Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

الفقه المنهجي على مذهب الإمام الشافعي كتاب البيوع

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "الفقه المنهجي على مذهب الإمام الشافعي كتاب البيوع"— Transcript presentasi:

1 الفقه المنهجي على مذهب الإمام الشافعي كتاب البيوع

2 PEMINDAHAN HUTANG (HIWALAH)
Menuruf bahasa: Pemindahan atau perpindahan Menurut istilah fuqaha: Kontrak yang menyebabkan pemindahan hutang daripada satu pihak kepada pihak lain. Menurut al-Mughni al-Muhtaj: Istilah ini merujuk kepada perpindahan hutang daripada satu pihak kepada pihak yang lain.

3 DALIL PENSYARI‘ATAN HIWALAH
Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, Rasulullah s.a.w bersabda: “Melambatkan pembayaran hutang oleh orang kaya adalah zalim. Apabila salah seorang daripada kamu dibawa kepada orang kaya yang lain maka ikutlah” Dalam riwayat Ahmad disebut: “Sesiapa yang dipindahkan kepada orang kaya yang lain maka berpindahlah” (Al-Bukhari daripada Abu Hurairah no Muslim no Ahmad, Musnad 2/463)

4 CONTOH PEMINDAHAN HUTANG (HIWALAH)
Ali (Muhal) Ali memberi hutang pada Abu Ahmad (Muhal ‘Alaih) akan berurusan Abu (Muhil) Abu memberi hutang pada Ahmad dengan Ali lansung

5 RUKUN & SYARAT PEMINDAHAN HUTANG
Muhil : Penghutang yang memindahkan hutangnya kepada orang lain. Muhal : Pemberi hutang yang mana hutangnya akan dibayar oleh orang lain (bukan penghutang asal). Muhal ‘Alaih : Orang yang bertanggunjawab melunaskan hutang kepada pemberi hutang (Muhal). Muhal Bih : Hutang yang perlu dijelaskan. Sighah lafaz pemindahan hutang.

6 Muhil, Muhal & Muhal ‘Alaih
Mestilah orang yang berkelayakan menjalankan kontrak; berakal dan baligh. Muhal bih Mestilah dalam bentuk hutang Hutang tersebut mestilah telah berkuatkuasa.

7 Sighah (penawaran dan persetujuan)
Penawaran ialah apabila penghutang (muhil) berkata: “Aku pindahkan hutang kamu kepada orang ini”. Persetujuan pula ialah apabila pemiutang (muhal) berkata: “Saya setuju atau saya terima”.  Penawaran dan persetujuan ini mestilah diadakan serentak dalam majlis kontrak.

8 SYARAT SAH PEMINDAHAN HUTANG
Muhal ‘Alaih mestilah berhutang dengan Muhil. Hutang Muhal ‘Alaih mestilah menepati syarat-syarat berikut: Mestilah telah berkuatkuasa. Mestilah setara dengan hak pemberi hutang (Muhal) dari segi jenis, kadar dan sifat.

9 Persetujuan penghutang (Muhil) dan pemberi hutang (Muhal).
Penghutang (Muhil) dan pemberi hutang (Muhal) perlu mengetahui kadar, jenis dan sifat hutang yang perlu dijelaskan.

10 PERCANGGAHAN ANTARA PENGHUTANG (MUHIL) DAN PEMIUTANG (MUHAL)
Jika setelah pemberi hutang memperolehi hutang daripada muhal ‘alaih, kemudian dia bercanggah pula dengan penghutang; Penghutang berkata: “Saya tidak berhutang dengan anda. Anda hanyalah wakil saya untuk mengutip hutang tersebut. Hutang tersebut adalah hak saya” Pemberi hutang pula berkata: “Tidak, anda telah memindahkan hutang tersebut kepada saya sebagai ganti bayaran hutang anda kepada saya. Atas dasar itu, saya mengutip hutang tersebut”

11 Pengakuan yang diterima ialah pengakuan penghutang yang disokong dengan sumpah.
Alasannya, pemberi hutang mendakwa penghutang berhutang dengannya tetapi penghutang menafikannya. Dalam keadaan ini, pengakuan yang diterima ialah pengakuan yang menafikannya berserta sumpah jika tiada sebarang bukti.

12 Demikian juga jika penghutang mengakui hutang tersebut tetapi berkata: “Saya hanya melantik anda sebagai wakil mengutip hutang tersebut bagi pihak saya” Pemberi hutang pula berkata: “Tidak, anda memindahkannya kepada saya” Atau penghutang berkata: “Apa yang saya maksudkan saya pindahkan kepada anda ialah saya melantik anda sebagai wakil” Pemberi hutang pula berkata: “Tidak, apa yang anda maksudkan ialah pemindahan hutang”

13 Dalam keadaan ini pengakuan penghutang berserta sumpahnya akan diterima kerana dia lebih tahu apa yang dimaksudkan dan apa yang dikatakannya. kerana pada dasarnya, segala perkataan kekal mengikut keadaan asalnya.

