Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

AL-IJARAH (KONTRAK SEWA)

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "AL-IJARAH (KONTRAK SEWA)"— Transcript presentasi:

1 AL-IJARAH (KONTRAK SEWA)
Menurut istilah kalimah Ijarah bermaksud: Bayaran yang diberikan kepada orang yang melakukan sesuatu kerja sebagai ganjaran kepada apa yang dilakukannya. Menurut istilah Fuqaha’: Ijarah ialah kontrak untuk mendapatkan khidmat (manfaat) tertentu yang boleh dibayar dan dihalalkan dengan barangan tetentu. Atau : Pemindahan hak milik sesuatu khidmat (manfaat) dan dibayar dengan suatu barangan.

2 DALIL PENSYARIA’TAN AL-IJARAH
Firman Allah s.w.t “Jika mereka menyusukan anak untuk kamu, maka berikanlah kepada mereka upahnya” (Al-Talaq: 6)

3 Hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan selainnya daripada A’isyah (hadis hijrah yang panjang). Dalam hadis tersebut A’isyah r.a berkata: “Nabi s.a.w dan Abu Bakar menupah seorang lelaki Bani al-Dail daripada Bani Abd bin A’ddi, seorang penunjuk jalan yang mahir dan masih menganut agama kafir Quraisy. Nabi s.a.w dan Abu Bakar mempercayainya dan menyerahkan dua ekor unta tunggangan mereka kepadanya. Mereka berjanji untuk bertemu dengannya di gua Thur selepas tiga hari. Pada hari ketiga, lelaki itu datang bersama unta tunggangan mereka dan mereka berangkat” (Riwayat al-Bukhari no.2144)

4 Dari Abu Hurairah r. a bahawa Nabi s. a
Dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud: “Allah Taala berfirman; Ada tiga orang yang akan aku musuhi pada hari kiamat. Lelaki yang memberi sesuatu dengan menggunakan namaku tetapi kemudian mengkhianatinya. Lelaki yang menjual lelaki merdeka dan dia makan hasilnya. Lelaki yang mengupah seorang upahan dan setelah menggunakannya dia tidak membayar upahnya” (Riwayat al-Bukhari no. 2150)

5 RUKUN AL-IJARAH (KONTRAK SEWA)
Sighah Kontrak Manfaat Pihak yang mengikat kontrak Bayaran sewa atau upah

6 SYARAT-SYARAT SAH AL-IJARAH (KONTRAK SEWA)
Pertama: Pihak yang mengikat kontrak; a) Layak untuk mengikat kontrak disisi syarak, iaitu baligh dan berakal. b) Bukan orang yang dihalang daripada menggunakan hartanya. c) Pilihan sendiri : Tidak dipaksa * Kontrak ini hanya sah jika membabitkan orang yang mempunyai kuasa keatas dirinya dan hartanya

7 b) Tidak wujud jurang masa yang lama. c) Tidak bersyarat.
Kedua: Sighah kontrak (ijab dan qabul); a) Mesti selari b) Tidak wujud jurang masa yang lama. c) Tidak bersyarat. Ketiga: Manfaat ; a) Mestilah mempunyai nilai menurut syara’ dan uruf. b) Mampu diserahkan. c) Dapat diperolehi / digunakan oleh pengupah. d) Mestilah dimaklumi oleh kedua-dua belah pihak dari segi barangan, sifat dan kadarnya.

8 Keempat: Bayaran sewa atau upah;
a) harus dimaklumi (diketahui) oleh kedua-dua belah pihak ; banyak, jenis dan sifatnya. b) Suci menurut syara’ c) Boleh dimanfaatkan. d) Mampu diserahkan.

9 JENIS DAN SYARAT PENYEWAAN
Terdapat 2 jenis kontrak sewa : Sewa barangan: Sewa yang membabitkan perkhidmatan yang diperolehi daripada barangan tertentu. Sewa jaminan: Sewa yang membabitkan perkhidmatan yang diperolehi melalui jaminan pemilik.

10 SYARAT SEWA BARANGAN Barangan yang disewa mestilah ditetapkan.
Barangan yang disewa mestilah wujud dan dipamerkan di hadapan kedua-dua pihak ketika memeterai kontrak sewa. Penggunaan khidmat (manfaat) barangan tersebut tidak ditangguh selepas kontrak dimeterai.

11 SYARAT SEWA JAMINAN Bayaran sewa adalah serta-merta dan diserahkan dalam majlis kontrak. Spesifikasi barangan yang ditawarkan perkhidmatan itu hendaklah dinyatakan dengan jelas.

