Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Lembaga Peperiksaan 18 Disember 2014

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Lembaga Peperiksaan 18 Disember 2014"— Transcript presentasi:

1 Lembaga Peperiksaan 18 Disember 2014
KRITERIA KEMASUKAN MURID TINGKATAN 4 ALIRAN SAINS MULAI TAHUN 2015 BERDASARKAN PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH PERINGKAT MENENGAH RENDAH Lembaga Peperiksaan 18 Disember 2014

2 Peringkat Menengah Rendah
TUJUAN Memaklumkan Kepada Ahli Mesyuarat Tentang Kriteria Kemasukan Murid Tingkatan 4 Aliran Sains Mulai Tahun 2015 Berdasarkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah Peringkat Menengah Rendah

3 LATAR BELAKANG 2. Mesyuarat Laporan Strategi Mencapai Dasar 60:40 Aliran Sains/Teknikal: Sastera yang dipengerusikan oleh YAB Timbalan Perdana Menteri Malaysia merangkap Menteri Pelajaran Malaysia pada 5 November 2012 memutuskan 40% murid lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR) disalur ke aliran sains secara automatik 3. Satu daripada 15 perakuan dalam Strategi Mencapai Dasar 60:40 Aliran Sains/Teknikal: Sastera ialah 40% murid lepasan PMR disalur ke aliran sains secara automatik oleh Lembaga Peperiksaan (LP). 4. Dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Kebangsaan Sesi Khas 2013 pada 17 Disember 2013, LP telah membentangkan Kertas Cadangan bertajuk Kelayakan Kemasukan Murid Lepasan Peringkat Menengah Rendah Ke Aliran Sains di Peringkat Menengah Atas. Bagi menyalurkan murid-murid ke aliran sains/teknikal, LP telah mencadangkan ketetapan yang berikut: i. Penyaluran ini mula dilaksanakan untuk kohort Tingkatan 4 tahun 2015. ii. Murid lepasan pendidikan menengah rendah yang mendapat kelulusan sekurang-kurangnya gred B bagi mata pelajaran Sains dan Matematik dalam Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) dalam PBS di peringkat menengah rendah. Pencapaian akademik murid tersebut diperkukuhkan melalui maklumat daripada Pentaksiran Psikometrik. Penyaluran itu dinyatakan dalam satu senarai (roster) untuk dipaparkan di papan kenyataan sekolah 5. LP membuat penambahbaikan dalam kertas cadangan tersebut dan Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Kebangsaan Bil. 1/2014 bertarikh 11 Februari 2014 memutuskan bahawa, penempatan murid lepasan peringkat menengah rendah ke aliran sains di peringkat menengah atas adalah pelajar yang telah mengambil PT3 dan mendapat keputusan sekurang-kurangnya :  i. mendapat Gred B dalam mata pelajaran Sains dan Matematik; atau  ii. mendapat Gred C dalam mata pelajaran Sains dan Matematik serta berminat untuk belajar dalam aliran sains (Pentaksiran Psikometrik);  iii. Kes Khas: Diperakukan untuk mengikuti aliran sains oleh pengetua sekolah. 6. Mesyuarat Penetapan Kriteria Kemasukan Murid Tingkatan 4 Aliran Sains 2015 pada 14 Oktober 2014 yang dipengerusikan oleh Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia (Dasar dan Pembangunan Pendidikan) mencadangkan supaya penambahbaikan terhadap kriteria kemasukan murid ke aliran sains Tingkatan 4 dibuat berdasarkan analisis keputusan PT3, PMR 2012 dan PMR 2013. Mesyuarat Laporan Strategi Mencapai Dasar 60:40 Aliran Sains/Teknikal:Sastera Perakuan dalam Strategi Mencapai Dasar 60:40 Aliran Sains/Teknikal:Sastera Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Kebangsaan pada 17 Disember 2013 Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Kebangsaan Bil. 1/2014 bertarikh 11 Februari 2014 Mesyuarat Penetapan Kriteria Kemasukan Murid Tingkatan 4 Aliran Sains 2015 pada 14 Oktober 2014 – cadangan penambahbaikan terhadap kriteria kemasukan murid ke aliran sains Tingkatan 4.