14 Jika penghutang berkata: “Apa yang saya maksudkan dengan kata saya, saya pindahkan kepada anda $100 yang dihutang daripada saya, oleh si fulan, sebenarnya ialah perlantikan sebagai wakil”  Pengakuannya ini tidak diterima kerana perkataan yang digunakan hanya boleh merujuk kepada pemindahan hutang. Dengan ini dakwaan oleh pemberi hutang akan diterima.

15 PINJAMAN (‘ARIYYAH) Istilah ‘ariyyah menurut bahasa:
Bermaksud sesuatu yang diberikan oleh seseorang kepada seseorang yang lain untuk digunakan dan kemudian dikembalikan semula kepadanya. Menurut istilah syarak: Membenarkan penggunaan sesuatu yang halal digunakan dengan mengekalkan keadaan asal. Halal digunakan: wanita haid meminjam qur’an

16 DALIL PENSYARI‘ATAN PINJAMAN
Firman Allah s.w.t : “(Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan agama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang –(iaitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya; (Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya), Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya) (Al-Ma‘un: 4-7)

17 Sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Anas r. a; Suatu ketika Nabi s
Sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Anas r.a; Suatu ketika Nabi s.a.w meminjam seekor kuda daripada Abu Talhah dan Baginda menunggangnya (Riwayat al-Bukhari no.2484, Muslim no.2307) Hadis riwayat Jabir bin Abdullah r.a katanya, saya mendengar Nabi s.a.w bersabda: “Sesiapa yang mempunyai tanah, hendaklah dia menghadiahkannya atau meminjamkannya” (Riwayat Muslim no.1536) Kesahihan amalan pinjaman yang dinyatakan oleh Al-Quran dan Sunnah ini telah diterima secara Ijmak oleh seluruh ulama Islam sepanjang zaman

18 HIKMAH PINJAMAN Untuk mewujudkan suasana saling tolong menolong sesama umat Islam. Bertujuan menjaga kepentingan manusia, menjauhkan segala kesulitan, menghentikan segala kesukaran dan memastikan mereka tidak terbeban. Supaya hidup dalam suasana harmoni dan mesra

19 HUKUM PINJAMAN Amalan pinjaman adalah sunat dan digalakkan.
Amalan ini akan menjadi wajib, jika ia diperlukan untuk menyelamatkan nyawa manusia yang dilindungi dan untuk memelihara hak harta yang dihormati. Pinjaman juga boleh menjadi haram jika ia digunakan untuk melakukan sesuatu yang ditegah dan dilarang oleh syarak. Pinjaman juga makruh jika ia digunakan untuk melakukan sesuatu yang makruh.

20 RUKUN-RUKUN PINJAMAN Pemberi pinjaman Lafaz pinjaman Barang Peminjam

21 PEMBERI PINJAMAN Memiliki perkhidmatan barangan yang dipinjamkan. (memiliki ain barang tersebut atau pun tidak) Seorang yang layak membuat sumbangan. Pinjaman dilakukan secara sukarela. Penyewa etc / Barang pinjaman tidak boleh untuk meminjamkan kepada yang lain. Tidak diterima sebuah pinjaman yang dilakukan oleh yang tidak sempurna akalnya dan yang disekat jual belinya

22 PEMINJAM Boleh menerima sumbangan melalui kontrak. (baligh dan berakal) Peminjam mestilah dinyatakan secara khusus. Baligh dan berakal Saya meminjamkan buku ini kepada salah satu dari antara kamu.

23 LAFAZ PINJAMAN Ia tidak semestinya dilafazkan oleh kedua-dua pihak.
Lafaz ini tidak perlu dinyatakan secara berturutan oleh kedua-dua pihak dengan syarat tiada tanda yang menunjukkan pemberi pinjaman menarik balik persetujuannya atau peminjam mengembalikannya. Pinjaman boleh diberikan tanpa dihadkan masa atau dikaitkan dengan syarat tertentu dan boleh juga dihadkan dengan syarat atau masa tertentu. 1. Cukup lafaz dari satu pihak dan perlakuan dari pihak yang lain yang menunjukkan keizinan.

24 BARANG PINJAMAN Hak perkhidmatan barangan tersebut mestilah dimiliki oleh pemberi pinjaman. Barangan tersebut mestilah boleh digunakan. Penggunaan barang pinjaman mestilah dibenarkan oleh syarak. Penggunaan barang pinjaman mestilah tidak menyebabkan barang tersebut susut. Meminjamkan baju sutera utuk seorang lelaki memakainya, kereta yang sudah rosak etc / tidak disyaratkan “naf3” barangan pada waktu akad. Kuali untuk membuat arak, pisau untuk menyembelih babi / orang yang ada keiginan untuk mencedarakan yang lain.

