Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehYuliani Hadiman Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
Kuliah 2 : BAHASA DALAM KESUSASTERAAN MELAYU
Prof Madya Dr. Arba’ie bin Sujud Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia 10-Nov-18
2
‘SASTERA’ dari sudut Bahasa
S – Seni Bahasa A - Akaliah. S - Sensitiviti T - Tersurat dan Tersirat E – Estetika R - Realiti A - Alternatif / Pelepasan Minda 10-Nov-18
3
Hubungan Bahasa dan Sastera
Disiplin Ilmu Bahasa (Linguistik) Fonologi Morfologi Sintaksis Semantik Aspek dan bahan Kesusasteraan Melayu Tradisional dan moden Prosa dan Puisi Aliran dan Pemikiran 10-Nov-18
4
Unit 1 – Teori Seni Bahasa dan Aliran Makna
Klasissme dan Retorik Romantisisme dan Seni Bahasa Realisme dan Seni Bahasa 10-Nov-18
5
Teori Retorik Ahli retorik orang yang berketrampilan untuk meyakinkan orang ramai. Penekanan kepada aspek penggunaan dan pengindahan gaya. Tumpuan retorik kefasihan dan ketangkasan bicara. Persoalan moral dan kebijaksanaan kurang dipentingkan. Hal ini mendapat sanggahan daripada beberapa tokoh – Socrates 10-Nov-18
6
Kaedah Dialektik - Socrates
Kaedah soal jawab – Mengapa tidak ? (Why not?). Kebaikan itu adalah ilmu = menjurus kebenaran. Socrates menganggap ahli retorik tidak serius dalam mencari ‘kebenaran’. Mereka lebih bersifat membanggakan diri. Dua prinsip pengucapan seni Socrates Mengemukakan definisi pendahuluan tajuk Membahagiakn pokok bicara kepada bahagian2. 10-Nov-18
7
Klasisisme dalam Kesusasteraan
Pengaruh teori klasik sangat besar. Aspek pengaruh : kategori gaya, kualiti gaya, istilah-istilah sastera,, prinsip penilaian, prinsip ciptaan atau kreativiti, dan dasar teori gaya atau stilistik. Kategori Gaya: Gaya tinggi, gaya pertengahan, Gaya mudah Kualiti Gaya: Kemurnian, Kejelasan, Kewajaran 10-Nov-18
8
Aliran Klasisisme Nasihat dan tanggungjawab sosial-sastera sebagai medium pendidikan. Tanggung jawab terhadap masyarakat bersifat kolektif dan milik bersama. Sastera berpaksikan fikiran dan akal budi yang luhur dan berpekerti tinggi tanpa dibaluti rasa keburukan. Sastera yang terhasil adalah karya yang bersifat bersih dan suci. 10-Nov-18
9
Prinsip Aliran Klasisisme
Kebijaksanaan – Pemilihan diksi yang berkesan berhasil memancarkan kebijaksanaan berdasarkan makna-makna yang diungkapkan secara luaran dan dalaman. Kebenaran – Karya yang dihasilkan sewajarnya mengungkapkan kebenaran bukan kepalsuan. Keanggunan – merujuk kepada adab, tatasusila, dan kehalusan berbahasa. Kefasihan – kebolehan pengarang mengadun dan memilih kata yang persis yang akhirnya makna dapat disampaikan dengan persis. Keadilan – aktiviti atau tatacara sesuatu itu dibuat atau diperoleh. 10-Nov-18
10
Aliran Romantisme Penulis melahirkan gagasan atau ideanya yang indah-indah tanpa cacat cela atau sebarang kekurangan. Jika kebahagian, maka kebahagian digambarkan dengan penuh kesempurnaan. Jika kesedihan, penulis menggambarkannya sehingga mampu menitiskan air mata pembaca. 10-Nov-18
11
Aliran romantisme berteraskan sensitiviti atau sensori yang sentimental sifatnya.
aliran ini menonjolkan perasaan dengan mengkesampingkan pemikiran rasional dan lain-lain pertimbangan. Sifat emosional yang terungkap menyebabkan karya-karya sastera beraliran ini tidak berpijak di bumi nyata dan kurang mementingkan aspek kebenaran. 10-Nov-18
12
Aliran Realisme Aliran ini menggambarkan sesuatu berdasarkan keseluruhan kenyataan atau realiti yang sebenarnya ada. Pemaparan kejadian dan peristiwa dilihatkan secara teliti. Sesuatu itu diperlihatkan secara logik tanpa membawakan sesuatu yang berlebih-lebihan sehingga terkeluar daripada garis kerasionalan dan realitinya. 10-Nov-18
13
Pemaparan tentang kisah, tokoh, watak dan perwatakan dalam sesebuah karya wujud secara alamiah.
