Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

APA ITU PERIBAHASA? BAGAIMANA PERIBAHASA DICIPTA?

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "APA ITU PERIBAHASA? BAGAIMANA PERIBAHASA DICIPTA?"— Transcript presentasi:

1 APA ITU PERIBAHASA? BAGAIMANA PERIBAHASA DICIPTA?
FIKIRKAN & BINCANGKAN APA ITU PERIBAHASA? BAGAIMANA PERIBAHASA DICIPTA? APAKAH FUNGSI PERIBAHASA? APAKAH PERIBAHASA MASIH RELEVAN?

2 APA ITU PERIBAHASA? Menurut Za'ba, peribahasa ialah susunan kata yang pendek dengan makna yang luas, mengandungi kebenaran, sedap didengar dan bijak perkataannya. Susunan perkataannya mengandungi maksud tersirat.

3 APA ITU PERIBAHASA? Lahir daripada cetusan fikiran orang Melayu dahulu
Digunakan dalam pertuturan harian Menggambarkan Sifat Kelakuan Keadaan

4 JENIS-JENIS PERIBAHASA
Simpulan Bahasa Perumpamaan Pepatah Bidalan Perbilangan

5 Simpulan Bahasa Maksud yang berbeza daripada makna harfiah kata-kata dalam ungkapan Ajak-ajak ayam Pecah tembelang Tembelang

6 Perumpamaan Mengandungi makna tersurat dan tersirat
Bagai tikus membaiki labu Laksana wau melawan angin Genggam bara api biar sampai jadi arang

7 Jika kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga
Bidalan Berfungsi sebagai nasihat seperti perumpamaan (kekata ‘kalau’, ‘jika’) Ada makna dua lapis Jika kail panjang sejengkal, jangan lautan hendak diduga Maksud lapis pertama jelas dan maksud lapis kedua menasihati orang yang sedikit ilmu dan pengalaman supaya tidak mencuba sesuatu yang rumit.

8 Pepatah atau Perbilangan
Perbilangan disusun berangkap-rangkap seperti ikatan puisi Ia berkait rapat dengan peraturan, adat istiadat, undang-undang atau peraturan masyarakat Bulat air kerana pembentung, bulat manusia kerana muafakat

9 Air dicencang tiada putus (pepatah)
Perbalahan atau pergaduhan antara saudara-mara tidak akan berpanjangan kerana akhirnya mereka akan berbaik-baik semula

10 Bagai harimau beranak muda (perumpamaan)
Keadaan seseorang yang sangat bengis, garang dan sebagainya

11 Bagai itik berebutkan tembolok (perumpamaan)
(a) Perbalahan kerana sebab yang terlalu kecil (b) Perbalahan kerana makanan atau keuntungan yang sedikit Tembolok = kantung tempat menyimpan makanan pd leher burung (ayam dll):

12 ACUAN

13 Bagaimana acuan begitulah kuihnya (pepatah)
(a) Seseorang anak itu akan menurut sifat dan perangai ibu bapanya (b) Keadaan seseorang itu menurut asalnya

14 Bagai Belanda minta tanah (perumpamaan)
Seorang yang tamak; diberi sedikit hendak banyak, diberi banyak hendak semuanya.

15 Bagai kaduk naik junjung (perumpamaan)
Orang yang hina apabila mendapat keistimewaan (mendapat pangkat) akan menjadi mengada-ngada


Download ppt "APA ITU PERIBAHASA? BAGAIMANA PERIBAHASA DICIPTA?"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google