan membelinya kembali pada suatu masa di hadapan secara tunai (nilai lain) atau kredit.

24 Keharusan Bai’ Al-‘Inah dan Bai’ Al-Wafa’
Keperluan manusia pada asasnya adalah pelbagai. Syarak telah menyediakan pelbagai panduan akan cara-cara untuk kita menjalankan aktiviti perniagaan dengan cara yang halal dan sah di sisi agama. Ada kalanya sesuatu kaedah dilihat agak berlainan dari biasa sepertinya kaedah Bai’ Al-‘Inah dan Bai’ Al-Wafa’ yang bukan bertujuan menghendaki barang yang diakadkan tetapi tunai yang diperlukan.

25 Sebagai memenuhi keperluan manusia kepada perkara-perkara yang, sama ada yang bersifat dharuriyah, hajiyah dan tahsiniyah, Islam mensyari’atkan pelbagai hukum. Dari aspek dharuriyah, wujud hukum dan kefardhuan agama demi memelihara - Agama Jiwa Akal Kehormatan Harta

26 “...Allah tiada menghendaki buat mengadakan kesempitan bagimu...”
Dari aspek hajiyah manusia, pelbagai hukum wujud bertujuan untuk menghilangkan kesempitan dan meringankan beban manusia. Allah S.W.T. telah berfirman (maksudnya): “...Allah tiada menghendaki buat mengadakan kesempitan bagimu...” (Surah Al-Maidah: ayat 6) “...Allah menghendaki kemudahan bagimu dan tiada menghendaki kesukaran...” (Surah Al-Baqarah: ayat 185)

27 Dalam hal keperluan tunai, ia merupakan suatu hajat dan Islam telah mensyari’atkan beberapa hukum rukhsoh dalam akad yang “tidak tertutup” seperti jual beli secara wafa’, salam, pemesanan dan sebagainya. Ia dilihat seperti suatu keringanan, kemudahan atau pengecualian dari yang biasa difahami dalam urusan jual beli. Namun hukumnya adalah harus dengan syarat-syarat tertentu yang berdasarkan kepada kaedah fiqh seperti : -

28 Kaedah Fiqh “Apabila sesuatu itu sempit, maka hukumnya menjadi luas.”
(1) “Hajat atau keperluan boleh sampai ke peringkat darurat sama ada secara umum atau khusus.” (2) “Kesempitan atau kesusahan menjadi sebab kepada mendapat kelonggaran atau kemudahan.” Dalam hal yang sama Imam Syafi’i pernah berkata: “Apabila sesuatu itu sempit, maka hukumnya menjadi luas.”

29 KONTRAK BERASASKAN PERKHIDMATAN UPAH, SEWAAN DAN WAKIL
Upah (Ujrah) Upah merujuk kepada suatu pembayaran atas perkhidmatan yang diberikan dengan kadar-kadar bayaran (upah) yang dipersetujui. Upah boleh dalam bentuk bayaran wang atau barangan atau perkhidmatan; boleh berasaskan unit keluaran atau jam kerja. Dalam syarak, upah atau Ujrah merujuk kepada bayaran atas perkhidmatan – dari bayaran profesional, perkhidmatan pengangkutan, sehingga kepada buruh kasar.

30 Pajakan (Ijarah) Kontrak Ijarah merujuk kepada urusniaga sewaan jangka panjang yakni pajakan atas aset tetap seperti bangunan, mesin, jentera berat dan seumpamanya. Ijarah yang tidak berkesudahan dengan pindahan hak milik adalah dikira sebagai pajakan operasi biasa iaitu sebagai sewaaan. Ijarah yang mempunyai hasrat untuk dibeli pada hujung tempoh pajakan boleh dikira sebagai pajakan modal (Ijarah Thumma Al-Bai’ / Ijarah Wal Iktina’). Dalam kontrak Ijarah, hak milik tidak berpindah kerana pada dasarnya ia adalah suatu kontrak sewa pajakan jangka panjang.

