Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehVera Susman Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
BBM 3104 Kuliah 7 M4 Kitab Penulis Zaman Acheh
Prof. Madya Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu, FBMK, UPM
2
Pengenalan Hamzah Fansuri (1550-1620)
Karya Hamzah – Syair Perahu, Syair Burung Pungguk, Syair Burung Pingai dan Kitab Syarab Al-Asyikin. Ulama Acheh yang amat terkenal, hidup dalam zaman pemerintahan Sultan Alauddin Riayat Shah IV Saoyidil Mukammil ( H: M) sehingga ke permulaan pemerintahan Sultan Iskandar Muda Mahkota Alam ( H) : M)
3
Riwayat hidup Dikatakan berasal dari Gosong Telaga (Acheh Selatan)
Ada yang mengatakan dari Barus berdasarkan serangkap syair beliau: Hamzah Fansuri negeri Melayu Tempatnya Kapur di dalam kayu Kapur didalam kayu bermakna Barus. Prof. Syed Naquib – Hamzah berasal dari Ayuthia, dilahirkan pada 1550 M dan meninggal pada 1600 M.
4
Belajar dan menuntut ilmu di Siam, Bentan, Pahang, Mekah, dan Madinah.
Pengikut fahaman Qadiriah Mendapat fahaman daripada Syahrul Tabriz, A.Kadir Jailani, Al-Hajjah serta Al-Bustami. Juga memperoleh aliran “Wahdatul-Wujud” – satu aliran yang berfahaman “Wujudnya Tanzulat Zat serta sifat-sifat Allah” Fahaman serta aliran Wahdatul-Wujud ini mendapat tentangan hebat dariapda golongan tua terutamanya Abdul Rauf Singkel serta Nuruddin Al- Raniri. Karya-karyanya dibakar atas pemerintahan Sultan Iskandar Thani.
5
Karya Hamzah Fansuri Bentuk puisi Bentuk Prosa
Syair Burung Pingai, Syair Perahu, Syair Dagang, Syair Burung Pungguk dan Syair Sidang Fakir Bentuk Prosa Sharab Al- Ashiqin (Minuman orang yang citakan Tuhan) dan Asraf Al-Ariffin Fi Bayan ilmu suluk wal Tauhid
6
Penglibatan HF Tokoh tasawuf yang terkenal pada zamannya.
Pengikut Tarekat Qadiriyah. Bukti dalam syairnya: Hamzah nin ilmunya zahir Ustaznya Syeikh Abdul Qadir Ajaran HF dianggap bertentangan dan diharamkan oleh pemerintah lalu dibakar. Yang terselamat ialah Syair Perahu, Syair Burung Pingai, Syair Dagang, Syair Sidang Fakir dan Ruba’I HF. Penentangan terhadap HF disebabkan kata-kata beliau dalam syair yang memberitahu beliau bertemu Tuhan dalam diri dan rumahnya. Bukti: Hamzah Fansuri di dalam Makkah Mencari Tuhan di Baitul-Kaabah Di Barus, di Kudus terlalu payah Akhirnya, dapat di dalam rumah.
7
SNaR melihat fahaman HF dari sudut feqah semata-mata dan bukan dari sudut tasawuf.
HF sebagai ahli tasawuf telah mempelopori fahaman ini dalam kalangan umat Islam pada zamannya di Acheh, dibantu oleh Syamsuddin al- Sumaterani. Pengikut beliau datang dari Pulau Jawa, Sumatera dan Tanah Melayu. Ilmu tasawuf – mengajar dan meminta setiap insan mencintai Tuhan Yang Maha Esa dan juga insan yang lain termasuk isi alam yang bernyawa dan tidak bernyawa. Ajaran HF dianggap menjadi puncak perikemanusiaan di negeri-negeri Melayu pada abad pertengahan dengan etikanya yang tidak mementingkan humanisme. Justeru dapat membatasi kezaliman raja atau sekurang-kurannya menasihati dan merayu serta meminta pengampunan untuk hamba yang dimurkai.
8
Pandangan tokoh SNaR – HF menganggap Tuhan Yang Maha Esa dan manusia adalah sama manakala kemunculan alam ini bukanlah berkat iradat dan kudrat-Nya tetapi hasil daripada pemancaran yang wajar. Francois Valentijn (1726), Prof, Naqib al-Attas, Winstedt, C. Hooykaas dan A.Teeuw: – HF orang yang pertama menulis tentang ilmu tasawuf dalam bentuk syair.
9
Kesimpulan Syair HF terpengaruh dengan ghazal Parsi iaitu terdiri daripada 13 bait hingga 15 bait dan penutupnya mengandungi nama penanya. Orang pertama memperkenalkan syair sebagai puisi empat baris. Mempopularkan syair sebagai satu bentuk pengucapan sastera yang tinggi mutunya. Dari sudut puitika dan estetika HF telah mendasari karya lain hingga abad ke-20. Penulis Angkatan Pujangga Baru seperti Amir Hamzah dan Sanusi Pane cenderung kepada nada Islam ;- kesan daripada karya Hamzah Fansuri.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.