Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

TAFSIRAN dan isu penilaian markah kokurikulum

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "TAFSIRAN dan isu penilaian markah kokurikulum"— Transcript presentasi:

1 TAFSIRAN dan isu penilaian markah kokurikulum

2 TAFSIRAN AKTIVITI KOKURIKULUM DALAM KONTEKS PENILAIAN 10%
Semua aktiviti dan program murid hendaklah dalam bentuk pertemuan secara bersosial dan bersemuka (bukan secara atas talian) selaras dengan tafsiran kokurikulum (Rujuk Warta Kerajaan bertarikh 28 Disember, 1967, No.5652 – Peraturan Kursus Pengajian.). Mana-mana aktiviti/program yang tidak menepati tafsiran di atas hendaklah diberi taraf di peringkat sekolah sahaja.

3 Tafsiran Aktiviti Peringkat Antarabangsa:
1. Penyertaan diurus sepenuhnya oleh KPM dengan kebenaran BKK 2. Penyertaan diurus oleh GO/NGO/individu dengan syarat mendapat kelulusan daripada BKK dan Bah.Hubungan Antarabangsa, KPM. 3 Penyertaan dalam negara dengan melibatkan penyertaan dari luar negara yang diurus BKK melalui tapisan Bahagian Hubungan Antarabangsa, KPM.

4 Tafsiran Aktiviti Peringkat Antarabangsa:
4. Penyertaan dlm. negara dgn melibatkan penyertaan dari luar negara yang dikelola oleh sekolah, GO/NGO dengan kelulusan BKK dan telah melalui tapisan serta kebenaran Bahagian Hubungan Antarabangsa, KPM. 5. Kelulusan daripada bahagian-bahagian lain KPM selain BKK dianggap sebagai kelulusan untuk menjalankan program sahaja.

5 Tafsiran Aktiviti Peringkat Kebangsaan
1. Aktiviti diurus sepenuhnya oleh KPM melalui Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, KPM 2. Aktiviti diurus oleh agensi GO’s dan NGO’s dengan syarat mendapat kelulusan bertulis daripada BKK. Aktiviti yang diusahakan hendaklah tidak bertindan dengan aktiviti yang dikelolakan oleh KPM bagi tahun semasa. 3.Penyertaan mestilah melibatkan sekurang-kurangnya 3 buah negeri. 4. Program kebangsaan yang dikelolakan oleh pihak sekolah tanpa kelulusan BKK KPM adalah dikira markah penyertaan peringkat sekolah sahaja

6 Tafsiran Aktiviti Peringkat Negeri
1. Aktiviti yang diusaha serta diurus sepenuhnya oleh JPN 2. Aktiviti diurus oleh GO’s dan NGO’s dengan syarat mendapat kelulusan bertulis daripada Pengarah JPN. 3. Penyertaan mestilah melibatkan sekurang-kurangnya 3 Daerah Bagi negeri yang tiada daerah pengelolaan hendaklah melibatkan sekurang-kurangnya 5 buah sekolah. 4. Penyertaan mestilah melibatkan pelbagai keturunan kaum. 5. Aktiviti yang diusahakan hendaklah tidak bertindan dengan aktiviti yang dikelolakan oleh JPN bagi tahun semasa. 6. Program yang dikelolakan oleh pihak sekolah boleh diiktiraf sebagai program peringkat negeri dengan syarat melibatkan sekurang-kurangnya 5 buah sekolah dari 3 daerah dan mendapat kebenaran daripada Pengarah JPN. Kos program ditanggung oleh sekolah berkenaan.

7 Tafsiran Aktiviti Peringkat Daerah
Akiviti yang diusahakan serta diurus sepenuhnya oleh Pejabat Pelajaran Daerah. 2 Aktiviti diurus oleh agensi GO’s dan NGO’s dengan syarat mendapat kelulusan bertulis daripada Pejabat Pelajaran Daerah. Penyertaan mestilah melibatkan sekurang-kurangnya 5 sekolah 3. Program yang dikelolakan oleh pihak sekolah (melibatkan lebih daripada 5 sekolah) tanpa kelulusan Pejabat Pelajaran Daerah adalah dikira markah penyertaan aktiviti peringkat sekolah sahaja.