25 HUKUM-HAKAM BERKAITAN PINJAMAN
Had Penggunaan Barang Pinjaman Peminjam hanya boleh menggunakan barang yang dipinjam mengikut had yang dibenarkan oleh pemiliknya kerana ia adalah had yang dipersetujui pemilik. Peminjam tidak dibenarkan menggunakannya dengan cara yang depersetujui.

26 Jika kebenaran yang diberikan tidak dihadkan kepada kegunaan tertentu, peminjam boleh menggunakan barangan tersebut mengikut kebiasaannya. Jika pemilik melarang menggunakannya untuk kegunaan tertentu, peminjam mestilah mematuhinya, sekalipun kesan terhadap barangan tersebut lebih rendah. Ini kerana pemberi pinjaman adalah pemilik kepada khidmat barang pinjaman dan dia memberikannya secara percuma.

27 Sekiranya pemberi pinjaman meminjamkan sebidang tanah untuk digunakan (diambil manfaat), peminjam boleh membina bangunan, menanam pokok atau bercucuk tanam di tanah tersebut kerana kebenaran yang diberikan adalah tanpa had. Jika pemberi pinjaman meminjamkannya untuk didirikan bangunan atau untuk ditanam pokok, peminjam boleh bercucuk tanam kerana kesan bercucuk tanam lebih rendah daripada had yang dibenarkan.

28 Jika kebenaran yang diberikan adalah untuk bercucuk tanam, peminjam tidak berhak membina bangunan atau menanam pokok kerana membina bangunan dan menanam pokok lebih berat berbanding bercucuk tanam. Jika kebenaran yang diberikan adalah untuk bercucuk tanam tanpa had. Peminjam boeh bercucuk tanam apa sahaja tanaman yang dikehendakinya. Jika kebenaran yang diberikan hanya untuk tanaman tertentu, peminjam boleh menanam tanaman yang seumpamanya atau tanaman yang memberi kesan yang lebih rendah.

29 Yad doman bermaksud seseorang yang bertanggungjawab
terhadap kerosakan yang berlaku terhadap harta dalam pengangannya tanpa mengira sebab ia berlaku. Status Peminjam Peminjam bertanggungjawab ke atas keselamatan barang pinjaman (yad doman). Sebaik sahaja menerima barang pinjaman,tanggungjawab barang tersebut berpindah ke tangan peminjam. Peminjam akan membayar ganti rugi menurut nilai barang pinjaman pada ketika kerosakan berlaku. Dia perlu bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan yang berlaku walaupun disebabkan becana alam.

30 Walau bagaimanapun, peminjam tidak perlu membayar ganti rugi jika barang pinjaman rosak atau susut nilai disebabkan oleh penggunaan yang dibenarkan. Jika kerosakan berlaku disebabkan penggunaan yang tidak dibenarkan, barulah peminjam perlu membayar ganti rugi.

31 Peminjam perlu membayar ganti rugi akibat penyusutan jika barang tersebut digunakan di luar kebiasaannya. Peminjam perlu membayar ganti rugi jika dia menggunakan barangan tersebut selepas pemberi pinjaman menarik balik kebenarannya atau menuntut semula miliknya.

32 Kos Penyelenggaraan & Pemulangan
Jika barang pinjaman melibatkan kos tertentu seperti haiwan yang memerlukan makanan atau rumah yang memerlukan penyelenggaraan, kesemua perbelanjaan ini adalah tanggungjawab pemilik. Tidak kira sama ada pemberi pinjaman adalah pemilik asal atau hanya penyewa. Ini kerana perbelanjaan barang pinjaman adalah di bawah tanggungan pemilik.

33 Jika pemulangan tersebut membabitkan kos dan perbelanjaan seperti upah pengangkutan, ia menjadi tanggungan peminjam. Ini kerana peminjam wajib memulangkan barang tersebut kerana dia menerima barang untuk kegunaan dirinya sendiri. Ini berlaku jika barang yang dipinjam dipulangkan sendiri oleh peminjam.

34 Sekiranya peminjam meminjam daripada penyewa kemudian dia memulangkannya kepada pemilik yang memberi sewa, dalam keadaan ini, kos akan ditanggung oleh pemilik kerana peminjam seolah-olah mewakili penyewa untuk memulangkan barang yang disewa kepada pemberi sewa. Kos pemulangan dalam kontrak sewa mestilah ditanggung oleh pemilik, bukan oleh penyewa.

