Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
Memahami tingkah laku manusia
2
Untuk memahami tingkah laku pekerja mestilah didahului dengan kajian untuk memahami budaya hidup seseorang itu dibesarkan. Manusia sejak kecilnya berkecimpung dalam bermacam- macam aktiviti, yang telah mempengaruhi nilai asas mereka. Nilai asas ini telah menjadi sebatian serta sukar untuk diubah. Nilai-nilai ini mempengaruhi individu dari segi pendidikan yang dicari, kesungguhannya berusaha dalam melaksanakan sesuatu kerja, dan cara dia bekerjasama dengan rakan sejawat dan pemimpinnya. Hubungan asas yang terdapat ialah budaya hidup daripada kerja akan mempengaruhi prestasi kerja yang dilakukan.
3
Cuba fikirkan mengapa anda memiliki sesuatu tingkahlaku, samada yang disenangi atau yang tidak disenangi? Bagaimana nilai-nilai asas yang dibawa oleh pekerja ke institusi pendidikan atau sekolah? Kita perhatikan berikut ini satu demi satu nilai-nilai yang dipunyai oleh setiap individu dan bagaimana nilai tersebut mempengaruhi diri mereka.
4
Kebebasan Bebas daripada autoriti, iaitu bebas untuk melakukan apa sahaja yang disukainya di dalam lingkungan batasan tertentu - keperluan untuk diarah selalunya diragui. Seseorang pekerja (guru) tidak menentang bekerjasama dengan pekerja yang lain dalam mengendalikan tugas tetapi dia mungkin menentang cara dia dikawal_ Harapan seseorang guru ialah supaya pengetua tidak terlalu banyak mengawal kerja yang dilakukannya. Walaupun dia mengakui kepentingan kawalan, tetapi dia masih cenderung untuk terus menentangnya.
5
Persamaan Selalunya pekerja memerlukan perhatian untuk diberi layanan sebagai seorang manusia, dan setiap pekerja mempunyai hak dan keistimewaan yang sama jika dibandingkan dengan rakan- rakannya. Walaupun memang terdapat perbezaan-perbezaan di antara individu dari segi emosi, latar belakang sosial, sikap dan minat mereka, tetapi menurut ‘falsafah’, manusia itu adalah sama sahaja. Oleh kerana pekerja mahukan layanan sama rata, jadi secara am mereka akan menentang pilih kasih dan layanan istimewa untuk orang-orang tertentu. Mereka akan lebih suka ganjaran diberi berdasarkan prestasi.
6
Jaminan Kerjaya Organisasi sekolah adalah sesuatu yang dinamik dan pekerja telah dapat menyesuaikan diri dengan perubahan- perubahan yang datangnya dari kemajuan teknologi dan persaingan sistem ekonomi. Pekerja selalunya menyukai persaingan. Pekerja juga mengharapkan kerjanya itu dapat memberinya peluang kenaikan pangkat dari segi ekonomi dan sosial. Jaminan kerjaya mesti diwujudkan.
7
Bagaimanakah seorang pengetua mempengruhi tingkah laku guru-guru supaya dapat menghasilkan pelajar yang sempurna dari segi mental, fizikal, rohani dan jasmani? Cara-cara yang dibincangkan berikut ini mungkin dapat memberi bantuan untuk menjamin perhubungan yang mesra antara pengetua dan kakitangannya.
8
Pekerja dan Jawatannya
Satu prinsip utama dalam melaksanakan rancangan pendidikan ialah untuk menyesuaikan guru dengan jawatan yang disandangnya Pengetua perlu tahu keperluan tugas untuk setiap jawatan an perlu meletakkan tenaga pekerja yang berkebolehan sewajarnya untuk menjawatnya. Pengetua mengambil tindakan apabila terdapat tenaga pekerja yang tidak secocok dengan jawatannya, dengan cara membantu pekerja mendapatkan pengetahuan dan latihan tambahan bagi melaksanakan tugasnya, atau memindahkannya ke jawatan lain.
9
Sifat dan Kebolehan Pekerja
Sekiranya pengetua ingin mempengaruhi tingkah laku kakitangannya untuk melaksanakan tugas dengan berkesan, adalah penting untuknya mengetahui sifat dan kebolehan kakitangannya. Ini bukan sahaja penting untuk menyesuaikan pekerja dengan tugas, tetapi ia adalah asas untuk mewujudkan hubungan positif antara pengetua dengan kakitangan. Dengan bermaklumat begitu, pengetua berada dalam keadaan yang lebih baik untuk mengetahui siapakah yang boleh diserahkan tugas-tugas tententu. Pengetua juga dapat memahami tanpa ragu-ragu tentang tingkah laku setiap kakitangannya, dan dapat merancang program perkembangan kakitangan. Program sedemikian dapat menambahkan keyakinan dan keupayaan kakitangan serta memperbaiki kelemahan mereka.
