Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehWidya Pranata Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
Bahasa Melayu Klasik Bahasa Melayu Klasik merupakan bahasa melayu yang sudah mempunyai aksara atau tulisan tersendiri berbanding dengan bahasa Melayu praklasik yang masih menggunakan tulisan India dan tulisan Arab (Jawi). Asmah (1988) mentakrifkan zaman masyarakat Melayu klasik sebagai “zaman masyarakat Melayu yang sudah mengenali huruf.. Kegiatan penulisan/perakaman dalam bentuk tulisan telah bertanggungjawab dalam menstabilkan sebutan bahasa dan sebutan ini menjadi model bagi masyarakat penutur amnya.” Hal ini menjelaskan bahawa bahasa Melayu klasik sudah memiliki tulisan sendiri dan dengan adanya aksara ini maka bahasa Melayu sudah membentuk satu konsep bahasa standard apabila telah ada usaha bagi mewujudkan model tulisan daripada sebutan. Ini disokong dengan kedatangan pengaruh Islam dan Arab dapat merancakkan lagi perkembangan bahasa Melayu klasik. Pengkaji Lutfi dan Omar (1979) menyatakan “Bahasa Melayu standard mulai jadi dengan diterimanya abjad Arab sebagai tulisan bahasa Melayu… bahasa Melayu standard mulai jadi bila Islam menjadi agama orang-orang Melayu”.
2
Secara sosiolinguistiknya, fungsi bahasa Melayu klasik merupakan kesinambungan
daripada bahasa Melayu kuno, namun lebih banyak mengalami proses pengislaman. Selepas kedatangan Islam, bahasa Melayu klasik menjadi bahasa ilmu pengetahuan yang bertepatan dengan agama Islam yang dianggap sebagai agama ilmu pengetahuan dan sebagai bahasa penulisan yang pada mulanya hanya digunakan untuk tujuan penyebaran agama Islam sahaja. Pada zaman tersebut bahasa Melayu menjadi lingua franca dan digunakan sebagai bahasa kebangsaan, bahasa rasmi serta bahasa pergaulan seharian di kebanyakan negeri di Alam Melayu. Kedatangan Islam Sejarah kedatangan Islam di Alam Melayu ditentukan melalui beberapa bahan sejarah. Pertama melalui catatan para pengembara Arab, Parsi dan pedagang yang sampai ke Asia Tenggara. Mengikut riwayat Cina telah ada orang Islam di Sriwijaya pada tahun 674M/55H. kemudian Al-Mas’udi menyatakan bahawa pada tahun 877M telah ada petempatan orang Islam di Khanfu (Canton), China.
3
Kedua terdapat beberapa prasasti atau batu bersurat pengaruh Islam yang ditemui dalam bentuk batu nisan. prasasti-prasasti tersebut adalah:- a. Batu nisan Syeikh Rukunuddin di Barus, Sumatera (48H) b. Batu nisan di Langgar, Kedah (290H) c. Prasasti Pekan Pahang bertarikh pada waktu subuh, hari Rabu, 14 Rabi’ul Awal 419H d. Prasasti Phan-rang, Campa Vietnam 431H/1039M e. Prasasti Brunei Darussalam. Batu nisan Puteri sultan Abdul Majid Ibn. Muhammad Syah Al-Sultan 440H/1048M. f. Prasasti Leran, Grisek, Jawa Timur. Batu nisan seorang wanita Islam yang bernama Fatimah Binti Maimun bin Hibat Allah 475H/1082M. Daripada bukti di atas jelas menunjukkan bahawa Islam telah datang ke Asia Tenggara pada awal zaman Islam. Seterusnya pada abad ke-10 dan ke-11M terdapat petempatan orang Islam di pelbagai tempat di Asia Tenggara.
4
Teori-teori kedatangan Islam di Asia Tenggara seperti berikut:-
a. Islam datang ke Asia Tenggara melalui India dan para pembawanya ialah para saudagar yang berniaga terutama dari Gujerat ke Asia Tenggara. Teori ini banyak didukung oleh pengkaji Barat seperti Winstedt dll. b. Islam datang ke Asia Tenggara melalui Parsi yang dibawa oleh orang Islam yang berniaga dan yang berdakwah. Oleh itu terdapat beberapa pengaruh ajaran Syi’ah di Asia Tenggara. c. Islam datang ke Asia Tenggara langsung dari tanah Arab disebabkan banyak petempatan keturunan Arab di Asia Tenggara. d.Islam datang ke Asia Tenggara melalui negeri China seperti yang dinyatakan oleh S.Q Fatimi, seorang penyelidik dari Pakistan. e. Islam datang ke Asia Tenggara melalui pelbagai jurusan dan tempat seperti Asia Barat, Asia Selatan dan Afrika Utara. Pendapat terakhir adalah yang paling kuat kerana banyak unsur Islam di Asia Tenggara yang mempunyai pelbagai pengaruh. Pendapat ini diutarakan oleh Prof. Dr. Syed Naquib Alattas.