31 Wakil (Al-Wakalah) Perlantikan di bawah kontrak wakil memberi kuasa-kuasa tertentu kepada wakil untuk bertindak dan berurusniaga bagi pihak pewakil atau prinsipal. Ia menjadi asas kepada kontrak wakil yang biasa seperti perlantikan agen atau bank sebagai wakil pelanggan dalam urusan “Letter of Credit.”

32 KONTRAK BERASASKAN PERKHIDMATAN KESELAMATAN DAN JAMINAN
Al-Wadiah Al-Wadiah dari segi tatabahasa Arab ialah meninggalkan sesuatu kepada orang lain untuk menjaganya. Dari segi istilah syarak pula ialah suatu akad atau perjanjian diantara tuan punya barang dengan pihak yang menyimpan ke atas barang tertentu untuk disimpan. Ia adalah suatu amanah.

33 Tujuan daripada akad tersebut ialah untuk menjaga keselamatan barang tersebut daripada kemusnahan, kehilangan, kecurian dan sebagainya. Firman Allah S.W.T. yang bermaksud: Sesungguhnya Allah menyuruh kamu supaya menunaikan amanah kepada ahlinya. (Surah An-Nisa’ 4: ayat 58) Hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: Tunaikanlah amanah terhadap orang yang memberi amanah kepada kamu. (Riwayat Tarmizi)

34 Rukun al-Wadiah Tuan punya barang (orang yang memberi amanah)
Orang (pihak) yang diamanahkan (yang menerima amanah) Barang yang disimpan. Sighah: Ijab dan Qabul. Al-Wadiah adalah akad yang halal di sisi syarak. Akad al-Wadiah ini harus dilakukan oleh orang (pihak) yang layak berurusan iaitu mempunyai ciri-ciri berikut:  Sempurna akal fikiran;  Pintar yakni mempunyai sifat rusyd.  Tidak disyaratkan cukup umur - mendapat keizinan daripada ibubapanya.

35 Al-Wadiah dalam Sejarah Islam
Di zaman Rasulullah s.a.w. konsep al-Wadiah yang berteraskan amanah semata-mata berlaku dikalangan orang kaya sahaja. Orang miskin menyerahkan harta mereka kepada orang kaya untuk disimpan tanpa dikenakan sebarang bayaran kerana penyimpan tersebut memang sudah kaya dan tidak memerlukan keuntungan untuk menanggung kos hidupnya. Ia adalah semata-mata perkhidmatan sosial untuk mendapat pahala di sisi Allah S.W.T.

36 Al-Wadiah dalam Perbankan Islam
Konsep al-Wadiah dibank berteraskan konsep amanah dan dhamanah; iaitu menerima amanah daripada penyimpan bagi menjaga harta mereka dengan memberi jaminan bahawa harta tersebut pasti tidak akan dirosakan dan dihilangkan. Kalau simpan barang-barang kemas, dokumen-dokumen, sijil-sijil dan barangan lain yang berharga, bayaran dikenakan. Bagi simpanan wang, bayaran tdak dikenakan tetapi ia memohon keizinan daripada penyimpan agar membolehkannya mengambil manfaat daripadanya dengan cara-cara yang diterima syarak. Keuntungan yang diperolehi menjadi hak bank 100%. Ia boleh mengambilnya semua atau memberikannya semula kepada pelanggan dalam bentuk hadiah atau saguhati.

37 Al-Kafalah (Ad-Dhamanah)
Kafalah adalah satu perjanjian jaminan di mana seorang mengaku sanggup bertanggungjawab ke atas hak orang lain. Ia dilakukan sebagai alternatif kepada ar-Rahn (Cagaran harta sebagai jaminan hutang). Namun Kafalah lebih luas yang bukan sahaja dilakukan sebagai jaminan ke atas sesuatu harta kepada pihak yang mempunyai kepentingan ke atas sesuatu harta itu, bahkan juga merangkumi jaminan-jaminan yang selain daripada harta.

