Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

HIKAYAT MERONGMAHAWANGSA

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "HIKAYAT MERONGMAHAWANGSA"— Transcript presentasi:

1 HIKAYAT MERONGMAHAWANGSA
Aspek: Nilai-nilai Etika NAMA: WAN SALMIAH WAN AB RAHMAN PENSYARAH: DR SALMAH JAN NOOR MUHAMMAD

2 PENGENALAN Hikayat Merong Mahawangsa(asal usul raja-raja Kedah).
Raja Pra Ong Mahawangsa (nama Islam Sultan Muzalfal Shah) merupakan raja pertama memeluk agama Islam. Raja terakhir merupakan Sultan Tajuddin Halim Shah. Keistimewaan Hikayat ini mengisahkan bagaimana Raja Phra Ong Mahawangsa memeluk agama Islam.

3 NILAI-NILAI ETIKA Dalam Hikayat Merong Mahawangsa pengarang bijak mengetengahkan unsur-unsur etika. 1) Nilai etika adil dalam pemerintahan “Maka termasyhurlah Raja Merong Mahawangsa itu sudah duduk menjadi raja pada tempat itu. Maka segala dagang senteri pun berhimpunlah datang berniaga ke dalam negeri itu. Dengan baik budi bahasanya baginda itu serta dengan menteri sekalian itu tiadalah merasai kesakitan segala rakyat mencari makan pergi mari ke negeri itu. Maka banyaklah orang yang telah pindah dengan anak isterinya pergi duduk bersama-sama Raja Merong Mahawangs; makinlah bertambah-tambah rakyatnya daripada sebulan kepada sebulan, daripada setahun kepada setahun, makin banyak segala orang pindah ke negeri itu.Maka tetaplah Raja Merong Mahawangsa di atas takhta kerajaan dengan adil murahnya.” (Siti Hawa Salleh m/s )

4 (Siti Hawa Salleh m/s 23-24)
1) “Maka burung geroda itu pun berdatang sembah, “Ya Nabi Allah, hambamu pohonkan ampun banyak-banyak di atas nyawa badan hambamu daripada kesalahan hambamu yang telah lalu itu. Ya Nabi Allah, mohonlah hambamu pada tahun, bulan, hari ini, hendak pergi keluar daripada bawah langit dan bumi ini,…” (Siti Hawa Salleh m/s 23-24) 2) “Maka kata Syeikh Abdullah kepada penghulu syaitan itu, “Pada tempat yang lain tiadalah hamba tegur. Ini ia seorang raja besar, memegang sesuatu negeri. Maka sampai hemat tuan hamba memberi ia minum air kencing.” (Siti Hawa Salleh m/s 108) 2) Nilai etika nasihat menasihati

5 3) Nilai etika menolong 1) “Hendaklah segera mak inang pergi ambil anak raja itu sembunyikan sebelum datang burung geroda itu. Siapa tahu kalau terlihat kepadanya, tentulah mati anak raja itu, dan hendaklah jangan mak inang beri akan dia nasi yang berbiji, berilah nasi sahaja dahulu supaya segar sedikit serta mak inang mandikan dia.” (Siti Hawa Salleh m/s 17) 2) “Maka kata Raja Phra Ong Mahawangsa, “Jikalau demikian, hendaklah tuan hamba tolong hamba sekalian ini, ajarkan agama Islam yang sebenar itu.”…Seketika diajarkannya kalimah syahadat demikian bunyinya….” (Siti Hawa Salleh m/s 109)

6 4) Nilai etika menyambut tetamu
…“siapa tahu kalau terlihat kepadanya, tentulah mati anak raja itu, dan hendaklah jangan mak inang beri akan dia nasi yang berbiji, berilah air nasi sahaja dahulu supaya segar sedikit serta mak inang mandikan dia.” (Siti Hawa Salleh m/s 17)

7 5)Nilai etika pergaulan
1) “Jikalau demikian, hendaklah tuan hamba perbuat surat, kita pinta sebiji tempayan yang besar daripada segala tempayan yang banyak-banyak itu kepada Raja Kelinggi itu, kemudian boleh kita ambil khabar anaknya. Dan negeri Acheh itu pun perbuat juga surat, kita beri akan dia, tanda kita tulus ikhlas hendak berkasih-kasihan dengan dia…” (Siti Hawa Salleh m/s 30) 2) “Maka menteri Kelahum pun demikian juga dengan beberapa pengajarnya orang menjadi raja di negeri itu. Maka ia pun membawa pulang pohon bunga emas bunga perak itu akan Raja Benua Siam serta tanda ia datang merajakan raja di negeri Kedah ini.” (Siti Hawa Salleh m/s 79)

8 KESIMPULAN Persoalan berkaitan nilai dan etika kepimpinan adalah hal yang sangat diberi perhatian berat dalam Islam kerana segala aspek kepimpinan seseorang raja atau pembesar mempunyai hubungan erat dengan ajaran agama. Sungguhpun segala nilai dan panduan yang terdapat dalam Historiografi Melayu ditujukan khusus buat golongan raja dan pembesar, namun terdapat juga sebahagian daripadanya yang boleh dimanfaatkan oleh masyarakat umum sebagai bahan perbincangan dan renungan yang relevan sehingga ke hari ini. Lebih-lebih lagi, persoalan yang berhubungan dengan etika kepimpinan Islam seperti adil, jujur, ikhlas, amanah dan sebagainya adalah nilai-nilai Islam yang sejagat, lestari dan kekal selama-lamanya.


Download ppt "HIKAYAT MERONGMAHAWANGSA"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google