Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

CEMERLANG BAHASA MELAYU PENULISAN UPSR 2009 BAHAGIAN 'B'

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "CEMERLANG BAHASA MELAYU PENULISAN UPSR 2009 BAHAGIAN 'B'"— Transcript presentasi:

1 CEMERLANG BAHASA MELAYU PENULISAN UPSR 2009 BAHAGIAN 'B'
JABATAN PELAJARAN TERENGGANU KURSUS CEMERLANG BAHASA MELAYU PENULISAN UPSR 2009 BAHAGIAN 'B'

2 BAHAGIAN B Tiga soalan yang melibatkan pelbagai jenis soalan akan diberikan. Dikehendaki menjawab satu soalan sahaja. Panjang karangan hendaklah tidak kurang daripada 80 patah perkataan. Markah yang diperuntukkan adalah sebanyak 30 markah. Masa yang dicadangkan ialan 15 minit.

3 SEKILAS PANDANG UPSR OH KAUDATANG LAGI

4 KELEMAHAN BAHASA MELAYU 012 BAHAGIAN B
Tidak memahami kehendak soalan /tugasan yang diberikan Isi-isi yang diberikan tidak mencukupi Hanya mengemukakan pernyataan isi sahaja Huraian yang kurang jelas dan sukar difahami Lemah dalam penguasaan bahasa Banyak melakukan kesilapan dalam aspek tatabahasa Tulisan yang kurang menarik dan sukar untuk dibaca Mengemukakan format karangan yang salah Hanya menyalin soalan sahaja bagi calon yang terlalu lemah

5 KELEMAHAN-KELEMAHAN PEMERIKSAAN GURU
Menggunakan satu jenis penandaan sahaja untuk kesalahan-kesalahan bahasa yang berlainan. Menggunakan satu tanda ( / ) panjang lalu diberikan markah Tidak meletakkan penandaan bagi kesalahan yang dilakukan oleh calon Penandaan bagi isi-isi yang diberikan oleh calon tidak ditandakan dengan tepat Masih menggunakan kaedah analitik dalam penandaan Markah yang diberikan kepada calon tidak digenapkan Kurang tepat dalam menentukan kesalahan dalam aspek tatabahasa Contohnya, antara kesalahan struktur ayat dengan penggunaan perkataan. 8. Markah yang diberikan kurang tepat, sama ada terlalu tinggi / terlalu rendah untuk bahagian A, B atau C

6 APAKAH YANG CIKGU FAHAM DENGAN MAKSUD PENGAJARAN BERKESAN ?

7 PENGAJARAN & PEMBELAJARAN BERKESAN B. MELAYU BHG B
Dedahkan pelbagai soalan karangan karangan mengikut jenis karangan Dedahkan semua jenis contoh karangan Kuasai semua jenis format karangan Kaitkan tema karangan dengan pelbagai jenis karangan yang berkaitan Banyakkan aktiviti mencari isi karangan Tampalkan hasil karangan murid yang cemerlang di tempat-tempat tertentu.

8 PENGAJARAN & PEMBELAJARAN BERKESAN B. MELAYU BHG B
Baca satu karangan satu hari. Hafal kata-kata aluan / pendahuluan dan penutup beberapa jenis karangan. Banyakkan latihan membina ayat berdasarkan isi-isi yang dibincangkan. Latihan merangka karangan.

9 CONTOH-CONTOH SOALAN YANG MENGUJI MINDA MURID

10 TEKNIK MENJAWAB BAHAGIAN B
1. Baca dan fahamkan dahulu semua tajuk karangan yang diberi. 2. Pilih tajuk karangan yang benar-benar anda faham. 3. Sediakan isi karangan yang lengkap, tepat dan sesuai. 4. Sediakan rangka karangan supaya karangan lebih sistematik. Rangka karangan perlu mempunyai: a) Pendahuluan - satu perenggan b) Isi-isi empat perenggan c) Penutup satu perenggan

11 TEKNIK MENJAWAB BAHAGIAN B
5. Pendahuluan karangan mestilah berkaitan dengan tajuk. 6 Isi karangan mempunyai 4 perenggan. Perlu ada isi utama, huraian bagi isi dan contoh sebagai bukti huraian anda. 7 Perenggan pendahuluan dan penutup memadai dengan 2 ayat. Manakala perenggan isi seelok-eloknya 3 atau lebih. 8 Setiap karangan perlu ada kesinambungan. Penggunaan penanda wacana seperti, oleh itu, namun begitu, oleh hal yang demikian dan sebagainya digunakan untuk menyambung isi.

