Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

EDU5905 KONSEP PENDIDIKAN DAN PROFESION PERGURUAN

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "EDU5905 KONSEP PENDIDIKAN DAN PROFESION PERGURUAN"— Transcript presentasi:

1

2 EDU5905 KONSEP PENDIDIKAN DAN PROFESION PERGURUAN

3 KULIAH MINGGU 03 MATLAMAT DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN (DPK):
MASYARAKAT MALAYSIA YANG BERSATU PADU KULIAH MINGGU 03

4 LATAR BELAKANG DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN (DPK)
Ilmu adalah penentu utama arah tujuan negara dan penyelamat bangsa PRINSIP Membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang bedaya saing tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat TUJUAN Menghasilkan satu sistem pendidikan bertaraf dunia bagi memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan mencapai aspirasi negara MISI

5 DPK adalah berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan;
“ Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani, berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara. ”

6 PELAKSANAAN DPK DI BAWAH SISTEM PENDIDIKAN KEBANGSAAN
Bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar utama; Kurikulum Kebangsaan dan peperiksaan yang sama; Peperiksaan yang sama; Pendidikan yang diberikan adalah pelbagai dan komprehensif skopnya memenuhi keperluan negara; dan Memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsip Ruku Negara.

7 KONTEKS PENGGUBALAN DPK
KEDUDUKAN POLITIK, SOSIAL DAN EKONOMI ORANG MELAYU PENJAJAHAN JEPUN CORAK PERSEKOLAHAN SEBELUM MERDEKA PENDATANG YANG BERMASTAUTIN KONTRAK SOSIAL NEGARA MALAYA YANG MERDEKA DASAR EKONOMI BARU

8 KEDUDUKAN POLITIK, SOSIAL DAN EKONOMI ORANG MELAYU
Menurut van Leur (1995), orang Melayu pada zaman kegemilangan Melaka adalah cukup bertamadun dan berpengetahuan sehingga berupaya mengurus dan mentadbir metropolis Melaka, yang di dalamnya pada sesuatu ada 300,000 orang peniaga dari pelbagai benua dan bangsa. Barnes (1951) menyatakan bahawa selepas 400 tahun dijajah, status orang Melayu telah merudum sehingga terdampar di negeri sendiri dan menjadi hamba ekonomi kepada kaum pendatang yang dilindungi oleh penjajah (Report of the Committee on Malay Education, Federation of Malaya)

9 Jadual 1: Penduduk Malaya pada tahun 1950
Bilangan % Melayu 2,602,777 49.81 Cina 2,034,986 38.95 India 587,292 11.24 Jumlah 5,225,055 100.00 Sumber: Laporan Fenn dan Wu, 1951

10 Jadual 2a: Enrolmen Murid Mengikut Jenis Sekolah, 1938
LELAKI PEREMPUAN JUMLAH MELAYU 68905 21531 90436 CINA 63338 22951 86289 TAMIL 14866 7775 22641 INGGERIS 40577 17038 57615 187686 69295 256981 Sumber: Laporan Barnes, 1951 ms 11

11 Jadual 2b: Enrolmen Murid Di Sekolah Inggeris, 1947 - 1950
% 1948 1949 1950 Melayu 9,609 17.86 11,114 19.73 17,354 20.06 20,145 20.86 Cina 30,107 55.97 30,636 54.38 45,514 52.62 51,521 53.35 India 14,080 26.17 14,587 25.89 23,630 27.32 24,909 25.79 Jumlah 53,796 100.0 56,337 86,498 96,575 Sumber: Laporan Barnes, 1951 ms 11

12 PENJAJAHAN JEPUN Menurut Laporan Barnes (1951) dan Mustapha Hussin (1999) penderitaan yang dialami semasa dijajah oleh Jepun dalam Perang Dunia Kedua telah memberi semangat kepada orang Melayu untuk bangkit membela nasib sendiri. Melalui perjuangan nasionalis, orang Melayu telah mendesak penjajah Jepun kemudiannya British untuk mendapatkan hak mereka dari segi politik, sosial dan ekonomi. Teras kepada perjuangan ini adalah hak kepada pendidikan, yang disedari oleh orang Melayu sebagai penentu hala tuju dan penyelamat bangsa Melayu.

