Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

BAHAGIAN 2 SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT PERNIAGAAN.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "BAHAGIAN 2 SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT PERNIAGAAN."— Transcript presentasi:

1 BAHAGIAN 2 SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT PERNIAGAAN

2 PENDAHULUAN Beberapa ulama tabi`in memberi pendapat tentang asas perkiraan zakat perniagaan ini. Di antara yang masyhur sebagaimana yang dikatakan oleh Abu `Ubayd: “Maimun ibn Mihran menjelaskan: Apabila sudah tiba tempohnya kamu berzakat (cukup hawl), hitunglah berapa jumlah wang tunai yang ada padamu, dan bagi barang perniagaan yang ada, nilaikanlah ia dengan matawang, begitu juga segala hutang pelangganmu yang mampu (diharapkan kembali) hendaklah diambil kira, dan kemudian tolakkan hutangmu sendiri, barulah dikeluarkan zakat atas bakinya itu.”

3 SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT PERNIAGAAN
1.   Islam   Zakat merupakan salah satu daripada rukun Islam. Oleh yang demikian ianya merupakan satu kewajipan yang wajib dtunaikan oleh orang-orang Islam. Bagi perniagaan yang mempunyai pemilikan bercampur, hanya bahagian pemilikan orang Islam sahaja yang dikenakan zakat.  2.   Merdeka   Zakat dikenakan keatas individu yang bebas dan merdeka kerana ianya mempunyai kuasa pemilikan keatas harta. Islam tidak mewajibkan zakat keatas hamba kerana ianya tidak mempunyai kuasa milik.

4  3.   Harta Itu Mestilah Terdiri Daripada Harta Yang Halal
  Harta-harta yang haram, samada dari segi zatnya seperti arak dan khinzir ataupun perniagaan yang menjalankan aktiviti-aktiviti yang haram seperti perjudian dan riba, adalah tidak tunduk kepada zakat.

5 4.   Cukup Nisab Nisab adalah kadar penilaian yang bersamaan dengan nilai semasa 85gm emas. Apabila nilai harta bersamaan atau melebihi nisab maka harta dizakat. Kadar zakat adalah 2.5% sahaja. Di dalam kes perkongsian, zakat ditaksir keatas jumlah keseluruhan nilai harta (sum value) yang dimiliki oleh rakan kongsi. Nisab yang dikenakan atas setiap rakan kongsi dikira mengikut nisbah modal masing-masing. Nisab yang dikira adalah lebihan daripada keperluan asas iaitu bersih daripada hutang dan keperluan asas pemilik.

6 5.   Genap Haul   Haul hendaklah genap keatas nilai harta yang dikira dari awal perniagaan sehingga genap tempoh satu tahun perniagaan. Tempoh haul ini dikira dari tarikh permulaan perniagaan.  Bagi asas penilaian harta perniagaan pendapat Imam Syafie ialah dengan mengambil kira keadaan perniagaan pada akhir haul.

7 6. Harta Tersebut Mestilah Harta Yang Produktif
 Harta yang layak dikenakan zakat mestilah harta yang berkembang atau berpotensi untuk berkembang; ia berupaya untuk menghasilkan pendapatan dan keuntungan.  Komponen harta yang produktif :  1.  Tunai 2.  Instrumen kewangan seperti saham, bon, pegangan sekuriti pada asas kos yang dikelaskan dalam aset semasa (Sekiranya ia di kelaskan sebagai ‘aset bukan semasa’ maka ia di kecualikan dari zakat).  3. Inventori niaga (stok bahan mentah, kerja dalam proses tidak dikira kerana ia digunakan untuk pengeluaran barang lain/akhir)

8 4. Siberhutang bersih perdagangan (Net trade receivable) iaitu hutang boleh terima yang telah ditolak hutang ragu atau lapuk. Aset tetap industri seperti bangunan, mesin, perabut, aset-aset ini tidak dikenakan zakat secara langsung kerana ia bukan barang perniagaan tetapi adalah satu keperluan untuk menjalankan perniagaan. Tetapi hasil daripada harta tetap ditaksirkan zakat seperti pendapatan daripada sewa bangunan dan tanah. Bagi kes-kes berasaskan perkhidmatan seperti bank, akaun–akaun deposit/simpanan adalah sebagai simpanan amanah dan tidak tertakluk kepada kiraan zakat; zakat atas pemiliknya; walaubagaimanapun apa–apa hasil yang diperolehi daripada pengurusan wang-wang tersebut akan ditaksirkan zakat.

