Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PENGURUSAN KONFLIK & PERUNDINGAN I

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PENGURUSAN KONFLIK & PERUNDINGAN I"— Transcript presentasi:

1 PENGURUSAN KONFLIK & PERUNDINGAN I
(HHHN1013) (Unit 2) Teori dan Model Pengurusan Konflik Conflict & Negotiation | Chp 14 Zulkefly Othman

2 TAHAP-TAHAP KONFLIK

3 1. KONFLIK TERPENDAM (LATENT CONFLICT)
Situasi yang menggugat kestabilan/ keharmonian Tidak disedari ianya wujud oleh pihak yang mempunyai kepentingan Pihak kurang penting merasakan ianya sesuatu yang tidak adil, tetapi konflik masih tidak wujud sehingga tindakan diambil untuk mengubah situasi ini Kadang-kadang konflik tidak akan wujud disebabkan tindakan segera diambil seperti: Mewujudkan suasana yang demokratik Terdapatnya kesungguhan dalam membina hubungan yang setara/ seimbang Hadirnya orang tengah yang menjadi fasilitator kearah penyelesaian serta meminimakan salah faham

4 2. KEMUNCULAN KONFLIK (CONFLICT EMERGENCE)
Jika kesedihan/ kekecewaan yang disebabkan oleh ketidak stabilan berterusan dan terlalu lama dipendam ia akan mencetuskan bibit-bibit konflik Situasi ini akan mewujudkan ketidakselesaan disebelah pihak yang lain Ini akan diikuti oleh siri-siri peristiwa lain yang lebih kritikal yang dicetuskan oleh situasi tadi

5 3. TAHAP PENINGKATAN (ESCALATION STAGE)
Ketegangan konflik semakin meningkat dan pelbagai taktik digunakan Identiti kedua-dua belah pihak dibentuk agar ia bertentangan dengan identiti pihak “musuh” Jika konflik berlaku antara kumpulan, kesetiaan dalam sesuatu kumpulan akan semakin meningkat dan kebaikan akan dilihat wujud antara ahli dan segala keburukan ditujukan kepada “musuh”

6 4. KEBUNTUAN (JALAN MATI) HURTING (STALEMATE)
Situasi dimana tiada pihak yang menang tapi tiada pihak yang akan mengaku mengalah Berlaku disebabkan kegagalan dalam taktik yang diguna pakai, kehabisan idea dalam menyemarakkan konflik, kekurangan sokongan, kos/ risiko meningkat Kedua-dua pihak tidak akan mencari jalan penyelesaian kerana tidak mahu merasa malu.

7 5. TAHAP PENURUNAN (DE-ESCALATION STAGE)
Situasi dimana konflik akan kendur Kesedihan/ kemurungan sekurang-kurangnya disebelah pihak akan berkurang Kemenangan menjurus kepada sesebelah pihak dan matlamat yang dipegang tidak lagi kelihatan tegas. Matlamat ini juga dilihat boleh diubah untuk memberikan keselesaan kepada pihak yang satu lagi.

8 6. TAHAP PERUNDINGAN (NEGOTIATION STAGE)
Pihak yang berkonflik bersetuju untuk berunding bagi menyelesaikan konflik Perundingan kadang-kadang dilihat sesuatu yang lemah dan disini pihak ketiga diperlukan Perundingan boleh membawa kepada penyelesaian dan ia boleh juga membawa kepada meningkatnya lagi tahap konflik Perundingan akan melalui pelbagai proses.

9 7. TAHAP PENYELESAIAN (SETTLEMENT STAGE)
Kesedihan disebabkan konflik akan berpindah kesebelah pihak sahaja. Tetapi untuk penyelesaian berlaku perasaan sedih pihak yang satu lagi mesti juga diminimakan Matlamat untuk memusnahkan suatu pihak juga berkurangan Punca-punca konflik dapat di selesaikan.

10 8. TAHAP PERDAMAIAN (PEACEBUILDING STAGE)
Ketidakpercayaan dan ketakutan kepada satu-satu pihak tidak lagi wujud. Kedua-dua pihak saling bermaafan.

11 Persaingan untuk sumber yang terhad Kesan konflik (keputusan konflik)
MODEL KONFLIK PONDY Persaingan untuk sumber yang terhad Kesan konflik (keputusan konflik) Konflik Terpendam Konflik dikesan Konflik sedar Konflik manifestasi

12 Mengandungi potensi boleh menyebabkan konflik
1. KONFLIK TERPENDAM Mengandungi potensi boleh menyebabkan konflik Persaingan merebut sumber terhad/ didorong oleh faktor autonomi/ ketidak selarasan matlamat antara subunit (Hodge, B.J. dan Anthony, W.P. 1988)

13 Kehadiran konflik mula dikesan
2. KONFLIK DIKESAN Kehadiran konflik mula dikesan

14 Tahap emosi yang tinggi dan perasaan permusuhan terbentuk
3. KONFLIK SEDAR Tahap emosi yang tinggi dan perasaan permusuhan terbentuk

15 Konflik dinyatakan secara terang dan jelas
4. KONFLIK MANIFESTASI Konflik dinyatakan secara terang dan jelas

16 Penyelesaian konflik / penerusan konflik
5. KESAN KONFLIK Penyelesaian konflik / penerusan konflik

17 PROSES KONFLIK (STEPHEN P. ROBBINS)

18 1. POTENSI YANG BERLAWANAN
Wujudnya suasana yang membuka ruang tercetusnya konflik Komunikasi Komuniksai negatif Komunikasi lemah Maklumat tidak jelas Tafsiran maklumat Struktur Saiz organisasi Pengkhususan kerja Gaya kepimpinan Sistem ganjaran Kebergantungan antara kumpulan Personal Autoriti Penghormatan Prasangka Tidak setuju dengan idea orang lain Ganjaran pencapaian

19 2. KESEDARAN Individu dapat menentukan punca konflik Penafsiran kepada konflik Positif Negatif Peranan emosi dalam membentuk persepsi

20 3. KEHENDAK ATAU NALURI Menetapkan sesuatu untuk menguruskan konflik Penetapan berdasarkan matlamat atau pencapaian yang hendak dicapai sekiranya konflik berterusan Perlu meneliti kekuatan atau kelemahan, disamping baik dan buruknya konflik

21 4. TINGKAH LAKU Merangkumi tindakan, kenyataan dan tindakbalas terhadap pihak yang berkonflik Tingkahlaku bertujuan menghalang pihak lawan daripada mencapai matlamat

22 5. HASIL Merangkumi dua aspek:
Konflik adalah membina (fungsional) jika ianya dapat meningkatkan keputusan yang berkualiti, merangsang kreativiti dan inovasi, menggalakkan minat dan keinginan antara ahli kumpulan, memperuntukkan ruang berdasarkan masalah dan pelepasan tekanan, memelihara persekitaran penilaian dan perubahan kendiri. Konflik disfungsional pula merujuk kepada konflik yang memusnahkan individu, kumpulan atau organisasi

23 Tugasan Individu: Tugasan Kumpulan: Journal harian (due setiap minggu)
Ulasan Journal Akademik (due 16 Ogos) Tugasan Kumpulan: Ulasan Video 1 (selesai) Hujah K1, K2 (selesai) Hujah K3 vs. K4, K5 vs. K6 (next week)

24 Dapatkan bahan kuliah ini di:
Hantarkan tugasan anda ke:


Download ppt "PENGURUSAN KONFLIK & PERUNDINGAN I"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google