13 CORAK PERSEKOLAHAN SEBELUM MERDEKA
KOMPOSISI SEKOLAH DI MALAYA Sekolah Inggeris –menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar, menggunakan kurikulum Inggeris, buku teks dan tenaga pengajar adalah diimport dari negara asal. Sekolah Melayu - menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar, menggunakan kurikulum Inggeris, buku teks dan tenaga pengajar adalah diimport dari negara asal. Sekolah Cina – menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar, kurikulum dari Tanah Besar Cina dan Taiwan, buku dan tenaga pengajar adalah diimport dari negara asal Sekolah Tamil dan Punjabi – menggunakan bahasa Tamil dan Punjabi sebagai bahasa pengantar, kurikulum dari India, buku dan tenaga pengajar adalah diimport dari negara asal

14 PENDATANG YANG BERMASTAUTIN
Menurut Sufian Hashim (1981) pada mulanya pendatang asing ini datang ke Malaya adalah didorong untuk mencari kekayaan untuk dibawa pulang ke negara masing-masing. Namun, setelah mengecap kemakmuran di Malaya, pendatang mula terdorong untuk menjadi warga Malaya dan mengambil bahagian sepenuhnya bukan sahaja dalam sektor ekonomi malah di sektor politik dan juga sosial, sekali gus mendominasi sektor-sektor tersebut. Perkembangan ini mencorakkan Malaya dari sebuah “Tanah Melayu” kepada Malaya yang berbilang bangsa.

15 KONTRAK SOSIAL NEGARA MALAYA YANG MERDEKA
Agama Rasmi Raja Berpelembagaan Bahasa Kebangsaan Hak Istimewa Orang Melayu Hak Kerakyatan bagi kaum pendatang bagi mengamalkan agama dan budaya masing-masing

16 DASAR EKONOMI BARU & PENDIDIKAN
Tindak balas kerajaan atas kesedaran bahawa jurang sosio-ekonomi yang luas antara kaum Melayu dan kaum-kaum lain, terutama dari segi fungsi ekonomi dan pendapatan rentetan dari zaman penjajahan Kerajaan komited untuk mencapai perpaduan nasional melalui strategi pembasmian kemiskinan dalam penyusunan semula masyarakat DEB memberikan impak kepada DPK dengan menjadikan sektor pendidikan sebagai sektor utama dalam mencapai hasrat perpaduan negara Di bawah DEB fokus sektor pendidikan adalah untuk merapatkan jurang perbezaan dalam peluang pendidikan antara yang kaya dan miskin serta antara wilayah dan kaum melalui pembahagian sumber dan kemudahan negara dengan lebih saksama

17 SOROTAN PENGGUBALAN DPK
Bermula dengan Laporan Barnes (1951) dan Laporan Fenn dan Wu (1951) Strategi penukaran sekolah Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil kepada “Sekolah Kebangsaan” Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar Terdapat cadangan balas daripada kaum Cina agar sekolah Cina dan Tamil diterima sebahagian daripada sistem persekolahan kebangsaan FASA PERTAMA Memperakukan 4 perkara dasar bagi semua persekolahan di Malaya: sistem pelajaran kebangsaan untuk semua; bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama; kurikulum kebangsaan untuk semua aliran sekolah; dan sistem peperiksaan yang sama bagi semua aliran Perakuan-perakuan di atas telah dimaktubkan sebagai undang-undang oleh Kerajaan yang disebut sebagai Ordinan Pelajaran 1957, Persekutuan Tanah Melayu BATU ASAS DPK Pembaharuan kali pertama adalah berdasarkan Laporan Rahman Talib (1960). Perakuan dalam laporan tersebut menjadi asas kepada Akta Pelajaran DPK selanjutnya dimantapkan dengan mengambil kira pembentukan ideologi negara di bawah Ruku negara, Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979, Falsafah Pendidikan Kebangsaan, pegangan, tujuan dan peranan pendidikan di Malaysia. Pemantapan ini telah diperuntukkan di bawah Akta Pendidikan 1996 PENILAIAN SEMULA