12 HUKUM KONTRAK SEWA Apabila kontrak sewa memenuhi rukun dan syarat yang ditetapkan, kontrak tersebut sah dan segala hukum berkaitan akan terpakai sebaik sahaja kontrak dimeterai. Hak milik penyewa terhadap khidmat yang disewa disahkan dan penyewa berhak menggunakannya. Hak milik sewaan terhadap bayaran iaitu bayaran bagi perkhidmatan yang diserahkan kepada penyewa pada masa kontrak disahkan.

13 Jika barangan yang disewa rosak selepas sebahagian khidmatnya sahaja digunakan, beberapa perkara perlu dilihat:  Jika bahagian yang telah digunakan pada kebiasaannya boleh dimanfaatkan, pemilik berhak memperolehi bayaran sewa bagi bahagian yang telah digunakan.

14 Contohnya, penyewa menyewa sebuah kereta untuk membawanya ke suatu tempat lalu kereta ini rosak sebelum tiba, pemilik berhak memperolehi bayaran sewa untuk jarak yang telah dilalui hanya jika penyewa boleh meneruskan perjalanan dari tempat tersebut tanpa perlu bersusah payah, atau pun penyewa mempunyai urusan tertentu di tempat tersebut.

15  Jika khidmat (manfaat) daripada bahagian yang digunakan biasanya tidak boleh dimanfaatkan.
Contohnya, tempat kereta tersebut rosak biasanya bukan tempat tuju atau sukar untuk meneruskan perjalanan dari tempat tersebut, pemilik tidak berhak memperolehi walau sedikitpun bayaran sewa.

16 HAK MENGGUNAKAN PERKHIDMATAN
Penyewa berhak menggunakan sendiri khidmat tersebut atau diserahkan kepada orang lain. Jika penyewa menyewa sebuah rumah, dia berhak mendiaminya bersama-sama orang lain atau membenarkan orang lain mendiaminya dengan cara pinjaman atau sewa.

17 TANGGUNGJAWAB KE ATAS BARANG SEWAAN
Orang yang memegang barangan sewaan dianggap sebagai pemegang amanah. Oleh itu dia tidak perlu menanggung segala kerosakan atau kecacatan yang berlaku pada barangan tersebut. Sama ada ia berlaku ketika khidmat barangan tersebut digunakan, sebelum atau selepasnya.

18 Sebarang kerosakan atau kecacatan pada barangan yang disewa tidak akan ditanggung oleh penyewa selagimana ia bukan berpunca daripada salah laku atau cuai ketika menggunakannya. Contohnya, apabila penyewa menyewa sebuah rumah kediaman dan dia mendiaminya. Rumah ini kemudiannya terbakar berpunca daripada alat memasak yang biasa digunakan di dalam rumah dan bukan kerana kecuaiannya. Dalam keadaan ini, penyewa tidak perlu bertanggungjawab dengan sebarang kerosakan akibat kebakaran tersebut.

19  Namun demikian, jika kebakaran berlaku bukan disebabkan oleh apa yang biasa berlaku di dalam rumah kediaman. Contohnya, penyewa membuat pembakaran untuk perusahaan besi atau sebagainya. Dalam keadaan ini, penyewa perlu bertanggungjawab kerana dia menyalahgunakan rumah tersebut lain daripada tujuan asal penyewaan.

20 Begitu juga penyewa perlu bertanggungjawab jika dia menggunakan barangan sewaan di luar tempoh sewaan, atau dia tidak menggunakannya tetapi tidak menyerahkan semula kepada pemiliknya. Namun jika penyewa tidak menggunakan dan berlaku sesuatu sebelum sempat dia memulangkannya atau sebelum sempat dia melepaskan hak antaranya dengan pemiliknya, dia tidak perlu bertanggungjawab. Hukum ini disamakan dengan hukum kerosakan sebelum tempoh sewa tamat kerana ketika itu dia tidak dipertanggungjawabkan.

21 PENAMATAN KONTRAK SEWA
Pembatalan kontrak Penggunaan barang sewaan berakhir

22 PEMBATALAN KONTRAK Kontrak ini hanya boleh dibatalkan kerana sesuatu sebab. Apabila dibatalkan, kontrak tersebut dianggap tamat. SEBAB YANG MEMBATALKAN KONTRAK: Barangan yang disewa rosak.

23 Jika penyewa menyewa sebuah rumah atau kereta dan kemudian rumah tersebut musnah atau kereta tersebut rosak sebelum ia digunakan, kontrak tersebut terbatal. Ini kerana khidmat barangan tersebut yang menjadi subjek sewaan tidak lagi boleh digunakan. Jika kontrak sewa ialah kontrak sewa jaminan. Contohnya, penyewa menyewa sebuah kereta yang dinyatakan sifat-sifatnya secara jaminan pemilik supaya dia dihantar ke sesuatu tempat, dan kereta tersebut dibawa kepada penyewa tetapi kemudiannya rosak atau cacat, kontrak ini tidak terbatal. Sebaliknya pemilik perlu menggantikannya dengan kereta lain, sama ada kerosakan berlaku sebelum atau selepas khidmat tersebut digunakan.