9 Bagi aset bukan semasa seperti Pelaburan Jangka Panjang ia juga tidak dikenakan zakat kecuali atas dividen yang diterima. 7.   Milik Sempurna  Harta yang dikenakan zakat mestilah ada kesempurnaan dari segi pemilikan dan keupayaan mengurus dimana ia berhak menjual, hadiahkan, menyewakan dan seumpamanya ke atas barangan tersebut.

10 8. Sumber Harta Perniagaan adalah melalui cara Pembelian atau Tukaran
Aset atau harta perniagaan yang didapati daripada derma tidak dikira sebagai barang perniagaan dan harta dalam tahun pertama, maka tidak dikenakan zakat tetapi untuk tahun berikutnya apabila harta tersebut dijual atau terdapat perolehan daripadanya, maka zakat akan dikenakan keatas perolehan tersebut. 9.   Tujuan atau Niat Untuk Perniagaan Niat perniagaan mestilah dilakukan ketika tukaran atau dalam masa kontrak yang mana aset tersebut akan menjadi sebahagian daripada aset yang dipunyai oleh perniagaan dengan tujuan diperniagakan untuk mendapatkan perolehan atau keuntungan.

11 Sesuatu aset atau barang yang pembeliannya tidak bertujuan perniagaaan seperti untuk tabung khairat kematian, tujuan pendidikan dan sebagainya, hawl harta tersebut terputus dan tidak termasuk dalam pengiraan zakat.  Aset tetap yang digunakan untuk perniagaan tidak dikenakan zakat, tetapi jika harta tetap itu dijual, maka hasilnya tertakluk kepada taksiran zakat. Bagi aset perniagaan yang ditukar kepada aset tetap, ianya tidak lagi dikira sebagai harta semasa perniagaan, maka ianya tidak dikenakan zakat.

12 10. Harta Tersebut Tidak Dimaksudkan Untuk Kegunaan Sendiri
Menurut ulama’ Shafi`i, Hanbali dan Maliki, apabila sesuatu harta tersebut dimiliki untuk kegunaan sendiri, maka keadaan ini akan menyebabkan haul harta itu terputus dan tidak tertakluk kepada zakat tetapi akan dibuat penaksiran atas pendapatan individunya.

13 11. Janganlah dalam masa hawl itu, seluruh harta bertukar manjadi wang yang kurang daripada nisab
Menurut ulama’ Shafi`i, jika seluruh harta ditukar kepada wang, sedangkan ianya tidak mencukupi nisab, seolah – olah dah berhenti niaga maka haulnya terputus. Perlu di ambil perhatian pengiraan zakat ini hanyalah bagi zakat perniagaan. Sekiranya terdapat harta – harta lain yang juga tunduk pada zakat seperti harta simpanan, emas, saham, penggajian dan sebagainya maka ianya juga perlu di buat taksiran zakat secara berasingan.

14 PENILAIAN ASET BARANGAN PERNIAGAAN ( Valuation Of Trading Asset)
Harta perniagaan akan dikira berasaskan nilai – nilai yang terdapat dalam Lembaran Imbangan sesebuah perniagaan atau taksiran inventori perniagaan yang ada.  i.  Bayaran zakat daripada barang yang sama atau daripada nilai barang Dari segi prinsipnya pembayaran zakat mestilah berdasarkan nilai tunai barangan tersebut. Walaubagaimanapun, jikalau lebih mudah untuk pembayar zakat untuk menggunakan harta atau barang yang sama untuk membayar zakat, maka adalah dibolehkan. Ini mungkin disebabkan ketiadaan wang tunai atau masalah kecairan (liquidity problem).

15 ii. Siberhutang Perdagangan & Skim Kredit
Zakat dikenakan ke atas siberhutang perdagangan atau akaun belumterima (a/c receivable) bilamana ia yakin penghutang akan membayar balik. Bagi kes hutang lapuk, zakat dikenakan keatas bayaran yang dibuat keatas hutang tersebut apabila ianya dibayar. Bermakna zakat dikenakan pada tahun hutang tersebut dijelaskan. Bagi siberhutang skim pembiayaan kredit, taksiran zakat hanya mengambilkira siberhutang yang telah dikutip.