12 TEKNIK MENJAWAB BAHAGIAN B
9 Penutup karangan mengandungi kesimpulan atau rumusan tentang tajuk untuk menegaskan pendirian anda tentang tajuk karangan. 10 Pastikan anda menyemak karangan, jika ada tanda baca yang tertinggal, ejaan yang salah, struktur ayat yang tidak betul dan sebagainya. 11 Tulisan mesti kemas dan cantik.

13 TANDA-TANDA DALAM PEMERIKSAAN
Isi ( ) Kesalahan isi Kesalahan struktur ayat Kesalahan penggunaan perkataan Kesalahan penggunaan imbuhan

14 Kesalahan penggunaan imbuhan yang berulang
Kesalahan tanda baca X Kesalahan tanda baca yang berulang / Kesalahan ejaan // Kesalahan ejaan yang berulang

15 ANALISA SOALAN UPSR Keperihalan / Ucapan Syarahan Catatan Dialog
01 02 03 04 05 06 07 08 Keperihalan / Ucapan Syarahan Catatan Dialog Surat Rasmi Surat tidak Rasmi

16 ANALISA SOALAN UPSR Laporan / Fakta Cereka Melengkap kan cerita Berita
01 02 03 04 05 06 07 08 Laporan / Fakta Cereka Melengkap kan cerita Berita Temu ramah Biografi

17 UPSR 2005 BAHAGIAN B MASA : 40 MINIT (CADANGAN) MARKAH : 30
Pilih satu daripada tajuk-tajuk karangan di bawahdan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan. UPSR 2005 Kamu telah mengikuti Program Motivasi UPSR yang dianjurkan oleh sekolah kamu. Ceritakan pengalaman kamu semasa mengikuti program tersebut. Pada cuti sekolah yang lalu, kamu berpeluang berkelah bersama-sama keluarga kamu di sebuah tempat yang menarik. Tulis catatn kamu tentang perkelahan tersebut. Rakan anda telah memenangi pertandingan bercerita peringkat daerah. Anda diminta menemu ramah rakan anda itu tentang kejayaannya untuk dimuatkan dalam majalah sekolah. Tulis temu ramah anda selengkapnya.

18 UPSR 2006 BAHAGIAN B MASA : 40 MINIT (CADANGAN) MARKAH : 30
Pilih satu daripada tajuk-tajuk karangan di bawahdan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan. UPSR 2006 Penjagaan kesihatan diri sangat penting kepada kita. Tulis karangan tentang cara-cara menjaga kesihatan diri. Kamu diminta untuk menyampaikan ucapan dalam majlis meraikan kejayaan kamu dalam satu pertandingan. Tulis ucapan kamu selengkapnya. Kamu sedang berbual dengan seorang rakan tentang lawatan yang akan kamu sertai. Tulis perbualan kamu itu.

19 UPSR 2007 BAHAGIAN B MASA : 40 MINIT (CADANGAN) MARKAH : 30
Pilih satu daripada tajuk-tajuk karangan di bawahdan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan. UPSR 2007 Selepas makan tengah hari, kami sekeluarga duduk di ruang tamu sambil berbual-bual. Tidak lama kemudian, sebuah teksi berhenti di hadapan rumah. Aku menjenguk keluar. Aku melihat… Mulakan cerita kamu dengan : Aku melihat… Kamu mempunyai jiran-jiran yang baik. Tulis karangan tentang kebaikan jiran-jiran kamu itu. Sempena sambutan Hari Kemerdekaan, satu pertandingan melukis telah diadakan di tempat tinggal kamu. Kamu telah ditugaskan untuk menulis berita tentang pertandingan tersebut. Tulis berita itu selengkapnya.