24 Barangan sewaan tidak diserahkan pada masa yang ditetapkan.
Bagi kontrak sewa yang membabitkan barangan sewaan dan khidmatnya ditetapkan hanya untuk tempoh tertentu, apabila tempoh ini tamat dan pemilik masih tidak menyerahkan barangan sewaan yang ditetapkan, kontrak tersebut terbatal. Ini kerana barangan tidak dapat diserahkan pada masa yang ditetapkan. Hukum yang sama berlaku kepada kontrak sewa jaminan, sekiranya pemilik tidak menyerahkan khidmat yang dipersetujui pada masa yang ditetapkan.

25 SEBAB YANG TIDAK MEMBATALKAN KONTRAK:
Kontrak sewa tidak terbatal hanya kerana barangan yang disewa tidak lagi menjadi milik pemilik. Kontrak sewa juga tidak terbatal hanya kerana salah satu pihak, sama ada pemilik atau penyewanya meninggal dunia, mahupun kedua-duanya sekali. Kontrak sewa tidak terbatal jika berlaku sesuatu yang tidak membabitkan barangan yang disewa.

26 PENGGUNAAN BARANGAN SEWAAN BERAKHIR
Kontrak sewa berakhir dari segi hukumnya apabila khidmat barangan tersebut selesai digunakan. Jika khidmat diukur melalui kerja yang dilakukan, kontrak tersebut tamat sebaik sahaja kerja tersebut selesai. Jika khidmat diukur mengikut masa, kontrak tersebut tamat apabila tamat masa yang ditetapkan.

27 KHIYAR DALAM KONTRAK SEWA
Khiyar Majlis atau Khiyar Syarat Dalam kontrak sewa tidak wujud khiyar majlis atau khiyar syarat kerana kontrak sewa termasuk di antara kontrak yang berisiko. Ini kerana ia membabitkan barangan yang tidak wujud ketika kontrak iaitu perkhidmatan. Walau bagaimanapun ia tetap dibenarkan bertujuan memudahkan orang ramai.

28 Khiyar cacat (aib) Khiyar aib wujud dalam kontrak sewa barangan. Apabila berlaku sesuatu kecacatan kepada barangan yang disewa dan memberikan kesan yang ketara kepada nilai khidmat yang ditawarkan, penyewa boleh membuat pilihan sama ada meneruskan sewaan atau membatalkannya. Walau bagaimanapun, khiyar aib tidak wujud dalam kontrak sewa jaminan.

29 PENGAKUAN BERBEZA ANTARA PEMILIK DAN PENYEWA DALAM KES PEMULANGAN ATAU KEROSAKAN

30 Dakwaan rosak Jika barangan yang disewa rosak atau cacat dalam tangan penyewa dan penyewa mendakwa dia tidak menyalahgunakannya, sebaliknya ia disebabkan oleh bencana alam iaitu sebab yang di luar kehendaknya, ataupun ia disebabkan oleh faktor yang dibenarkan oleh penggunaan biasa. Sementara pemilik pula mendakwa ia berlaku disebabkan oleh salah guna penyewa akibat penggunaan yang berlebihan atau kecuaian atau tidak menjaga barangan yang disewa dengan baik.

31  Dalam kes ini pengakuan yang akan diterima ialah pengakuan penyewa dan diperakui selepas dia bersumpah. Ini kerana pemilik membuat dakwaan wujudnya salah guna sementara penyewa menafikannya dan mendakwa penyalahgunaan tidak wujud.  Jadi mengikut hukum asal, salah guna tidak wujud dan tiada siapa yang dipertanggungjawabkan. Dengan ini, pengakuan yang diterima ialah dakwaan asal yang disokong oleh sumpahnya.

32 Dakwaan pemulangan. Jika pemilik dan penyewa berbeza pengakuan. Contohnya, penyewa mendakwa dia telah memulangkan barang yang disewa kepada pemilik, namun pemilik menafikannya dan berkata: Anda tidak pulangkan kepada saya.  Pengakuan pemilik akan diterima jika disokong oleh sumpah. Ini kerana penyewa memegang barangan yang disewa untuk mendapatkan khidmatnya. Pada asalnya tiada sebarang pemulangan dan penyewa adalah orang yang mendakwa.

33 Dengan ini, pengakuan yang diterima ialah pengakuan orang yang menafikannya dengan disokong oleh sumpah. Jadi pengakuan pemilik akan diterima kerana dia menafikan wujudnya pemulangan dan dakwaannya ini sesuai dengan hukum asal iaitu pemulangan tidak dilakukan.


Download ppt "AL-IJARAH (KONTRAK SEWA)"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google