Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
MAKRIFAT KEPADA ALLAH
2
Beriman kepada Allah Terbahagi kepada tiga bahagian
Bahagian 1 : Tauhid Rububiyyah Bahagian 2 : Tauhid Uluhiyyah Bahagian 3 : Tauhid Asma’ dan Sifat
3
Tauhid Rububiyyah Mengesakan Allah dalam semua perbuatanNya seperti mencipta, menghidupkan, mematikan, memberi rezeki, mentadbir alam,memberi manfaat dan mudarat Tiada suatu apapun yang terkeluar dari qudrat dan iradat Allah
4
Tauhid Rububiyyah Diakui oleh kebanyakan manusia kecuali atheis(mulhid) Mereka yang percaya tauhid rububiyyah tidak semestinya jadi orang beriman Orang musyrikin Mekah ada tauhid rububiyyah
5
Tauhid Uluhiyyah Mengesakan Allah dalam segala bentuk pengabdian, penyerahan dan penyembahan Tauhid ini ada 4 unsur penting; cinta, taat, takut dan harap Asas tauhid ini adalah ikhlas kepada Allah zahir dan batin
6
Tauhid Uluhiyyah Tauhid ini merangkumi dua tauhid yang lain
Tauhid ini menuntut kita ikhlas cinta kepada Allah Tauhid ini menuntut kita berdoa, bertawakkal dan berharap hanya kepada Allah sahaja Tauhid ini menuntut kita mengesakan Allah dalam takut Ikhlas dalam ibadah badaniah
7
Tauhid Asma’ dan Sifat Mengesakan Allah dalam nama-namaNya yang suci dan sifat-sifatNya yang sempurna Nama-nama Allah banyak bukan setakat 99 Sifat-sifat Allah juga banyak
8
Asas Tauhid Asma’ dan Sifat
Menyucikan Allah dari menyerupai makhluk dan dari apa pun sifat kekurangan Beriman dengan semua nama dan sifat yang sabit dalam Al-Quran dan Hadith tanpa mengurangkan,mengubah makna atau menafikan. Menghapuskan perasaan ingin tahu bagaimana bentuk sifat-sifat ketuhanan
9
Kepentingan makrifat kepada Allah
Ilmu mengenal Allah adalah paling asas Pokok untuk mengenal selain Allah Menunjukkan jalan yang lurus dan selamat Menjauhi gejala syirik yang menghancurkan Menghapuskan taklid buta mengenai hakikat ketuhanan Menjadikan keredhaan Allah sebagai matlamat
10
Soalan latihan kelas Bagaimana kita mula mengenal Tuhan?
Apakah yang ingin kita tahu tentang Tuhan? Apa pengetahuan anda tentang Tuhan selain Allah seperti Tuhan Hindu atau Buddha? Apakah perbezaan antara tuhan-tuhan itu dengan Allah?
11
Cara bermakrifat kepada Allah
Dengan akal fikiran yang waras Memerhatikan semua ciptaan Allah dan menyedari bahawa segalanya milik Allah dan merasakan keagungan Allah Dengan mengenali nama-nama dan sifat-sifat Allah
12
Peranan Akal Mengangan-angankan sesuatu Memikirkan dengan mendalam
Membuat andaian dan kesimpulan Menganalisa maklumat yang ada Memahami sesuatu Melakarkan suatu rancangan Memberi pandangan
13
Tuntutan Islam ke atas Akal
Merenung alam ciptaan Allah Mengkaji segala rahsia alam Menyedari wujud Kuasa Agung yang mentadbir alam Mensyukuri nikmat Allah yang tidak terhitung Mencapai petunjuk Ilahi hasil kajian
14
Mengenal Allah dengan nama & sifat
Tujuannya ialah untuk kita mencontohi nama Allah yang suci dan sifatNya yang mulia dalam kehidupan kita
15
Perbahasan beberapa nama Allah
Ar-Rahman dan Ar-Rahim Ertinya Maha belas kasihan kepada semua makhlukNya. Segala keperluan makhluk dipenuhi. Kita mencontohi sifat mulia ini dengan bersifat belas kasihan sesama makhluk yang lain.
16
Al-Ghaffur,At-Tawwab,Al-’Afuw
Maha Pengampun, Penerima taubat dan Maha Pemaaf Allah sedia mengampunkan semua dosa manusia selagimana mereka bertaubat. Kita juga harus menerima kemaafan orang yang berbuat salah terhadap kita.
17
Al-Karim, Al-Bar, Ar-Razzaq, Al-Wahhab
Maha Pemurah, Maha Pemberi kebaikan, Maha Pemberi rezeki,Maha Pemberi kenikmatan Semua makhluk diberi rezeki tanpa bayaran Beruntung makhluk yang tahu bersyukur dan rugilah mereka yang kufur nikmat Allah Kita patut menabur jasa bakti kepada manusia
18
Al-Hakam, Al-’Adl, Al-Hakim
Maha Penetap hukum, Maha Adil, Maha Bijaksana Allah berhak mengaturkan hukum-ahkam untuk kebahagiaan manusia Manusia wajib taat akan hukum Allah Kita mesti berlaku adil sesama manusia
19
Penyimpangan dari penggunaan nama-nama Allah
Menamakan sembahan-sembahan dengan nama-anama Allah( e.g. Latta, Uzza ) Menamakan Allah dengan sifat yang kurang ( e.g Yahudi mengatakan Allah itu fakir ) Menamakan Allah dengan sesuatau yang tidak layak bagiNya ( e.g. Nasrani menggelarkan Tuhan bapa dan Tuhan anak )
20
Penyimpangan dari penggunaan nama-nama Allah
Menafikan nama-nama Allah dari segi maknanya dan hakikatnya (e.g. golongan Jahmiyah yang mengatakan Allah Maha Melihat, Mendengar< Berkata-kata tetapi mereka mengingkari hakikatnya ) Menyerupakan sifat Allah dengan makhluk
21
Tafsiran mengenai 99 nama Allah
Membilangi semua nama, hafalkan dan berdoa dengannya Berusaha mengamalkan kehendak yang dituntut dari pengajaran hasil nama-nama itu Mengerti makna dan beriman dengan nama-nama itu Dengan membaca al-Quran, pembaca menghasilkan perhitungan nama-nama Allah
22
Nama Allah yang teragung
Nama-nama Allah bukan setakat 99 Nama yang teragung adalah ALLAH Maksud hadith di mana sesiapa yang berdoa menggunakan nama “ALLAH”, maka doanya akan dikabulkan
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.