35 Penarikan atau Pemulangan Semula Pinjaman
Kontrak pinjaman adalah kontrak jaiz bagi kedua-dua pihak. Ini bermakna, kedua-dua pihak berhak membatalkan kontrak ini pada bila-bila masa. Ini boleh dibuat walaupun tanpa pengetahuan atau persetujuan pihak kedua. Kontrak yang jaiz adalah kontrak yang boleh dibatalkan oleh kedeua-dua pihak

36 Pemberi pinjaman berhak menarik atau mengambil semula barang pinjaman yang diberikan pada bila-bila masa walaupun pinjaman tersebut tertakluk kepada tempoh tertentu yang masih belum tamat. Peminjam juga berhak memulangkan semua barang pinjaman pada bila-bila masa. Kedua-dua

37 Cara Pemulangan Barang
Pemulangan barang yang dipinjam perlu dibuat mengikut kebiasaan dan amalan yang diguna pakai.  Barang yang boleh diangkut perlu diangkut dan diserahkan kepada pemiliknya. Terutamanya bagi barang yang berharga kerana penyerahan barang berbeza mengikut harganya.  Jika barang yang dipinjam tidak boleh diangkut seperti tanah, rumah atau sebagainya, cukup sekadar dipastikan tiada sebarang perkara yang menghalang penyerahan atau penggunaannya oleh pemilik.

38 Percanggahan antara Pemberi Pinjaman & Peminjam
Percanggahan mengenai pemulangan. Contohnya, peminjam mendakwa dia telah memulangkan barang yang dipinjam tetapi pemberi pinjaman menafikan dengan berkata: “Kamu belum memulangkannya kepada saya”. Jika pemberi pinjaman bersumpah bagi menyokong penafiaannya, pengakuannya itu akan diterima kerana dia berada dalam kedudukan menafikan dakwaan peminjam. Kaedah “bukti harus dikemukakan oleh pendakwa dan bersumpah oleh yang menafikannya Secara asal, barang pinjaman seharusnya pada tangan peminjam dan kerana peminjam yad dhoman.

39 Percanggahan mengenai kerosakan.
Jika barang yang dipinjam rosak dan peminjam mendakwa ia rosak kerana penggunaan yang dibenarkan oleh pemilik, namun pemberi pinjaman menafikannya dan menyatakan bahawa ia rosak bukan kerana penggunaan yang dibenarkan, atau rosak kerana penggunaan yang tidak dibenarkan; pengakuan peminjam yang disokong oleh sumpah akan diterima kerana sukar untuk membuktikan apa yang dikatakannya. Ini kerana kebiasaannya, barang ini digunakan bukan di khalayak ramai. Ini menyebabkan tiada siapa yang melihat punca kerosakan. 1. Kerana secara asal diri peminjam selamat dari sembarang bayaran ganti rugi. Dan di sini pemberi pinjaman mendakwa peminjam untuk membayar ganti rugi.

40 Percanggahan mengenai kontrak asal
Pemilik mendakwa kontrak tersebut adalah kontrak sewa, sementara pengguna berkata ia adalah kontrak pinjaman. Demikian juga apabila pengguna berkata: “Anda telah meminjamkannya kepada saya”. Pemilik pula berkata: “Tidak, anda merampasnya daripada saya”. Menurut pendapat yang paling sahih (asoh), pengakuan pemilik akan diterima jika disokong oleh sumpah. 1. Kerana secara asal, pemberi pinjaman tidak akan mengizinkan seseorang memanfaatkan barangannya tanpa pulanggan.

41 Penamatan Kontrak Pinjaman
Pemberi pinjaman menuntut semula barang pinjaman dan menarik balik kebenarannya sama ada sebelum tamat tempoh pinjaman atau selepasnya. Ini kerana ia adalah kontrak jaiz. Peminjam memulangkan semula barang pinjaman kepada pemberi pinjaman sama ada sebelum tamat tempoh atau selepasnya. Ini kerana ia adalah kontrak jaiz.

42 Salah satu pihak yang menjadi gila atau pengsan (coma) Ini kerana, keadaan ini bercanggah dengan syarat-syarat pemberi kontrak pinjaman dan peminjam yang ditetapkan. Salah satu pihak meninggal dunia. Ini kerana, pinjaman adalah kontrak yang memberikan kebenaran untuk menggunakan sesuatu.

43 Pemberi pinjaman atau peminjam ditahan daripada menguruskan harta kerana kebodohan (safih). Ini kerana, orang yang ditahan kehilangan kelayakan untuk memberi sumbangan. Pemilik ditahan disebabkan muflis kerana dalam keadaan ini dia dilarang menyumbangkan khidmat hak miliknya. Langkah ini bertujuan memelihara kepentingan pemberi hutang.


Download ppt "الفقه المنهجي على مذهب الإمام الشافعي كتاب البيوع"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google