Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
PEMBAKUAN SEBUTAN Pengenalan
Perancangan pembakuan sebutan bahasa Melayu adalah menjadi salah satu objektif Dewan Bahasa dan Pustaka, sebagaimana yang termaktub dalam Akta Dewan Bahasa dan Pustaka 1959. Matlamat pembakuan sebutan bahasa Melayu adalah untuk menyeragamkan cara penyebutannya. Secara khusus, pembakuan sebutan bertujuan untuk: Mewujudkan satu variasi sebutan baku dalam BM yang digunakan dalam situasi formal. Meningkatkan kecekapan berbahasa Melayu baku dalam kalangan semua pengguna BM. MINGGU 6
2
Sejarah Pembakuan Sebutan Bahasa Melayu
Gagasan atau idea pembakuan sebutan bahasa Melayu telah melalui beberapa tahap, iaitu: Gagasan mula diketengahkan dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga di Singapura dan di Johor Bahru pada tahun 1956. Penekanan terhadap ejaan dan bunyi sebutan juga jelas tercatat dalam Ordinan Dewan Bahasa dan Pustaka (pindaan 1972). Beberapa penyelidikan telah dijalankan tentang sebutan baku melalui bengkel dan seminar sejak awal RMK4 (1981). Siri bengkel sebutan baku diadakan dalam tahun 1987 antara DBP dengan PLM, dan Kementerian Pendidikan Malaysia.3
3
Dasar Sebutan Baku Ciri Sebutan Baku:
Perumusan tentang pedoman sebutan baku dilakukan oleh sebuah jawatankuasa teknikal antara DBP dengan Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK), Kementerian Pendidikan Malaysia, dan pakar bahasa. Penggunaan sebutan baku di sektor pendidikan di Malaysia dilaksanakan bermula pada penggal kedua persekolahan dalam tahun 1988. Dasar Sebutan Baku Dasar sebutan baku bahasa Melayu ialah sebutan fonemik atau sebutan berdasarkan ejaan. Ciri Sebutan Baku: 1. Setiap huruf, sama ada dalam ejaan Jawi atau Rumi hendaklah dilafazkan dengan jelas mengikut nilai bunyi bahasa Melayu yang dilambangkannya.
4
Penyebutan Bunyi Vokal
Sebutan kata hendaklah berdasarkan ejaan secara keseluruhan dan juga berdasarkan bentuk kata (pola suku kata), sama ada kata dasar atau kata terbitan. Nada suara yang digunakan semasa bercakap hendaklah ditentukan berdasarkan jenis dan bentuk ayat dalam bahasa Melayu serta keperihalan keadaan yang berkenaan. Terdapat kekecualian cara penyebutan bagi beberapa kata tertentu, seperti kata rai dan linguistik. Penyebutan Bunyi Vokal 1. Vokal < a > diucapkan [ a ] pada sebarang kedudukan, sama ada di awal, di tengah atau di akhir kata. 2. Vokal < e > yang melambangkan < e > taling dan < e > pepet diucapkan [ e ] atau [] mengikut bunyi asal sesuatu kata itu. 3. Vokal < i > dalam bahasa Melayu melambangkan bunyi [ i ] bukannya bunyi [ e ].
5
Penyebutan Bunyi Diftong
4. Vokal < o > dalam sebutan baku diucapkan [ o ] dan bukannya []. Bagaimanapun, untuk melafazkan beberapa kata pinjaman dalam bahasa Inggeris atau bahasa asing yang lain, vokal < o > boleh dibunyikan [ ]. 5. Vokal < u > yang melambangkan bunyi [ u ] diucapkan bunyi [ u ] juga, dan bukannya bunyi [ o ]. Penyebutan Bunyi Diftong Ada tiga diftong asli dalam bahasa Melayu, iaitu /ai /, /au /, dan / oi /. Semua diftong ini dilafazkan sebagai satu kesatuan bunyi. Huruf diftong / ai / dilafazkan dengan bunyi [ ai ] pada semua kedudukan (suku kata terbuka), contohnya pan.dai, hai.ran. Huruf diftong / au / dilafazkan dengan bunyi [ au ] pada semua kedudukan ( suku kata terbuka), misalnya sau.da.ra, ha.ri.mau.