Dapat ditafsir secara zahir dengan mata hati tanpa diwarnai oleh sesuatu yang boleh mengaburi kebenaran dan sesahihan dalam dunia nyata. 10-Nov-18
14
Sekian, terima kasih Manusia selalu terlupa bahawa kekuatan kuasa kata yang yang ada pada mereka adalah merupakan senjata…. (Aristotle) 10-Nov-18
15
Kuliah 2A BAHASA SASTERA
11/10/2018
16
Konsep Laras Bahasa LB - variasi bahasa yang berlainan berdasarkan fungsinya. Penggunaan LB yang berbeza mengikut keperluannya. Semakin banyak LB semakin berkesan komunikasi seseorang itu. LB dihubungkan dengan keadaan atau situasi yang berbeza-beza menurut tajuk pembicaraan, hubungan, situasi pembicaraan dan disiplin. 11/10/2018
17
Laras Bahasa Sastera Laras sastera atau laras kreatif yang bermutu memerlukan kejelasan, perpautan, kesatuan serta bentuk stailistik yang dipelbagaikan. Skop bahasa - fonem, iaitu satu unit linguistik yang terkecil (melibatkan unsur aliterasi dan asonansi), kemudian diksi iaitu pemilihan kata sehinggalah kepada unsur wacana yang lebih luas. 11/10/2018
18
Ciri LB Sastera Bersifat Imaginatif dan Figuratif
Karya Kreatif -Gabungan realiti dan imaginasi. Bersifat imaginatif - bahasa yang digunakan dapat melahirkan gambaran, khayalan, dan perasaan dan khayalan pengarang sebenarnya. Misalnya, novel Salina karya A. Samad Said dan Ranjau Sepanjang Jalan oleh Sasterawan Negara Shahnon Ahmad. Sifat figuratif - mempunyai penyimpangan makna daripada pengucapan bahasa biasa, gaya retorik, kiasan dan sindiran. 11/10/2018
19
Menggunakan Bahasa Hiasan
Digunakan bertujuan membangkitkan jalan cerita atau plot dan huraian karyanya dan sebagai penyeri terhadap sesuatu hasil karya tersebut. Ungkapan dan pelbagai perkataan tambahan. Tujuan lain penggunaan : Sebagai hiasan karya Penyeri jalan terhadap isi cerita. Penambah daya tarikan pada cerita supaya ceritanya tidak kering, hambar atau menjemukan. Contoh bahasa hiasan - bahasa berirama, perbandingan, peribahasa, puisi, pantun dan seumpamanya. 11/10/2018
20
Perlukisan Gambaran yang Jelas
Perlukisan - gambaran pengarang tentang sesuatu peristiwa, aksi dan emosi dalam wacana secara jelas. Kata-kata yang segar dan bertenaga digunakan untuk melukiskan gambaran yang jelas dan hidup. Contohnya, novel Hari-hari Terakhir Seorang Seniman. Anuar Ridhwan telah melukiskan keadaan pada hari petang di desa sebagai berikut: Terhampar tidak sampai dua batu dari pantai berhutan bakau, desa itu perlahan-lahan menyerahkan warna hijaunya kepada keremangan sore bulan Oktober. Hari-hari itu di langit utara bergantungan beberapa tompok awan yang gelap menandai Monsun Timur Laut yang mula bermusim. 11/10/2018
21
Penggunaan Bahasa Baku
Bahasa baku – seragam dari aspek sebutan, bentuk dan fungsi meliputi aspek sintaksis, morfologi, leksikal, ejaan dan penyebutannya. Pemilihan kata dalam bahasa kreatif memerlukan ketepatan dan kesesuaian. Penggunaan bahasa baku dalam Karya kreatif supaya karya itu dapat difahami serta dihayati oleh semua golongan masyarakat. Pemilihan perkataan tepat dan sesuai supaya gambaran cerita dinyatakan dengan tepat dan jelas. Contohnya, A. Samad Said menggunakan bahasa baku yang sangat baik dalam novelnya Daerah Zeni: Bunga-bunga yang dipetiknya dari hutan sekitar itu kini menimpa dan melorot dari kepada nisan, serentak mengejutkan rama-rama dan pepatung tadi. 11/10/2018
22
Bernada Puitis Penggunaan bahasa yang puitis dan indah.
