Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

FALSAFAH DAN AMALAN PENDIDIKAN ISLAM

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "FALSAFAH DAN AMALAN PENDIDIKAN ISLAM"— Transcript presentasi:

1 FALSAFAH DAN AMALAN PENDIDIKAN ISLAM
BAB 3 : MAKNA DAN TUJUAN PENDIDIKAN 1

2 BAHAGIAN 1: MAKNA DAN TUJUAN PENDIDIKAN INDIVIDU, MASYARAKAT ATAU NEGARA?

3 KEADAAN UMAT ISLAM PASCA PENJAJAHAN
Mesir Pakistan (Malaysia, Indonesia, Turki, Timur Tengah, dsb)

4 PENJAJAHAN Kesan di Mesir
Pendidikan ini disampaikan (imparted) sehingga murid dapat memperoleh ijazah yang memungkinnya memperoleh pekerjaan sebagai tenaga pengurusan dalam sebuah jabatan. Namun, hakikatnya bahawa jiwanya harus dibentuk dengan pendidikan (al-ta’lim wa al-tarbiyah) dan dengan menanam nilai yang luhur sehingga ia menjadi manusia yang soleh (rijalan salihan fi nafsihi), yang dengannya ia dapat mengerjakan tugas yang dipertanggung jawap kepadanya dalam jawatan pemerintahan ataupun dalam jawatan lainnya, hakikatnya ini tidak masuk dalam fikiran guru besar dan orang-orang yang melantik guru-guru tersebut. (Muhammad ‘Abduh, Al-A’mal Al-Kamilah dipetik dari Falsafah Pendidikan ms. 112)

5 PENJAJAHAN Kesan di Pakistan
…terlepas dari pengakuan bahawa pendidikan harus mencerminkan cita-cita Islam, tidak satu pun usaha yang sungguh-sungguh dilakukan untuk memberikan bentuk konkrit dari perasaan seperti ini. Dalam semangat dan praktiknya, anak-anak Pakistan menerima pendidikan sekular dan tidak bermoral, sama seperti yang pernah dialami ketika di bawah pemerintahan asing. (I.H. Quresyi, Education in Pakistan dipetik dari Falsafah Pendidikan ms. 113)

6 Tujuan Mencari Ilmu Tujuan mencari ilmu adalah untuk menanamkan kebaikan ataupun keadilan dalam diri manusia sebagai manusia dan individu bukan sebagai seorang warganegara ataupun anggota masyarakat. Yang perlu ditekankan (dalam pendidikan) adalah nilai-nilai manusia sebagai manusia sejati, sebagai warga kota, sebagai warganegara dalam kerajaannya yang mikro, sebagai sesuatu yang bersifat spiritual (dengan demikian yang ditekankan itu), bukanlah nilai manusia sebagai entiti fizik yang diukur dalam konteks pragmatis dan utilitarian berdasarkan kegunaannya kepada negara, masyarakat dan dunia. (Al-Attas, Islam and Secularism dipetik dari Falsafah Pendidikan ms. 116)

7 Tujuan Mencari Ilmu Penekanan terhadap individu mengakibatkan ... pengetahuan tentang akal, nilai, jiwa, tujuan dan maksud yang sebenarnya (dari kehidupan ini); sebab akal, nilai dan jiwa adalah unsur-unsur setiap individu… (Sedangkan) penekanan terhadap masyarakat dan negara …membuka pintu menuju sekularisme, termasuk di dalamnya ideologi dan pendidikan sekular. (Al-Attas, Islam and Secularism dipetik dari Falsafah Pendidikan ms. 116)

8 BAHAGIAN 2: MAKNA DAN TUJUAN PENDIDIKAN INSAN ADABI, ADAB, TA’DIB

9 dipetik dari Falsafah Pendidikan ms. 117)
Insan Adabi Orang baik adalah orang yang insaf sepenuhnya tanggungjawab dirinya terhadap Tuhan Yang Hak; yang memahami dan menyelenggarakan penunaian keadilan terhadap dirinya dan diri-diri lain dalam masyarakatnya; yang terus berupaya meningkatkan setiap aspek dalam dirinya menuju kesempurnaan sebagai insan adabi. (Al-Attas, Risalah dipetik dari Falsafah Pendidikan ms. 117)

10 Adab Adab adalah pengenalan dan pengakuan terhadap realiti bahawa ilmu dan segala sesuatu yang ada terdiri dari hieraki yang sesuai dalam ketegori dan tingkatannya, dan bahawa seorang itu memiliki tempatnya masing-masing dalam kaitannya dengan realiti, kapasiti, potensi fizik, intelektual dan spiritual. (Al-Attas, Concept of Education in Islam dipetik dari Falsafah Pendidikan ms. 119)