4 PERKARA YANG HENDAK DIMAKLUMKAN
7. LP telah membuat simulasi dan ingin memaklumkan bahawa berikut ialah kriteria kemasukan murid Tingkatan 4 Aliran Sains mulai tahun 2015 berdasarkan Pentaksiran Tingkatan 3 (PT3) adalah seperti berikut: i. semua murid yang mendapat sekurang-kurangnya Gred B dalam mata pelajaran Sains dan Matematik digalakkan  mengikuti aliran sains di Tingkatan 4; ii. murid yang mendapat gabungan Gred A/C, B/C atau C/C dalam mata pelajaran Sains dan Matematik, mendapat sekurangnya-kurangnya Band 4 dalam Pentaksiran Sekolah bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut, serta berminat untuk belajar dalam aliran sains (Pentaksiran Psikometrik) dibenarkan mengikuti aliran sains di Tingkatan 4; KRITERIA KEMASUKAN MURID TINGKATAN 4 ALIRAN SAINS Murid yang mendapat: (bagi mata pelajaran Sains dan Matematik) sekurang-kurangnya Gred B gabungan Gred A/C, B/C atau C/C, mendapat sekurangnya-kurangnya Band 4 dalam Pentaksiran Sekolah, serta berminat untuk belajar dalam aliran sains (Pentaksiran Psikometrik)

5 PERKARA YANG HENDAK DIMAKLUMKAN
iii. Kes Khas Murid yang mendapat gabungan Gred A/D, B/D atau C/D dalam mata pelajaran Sains dan Matematik, mendapat sekurangnya-kurangnya Band 4 dalam Pentaksiran Sekolah bagi kedua-dua mata pelajaran tersebut, serta berminat untuk belajar dalam aliran sains (Pentaksiran Psikometrik) dibenarkan mengikuti aliran sains di Tingkatan 4; iv. Murid yang mendapat Gred E dalam mana-mana mata pelajaran Sains dan Matematik tidak digalakkan mengikuti aliran sains di Tingkatan 4. KRITERIA KEMASUKAN MURID TINGKATAN 4 ALIRAN SAINS Murid yang mendapat: (bagi mata pelajaran Sains dan Matematik) iii. Kes Khas gabungan Gred A/D, B/D atau C/D, mendapat sekurangnya-kurangnya Band 4 dalam Pentaksiran Sekolah, serta berminat untuk belajar dalam aliran sains (Pentaksiran Psikometrik) iv. Murid yang mendapat Gred E dalam mana-mana mata pelajaran Sains dan Matematik tidak digalakkan mengikuti aliran sains di Tingkatan 4

6 PERKARA YANG HENDAK DIMAKLUMKAN
8. Antara asas pertimbangan yang telah diambil kira dalam penetapan kriteria kemasukan Tingkatan 4 aliran sains adalah dalam perekaan bentuk format instrumen Sains dan Matematik PT3. LP telah mengambil kira tahap penguasaan murid supaya mampu meneruskan pelajaran dalam aliran sains jika memperoleh gred seperti yang ditetapkan. 9. LP juga telah menggunakan analisis pencapaian calon yang memperoleh sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran Sains dan Matematik dalam PMR (rujuk Jadual 1 dalam Lampiran) dan keputusan mata pelajaran Matematik Teras peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi calon yang sama (rujuk Jadual 2 dalam Lampiran) untuk membuat unjuran kemampuan mereka mengikuti aliran sains di peringkat menengah atas. Didapati bahawa 90% daripada calon tersebut mampu mengikuti aliran sains di peringkat SPM iaitu dengan memperoleh minimum Gred B untuk mata pelajaran Matematik Teras. 10. Ahli mesyuarat adalah dimohon untuk mengambil maklum tentang penetapan Kriteria Kemasukan Murid Tingkatan 4 Aliran Sains Mulai Tahun 2015 Berdasarkan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) Peringkat Menengah Rendah dan seterusnya membuat perancangan untuk merealisasikan nisbah 60:40 Aliran Sains/Teknikal: Sastera ASAS PERTIMBANGAN i. Perekaan bentuk format instrumen Sains dan Matematik PT3. Analisis pencapaian calon memperoleh sekurang-kurangnya Gred C bagi mata pelajaran Sains dan Matematik dalam PMR Tahun dan Tahun 2011 keputusan mata pelajaran Matematik Teras peringkat peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi calon yang sama

7 TERIMA KASIH


Download ppt "Lembaga Peperiksaan 18 Disember 2014"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google