Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

EED 3200 SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN, KEBUDAYAANDAN MELAYU (History of Malay Language, Literature and Culture) Pensyarah: Shamsudin Othman Jabatan Pendidikan.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "EED 3200 SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN, KEBUDAYAANDAN MELAYU (History of Malay Language, Literature and Culture) Pensyarah: Shamsudin Othman Jabatan Pendidikan."— Transcript presentasi:

1 EED 3200 SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN, KEBUDAYAANDAN MELAYU (History of Malay Language, Literature and Culture) Pensyarah: Shamsudin Othman Jabatan Pendidikan Bahasa dan Kemanusiaan Fakulti Pengajian Pendidikan, Universiti Putra Malaysia Serdang, Selangor

2 Objektif kursus Kursus ini merangkumi sejarah perkembangan bahasa, sastera dan budaya Melayu dalam pendidikan sekolah rendah. Pada akhir kursus diharapkan pelajar dapat; Menghubung kait peranan bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu dalam kehidupan masyarakat Menyatakan bidang dan aktiviti kebahasaan, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu Mewajarkan kecintaan dan kebanggaan terhadap bahasa, kesusasteraan dan kebudayaan Melayu

3 SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN, KEBUDAYAANDAN MELAYU
OBJEKTIF KURSUS 1. Menjelaskan konsep, fungsi, ciri-ciri dan bentuk sastera. 2. Mengenal pasti konsep, fungsi, ciri-ciri dan perkembangan kebudayaan. 3. Menjelaskan konsep, fungsi, ciri-ciri dan melakukan aktiviti kesenian Melayu.

4 Kandungan Konsep Fungsi Ciri-ciri Jenis atau bentuk
Sejarah sepintas lalu

5 Konsep kesusasteraan Kesusasteraan ialah satu bentuk ciptaan seni
yang disampaikan melalaui bahasa. Perkataan kesusasteraan terbentuk daripada perkataan Sanskrit, iaitu susastera yang bermaksud huruf atau buku indah. Sastera dari segi makna umum bermaksud bahasa (bukan bahasa basahan) yang digunakan dalam kitab-kitab. Kesusasteraan ialah hasil seni atau karya tulisan dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaan tertentu. Seni Kesusasteraan ialah seni karang-mengarang bahan-bahan sasterayang berbentu puisi dan sastera

6 KESUSASTERAAN? Istilah kesusasteraan yang digunakan dalam bahasa Melayu berasal daripada bahasa sanskrit, iaitu sastra. Kata dasar sas-:mengarahkan , mengajar atau memberikan petunjuk. -tra: merujuk kepada alat. Sastera bererti alat untuk mengajar. Awalan su- bererti baik atau indah. Imbuhan ke-dan-an membawa maksud .... Menyeluruh, iaitu teks bertulis yang bernilai seni dan estetik serta dengan maksud memberikan panduan, petunjuk dan pengajaran.

7 Sastera ialah ungkapan spontan daripada perasaan yang mendalam.
Sastera ialah ekspresi fikiran melalui medium bahasa. Selain itu, sastera juga ialah inspirasi kehidupan manusia yang diserlahkan dalam sebuah karya tulisan yang indah. Sastera juga ialah semua karya yang memuatkan perasaan kemanusiaan dan kebenaran moral dengan sentuhan keikhlasan, keterbukaan, dan keluasan pandangan yang dinukilkan dalam bentuk yang mempersonakan.

8 U N S U R Y A N G S A L IN G BERHUBUNGAN DALAM SASTERA
Isi kandungan Fikiran , perasaan, pengalaman, idea, Semangat, keyakinan, kepercayaan dan lain-lain. Ekspresi dan Ungkapan Ekspresi ialah keupayaan mengeluarkan sesuatu dari dalam diri manusia Ungkapan ialah kekreatifan yang dihasilkan

9 Bentuk SASTERA Bentuk pengungkapan sastera ada bermacam macam ragam, misalnya adA ungkapan daripada bentuk suara yang disertakan dengan bunyi- bunyian. Dalam bentuk kesenian tadi menjelma pula bentuk seni sastera, seni tari, seni rupa, seni bina, seni muzik dan banyak lagi. Bahasa Medium pengungkapan bentuk sastera itu tadi ialah bahasa.

10 Secara umumnya, sastera dapat dianggap
RUMUSAN Secara umumnya, sastera dapat dianggap sebagai ungkapan peribadi manusia yang berupa pengalaman, pemikiran, perasaan, idea, semangat dan keyakinan dalam satu bentuk gambaran konkrit yang membangkitkan keperibadian melalui pegantar bahasa. Deskripsi ini mencakupi semua bentuk karya sastera sama ada yang bermutu atau tidak.

11 Ciri-ciri CIRI-CIRI KESUSASTERAAN CIRI-CIRI SASTERA Keindahan .
Mencerminkan pengalaman/ persekitaran. Pengalaman seni untuk seni. Karya seni untuk masyarakat. CIRI-CIRI SASTERA Sastera adalah seni dan bukan ilmu semata-mata. Sastera adalah satu komunikasi. Sastera mempunyai keteraturan. Sastera adalah alat hiburan. Sastera adalah karya yang berintegrasi. Sastera adalah merupakan ekspresi pengkarya

12 JENIS DAN BENTUK SASTERA
Kesusasteraan Melayu Klasik (Tradisional) - Sastera rakyat Lisan Pantun, syair, mantera, seloka, gurindam, nazam, rubai, dikir, perbidalan, pepatah-petitih, peribahasa dll. - Sastera istana (tulisan) Hikayat, kitab, Kesusasteraan Melayu Moden Sajak Cerpen Novel Skrip drama Kritikan sastera

13


Download ppt "EED 3200 SEJARAH BAHASA, KESUSASTERAAN, KEBUDAYAANDAN MELAYU (History of Malay Language, Literature and Culture) Pensyarah: Shamsudin Othman Jabatan Pendidikan."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google