11 Pengertian Adab Sesuatu tindakan untuk mendisiplinkan jiwa dan fikiran. Pencarian kualiti dan sifat jiwa dan fikiran yang baik Perilaku yang benar dan sesuai yang berlawanan dengan perilaku yang salah dan buruk Ilmu yang dapat menyelamatkan manusia daripada kesalahan dalam mengambil keputusan dan dari sesuatu yang tidak terpuji Pengenalan dan pengakuan kedudukan (sesuatu) secara benar dan tepat Sesuatu kaedah mengetahui yang menghasilkan kedudukan sesuatu secara benar dan tepat Jelmaan keadilan sebagaimana ditonjolkan oleh hikmah (Al-Attas, Concept of Education in Islam dipetik dari Falsafah Pendidikan ms. 123)

12 Ta’dib Pengenalan dan pengakuan – yang ditanam secara progresif dalam diri manusia – tentang tempat yang sebenarnya daripada segala sesuatu dalam susunan penciptaan yang membimbing seseorang pada pengenalan dan pengakuan terhadap Tuhan dalam martabat wujud dan kewujudan. (Al-Attas, Concept of Education in Islam dipetik dari Falsafah Pendidikan ms. 122)

13 BAHAGIAN 3: MAKNA DAN TUJUAN PENDIDIKAN PENGEMBANGAN MASYARAKAT

14 Individu dan Masyarakat
Ketika menyatakan bahawa tujuan ilmu pengetahuan adalah melahirkan manusia yang baik, kami tidak bermaksud untuk tidak melahirkan masyarakat yang baik, sebab masyarakat terdiri daripada individu, melahirkan seorang yang baik akan melahirkan masyarakat baik. Pendidikan adalah bahagian penting masyarakat. (Al-Attas, Concept of Education in Islam dipetik dari Falsafah Pendidikan ms )

15 Individu dan Masyarakat
Ia harus mengetahui kedudukan dirinya di tengah-tengah pelbagai tingkatan manusia, yang harus difahami sebagai sesuatu yang disusun secara hieraki dan logis dalam tingkatan (darajat) kebaikan yang berdasarkan kriteria al-Quran tentang kecerdasan, keilmuan dan kebaikan (ihsan), dan harus bertindak secara selaras dengan ilmu pengetahuan itu secara berkesaan, baik dan terpuji. (Al-Attas, Concept of Education in Islam dipetik dari Falsafah Pendidikan ms. 129)

16 Individu dan Masyarakat
Bukanlah menghadapkan wajahmu ke arah timur dan barat itu satu kebajikan, tetapi sesungguhnya kebajikan itu ialah beriman kepada Allah, hari Kemudian, malaikat, kitab-kitab, nabi-nabi dan memberi harta yang disayangi kepada kerabatnya, anak-anak yatim, orang miskin, musafir (yang memerlukan pertolongan) dan orang yang meminta-minta dan (memerdekakan) hamba sahaya, mendirikan solat, menunaikan zakat, menepati janji bila berjanji dan sabar dalam kesempitan, penderitaan dan dalam peperangan. Mereka itulah yang benar (imannya) dan mereka itulah orang bertaqwa. (Al-Baqarah: 177 Disebut dalam Falsafah Pendidikan ms. 130)

17 Individu dan Masyarakat
…Al-Madinah telah dinamakan dan disebut demikian kerana di sana terdapat agama yang benar bagi manusia.Di sana orang beriman telah menyerahkan dirinya pada kekuasaan Nabi Muhammad saw sebagai dayyan-nya; di sana rasa berhutang pada kepada Tuhan menjelma dalam bentuk yang jelas, cara-cara dan kaedah pembayaran yang dibenarkan mulai dijelaskan. … Kota ini, bagi masyarakat Muslim menjadi lambing struktur sosiopolitik Islam; dan bagi individu yang beriman, secara analogis menjadi simbol tubuh dan wujud fizik orang beriman, ketika jiwa rasionalnya, dalam mencontohi teladan Nabi saw melaksanakan kekuasaan dan pemerintahan yang adil. (Al-Attas: Islam and Secularism Disebut dalam Falsafah Pendidikan ms. 131)

18 BAHAGIAN 4: MAKNA DAN TUJUAN PENDIDIKAN KEHILANGAN ADAB

19 Kehilangan Adab Belalang menjadi burung helang, kutu menjadi kura-kura dan ulat berubah menjadi naga…Bahkan seorang yang hina dan bodoh dapat menjadi pandai dan terhormat jika memiliki harta, sedang orang miskin tidak dipandang walaupun pandai dan terhormat (Abdullah Munsyi: Hikayat Abdullah Disebut dalam Falsafah Pendidikan ms. 137)

20 Kehilangan Adab Definisi yang tepat menjadi hancur dan, sebagai gantinya, kita mewarisi slogan yang kabur. Ketidakmampuan untuk mendefinisikan, mengenalpasti dan memilih masalah, kemudian memberi penyelesaian yang benar; kemunculan psedo-masalah; mendasarkan masalah pada faktor-faktor politik, sosioekonomi, dan hukum sudah menjadi kenyataan. Tidaklah menghairankan jika situasi seperti ini dapat menyuburkan tumbuhnya pelbagai bentuk ekstremisme yang modal utamanya adalah kejahilan. (Al-Attas: Acceptance Speech Disebut dalam Falsafah Pendidikan ms. 137)


Download ppt "FALSAFAH DAN AMALAN PENDIDIKAN ISLAM"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google