Pemilihan diksi, ungkapan dan ayat menimbulkan ekspresi yang indah, seni dan mencuit perasaan khalayak pembaca dan pendengar. Bahasa sebagai alat ekspresi yang memikat serta menghiburkan. Karya SN Usman Awang misalnya, banyak memperlihatkan nada-nada puitis ini baik . Contoh dalam sajak Kekasih dan Ke Makam Bonda. 11/10/2018
23
Pemilihan Diksi Berkesan
Memilih perkataan berfungsi memerlukan penyesuaian dengan tema atau persoalan. Terdapat beberapa perkataan untuk suatu pengertian, sama ada perkataan lain yang membawa makna yang sama atau perkataan yang berbeza ertinya secara literal tetapi membawa konotasi yang sama dengan maksud yang hendak disampaikan. Pemilihan perkataan yang sesuai dapat memberikan gambaran yang jelas dan tepat kepada pembaca. 11/10/2018
24
Bersifat Komunikatif Menghubungkan penulis dengan pembaca.
Penglahiran idea dan plot cerita yang disampaikan oleh pengarang dapat membawa pembaca menghayati cerita yang hendak disampaikan oleh pengarang. Membentuk hubungan langsung antara penulis dengan pembaca. Melalui plot penceritaan yang disampaikan pengarang dapat mendekatkan hubungan antara pengarang dengan khalayak pembaca. 11/10/2018
25
Bersifat Ambiguiti (ketaksaan)
Ambiguiti atau ketaksaan bermaksud unsur kekaburan dan ketidakjelasan. Penggunaan imejan boleh menimbulkan unsur ambiguiti. Melalui penggunaan unsur imejan, mesej disampaikan lebih jelas. Unsur imejan kadang kala berbentuk imejan mental iaitu membicarakan tentang perasaan dan perkaitannya dengan indera seseorang. Pengarang membabitkan pembaca dengan unsur imejan figuratifnya. Contohnya, unsur metafora, dan personafikasi. 11/10/2018
26
Bersifat Stilistik Kepelbagaian gaya – membantu penghayatan cerita yang disampaikan. Penggunaan stilistik - diksi untuk menerbitkan gaya bahasa tersendiri sifatnya. Penggunaan unsur bahasa (kiasan atau sindiran) untuk menunjukkan persamaan dan perbezaannya. Pemilihan kata digunakan untuk memberikan kesan yang sensasi terhadap sesuatu. Penekanan utama akan dihuraikan dalam bentuk bahasa yang digunakan. Contohnya, penggunaan perkataan merdu yang menekankan kepada cita rasa telinga. 11/10/2018
27
Bersifat Simbolik Mesej bersifat simbolik yang berupa kiasan kepada sesuatu benda. Simbol bersifat individu, konvensional dan ada juga yang berunsur sejagat. Contohnya, bunga lambang bagi seorang gadis manakala kumbang pula lambang bagi lelaki. Pernyataan secara simbolik ini, ditegaskan secara lebih serius bagi menunjukkan maksud. 11/10/2018
28
Unsur-Unsur Bahasa Laras Sastera
Penggunaan bahasa amat dipentingkan dalam mengungkapkan sesuatu hasil karya pengarang atau penulis kreatif. Penggunaan bahasanya beridentiti jika dibandingkan dengan laras bahasa yang lain. Bahasa dianggap sebagai satu elemen yang kuat untuk menunjukkan perbezaan di antara satu karya dengan satu karya yang lain. Oleh itu, terdapat beberapa unsur dalam laras sastera atau kreatif, seperti :- 11/10/2018
29
Unsur Perbandingan Unsur perbandingan ini terdiri daripada beberapa jenis. Antaranya adalah seperti berikut : Unsur Personifikasi Unsur yang menggunakan kiasan untuk memberikan sifat manusia daripada segi perasaan, perlakuan dan sebagainya kepada benda-benda mati, idea, binatang dan lain-lain yang mujarad. menjadikan benda atau binatang seolah-olah manusia. Sifat-sifat manusia seperti perasaan dan keinginan diberikan kepada benda, binatang dan seumpamanya menjadikannya seperti manusia. Contohnya ialah, Angin yang meraung …. Segala peristiwa merangkak kembali dalam ingatan …. Kasih yang bersayap …. 11/10/2018
30
Unsur Hiperbola Hiperbola menggambarkan karya sastera yang mempunyai unsur yang agak keterlaluan atau berlebih-lebihan seoalah-olah tidak masuk akal. Namun demikian, perbandingan atau cerita yang digambarkan itu masih menarik dan indah. Tujuannya untuk memperhebat serta meningkatkan kesan dan pengaruh dalam kalangan pembaca. Gaya bahasa ini melibatkan kata-kata dan kalimat. Contohnya adalah seperti berikut:- Pijak semutpun tidak mati …. Hajat hati hendak memeluk gunung …. 11/10/2018
