Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

RASMUL QURAN Tajuk-tajuk perbincangan:- Ilmu Rasmul Quran

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "RASMUL QURAN Tajuk-tajuk perbincangan:- Ilmu Rasmul Quran"— Transcript presentasi:

1 RASMUL QURAN Tajuk-tajuk perbincangan:- Ilmu Rasmul Quran
Sejarah Awal Rasmul Quran Pembahagian Rasmul Quran Kelebihan Rasm Utsmani Tahap-tahap Rasmul Quran Kaedah-Kaedah Rasmul Quran

2 ILMU RASMUL QURAN Sinopsis :
Matlamat modul ini untuk mengenali dengan lebih dekat penulisan Al-Qur‘an mengikut Rasm Uthmani. Pelajar-pelajar akan didedahkan dengan topik-topik yang membincangkan cara-cara penulisan al-Qur‘an mengikut Rasm Uthmani yang melibatkan huruf-huruf tambah, buang dan sebagainya.

3 ILMU RASMUL QURAN Sinopsis :
Rasmul Quran adalah satu Sunnah Rasulullah saw yang diikuti secara ijma` (sepakat) oleh seluruh ulama` kerana tulisan ini adalah berbentuk Taufiqiyyah dan ianya di bawah pengawasan Rasulullah saw sendiri sepertimana yang telah dipelajari dalam bab “Penulisan Al-Quran di zaman Rasulullah saw” diikuti dengan zama Abu Bakar ra dan seterusnya zaman Utsman ra.

4 SEJARAH AWAL RASMUL QURAN
Nabi Muhammad saw telah diutuskan kepada satu umat yang kebanyakannya buta huruf, bahkan mereka hampir tidak boleh mengenali bentuk-bentuk tulisan. Diantara mereka yang boleh menulis ialah, Amru Ibnu Sa`id Ubai bin Ka`ab Zaid bin Tsabit Munzir bin Umar  Mereka dari kalangan penduduk Madinah.

5 SEJARAH AWAL RASMUL QURAN
 Sedangkan dari kalangan penduduk Mekah pula, Abu Bakar As-Siddiq Umar Ibnul Khattab Utsman bin Al-’Affan Ali Bin Abi Thalib Jabir Bin Abdullah Ubai bin Sa`ad Abu Suffian bin Harb Mu`awiyah bin Abu Suffian Al-`Alaq bin Al-Khudri

6 SEJARAH AWAL RASMUL QURAN
Setelah Rasulullah saw berhijrah ke Madinah, beliau telah menggalakkan umat belajar menulis, mengira dan membaca. Bahkan baginda telah memberi syarat kepada setiap tawanan perang badar yang ingin membebaskan diri mereka, hendaklah terlebih dahulu mengajar sepuluh orang kanak-kanak Islam Madinah menulis, mengira dan membaca.

7 SEJARAH AWAL RASMUL QURAN
Melalui usaha ini, baginda mengharapkan akan bertambah bilangan umat Islam yang ada kemahiran menulis, mengira dan membaca, kerana dengan bertambahnya jumlah penulis dari kalangan orang Islam adalah sangat penting dari sudut perkembangan da`awah dan tamaddun Islam. Sebelum Rasulullah saw wafat, kita dapati baginda telah mempunyai lebih 40 orang penulis kebanyakannya adalah penulis wahyu.

8 PEMBAHAGIAN RASMUL QURAN
Rasmul Quran terbahagi kepada dua bahagian, Rasm Qiasi / Rasm Imla’I : iaitu penulisan menurut kelaziman pengucapan. Rasm Istilahi / Rasm Utsmani : iaitu penulisan menurut kaedah tertentu dimana ia tidak sama dengan penulisan biasa dari segi sebutan disebabkan ia menggunakan beberapa kaedah seperti membuang, menambah, mengganti, menyambung atau menceraikan huruf dan penulisan hamzah.