16 iii.   Zakat bagi aset-aset lain
Zakat yang dikenalpasti akan dinilai menggunakan pengiraan nisab, berdasarkan jenis dan sifat asal aset/sumber, samada tunai, binatang ternakan atau tanaman keluaran berasaskan bijiran atau yang boleh disimpan dan sebagainya.

17 a. Zakat untuk binatang ternakan
Zakat keatas unta, lembu, bebiri dan kambing adalah wajib apabila telah cukup nisab serta haul kecuali binatang tersebut digunakan untuk membuat pekerjaan seperti membajak, menarik kenderaan dsb (Al Mustaghallat )

18 b. Zakat keatas tanaman dan keluaran hortikultur
Menurut Hanafi, zakat dikenakan atas semua tanaman yang tumbuh diatas tanah dan bertujuan selain daripada kegunaan sendiri. Nisab yang dikenakan adalah sebanyak 5 awsuq atau bersamaan dengan 635 kg gandum. Zakat bagi tanaman yang di airkan dengan air hujan adalah 10% dan dalam kes yang melibatkan penggunaan mesin dsb untuk pengairan, zakatnya adalah 5%. Bagi keadaan pengairan tanaman yang melibatkan kedua-duanya zakat adalah 7.5%.

19 Adakah Zakat Atas Keuntungan?
Zakat dikenakan keatas baki setiap jenis modal kerja (working capital ) yang dibenarkan di akhir tempoh haul, termasuk sebarang keuntungan yang didapati daripada menggunakan modal kerja seperti keuntungan perniagaan atau peningkatan dalam jumlah binatang ternakan, tertakluk kepada syarat nisab dan haul. Ini bererti zakat tidak tertakluk kepada keuntungan tetapi berasaskan nisab dan haul.

20 ASAS DIZAKATKAN SUMBER MILIK SEMPURNA
a)   Asas sumber adalah Milik Sempurna. Ia meliputi sumbangan modal (musyarakah dan mudharabah); pinjaman kewangan (dari jangka pendek hingga jangka panjang); pembiayaan modal pajakan kewangan. b)   Ada juga sumber secara tak langsung seperti penerimaan wang deposit perkhidmatan, wang cagaran dan seumpamanya yang dipegang untuk jangka panjang, maka ianya memenuhi definisi “milik sempurna.”

21 c)   Apa-apa agihan dari sumber setelah cukup nisab dan haul mesti bersih dari zakat terlebih dahulu. Agihan seperti dividen dan pemberian honorarium mesti dizakatkan terlebih dahulu.

22 RUMUSAN ASET YANG DIZAKATKAN
Sumber modal : pemilik, hutang kewangan jangka panjang & pendek, pelabur luar. Apa yang diniatkan untuk diperniagakan. Aset barang niaga bersih dari hutang perdagangan. Aset yang Halal & Milik Sempurna. Aset yang belum di zakatkan. Aset semasa bersih dari liabiliti operasi. Cukup hawl dan melepasi nisab.

23 ASAS DIKECUALIKAN ZAKAT (TIDAK DIKENAKAN ZAKAT)
 1.      ASET TETAP a)   Aset jenis ini dikecualikan kerana ia tidak diniatkan sebagai barang dagangan. Ia diperolehi samada sebagai bentuk sumbangan modal, pembelian secara hutang b)   atau bentuk pajakan kewangan. c)   Aset tetap ini boleh juga produktif dan mendatangkan hasil melalui sewaan dan seumpamnya. Aset tetap produktif dinyatakan sebagai Al-Mustaghalat. d)   Aset lain yang mempunyai tujuan yang sama juga dikiaskan sebagai aset Al-Mustaghalat.

24 2.   MILIK TAK SEMPURNA a)   Dana perniagaan yang diberikan kepada pihak lain dalam bentuk pembiayaan, pelaburan atau pinjaman maka akan mengakibatkan perniagaan “hilang milik sempurna.” Pelaburan dan pinjaman produktif akan dikenakan zakat atas pemilik sempurna yang baru. Adapun pembiayaan pengguna akan dikenakan zakat atas hutang yang realis.