31
Unsur Simile Simile - bahasa kiasan yang digunakan yang digunakan dalam karya sastera. Membandingkan sesuatu benda, peristiwa atau situasi dengan benda lain yang hampir sama. Perbandingan simile merupakan perbandingan yang jelas kerana disertai kata-kata seperti, umpama, laksana, seperti macam dan bagai. Penggunaan kata-kata membangkitkan imaginasi pembaca untuk menanggapi maksud pengarang. Gambarkan keadaan atau suasana kehidupan manusia atau kesedihan sesuatu akibat sesuatu kejadian atau peristiwa. Contoh penggunaan simile dalam karya sastera ialah, Pipinya laksana pauh dilayang …. Betisnya bagai bunting padi …. Giginya seperti mutiara …. 11/10/2018
32
Unsur Metafora Metafora merupakan bahasa kiasan dalam laras sastera yang tidak menggunakan kata-kata bandingan seperti simile. Kiasan jenis metafora merupakan kiasan yang menyebut terus kepada benda atau binatang yang hendak diumpamakannya. Perbandingan metafora lebih ringkas dan padat. Contoh: Perempuan itu burung murai, kuat berleter …. Perasaannya api yang menyala …. Kata adalah pedang tajam 11/10/2018
33
Unsur Analogi Analogi di sini dimaksudkan persamaan antara dua perkara atau peristiwa atau keadaan yang dibandingkan dengan maksud menjelaskan sesuatu itu mempunyai persamaan. Unsur analogi digunakan untuk menjelaskan atau membuktikan tentang sesuatu perkara. Contohnya sajak karya Usman Awang yang berjudul Melayu, Dalam sejarahnya Melayu itu pengembara lautan Melorongkan jalur sejarah zaman UA membandingkan orang Melayu seperti pengembara lautan. Ini kerana orang Melayu seperti Panglima Awang dikatakan pernah sebagai ahli pelayaran pertama yang berjaya mengelilingi dunia. 11/10/2018
34
Unsur-unsur Sindiran Unsur-unsur sindiran dalam laras sastera atau kreatif seringkali berfungsi sebagai menyatakan sesuatu makna yang sebaliknya. Unsur sindiran ini sering terdapat dalam kehidupan orang Melayu. Untuk menyampaikan sesuatu yang kurang disenangi dengan tidak dinyatakan secara terus. Antara unsur-unsur sindiran adalah seperti berikut:- 11/10/2018
35
Unsur Ironi Ironi - bahasa sindiran yang halus tetapi mempunyai makna yang tajam. Bunyi penyebutan atau cara ungkapannya yang disampaikan adalah lembut tetapi sesiapa yang terkena akan terasa tajam sindirannya. Biasanya membawa maksud yang bertentangan dengan maksud sebenarnya. Digunakan dalam percakapan antara dua pihak. Cth: Dah jatuh. Kan aku dah kata tadi. Ha, panjatlah lagi. Panjat. Wah, bersihnya bilik ini! Puntung rokok dan cebisan kertas bertaburan di lantai. 11/10/2018
36
Unsur Sarkastik Unsur sarkastik - bahasa yang pengucapan yang sering kali akan menyakiti hati orang lain yang mendengar atau menerima ungkapan tersebut. Bersifat kesat. Sindiran begini tidak dinyatakan secara sinis tetapi dinyatakan kerana marah kepada seseorang. Kerapkali sindiran jenis ini kurang digunakan dalam masyarakat Melayu kecuali kerana terlalu marah serta tidak dapat mengawal perasaan sendiri. Contoh: Pergi jahanam kamu. Aku tidak suka melihat kamu lagi…. Bangsat engkau, benci aku melihat muka engkau di sini…. Nyah kamu dari rumah aku…. 11/10/2018
37
Unsur Sinisme Bahasa bersifat sinis. Lebih lembut daripada bahasa sarkastik tetapi lebih keras daripada bahasa kiasan ironi. Bahasa sinisme letaknya di tengah-tengah antara bahasa sarkastik dan bahasa ironi. Nada yang terlibat agak keras dan menyentuh perasaan orang yang mendengarnya. Contohnya: Biarlah dia pergi, muak aku melihatnya …. Tak payahlah engkau cerita, muak aku mendengarnya….. 11/10/2018
38
Unsur-unsur Penegasan
Penggunaan diksi atau ayat-ayat penegasan kerap kali kita dapati dalam bahan penulisan kreatif. Bahagian yang ditegaskan akan diulang-ulang beberapa kali. Unsur-unsur penegasan berlaku pada bunyi, kata, ayat atau seumpamanya. Antara unsur-unsur penegasan tersebut adalah seperti berikut;- 11/10/2018
39
Unsur Repetisi Unsur repetisi atau pengulangan bunyi.