20 UPSR 2008 BAHAGIAN B MASA : 40 MINIT (CADANGAN) MARKAH : 30
Pilih satu daripada tajuk-tajuk karangan di bawahdan tulis sebuah karangan yang panjangnya tidak kurang daripada 80 patah perkataan. UPSR 2008 Kamu telah memenangi hadiah wang tunai sebanyak RM dalam pertandingan lukisan. Ceritakan cara-cara kamu menggunakan wang tersebut. Tulis sebuah karangan yang bertajuk, ‘Orang yang Saya Sayangi’. 3 Ilmu sangat penting dalam kehidupan. Tulis sebuah karangan tentang perlunya kita menuntut ilmu.

21 TEMA KARANGAN Hari Guru Hari Ucapan dan Penyampaian Hadiah Hari Kantin
Sukan Sekolah Perkhemahan Lawatan Perhimpunan Mingguan Sambutan Maulidur Rasul Sambutan Hari Kemerdekaan Kepentingan Ko-Kurikulum Faedah Membaca Kebaikan Menonton Televisyen Karangan Tindakan Kem Motivasi Faedah Perpustakaan Gotong-royong

22 LAPORAN CERITA BERITA SAMBUTAN HARI GURU UCAPAN DIALOG CATATAN

23 Tarikh/tempat/tujuan
KARANGAN BERTEMA Tarikh/tempat/tujuan Ucapan Perasaan HARI GURU Permainan Penyampaian hadiah Persembahan Jamuan

24 Tarikh/tempat/tujuan
KARANGAN BERTEMA Tarikh/tempat/tujuan Aturcara Perasmian Perasaan & Harapan HARI SUKAN Acara sukan Hadiah & Pemenang Sambutan & Penglibatan Jamuan

25 Tarikh/tempat/tujuan
KARANGAN BERTEMA Tarikh/tempat/tujuan Barang Jualan Perasaan & Harapan HARI KANTIN Penglibatan & Sambutan Hasil Jualan

26 Tarikh/tempat/tujuan
KARANGAN BERTEMA Tarikh/tempat/tujuan Bil. Peserta & Kumpulan PERKHEMAHAN Aktiviti yang dijalankan Perasaan & Harapan Pemenang & hadiah

27 Tarikh/tempat/tujuan
KARANGAN BERTEMA Bil peserta, guru & Kenderaan dinaiki Tarikh/tempat/tujuan LAWATAN Tempat yang dilawati Pulang & ketibaan Perasaan & Harapan

28 KARANGAN BERTEMA Ikrar / nyayian doa Laporan Guru bertugas Aktiviti
Hari/Masa/tempat Ikrar / nyayian doa PERHIMPUNAN MINGGUAN Laporan Guru bertugas Aktiviti semasa Ucapan GB

29 KARANGAN BERTEMA SAMBUTAN HARI KEMERDEKAAN

30 KARANGAN BERTEMA KEPENTINGAN Memupuk semangat kepimpinan Dapat ramai
Isi masa lapang Elak gejala sosial Dapat ramai rakan KEPENTINGAN KOKURIKULUM Menyihatkan badan Memupuk semangat kerjasama Mengcungkil Bakat

31 KARANGAN BERTEMA FAEDAH MEMBACA

32 KARANGAN BERTEMA KEBAIKAN MENONTON TV

33 KARANGAN BERTEMA KEM MOTIVASI

34 KARANGAN BERTEMA FAEDAH PERPUSTAKAAN

35 KARANGAN BERTEMA GOTONG- ROYONG

36 PENDAHULUAN DAN PENUTUP KARANGAN

37 KEGIATAN KOKURIKULUM PENDAHULUAN
Kegiatan kokurikulum dijalankan di semua sekolah. Semua murid tahap dua diwajibkan melibatkan diri dalam kegiatan ini. PENUTUP Banyak faedah yang boleh kita dapati dengan menyertai kegiatan kokurikulum. Oleh itu marilah sama-sama kita menyertai kegiatan ini.

38 CARA-CARA MENJAGA KEBERSIHAN
PENDAHULUAN Kebersihan asas keimanan. Kebersihan juga menjamin kesihatan. PENUTUP Kebersihan adalah asas kesihatan. Kita patut menjaga kebersihan pada setiap masa.