5
Perkembangan Islam Terengganu (abad ke-14) Aceh (abad ke-12 dan selepasnya) Samudera Pasai (abad ke-13 hingga abad ke-14) Melaka (abad ke-15) Johor (abad ke-16 dan ke-17) Aceh (abad ke-17 dan ke-18) Johor Riau (abad ke-18 dan ke-19) Ke Brunei, Jambi, Palembang, Siak, Langkat, Deli, Serdang (Sumatera), Demak, Banten, Mataram di Jawa dan ke Kalimantan Yang utama – Melaka, Johor, Aceh, Johor-Riau.
6
Kerajaan Pasai Samudera
Wujud pada abad ke-13M Berkembangnya penggunaan bahasa Melayu dan penyebaran agama Islam Marco Polo sampai 1292M melihat ramai penduduknya beragama Islam. 1297M rajanya yang beragama Islam (Malik al-Salih) telah mangkat Terhasilnya karya sastera seperti Hikayat Raja-raja Pasai dan kitab Bahr al-Lahut (karangan Syeikh Abdullah Al-Arif) berkenaan ajaran Islam. Istana menjadi pusat perkembangan ilmu pengetahuan. Para ilmuan Islam, para ulama berkumpul untuk mengajar ilmu, kesusasteraan terutama sekali apabila mendapat galakan daripada raja yang memerintah. Ibnu Battutah mengesahkan hal ini dalam catatannya semasa melawat di Pasai ( M) Beliau menyatakan raja yang memerintah negeri itu Sultan Malikul-Dzahir, amat menyayangi alim ulama yang datang mengadap ke balairung baginda untuk mengaji dan berbahas.
7
Kerajaan Melaka Wujud pada abad ke-15M Bahasa Melayu menjadi bahasa pemerintahan dan bahasa perdagangan di Pelabuhan Melaka dengan pelabuhan lain dalam lingkaran perdagangan rempah dari Aceh hingga kepulauan Maluku terutama di kota Ambon, Ternate dan Tidore. BM juga digunakan untuk perdagangan di pantai utara Australia dan ke barat hingga ke Gujerat India. Pada ketika ini juga kerajaan Melaka memainkan peranan penting sebagai pusat penyebaran Islam. Ia semakin giat dilakukan setelah Melaka menakluk negeri-negeri Semenanjung Tanah Melayu, di Sumatera dan di Jawa. Dalam proses pengembangan agama Islam, BM menjadi wahana dan Melaka menjadi pusat utama. BM menjadi lingua franca di Alam Melayu. Terhasilnya karya tulisan berbahasa Melayu seperti:- Hukum Kanun Melaka Undang-undang Laut Melaka Hikayat Seri Rama Hikayat Amir Hamzah Hikayat Muhammad Ali Hanapiah
8
Kerajaan Johor Empayar Melaka yang telah wujud lebih seabad itu telah dikalahkan oleh Portugis pada tahun Akibatnya Sultan Melaka yang terakhir berpindah ke Johor dan dengan itu kekuasaan Melayu dipindahkan ke Johor. Dalam zaman kerajaan Johor ini sering berlaku peperangan terutama dengan orang-orang Portugis di Melaka sehingga dengan itu ibu negeri Johor sentiasa berpindah-randah ke beberapa tempat di sepanjang sungai Johor, kepulauan Riau dan juga ke tanah besar Sumatera tengah bahagian timur. Pada zaman kemudian timbul pula musuh baru, iaitu dari Aceh sehingga dengan itu timbul perang segi tiga - Johor, Portugis di Melaka dan Aceh. Kerajaan Aceh telah menyerang Johor sebanyak tujuh kali, dan kerabat serta orang-orang besar Johor pernah ditawan dan dibawa ke Aceh termasuk Tun Seri Lanang sebagai tawanan. Dalam keadaan yang tidak tenteram ini beberapa hasil karya tulisan berbahasa Melayu masih sempat juga ditulis seperti Sulalatus - Salatin atau Sejarah Melayu (yang ditulis oleh Tun Seri Lanang di Johor pada tahun 1612, dan diselesaikan di Aceh pada tahun 1613, iaitu semasa beliau dalam tawanan). Hikayat Hang Tuah, Adat Raja-raja Melayu, Undang-Undang Johor dan beberapa tulisan yang lain.