8 Tafsiran Penglibatan Penglibatan 1: Murid yang didaftarkan sebagai peserta perkhemahan/ pertandingan/ karnival/kursus/program Penglibatan 2: Penglibatan murid yang melibatkan aktiviti seperti persembahan selingan yang memerlukan latihan pusat dan murid yang bertugas sebagai jawatankuasa yang perlu berkhidmat dalam tempoh yang lama disepanjang aktiviti/pertandingan. Penglibatan 3: Penglibatan murid yang bersifat meramaikan majlis seperti sebagai penyokong, kumpulan sorak atau peserta majlis ceramah

9 JADUAL MARKAH PENGLIBATAN
PERINGKAT PENGLIBATAN 1 PENGLIBATAN 2 PENGLIBATAN 3 SEKOLAH 08 6 3 ZON/DAERAH 11 7 4 NEGERI 14 8 5 KEBANGSAAN 17 9 ANTARABANGSA 20 10

10 Program-program khas Kebangsaan
contoh: 1. Pertandingan Menulis Surat 1Malaysia 2. Pertandingan Menulis Surat kepada Perdana Menteri. 3. Larian 1 Murid 1 Sukan (1M1S): 4. Gotong Royong Kebangsaan. 5. Bulan Kecergasan Malaysia. 6. Sambutan Hari Habitat Sedunia 7. Perhimpunan Sejuta Belia . 8. Minggu Alam Sekitar

11 PROGRAM-PROGRAM KHAS PERINGKAT NEGERI DAN DAERAH
1. Perkhemahan Pengakap Daerah Jengka 30 tahun peringkat antarabangsa . 2. Jambori Pengakap ”JOTA/JOTI” 3. ”One Contemporary Art Competition” anjuran Kementerian Pelancongan. 4. ”HHH Run” / Sunset Run 5. Pesta Tanglong Perdana (Perak) 6. Larian Antarabangsa Jambatan Pulau Pinang 7. Kuala Lumpur International Marathon 8. Klang 10K Run

12 Pemberian Markah Program-program khas Kebangsaan
Peringkat Pelaksanaan Markah Penyertaan Markah i. Sekolah Sekolah 8 ii. Daerah Daerah 11 iii. Negeri Negeri 14 iv. Kebangsaan Kebangsaan 17

13 Program-program berkembar
sekolah Premier , sekolah kluster, Sekolah Prestasi Tinggi dan SBP Contoh : Program berkembar antara sekolah dengan universiti/kolej/sekolah luar negara Pemarkahan Penilaian Kokurikulum hendaklah merujuk kepada tafsiran aktiviti kokurikulum mengikut peringkat seperti di atas

14 AKTIVITI OLIMPIAD SAINS DAN MATEMATIK
Peringkat pertama yang dijalankan di sekolah dikira sbg penyertaan di peringkat sekolah (8 markah) ii. Peringkat kedua; peserta dipanggil oleh BKK KPM untuk menghadiri kem latihan diperingkat kebangsaan layak mendapat markah peringkat kebangsaan (17 markah) iii. Peserta terpilih mewakili Negara ke peringkat antarabangsa layak mendapat markah peringkat antarabangsa (20 markah) dan markah pencapaian sekiranya berjaya.

15 Kejohanan Taekwondo Jemputan Antarabangsa – Korea
Aktiviti ini tidak diterima pakai dalam pengiraan penilaian markah kokurikulum, kerana a. Aktiviti tidak melalui dan mendapat kebenaran dari KPM b. Kelebihan kpd individu yang berkemampuan. c. Penyertaan secara terbuka tanpa apa-apa saringan dari segi pemilihan calon berbanding ”Aktiviti Olimpiad” Sains dan Matematik yang diuruskan oleh Bahagian Sukan, Seni dan Kokurikulum, KPM

16 Pengujian secara terus (”On-Line Assessment ”)
Tidak diterima pakai dalam pengiraan penilaian markah kokurikulum, kerana: 1. Aktiviti tidak melalui dan mendapat kebenaran BKK, KPM 2. Kelebihan kepada individu yang berkemampuan dan mempunyai kemudahan IT 3. Sistem penilaian yang dijalankan dan pelaksanaanya tidak jelas dan tidak diketahui, keesahan dan kebolehpercayaan diragui 4. Tidak diketahui siapa penganjur yang bertanggungjawab bagi sebarang perkara berbangkit 5. Penyertaan secara terbuka tanpa apa-apa saringan dari segi pemilihan calon