18 PELAKSANAAN DPK KE ARAH MEMBINA MASYARAKAT MALAYSIA YANG BERSATU PADU
KERANGKA KONSEP PELAKSANAAN DPK DALAM MEMUPUK PERPADUAN KONTEKS Masyarakat pelbagai kaum Jurang antara kaum Sekolah pelbagai aliran INPUT Sistem Pendidikan kebangsaan PROSES Pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsip Rukunegara Akses, ekuiti, kualiti dan kecekapan Pendekatan bersepadu HASIL Perpaduan Nasional

19 TERAS PELAKSANAAN DPK “Memupuk perpaduan negara melalui pembudayaan budaya, sosial, ekonomi dan politik selaras dengan prinsip-prinsip Ruku negara” Menyediakan kemudahan persekolahan yang mencukupi; dan Bahasa pengantar, kurikulum dan peperiksaan yang berupaya memenuhi keperluan untuk memupuk perpaduan negara melalui pembangunan budaya, sosial, ekonomi dan politik

20 FASA PEMBENTUKAN (1950 – 1960) PERTAMA KEDUA KETIGA KEEMPAT
Pembentukan satu pernyataan dasar DPK yang dipersetujui oleh semua kaum dengan mengambil kira hasrat dan kepentingan masing-masing ke arah mewujudkan satu rangka kerja pendidikan bagi melahirkan generasi berorientasikan Malaya KEDUA Peruntukan pernyataan dasar DPK sebagai undang-undang di bawah Ordinan Pelajaran 1957 yang wajib dipatuhi oleh semua KETIGA Mengubah semua sekolah Melayu, Inggeris, Cina dan Tamil yang pelbagai corak kepada satu aliran sekolah kebangsaan dan sekolah jenis kebangsaan di bawah satu sistem pelajaran kebangsaan yang menggunakan bahasa pengantar, kurikulum dan peperiksaan yang sama KEEMPAT Pembentukan satu sistem penyampaian pelajaran yang meliputi program dan aktiviti dalam pembangunan infrastruktur persekolahan, perkhidmatan guru dan pentadbiran di peringkat persekutuan, negeri, daerah dan sekolah, penggubalan kurikulum dan penubuhan badan peperiksaan berpusat

21 FASA PERMODENAN (1961 – 2005) Dimulakan dengan pemantapan DPK melalui pembentukan Akta Pelajaran 1961 Pematuhan sekolah-sekolah Cina kepada aliran kebangsaan pada tahun 1962 (Sekolah Conforming) Di bawah Akta Pendidikan 1996, peluasan skop sistem pendidikan kebangsaan meliputi semua institusi pendidikan termasuk sekolah atau institusi pendidikan swasta dari peringkat prasekolah ke peringkat pendidikan tinggi.

22 Pendekatan Strategik dan Bersepadu Fasa Permodenan
Mengurangkan jurang bandar dan luar bandar; Memperkasakan Sekolah Kebangsaan; Memartabatkan bahasa kebangsaan; Pengajaran bahasa-bahasa antarabangsa; Pendemokrasian pendidikan; Pembaharuan kurikulum; Pembestarian sekolah; Pendidikan bertaraf dunia; dan Memartabatkan profesion perguruan.

23 FASA WAWASAN (2006 dan seterusnya)
Bermula dari Rancangan Malaysia Ke-9 dan memasuki tempoh kritikal iaitu 10 tahun terakhir sebelum mencapai status negara maju Masih berfokus kan kepada akses, ekuiti, kualiti dan keberkesanan program-program (penambahan strategi- sekolah sukan, pendidikan khas dan Malaysia sebagai hub industri pendidikan serantau); dan ditambah Kecemerlangan pendidikan.

24 PETUNJUK UTAMA PRESTASI DPK: PENDIDIKAN
Terdapat kemajuan ketara dalam pelbagai segi yang boleh diukur: bilangan sekolah dan enrolmen, kadar penyertaan murid dalam pendidikan, bilangan lulusan IPTA, taraf pendidikan tenaga kerja, kadar celik huruf, tenaga pengajar dan skim perkhidmatan guru.