9 KELEBIHAN-KELEBIHAN RASM UTSMANI
Al-Quran Rasm Utsmani mempunyai beberapa kelebihan diantaranya, Mengikut Sunnah Rasulullah saw Mengikut tulisan Al-Quran yang asal Boleh difahami makna yang berlainan dan tidak pula terkeluar daripada maksud yang sebenar. Memudahkan bacaan dengan wajah Qiraat

10 KELEBIHAN-KELEBIHAN RASM UTSMANI
Sebagai hujjah kepada bahasa Al-Quran yang fasih Memudahkan bacaan dengan wajah Qiraat Dipersetujui oleh 12,000 sahabat Salah satu dari mukjizat Al-Quran Bertepatan dengan riwayat bacaan yang mutawatir

11 KELEBIHAN-KELEBIHAN RASM UTSMANI
Salah satu dari rukun bacaan Al-Quran Berdasarkan kepada dalil-dalil yang kuat dan hujah-hujah yang jelas Ditulis mengikut bacaan rawi Mengandungi rahsia dari segi mengekal dan menggugurkan huruf

12 TAHAP-TAHAP RASMUL QURAN
Penulisan Al-Quran Rasm Utsmani seperti yang terdapat sekarang ini telah melalui beberapa tahap, Tahap Pertama:- Belum diletakkan sebarang tanda. Tahap Kedua:- Mula ditandakan titik, dipelopori oleh Abu Al- Aswad Ad-Duali (69H) di zaman Khalifah Marwan bin Al-Hakam.

13 TAHAP-TAHAP RASMUL QURAN
Tahap Ketiga:- Mula ditandakan baris, dipelopori oleh Yahya bin Ma`mur dan Nasyr bin `Asim Al-Laisy dengan perintah gabenor Hajjaz Yusuf As-Saqafi. Tahap Keempat:- Mula diletakkan tanda waqaf dan lain-lain tanda

14 TAHAP-TAHAP RASMUL QURAN
Menurut sejarah, pada zaman Rasulullah saw, Al-Quran telah ditulis dengan Khat Al-Anbari An-Nubti (Nabetean). Pada zaman Abu Bakar hingga zaman Utsman, Al-Quran telah ditulis dengan khat Al-Hijazi. Setelah itu Al-Quran ditulis pula dengan khat Kufi, Khat Raihan, Khat Tsuluts dan akhirnya Khat Nasakh.

15 TAHAP-TAHAP RASMUL QURAN

16 TAHAP-TAHAP RASMUL QURAN

17 TAHAP-TAHAP RASMUL QURAN

18 TAHAP-TAHAP RASMUL QURAN

19 TAHAP-TAHAP RASMUL QURAN

20 TAHAP-TAHAP RASMUL QURAN
Tulisan Al-Quran dengan menggunakan Khat Nasakh ini mula dicetak buat pertama kalinya di Hamburg, Jerman pada tahun 1113H (1694 Masihi) dan seterusnya dicetak di negara-negara Islam yang lainnya sehingga ke hari ini.

21 KAEDAH-KAEDAH RASMUL QURAN
Kaedah Pertama: Al-Hazf Definisi dan pembahagian Hazf al-‘Alif Hazf al-Wau Hazf al-Ya’ Hazf al-Lam Hazf al-Nun Hazf pada permulaan surah

22 KAEDAH-KAEDAH RASMUL QURAN
Kaedah Kedua:  Al-Ziyadah Definisi Ziyadah al-‘Alif Ziyadah al-Wau Ziyadah al-Ya’

23 KAEDAH-KAEDAH RASMUL QURAN
Kaedah Ketiga:  Penulisan Hamzah Definisi dan Pembahagian Hamzah Wasal Hamzah Qata’

24 KAEDAH-KAEDAH RASMUL QURAN
Kaedah Keempat:  Al-Ibdal Definisi dan Pembahagian Ibdal Alif kepada Ya’ Ibdal Nun kepada ‘Alif Ibdal Ta’ Marbutah kepada Ta’ Maftuhah Ibdal Thulathi Wau kepada ‘Alif

25 KAEDAH-KAEDAH RASMUL QURAN
Kaedah Kelima:  Al-Maqtu’ wa Al-Mausul Definisi dan Pembahagian Perbezaan Ulama’ Rasm antara Maqtu’ dan Mausul Persepakatan Ulama’ Rasm pada Mausul

26 KAEDAH-KAEDAH RASMUL QURAN
Kaedah Keenam:  Rasm Kalimah yang mempunyai dua bacaan atau lebih Pembahagian Rasm Kalimah yang dibaca dengan ‘Alif atau tanpa ‘Alif.


Download ppt "RASMUL QURAN Tajuk-tajuk perbincangan:- Ilmu Rasmul Quran"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google