17 Penglibatan murid-murid dalam Program Kerajaan Negeri
Penglibatan pelajar diiktiraf sebagai penglibatan ”antarabangsa”, pemilihan sesorang peserta melalui saringan dan pemilihan oleh jawatankuasa khas yang dilantik. Contoh: Program Berkembar Bandar Kembar Seremban – Bukit Tinggi, Sumatera Pulau Pinang – Medan, Ipoh – Fukuoka, Jepun

18 Penglibatan murid-murid dalam pertubuhan yang tidak terdapat/tidak berdaftar di sekolah
Sekiranya aktiviti yang dianjurkan mendapat kelulusan daripada KPM/JPN/PPD maka markah Penglibatan dan Pencapaian murid boleh diambil kira walaupun aktiviti tersebut tidak tersenarai di peringkat sekolah.

19 Peringkat penglibatan :
Penglibatan murid-murid dalam aktiviti yang berkaitan dengan Agensi Bukan Kerajaan (NGO) Semua aktiviti mestilah mendapat kebenaran daripada KPM/ JPN/ PPD terlebih dahulu (kelulusan mengikut peringkat penglibatan). Markah tertakluk kepada peringkat kelulusan: Peringkat penglibatan : Kelulusan PPD – penglibatan daerah Kelulusan JPN – penglibatan negeri Kelulusan KPM – penglibatan kebangsaan Sekiranya penglibatan tanpa kelulusan KPM/JPN /PPD – markah penglibatan dan pencapaian tidak dikira.

20 Aktiviti yang berkaitan dengan pihak Istana dan Kerajaan Negeri
Semua aktiviti yang melibatkan Institusi Raja dan Setiausaha Kerajaan Negeri dikira sebagai penglibatan peringkat negeri.

21 PROGRAM / AKTIVITI GABUNGAN
c. Penglibatan Daerah : gabungan sekurang-kurangnya 5 buah sekolah dari daerah yang sama c. Penglibatan Negeri: Dianjurkan oleh PPD meliputi gabungan sekurang-kurangnya 3 buah daerah dari negeri yang sama Penglibatan Kebangsaan: Dianjurkan oleh JPN dengan gabungan sekurang-kurangnya 3 buah negeri Semua aktiviti mestilah mendapat kebenaran daripada KPM/JPN/PPD

22 ISU – ISU PENILAIAN

23 1. Apakah peraturan atau penalti yang boleh dikenakan kepada murid yang tidak menyertai kegiatan kokurikulum ? Murid yang tidak menyertai kegiatan kokurikulum dianggap sebagai ponteng, justeru menjejaskan prestasi markah kokurikulumnya.

24 2. Rumah sukan, apakah dikira sebagai ahli kelab sukan dan boleh diberikan markah ?
Kegiatan dalam rumah sukan adalah diiktiraf sebagai kegiatan sukan. Maka penglibatan murid-murid diiktiraf telah terlibat dalam bidang sukan/permainan, layak diberi markah.

25 3. Bagaimana pengiraan jika kehadiran lebih daripada jumlah yang pertemuan yang ditetapkan?
Murid-murid layak mendapat markah penuh jika kehadiran mereka mencapai jumlah minima. Kehadiran melebihi jumlah ini tidak membawa penambahan markah.

26 4. Memanipulasi jawatan kapten dalam pasukan (kegiatan sukan)
4. Memanipulasi jawatan kapten dalam pasukan (kegiatan sukan). Satu jenis sukan tetapi ada banyak kapten Sebuah pasukan sukan hanya mempunyai seorang kapten. Jika ditubuhkan banyak pasukan, maka layaklah setiap pasukan ini mempunyai kaptennya masing-masing.

27 5. Jika ketua kelas / pengawas atau pelajar dengan jawatan khas yang berpindah sekolah selepas beberapa bulan (tidak cukup setahun) ke sekolah baru, bagaimana penilaian harus dibuat di sekolah baru? Markah memegang jawatan ini hanya layak diterima jika jawatan disandang ialah untuk tempoh satu tahun.

28 7. Bagaimana pengesahan harus dibuat bagi penyertaan pelajar di peringkat daerah atau sekolah yang tiada sijil , tetapi ada tercatat dalam sijil berhenti sekolah? Sebarang bentuk dokumen rasmi yang mengesahkan penyertaan atau pencapaian boleh diterima sebagai sokongan sah.