25 b)   Ada juga dana perniagaan yang diberikan kepada pihak lain sebagai syarat perniagaan/kemudahan seperti deposit perkhidmatan air, letrik, telefon, deposit cagaran dan seumpamanya. Dana-dana ini akan kekal ditangan pihak lain dan merekalah yang mendapat manfaatnya dan atas merekalah pula zakat diwajibkan.

26 c)   Hasil dari aktiviti bukan perdagangan seperti dividen yang diisytihar, sewa belum terima, fi pekhidmatan yang belum diterima maka ia belum milik sempurna dan tidak dikenakan zakat. d)   Si berhutang yang telah melampaui tempoh lazim juga bererti telah hilang milik sempurna. Zakat dikirakan apabila dapat dikutip kelak.

27 3.   DANA DINIATKAN UNTUK KEBAJIKAN
Mana-mana tabungan yang diperuntukkan untuk maksud kebajikan tidak akan dikenakan zakat atas nilai pokoknya. 4.   LIABILITI OPERASI a)   Sesuatu liabiliti operasi akan dikecualikan dari zakat kerana manfaat atasnya telah diperolehi atau dinikmati dan hanya menunggu ketika sahaja untuk dibayar seperti gaji, upah, telefon, air, letrik, cukai tahun semasa dan seumpamanya.

28 b) Begitu juga dengan pembelian barangan dagangan secara kredit niaga
b)   Begitu juga dengan pembelian barangan dagangan secara kredit niaga. Dasar kredit niaga sebenarnya adalah jual-beli tunai dengan diberi tempoh terdekat untuk menjelaskan bayarannya. Kalau kredit niaga tidak dibenarkan tolakan, maka sipembeli dikenakan zakat atas barang dagangan dibeli dan sipenjual pula akan dikenakan zakat atas Siberhutang dagangan pula. Ini bererti dikenakan zakat dua kali dalam sistem. Maka untuk diselaraskan, hanya satu pihak dikenakan zakat dan kami berpendapat SiPiutang yang dikenakan zakat.

29 5.   HARTA HARAM ATAU TIDAK SUCI
Harta tidak suci dan hasil haram tidak ditaksirkan zakat atasnya. Zakat adalah ibadat.

30 RUMUSAN PENGECUALIAN ZAKAT
Aset Tetap Tak Produktif Aset Tetap Produktif (Al-Mustaghallat ) Aset Bukan Semasa (Illat Al-Mustaghallat ) Aset Semasa Tak Milik Sempurna Aset Semasa Belum & Bukan Untuk Niaga Liabiliti Semasa Operasi Sahaja Dana Dalam Perniagaan Untuk Kebajikan Hasil Terimaan Yang Dah Bersih Berzakat Hasil Haram Tidak DiZakatkan

31 KAEDAH PENGIRAAN ZAKAT
 Terdapat dua kaeadah atau pendekatan yang boleh digunakan iaitu:- a. Model Modal Berkembang (Urfiyyah) b. Model Modal Kerja (Syar’iyyah)

32 a. Model Modal Berkembang (Urfiyyah)
 Kaedah ini mengambil kira ekuiti pemilik entiti perniagaan tersebut, sumber-sumber pembiayaan kewangan dan dibuat pelarasan sama ada dicampur atau sebaliknya. Di dalam istilah yang lebih ringkas ialah modal asal dicampurkan dengan keuntungan.  Ekuiti pemilik + Liabiliti Jangka Panjang – Aset Tetap – Aset Bukan Semasa +/- Pelarasan = harta perniagaan yang tertakluk kepada pengiraan zakat

33 b. Model Modal Kerja (Syar’iyyah)
 Kaedah ini mengambil kira kedudukan aset semasa perniagaan, ditolak dengan tanggungan semasa perniagaan dan dibuat pelarasan.  Harta Semasa – Tanggungan Semasa + / - Pelarasan = Harta perniagaan tertakluk kepada taksiran zakat

34 Kedua-dua kaedah akan memberikan jawapan taksiran yang sama kerana :
Ekuiti pemilik + Liabiliti Jangka Panjang – Aset Tetap – Aset Bukan Semasa = Harta Semasa – Tanggungan Semasa

35 ALLAH HU ‘A’LAM


Download ppt "BAHAGIAN 2 SYARAT-SYARAT WAJIB ZAKAT PERNIAGAAN."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google