38 Tanggungjawab Atas Jaminan
Pihak yang menerima jaminan, berhak menuntut daripada penjamin sekiranya peminjam gagal melunaskan hutang atau kewajibannya. Dalam amalan yang berlaku sekarang ini firma kewangan akan meminta jaminan dalam dua keadaan berikut iaitu (1) jaminan untuk mengukuhkan kedudukan kewangan sipeminjam (“prudency”) dan (2) jaminan ke atas surat jaminan (“bank guarantee”) yang dikeluarkan oleh bank kepada pelanggannya dan boleh dikenakan caj.

39 Al-Rahn (Gadai) Al-Rahn adalah gadaian sebagai jaminan bagi sesuatu hutang atau Al-Qard. Ia boleh dalam bentuk barang-barang yang bernilai. Syarak mengharuskan kaedah ini bagi memberi perlindungan kepada pihak yang memberi pinjaman. Kaedah gadaian harta diguna secara meluas. Institusi Al-Rahnu wujud - mikrokredit

40 Pindahan Hutang (Al-Hiwalah)
Prinsip asal al-Hiwalah ialah perpindahan hutang daripada seseorang kepada orang lain. Lebih jelas jika digambarkan dengan tindakan bank memindahkan wang daripada akaun seseorang kepada akaun seorang lain setelah diarah oleh pelanggannya. Muamalah ini adalah suatu yang popular dilakukan di dalam Institusi Kewangan dewasa ini.

41 Pengguguran Hak Tuntutan
Ibra’ Ia merujuk kepada tindakan seseorang menggugurkan tuntutannya iaitu hutang ke atas individu lain yang mempunyai obligasi terhadapnya; seperti diskaun & “write off.” Muqasah – Ia merujuk kepada persetujuan pihak-pihak yang berakad untuk mengguggurkan tuntutan hutang antara satu sama lain yang tertanggung

42 KONTRAK BERASASKAN PERKONGSIAN
Musyarakah Musyarakah adalah akad di mana minimanya dua orang (pihak) berjanji bekerjasama dalam perniagaan dengan memberikan modal masing-masing dan keuntungan dibahagikan sesama mereka mengikut persetujuan masing-masing. Jika berlaku kerugian, beban ditanggung oleh ahli mengikut peratus modal masing-masing.

43 Rukun Musyarakah Pemegang-pemegang saham atau dokumen pemilikan Modal
Projek Sighah: Ijab/Qabul

44 Jenis-jenis Musyarakah
1. Syarikat Al-Abdan Perkongsian di antara dua orang atau lebih yang mengumpulkan hasil pekerjaan (pengupahan) masing-masing ke dalam satu tabung kemudian dibahagikan sesama mereka tanpa mengambilkira modal yang dimasukkan ke dalam tabung/ tiada modal disumbangkan. Contohnya persyarikatan antara tukang jahit dengan tukang jahit.

45 2. Syarikat Al-Mufawadhah
Perkongsian ke atas hasil/pendapatan harta masing-masing yang mana sumber hasil itu tidak dicampur sebagai harta Syarikat dan tetap menjadi hak berasingan sedangkan masing-masing menanggung risiko yang berlaku ke atas syarikat. 3. Syarikat Al-Wujuh Syarikat yang tertubuh tanpa modal yang mana pihak yang melibatkan diri ke dalam syarikat ini kemudian menjual barang tersebut dan keuntungannya dikumpul dan dibahagikan sesama mereka.

46 4. Syarikat Al-‘Inan Rumusan Shirkah
Akad perkongsian di antara dua orang atau lebih untuk berkongsi modal dan keuntungan dari perniagaan. Rumusan Shirkah Menurut Imam Shafiee, ketiga-tiga jenis syarikat yang pertama itu batil; terdapat penipuan antara kedua belah pihak kerana usaha masing-masing belum tentu sama sedangkan modal tidak pula dilaburkan. Atau mungkin seorang tidak ada modal tapi untung dibahagi dua. Imam Hanafi berpendapat halal ketiga-tiganya, manakala Imam Maliki berpendapat hanya Al-Abdan dan Al-Mufawadhah halal tetapi Al-Wujuh itu haram. Hanya Al-‘Inan mendapat kata sepakat para ulamak sebagai Halal.