6
Penyebutan Bunyi Konsonan
Huruf diftong / oi / dilafazkan dengan bunyi [ oi ] dan bukan dengan bunyi [ o.i ] bagi kata jati bahasa Melayu (suku kata terbuka), contohnya: se.poi, do.doi, dan ka.loi. Penyebutan Bunyi Konsonan Semua huruf konsonan dilafazkan dengan nilai bunyinya, sama ada di awal, di tengah atau di akhir kata. Contohnya: Konsonan Awal Tengah Akhir b ba.suh sa.bun ja.wab c cu.kai cu.cuk Mac d de.wan pa.da wu.jud f fi.kir na.fas a.rif g ga.ji ja.ga beg h ha.ti ma.hu mu.rah
7
Penyebutan Dua Konsonan dengan Satu Nilai Bunyi
Kata yang mengandungi gugus konsonan disebut dengan satu nilai bunyi, sama ada terletak di awal, di tengah atau di akhir kata, contohnya: Huruf Awal Tengah Akhir gh ghai.rah magh.rib ba.ligh kh kha.bar a.khir ta.rikh ng nga.nga si.nga ny nyi.or su.nyi sy syah.du i.sya.rat
8
Penyebutan Konsonan dengan Tiga Nilai Bunyi
Terdapat satu konsonan yang boleh diberikan tiga nilai bunyi, sama ada hadir di awal, di tengah atau di akhir suku kata, contohnya: Huruf Awal Tengah Akhir k ka.mi la.ki ba.la ta.zim
9
Penyebutan Kata Dasar Kata dasar disebut berpandukan kaedah pemenggalan suku kata ejaan, kecuali apabila terdapat urutan bunyi dua vokal yang sama, iaitu pola V – V yang menerbitkan KV-VK. Contohnya: Pola Suku Kata Pemenggalan Sebutan Kata Suku Kata V-KV isi i.si [ i.si ] V-KVK ikan i.kan [i.kan] VK-KV inci in.ci [ in.ci ] VK-KVK angkat ang.kat [ang.kat] KV-KV lama la.ma [ la.ma ] KV-KVK dalam da.lam [ da.lam ] KVK-KV tampi tam.pi [ tam.pi ] KVK-KVK canggih cang.gih [ cang.gih ]
10
Penyebutan Kata Terbitan
Kata terbitan pada dasarnya disebut mengikut pola pemenggalan suku kata yang berdasarkan pola ejaan, VK-, KV, dan KVK. Bagaimanapun, terdapat beberapa variasi penyebutan kata-kata yang berawalan tertentu. i. Kata terbitan dengan bentuk awalan beR, peR, teR, meN, peN, di-, ke- atau se- dengan kata dasar yang bermula dengan bunyi konsonan atau awalan di-,ke- atau se- dengan kata dasar yang dengan huruf vokal atau diftong dilafazkan dengan kaedah pemenggalan suku kata ejaan, contohnya: Ejaan Sebutan bernyanyi [ ber.nya.nyi ] menunggu [ me-nung.gu ] penyanyi [ pe.nya.nyi ]
11
dihantar [ di.han.tar ] keadaan [ ke.ada.an ] seekor [ se.e.kor ]
tertulis [ ter.tu.lis ] peragut [ pe.ra.gut ] Kata terbitan dengan awalan meN- atau peN- dengan kata dasar yang bermula dengan bunyi vokal atau diftong dilafazkan menurut cara pemecahan suku kata ejaan juga, contohnya: Ejaan Sebutan mengarah [ me.nga.rah ] mengikut [ me.ngi.kut ] pengedar [ pe.nge.dar ] pengundi [ pe.ngun.di ]
12
Kata terbitan dengan awalan meN- atau peN-
yang mengandungi kata dasar ekasuku dilafazkan mengikut cara pemecahan suku kata ejaan, contohnya: Ejaan Sebutan mengepam [ me.nge.pam ] mengepos [ me.nge.pos ] mengetin [ me.nge.tin ] pengecat [ pe.nge.cat ] pengelap [ pe.nge.lap ] pengecas [ pe.nge.cas]
13
Kata terbitan dengan awalan beR-, peR-, mempeR-, dipeR-, teR-, menteR- atau diteR-dengan kata dasarnya yang bermula dengan bunyi vokal atau diftong dilafazkan dengan dua cara, iaitu: a. sebutan mengikut cara pemenggalan suku kata ejaan. b. sebutan mengikut cara pemenggalan bentuk awalan dengan bentuk dasarnya. Bagaimanapun, keutamaan diberikan kepada cara sebutan yang pertama. Ejaan Sebutan berangkat [ be.rang.kat ] atau [ ber.ang.kat ] berekor [ be.rekor ] atau [ ber.e.kor ] perelok [ pe.re.lo? ] atau [ per.e.lo? ]
14
memperelok [ mem.pe.re.lo? ] atau
diperelok [ di.pe.re.lo? ] atau [ di.per.e.lo? ] terangkat [ te.rang.kat ] atau [ ter.ang.kat ] Kata terbitan dengan akhiran –an, i-, dan –kan atau partikel –lah, -kah, -tah atau kata ganti singkat –ku, -mu dan –nya dilafazkan dengan satu cara sahaja, iaitu pola pemenggalan suku kata ejaan, contohnya: Ejaan Sebutan tajaan [ ta.ja.an ] menjalankan [ men.ja.lan.kan ] jemputlah [ jem.put.lah ] bilakah [ bi.la.kah ] siapatah [si.apa.tah ] milikku [ mi.lik.ku ]
15
Kata terbitan yang mengandungi kata dasar yang berakhir dengan bunyi hentian glotis [ ? ] yang menerima akhiran –an atau –i dilafazkan dengan dua cara, iaitu: Bentuk sebutan yang berpola bunyi suku kata KV-KVK. Bentuk sebutan yang menerima sisipan bunyi hentian glotis sebagai penutup suku kata akhir kata dasar. Walau bagaimanapun, keutamaan diberikan kepada cara penyebutan yang pertama. Kata Sebutan ejekan [ e.je.kan ] atau [ e.je?.kan ] keelokan [ ke.e.lo.kan ] atau [ ke.e.lo?.kan ] masakan [ ma.sa.kan ] atau [ ma.sa?.kan ] memasuki [ me.ma.su.ki ] atau [me.ma.su?.ki ]
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.