29 8. Jika sijil hilang, adakah perlu perakuan dari pihak yang mengeluarkan sijil?
Pengesahan menerima dokumen yang hilang perlu diperakui oleh pengeluar dokumen berkenaan.

30 9. Adakah perlu suatu panel khas atau jawatankuasa untuk menyemak dan mengesahkan kesahihan maklumat dalam borang penilaian? Menubuhkan panel atau jawatankuasa bagi menyemak maklumat borang penilaian dianggap sebagai usaha tambahan sahaja.

31 Murid hanya dinilai mengikut tahun penglibatan mereka sahaja.
10. Bagaimana penilaian bagi seorang murid di sekolah pedalaman yang hanya hadir untuk sesuatu tahun sahaja (tidak penuh tingkatan) contoh: hanya hadir untuk tingkatan 1, 3 dan 5 sahaja. Murid hanya dinilai mengikut tahun penglibatan mereka sahaja.

32 11. Bagaimana penilaian harus dibuat jika bilangan perjumpaan untuk aktiviti tidak mencapai had minimum yang ditetapkan Markah kehadiran dinilai berdasarkan kepada jumlah kali kehadiran sama ada menepati jumlah yang ditetapkan ataupun tidak.

33 12. Bagaimanakah penilaian dilakukan sekiranya murid terlibat dalam aktiviti masyarakat di luar sekolah? Murid perlu mengemukakan dokumen pengesahan penglibatan untuk pertimbangan mendapat markah.

34 13. Bagaimana hendak menilai pelajar yang belajar di luar negara (dengan sebab mengikut bapa dan sebagainya) dan masuk ke tingkatan 5 di Malaysia pada pertengahan atau pada penghujung tahun . Murid perlu mengemukakan bukti-bukti (dokumen perakuan) penglibatan dan pencapaian dalam kegiatan kokurikulum untuk dijadikan sebagai asas pertimbangan.

35 14. Markah untuk pencapaian perlulah juga diberi kepada murid yang tewas / kalah / tiada memenangi anugerah dalam aktiviti yang disertainya. Markah murid yang tewas dalam sesuatu peringkat pertandingan akan merujuk kepada markah pertandingan di peringkat sebelumnya.

36 15. Bagaimanakah penilaian murid di sekolah di pedalaman yang tiada kemudahan/prasarana untuk menyertai aktiviti kokurikulum? Bagi membolehkan murid mempunyai peluang untuk memperolehi markah kokurikulum, pihak sekolah hendaklah mengambil inisiatif menganjurkan pelbagai aktiviti dan mewujudkan pelbagai jawatan untuk membuka ruang penyertaan mereka di peringkat sekolah mahupun di peringkat yang lebih tinggi.

37 16. Pelajar yang aktif sukan tidak mempunyai masa untuk menghadiri latihan bersama dengan ahli pasukan yang lain kerana sering terlibat dengan sukan yang disertainya. Kehadiran murid menyertai latihan di luar sekolah dalam bidang yang sama adalah juga diperakui kehadirannya.

38 17. Guru menurunkan kuasa kepada pelajar (Pengerusi/Setiausaha) untuk menandatangan kehadiran pelajar dalam perjumpaan. Guru hendaklah mengesah sendiri kehadiran murid dalam kegiatan kokurikulum.

39 18. Surat tidak hadir oleh penjaga menyatakan anak mereka tidak dapat menyertai aktiviti kokurikulum di sekolah. Adakah ini diterima sebagai pengecualian? Sebarang dokumen pengesahan ibu bapa atau penjaga murid boleh diterima sebagai rujukan pengecualian.

40 19. Pengecualian bagi pelajar yang menyertai kelas agama pada sebelah petang
Penyertaan dalam kegiatan kokurikulum adalah wajib. Penyelarasan perlu dilakukan bagi mengelak berlaku halangan penyertaan murid dalam kegiatan kokurikulum.

41 20. Bagaimana cara penilaian pada pelajar yang tidak mahu melibatkan diri dalam aktiviti kokurikulum? Murid yang tidak menyertai kegiatan kokurikulum akan kehilangan markah kokurikulumnya.


Download ppt "TAFSIRAN dan isu penilaian markah kokurikulum"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google