Tujuan untuk maksud menegaskan atau menimbulkan nilai estetik melalui bunyi yang berirama dan indah. Pengulangan bunyi dilakukan sama ada dengan cara mengulang bunyi yang sama dalam perkataan-perkataan yang sama ataupun frasa atau ayat yang sama bagi maksud penegasan. Repetisi atau pengulangan bunyi ini terdapat dalam beberapa bentuk seperti episzeusis, tautotes, episfora, simploke, mesodiplosis dan ana diplosis. Contoh: Engkau sepatutnya berusaha, berusaha, dan terus berusaha sehingga berjaya…. Aku sayang padamu, sayang, sayang, sayang ….. 11/10/2018
40
Unsur Klimaks Unsur klimaks - kemuncak penonjolan watak, situasi ataupun penceritaan. Cara penyampaian biasanya dimulakan dengan nada rendah dan kemudiannya menaik. Penyusunan atau peningkatan ceritanya ditunjukkan seperti plot dalam sesebuah karya prosa. Apabila telah sampai kepada kemuncak yang hendak disampaikan, maka di situlah terletaknya klimaks. Contoh ungkapan klimaks, ….. pengantin itu diarak dengan paluan kompang, riuh-rendah suara orang ramai serta sanak saudara yang mengiringi mereka ke pelamin. Di atas pelamin, kedua mempelai tersenyum manis menandakan kebahagian menyeri majlis ….. 11/10/2018
41
Unsur Antiklimaks Unsur antiklimaks VS konsep klimaks.
Nada yang digunakan dalam permulaan ceritanya menaik tetapi lama-kelamaan semakin menurun. Urutan cerita daripada yang lebih utama kepada yang kurang utama atau kurang penting. Cth: Pada mulanya Encik Lutfi mengajar mahasiswa dan mahasiswi Universiti Putra Malaysia, kemudian dia mengajar pula murid-murid tingkatan enam di sekolah menengah, dan kini beliau mengajar murid-murid sekolah rendah. 11/10/2018
42
Unsur-unsur Pertentangan
Unsur pertentangan dalam LS menunjukkan wujudnya pertentangan dalam bahasa tersebut. Mewujudkan unsur atau gaya yang bertentangan atau berlawanan dalam ayat-ayat yang dihasilkan. Terdapat tiga unsur pertentangan dalam laras sastera iaitu: 11/10/2018
43
Unsur Paradoks Unsur paradoks menunjukkan pertentangan kata dalam ayat. Paradoks juga merupakan gaya bahasa yang mengandungi pertentangan yang nyata dengan fakta-fakta yang ada. Unsur paradoks dapat menarik perhatian kerana kebenarannya. Cth: Mereka berasa tenang di tengah kebisingan kota Kuala Lumpur… Aku kesepian di tengah keramaian…. 11/10/2018
44
Unsur Antitesis Antitesis merupakan sejenis gaya bahasa yang menunjukkan perbandingan antara dua antonim iaitu kata-kata yang mengandungi ciri-ciri semantik yang bertentangan. Cth: Kecantikannya yang mencelakakannya…. Segala fitnah tetangganya dibalas dengan budi bahasanya yang baik…, Dia bergembira atas kesedihan orang lain…. 11/10/2018
45
Unsur Kontradiksi Unsur yang bertentangan dengan apa yang telah dinyatakan sebelumnya. Pernyataan yang dinyatakan pada permulaannya akan menafikan ataupun membuktikan kata-katanya pada pernyataan berikutnya. Cth: Malam itu sunyi sepi, tiada satupun yang kedengaran, hanya bunyi katak, cengkerik serta daun-daun menampar angin… 11/10/2018
46
Sekian, terima kasih 11/10/2018
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.