9
Kerajaan Aceh Kerajaan Aceh bertapak di bahagian hujung utara Pulau Sumatera. Ia adalah sezaman dengan kerajaan Johor. Pada awal abad ke-17, kerajaan Aceh sampai di puncak kebesaran dan kejayannya iaitu semasa pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam ( ). Seluruh bahagian Sumatera Utara, kecuali pedalaman daerah Batak dikuasainya, bahkan beberapa negeri di Semenanjung telah diserang dan didudukinya seperti Johor Lama, Pahang, Perak dan Kedah. Bahkan kota Melaka sendiri telah dikepung beberapa kali. Dalam zaman kerajaan Aceh ini bahasa Melayu tetap digunakan sebagai bahasa utama mengatasi bahasa Aceh sendiri terutama sebagai bahasa ilmu pengetahuan. Beberapa banyak ulama telah lahir di Aceh pada zaman ini seperti:
10
Tokoh ulama :- a. Hamzah Fansuri (Barus) b. Syamsuddin Al-Samatrani (Pasai) c. Nuruddin Al-Raniri (Gujerat) d. Abdul Rauf Al-Fansuri (Singkel) e. Bukhari Al-Jauhari (Johor) dan lain-lain. Beberapa banyak kitab dan buku telah dikarang di Aceh. Antaranya ialah a. Syair Burung Pungguk b. Syair Burung Pingai c. Syair Dagang d. Syair Perahu e. Syair Sidang Faqir f. Syarab al-‘Asyiqin dan lain-lain, iaitu hasil karangan Hamzah Fansuri.
11
Syamsuddin Al-Samatrani atau Syamsuddin Pasai, murid Hamzah Fansuri, yang pernah menjadi Syaikhul-Islam di Acheh, juga telah mengarang kitab-kitab seperti Syarah Ruba’i Hamzah Fansuri, Tanbihut-Tullab dan Anwarud-Daqaiq. Tetapi hampir kesemua kitabnya telah tiada kerana telah dibakar atas titah perintah Sultan Aceh yang termakan dengan nasihat daripada Nuruddin Al-Raniri.
12
Nuruddin Al-Raniri pula telah mengarang beberapa banyak kitab sama ada semasa beliau masih di Gujerat, India, di Pahang dan juga di Aceh. Antara karangan-karangan beliau ialah: Sirat al-Mustaqim sebuah kitab fiqih Melayu yang terawal, Bustan Al-Salatin, Jawahir Al-Ulum, Lata’ifal Asrar, Syifa’ Al-Qulub, Asrar Al-Insan, ‘Ainul-wujud, Ainul-Jawad, Tanbihul ‘Awam, ‘Aqidatus-Sufiyah, Kaifiyatus-Salah, Rahiqul Muhammadiyah, dan lain-lain. Pada masa akhir hayatnya, Syeikh Nuruddin telah kembali ke Gujerat, India.
13
Abdul Rauf Al-Fansuri (Singkel) juga terkenal dengan tulisannya seperti terjemahan kitab Tafsir al-Quran Al-Baidawi, Kifayatul-Muhtajin, Mir’at Al-Tullab, Hujjatul Balighah, Syamsul-Ma’rifah, Umdat al-Muhtajin, Mamu’ul masa’il, dan lain-lain. Bukhari al-Jauhari juga telah mengarang buku yang terkenal, iaitu Taj Al-Salatin. Di Aceh juga pernah berlaku satu polemik ilmiah yang cukup terkenal, iaitu antara aliran Wahdat al-Wujud yang dibawa oleh Hamzah Fansari serta muridnya Syamsuddin al-Samatrani dengan aliran ahli Sunnah wal-Jamaah yang dipertahankan oleh Nuruddin Al-Raniri.
14
Kerajaan Johor Riau Apabila Sultan Mahmud II, Sultan Johor dibunuh oleh Megat Seri Rama (Laksamana) pada tahun 1699, baginda tiada zuriat untuk menggantikan takhta baginda. Dengan ini, mengikut adat-istiadat Melayu, Bendahara Abdul Jalil menggantikan tempat baginda sebagai Sultan Johor. Ini bermakna keluarga bendahara yang menjadi sultan. Tetapi pada tahun 1718 takhta itu dirampas oleh Raja Kecil dari Siak yang mengaku sebagai anak kandung Sultan Mahmud II. Namun pada tahun 1722 takhta itu dirampas kembali oleh Sultan Abdul Jalil dengan bantuan anak raja Bugis lima bersaudara dari Sulawesi. Mulai dari tarikh itu ditetapkan agar keluarga bendahara yang menjadi Sultan atau Yang Dipertuan dan menetap di Johor dan Lingga sedangkan keluarga anak raja Bugis menjadi Yang Dipertuan Muda atau Yamtuan Muda dan menetap di Riau.
15
Kekuasaan secara dualisme ini mula meretakkan kerajaan Johor menjadi Johor-Riau. Oleh keadaan yang demikian pertentangan dan perseteruan terus berlaku dalam kerajaan Johor-Riau. Ini ditambah lagi dengan musuh-musuh dari luar seperti Belanda, kesultanan Jambi dan kuasa-kuasa yang lain. Pada masa itu bahasa Melayu tetap menjadi bahasa penting sebagai bahasa perhubungan dan perdagangan. Pendeknya ia masih tetap berperanan sebagai Lingua Franca di bahagian dunia ini. Bahasa ini masih tetap menjadi bahasa pemerintahan dan pentadbiran di negeri-negeri Melayu dan sekitarnya dan bahasa ini juga yang digunakan untuk menyusun buku undang-undang bagi tiap-tiap negeri Melayu.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.