10
Orientasi Jawatan Setiap jawatan dalam sesebuah sekolah mempunyai hubungan dengan matlamat sistem sekolah. Pengetua boleh melakukan sesuatu yang berkesan dalam usaha membimbing dan mendorong kakitangan, iaitu dengan membantu mengubah sikap individu supaya menurut keperluan peranan mereka. Satu daripada kritikan tentang sekolah ialah ia tidak menumpukan perhatian dengan secukupnya terhadap definisi matlamat sekolah dan subsistemnya. Tanggungjawab pemimpin terhadap setiap kakitangan malah untuk membantu memahami apakah hasrat atau jangkaan jawatannya, yang terdapat dalam unit, dan juga yang terdapat dalam sistem sekolah keseluruhannya.
11
Setiap individu akan berasa lebih yakin apabila dia memahami tugas/fungsi seperti yang dijelaskan, bagaimana tugas ini dapat dicapai, dan bagaimana pencapaiannya dinilai. Sebenarnya, hubungan antara pengetua dan kakitangan adalah berdasarkan harapan atau jangkaan prestasi daripada jawatan kakitangan itu. Apabila kaitan kakitangan dengan struktur matlamat telah diwujudkan, pengetua hendaklah membantu kakitangan itu memenuhi fungsi jabatan itu. Tugas kakitangan pula ialah untuk mengembangkan kemahiran, pengetahuan tabiat, dan sikap pelajar serta melaksanakan fungsi jawatan dengan berkesan.
12
Perkembangan Kakitangan
Satu aspek penting tentang peranan pemimpin ialah perkembangan profesional kakitangan. Dengan kata lain, satu pendekatan positif terhadap pengaruh tingkah laku kakitangan ialah melalui tindakan yang mengarahkan kepada keperluan keagungan diri mereka. Pengetua berperanan untuk menjadikan kejayaan itu sesuatu yang dapat dibanggakan. Dengan mengetahui sifat-sifat dan kebolehan setiap kakitangan, pengetua akan mempunyai satu senarai keperluan kakitangan yang boleh digunakan sebagai asas program perkembangan profesional kakitangan.
13
Peluang-peluang dirancang dalam program untuk sebilangan ahli supaya menjadi lebih berkesan dalam melaksanakan tugas- tugasnya. Perancangan lain juga akan dibuat untuk menyediakan mereka kepada tanggungjawab yang lebih besar dan mencabar. Program perkembangan kakitangan ialah satu cara yang penting untuk membantu setiap individu menyempurnakan keperluan status, penghargaan, dan penumbuhan profesional dan peribadi.
14
Penilaian Prestasi Pengetua patut menilai prestasi kakitangan untuk dijadikan asas memperbaiki hubungan kerja mereka. Ada banyak sebab membuat penilaian ke atas prestasi individu. Yang paling penting ialah untuk menambahkan keberkesanan individu supaya dia dapat memberikan sumbangan maksimum ke arah pencapaian matlamat.
15
Memahami peranan Aktiviti-aktiviti pemimpin dan pekerja adalah serupa dan kedua-duanya dibimbing oleh tanggapan berkenaan peranan masing-masing, iaitu bagaimana mereka berfikir untuk bertindak dalam sesuatu situasi tertentu. Sebagai contoh, seseorang pengetua perlu menyesuaikan diri semasa bekerja dengan pengikutnya (guru) ketuanya (pegawai di Kementerian Pelajaran), dan juga dengan aktiviti teknikal dan bukan teknikal. Semasa pengetua menjalankan tugasnya, dia perlu bertindak mengikut jangkaan peranan orang-orang yang berinteraksi dengannya. Jangkaan-jangkaan ini secara kolektif membentuk satu set peranan untuk menjalankan tugas sebagai pengetua.
16
Jangkaan peranan bermaksud seseorang pemimpin (pengikut) berinteraksi dengan orang lain untuk membuat pengamatan kepada tiga nilai peranan, seperti yang digambarkandibawah Pertama, dia perlu melihat peranannya sendiri sepertimana yang diperlukan oleh fungsi yang dia laksanakan. Kedua, perlu melihat peranan orang-orang yang dia hubungi. Ketiga, dia perlu melihat peranannya sepertimana yang diamati oleh orang lain.
18
Keupayaan untuk memahami jangkaan peranan ini akan membantu individu melaksanakan setiap tugas dengan sebaik mungkin. Jelaslah bahawa pemimpin atau pengikut tidak dapat menyempurnakan tugas sebagaimana yang dijangkakan melainkan dia dapat mengamati apa yang orang lain harapkan dan peranannya.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.