47 Mudharabah Mudharabah adalah aqad ke atas satu jenis perkongsian dimana satu pihak memberikan modal (sahib al-mal) kepada satu pihak yang lain (mudharib / pengusaha) untuk diperniagakan modal itu dan keuntungannya di bahagikan mengikut kaedah agihan yang dipersetujui. Mudharib tidak berhak terhadap satu jumlah ganjaran yang tetap atau untung yang dinyatakan jumlahnya terlebih dahulu. Mudharib hanya berhak mendapat kongsi hahagian untung atas khidmat pengurusan yang diberikan.

48 Tujuan Mudharabah - supaya ada kerjasama di antara pemilik modal yang tiada pengalaman dalam bidang perniagaan atau tiada peluang untuk berusaha dengan sendiri dengan orang yang berpengalaman dalam bidang perniagaan tetapi tiada modal.

49 Rukun Mudharabah 1. Tuan punya modal 2. Pengusaha 3. Modal 4. Kerja
5. Untung 6. Sighah: Ijab / Qabul

50 Mudharabah Adalah Halal Di Sisi Syara’ Dengan Syarat-syarat Tertentu:
Modal terdiri dari wang tunai yang ditentukan semasa akad dan diserahkan kepada pihak pengusaha sebaik selesai ijab dan qabul dengan cara-cara dipersetujui. Peratus keuntungan ditentukan semasa akad. Disyaratkan modal dari tuan punya modal dan kerja dari pengusaha. Ini bererti tidak sah jika disyaratkan kerja dari tuan punya modal.

51 Dalam hal kerugian, semuanya ditanggung oleh tuan punya modal, dan pengusaha tidak memperolehi apa-apa. Jika tiada keuntungan, tuan punya modal hanya mendapat balik modalnya dan pengusaha tidak mendapat apa-apa. Mudharabah boleh di bubarkan pada bila-bila masa sebelum kerja-kerja dimulakan oleh pengusaha. Projek hendaklah halal mengikut syara’. Kedua belah pihak yang menjalankan akad mudharabah terdiri dari mereka yang boleh dipertanggungjawabkan, bebas dari sekatan muamalat dan boleh melibatkan diri dalam bidang wakalah.

52 Fungsi Muamalat Dalam Mudharabah
Pengusaha adalah pemegang amanah terhadap modal yang diterima dari tuan punya modal. Tanggungjawab adalah semata-mata amanah kecuali jika modal disalahgunakan atau modal musnah sebab kecuaian atau sengaja, tanggungjawab berubah kepada jaminan. Seterusnya dia wajib mengganti modal dengan sepenuhnya.

53 Modal ditangan pengusaha merupakan wadi’ah dan tertakluk kepada hukum wadi’ah.
Semasa menjalankan projek, pengusaha adalah wakil dan tertakluk kepada hukum wakalah. Apabila mudharabah memperolehi keuntungan, pengusaha adalah rakan perkongsian dengan tuan punya modal, maka tertakluk kepada hukum Musyarakah.

54 JENIS MUDHARABAH 1. Mudharabah Mutlaqah - Pengusaha diberi kuasa penuh untuk menjalankan projek berkenaan tanpa sebarang sekatan dalam urusan yang berkaitan dengan projek tersebut dan tidak terikat dengan masa, tempat, jenis perusahaan dan pelanggan. 2. Mudharabah Muqaidah - Pengusaha dibataskan kegiatannya untuk menjalankan Mudharabah hanya dalam bidang / cara / jangka masa atau tempat tertentu sahaja, maka kerjanya terikat dengan syarat dan batasan tersebut.

55 SEKIAN


Download ppt "KONTRAK-KONTRAK MUSAWWAMAH"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google