25 Jadual 4: Kadar Penyertaan Pelajar di Institusi Pendidikan Kerajaan dan Bantuan Kerajaan serta Institut Pengajian Tinggi (IPT) Peringkat Pendidikan 1970 1990 2010 Rendah ( ) Penduduk Enrolmen Kadar penyertaan 88.2% 99.8% 94.23% Menengah Rendah (12+ - I4+) 52.2% 83.0% 86.76% Menengah Atas ( ) 89 435 Kadar Penyertaan 20.1% 49.1% 77.19% Lepas Menengah ( ) 18 802 3.1% 18.9% 15.01% IPT ( ) 8 633 58 286 0.6% 2.9% 40%

26 PETUNJUK UTAMA PRESTASI DPK: PERPADUAN
Pembentukan satu budaya Malaysia yang berasaskan kepada pelbagai budaya dan kepercayaan; Pembangunan budaya sosial melalui integrasi nasional; Pembangunan ekonomi – kekayaan dikongsi dengan lebih berekuiti terutama hasil dan sumber kekayaan baru; dan Kestabilan politik yang berterusan – asas utama kepada perpaduan dan kemakmuran

27 Jadual 5 : Indikator Sosio-Ekonomi Negara
1957 2004 2009 *Perbandingan dunia Penduduk (Juta) 7.39 26.1 28.3 Kedudukan ke 48/239 Jangka Hayat (Tahun) L=55.8; P=58.2 L=71; P=76 L=72; P=77 9 tahun melebihi purata dunia Kadar kematian bayi (per 1000) 76 5.5 Setaraf dunia maju Keluaran Dalam Negara Kasar (RM Bilion) 4.96 248.4 509.9 Kedudukan ke 39/239 Per Kapita KDNK (RM) Kurang drpd 800 18,000 24,541 (RM28,000 pada 2011) Kadar celik huruf 50% 95% Kadar enrolmen (rendah) L=58%; P=32% 97.4% 94.23% Kadar kemiskinan 51.2% 5.1% 3.8%

28 Semenan- jung Kategori RM dan Ke bawah Sabah Sarawak Miskin Tegar 460
630 590 Miskin 760 1050 910 Pend. Rendah 2300

29 Jadual 6: Kadar Kemiskinan dan Kemiskinan Tegar
1970 1990 1999 2004 2009 Keseluruhan 49.3 16.5 8.5 5.7 3.8 Bandar 22.3 7.1 3.3 2.5 1.7 Luar Bandar 60.0 21.1 14.8 11.9 8.4 Bumiputera 68.4 12.3 8.3 5.3 Cina 26.0 1.2 0.6 India 39.2 3.4 Lain-lain 44.8 25.5 9.8 6.7 Kadar Kemiskinan Tegar 3.9 1.9 0.7 1.3 0.5 0.4 0.2 5.2 3.6 2.9 1.8 5.8 1.0 1.1 0.8 0.0 0.1 0.3 5.9

30 KESIMPULAN DAN CADANGAN
DPK menzahirkan banyak indikator kuantitatif dan kualitatif yang menunjukkan kemajuan ketara sejak mula dilaksanakan pada tahun 1957 Konteks kritikal- jurang antara orang Melayu dan bukan Melayu Pelaksanaan DPK pada masa depan terus menitikberatkan pengukuhan teras DPK- menyediakan kemudahan persekolahan yang mencukupi dan berkualiti dengan kaedah penyampaian pendidikan yang juga berkualiti dan menjamin prestasi pendidikan murid

31 KESIMPULAN DAN CADANGAN
Teras Kedua DPK- kurikulum, bahasa pengantar, pengajaran bahasa-bahasa lain serta sistem peperiksaan perlu terus dipertingkatkan agar piawai memenuhi keperluan tenaga manusia negara maju di persada global Knowledge-worker memainkan peranan negara dalam knowledge-economy Sistem pendidikan kebangsaan hendaklah meyakini ibu bapa semua kaum untuk memilih SK sebagai sekolah pilihan – wadah menjana perpaduan rakyat

32 Thank You…


Download ppt "EDU5905 KONSEP PENDIDIKAN DAN PROFESION PERGURUAN"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google