39 KATA ALUAN UCAPAN PENDAHULUAN
Terima kasih Tuan Pengerusi Majlis, Yang Berbahagia Tuan Guru Besar, yang dihormati guru-guru dan seterusnya rakan-rakan yang dikasihi sekalian. Salam sejahtera saya ucapkan. PENUTUP Sekian sahaja ucapan saya. Saya berharap …………………………………… Sekian, terima kasih.

40 SURAT RASMI KATA-KATA ALUAN
Berhubung perkara di atas dengan hormatnya dimaklumkan bahawa saya ……………………….. PENUTUP Sekian untuk makluman tuan. Segala keprihatinan tuan saya dahului dengan ucapan terima kasih. Sekian, terima kasih.

41 SURAT TIDAK RASMI KATA ALUAN
Menemui sahabatku yang kini berada di Sabah. Apa khabar saudara/ri di sana. Saya berharap saudara/ri sihat sejahtera. PENUTUP Sekian dulu coretan saya pada kali ini. Lain kali kita berjumpa lagi. Sekian, terima kasih.

42 MARKAH ISI KARANGAN YANG MAKSIMUM

43 Contoh Huraian Isi Cara-cara menjadi murid cemerlang. - rajin membaca:
Kita mestilah rajin membaca untuk menambah pengetahuan.(memuaskan) pengetahuan. Apabila ilmu pengetahuan bertambah, kita akan dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik dan tepat.(baik) pengetahuan. Apabila ilmu pengetahuan bertambah, kita akan dapat menjawab soalan peperiksaan dengan baik dan tepat. Lantaran itu, kita akan menjadi seorang murid yang cemerlang.(cemerlang)

44 CONTOH OLAHAN/HURAIAN ISI KARANGAN
Contoh 1 (Bersukan) Kita hendaklah bersukan supaya badan kita sihat dan cergas. (memuaskan) Kita hendaklah bersukan supaya badan kita sihat dan cergas. Apabila badan kita sihat dan cergas, otak kita juga akan menjadi cerdas. (baik) Kita hendaklah bersukan supaya badan kita sihat dan cergas. Apabila badan kita sihat dan cergas, otak kita juga akan menjadi cerdas.Lantaran itu, kita dapat belajar dengan sempurna. Hal yang demikian, kita akan berjaya dengan cemerlang. (cemerlang)

45 KESILAPAN DALAM PENULISAN

46 Petikan 1 Masaalah displin dikalangan remaja perlu di beri perhatian serius. Hal ini demikian kerana jumlah terbabit remaja di dalam kegiatan bukan bermoral telah meningkat sejak akhir ini. PEMBETULAN Masalah disiplin di kalangan remaja perlu diberi perhatian serius. Hal ini demikian kerana jumlah pembabitan remaja dalam kegiatan tidak bermoral telah meningkat sejak akhir-akhir ini.

47 Petikan 2 Di hari persandingan tersebut, ramai tetamu-tetamu yang hadir. Di antaranya berapa orang kenamaan. Dua pengantin tersebut kemudian di raikan dengan penuh adat istiadat. PEMBETULAN Pada hari persandingan tersebut, ramai tetamu/tetamu-tetamu yang hadir. Antaranya beberapa orang kenamaan. Kedua-dua pengantin tersebut kemudian diraikan dengan penuh adat istiadat.

48 Petikan 3 Cikgu telah menghadiahkan kami beberapa batang pen yang paling cantik sekali. Kami amat bangga kerana telah menang pertandingan itu hasil semangat saling bantu-membantu. PEMBETULAN Cikgu telah menghadiahi kami beberapa batang pen yang amat/sangat/sungguh cantik sekali. Kami amat bangga kerana telah memenangi pertandingan itu hasil semangat saling membantu.

49 Petikan 4 Kita semua akan menyambut ulangtahun kemerdekaan yang ke 50 bulan ogos nanti. PEMBETULAN Kita/semua akan menyambut ulang tahun kemerdekaan yang ke-50 bulan Ogos nanti.

50 Catat ejaan yang betul 1. Tengahari Tengah hari 2. Sama ada Samada
3. Masalah Masaalah 4. Ikhlas Iklas 5. Naskah Naskhah 6. Calon Calun 7. Perabut Perabot 8. Pameran Pamiran 9. Gambarajah Gambar rajah

51 10. Segi tiga Segitiga 11. Tulen Tulin 12. Urus setia Urusetia 13. Lagenda Legenda 14. Ibu bapa Ibubapa 15. Ulangkaji Ulang kaji 16. Kereta api Keretapi 17. Tanda tangan Tandatangan 18. Klinik Kelinik 19. Sate Satay 20. Telefon Talipon

52 Semak Jawapan 1. Tengah hari 2. Sama ada 3. Masalah 4. Ikhlas
5. Naskhah 6. Calon 7. Perabot 8. Pameran 9. Gambar rajah

53 Semak Jawapan 10. Segi tiga 11. Tulen 12. Urus setia 13. Legenda
14. Ibu bapa 15. Ulang kaji 16. Kereta api 17. Tandatangan 18. Klinik 19. Sate 20. Telefon Semak Jawapan

54 KRITERIA PENSKORAN BAHASA MELAYU UPSR
KERTAS PENULISAN BAHAGIAN B PENSKORAN KRITERIA Cemerlang Cadangan A : i. Penyampaian atau persembahan yang jelas dan menarik untuk dibaca. Pengolahan idea yang sangat baik menggunakan pelbagai ayat yang gramatis bertetapan dengan tema. ii. Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang meluas serta sesuai dengan tema.

55 KRITERIA PENSKORAN BAHASA MELAYU UPSR
KERTAS PENULISAN BAHAGIAN B PENSKORAN KRITERIA Baik Cadangan B : i. Penyampaian atau persembahan yang jelas untuk dibaca. Pengolahan idea yang baik dengan menggunakan ayat yang gramatis dan bersesuaian dengan tema. ii. Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang sederhana serta sesuai dengan tema. iii. Terdapat beberapa kesalahan dalam tanda baca dan ejaan tetapi tidak menjejaskan karangan.

56 KRITERIA PENSKORAN BAHASA MELAYU UPSR
KERTAS PENULISAN BAHAGIAN B PENSKORAN KRITERIA Memuaskan Cadangan C : 8 – 15 i. Penyampaian atau persembahan yang mudah dan ringkas. Menyatakan isi dengan menggunakan ayat dasar berdasarkan tema. ii. Penggunaan pelbagai kata dan kosa kata yang terhad dan sesuai. iii. Penggunaan tanda baca yang terhad (huruf besar, noktah(.) dan koma(,). Terdapat banyak kesalahan dalam tanda baca dan ejaan.

57 Pencapaian Tahap Minimum
KRITERIA PENSKORAN BAHASA MELAYU UPSR KERTAS PENULISAN BAHAGIAN B PENSKORAN KRITERIA Pencapaian Tahap Minimum Cadangan D : 1 - 7 i. Penyampaian atau persembahan yang tidak sesuai dengan tema. Isi tidak tepat, tidak berkaitan dengan tema atau sukar difahami. ii. Penggunaan perkataan yang terhad dan tidak sesuai dengan tema. iii. Tidak menguasai kemahiran tanda baca dan ejaan.

58 KESALAHAN BAHASA BAHAGIAN B
A : Cemerlang (26 – 30 ) Isi ke atas 1 – 5 Kesalahan dalam pelbagai kategori B : Baik ( 16 – 25 ) Isi 3 - 4 6 – 10 Kesalahan dalam pelbagai kategori C : Memuaskan ( 8 – 15 ) Isi 2 11 – 15 Kesalahan dalam pelbagai kategori D : Tahap minimum ( 1 – 7 ) Isi 1 sahaja atau (tiada isi – terpesong ) 16 ke atas Kesalahan dalam pelbagai kategori

59 SEKIAN TERIMA KASIH Anak ular oh anak ular,
Guru mengajar jangan dok tidur. Anak tupai oh anak tupai, Rerajinlah mengajar supaya anak didik menjadi pandai. Anak didik oh anak didik, Dengarlah nasihat cikgu ni baik-baik.


Download ppt "CEMERLANG BAHASA MELAYU PENULISAN UPSR 2009 BAHAGIAN 'B'"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google