Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PERANAN AQIDAH DALAM MENGHADAPI GLOBALISASI

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PERANAN AQIDAH DALAM MENGHADAPI GLOBALISASI"— Transcript presentasi:

1 PERANAN AQIDAH DALAM MENGHADAPI GLOBALISASI
TAMADUN ISLAM DAN ASIA PERANAN AQIDAH DALAM MENGHADAPI GLOBALISASI

2 ULT TITAS 1 DEFINISI AQIDAH Berasal daripada perkataan Arab iaitu ‘aqada’ yang bermaksud ikatan atau simpulan. Menurut istilah syarak ialah kepercayaan atau keimanan kepada hakikat-hakikat atau nilai-nilai yang mutlak, yang tetap dan kekal, yang pasti dan hakiki, yang kudus dan suci seperti yang diwajibkan oleh syarak iaitu beriman kepada ALLAH s.w.t, rukun Iman, rukun Islam dan perkara-perkara ghaibiyyat.

3 MATLAMAT PENDIDIKAN AQIDAH
ULT TITAS 1 MATLAMAT PENDIDIKAN AQIDAH Mengakui keesaan dan kebesaran Allah swt. Mendidik manusia supaya mengakui keesaan,ketunggalan Allah swt sebagai tuhan yang wajib disembah dan tiada sekutu bagiNya. “Katakanlah (wahai Muhammad) Dia ialah Allah Yang Maha Esa.Allah menjadi tumpuan sekalian makhluk untuk memohon hajat.Ia tidak beranak dan tidak diberanakkan.Dan tiada sesiapa yang setara denganNya.” (Al-Ikhlas : 1-4)

4 Melahirkan manusia yang patuh dan tunduk kepada Allah swt.
ULT TITAS 1 Melahirkan manusia yang patuh dan tunduk kepada Allah swt. Membentuk keperibadian insan. Memberi panduan kepada manusia ke arah pembentukan insan yang soleh dan berbudi pekerti mulia. Akidah dapat membentuk kekuatan iman yang kukuh dan teguh. Akidah membantu manusia mengenaliNya dengan lebih dekat dan mendalam.

5 IMAN DAN AQIDAH Iman merupakan unsur penting kepada aqidah
ULT TITAS 1 IMAN DAN AQIDAH Iman merupakan unsur penting kepada aqidah Iman bererti percaya yang merangkumi ikrar(pengakuan) dengan lidah,membenarkan dengan hati dan mempraktikkan dengan perbuatan. “Sesungguhnya orang² mukmin yang beriman dengan Allah swt dan RasulNya kemudian mereka tidak ragu-ragu.” (Al-Hujurat : 15)

6 RUKUN IMAN Pertama : Beriman kepada Allah swt.
ULT TITAS 1 RUKUN IMAN Pertama : Beriman kepada Allah swt. Kedua : Beriman kepada Malaikat. Ketiga : Beriman kepada kitab-kitab. Keempat : Beriman kepada Rasul-rasul. Kelima : Beriman kepada Hari Kiamat. Keenam : Beriman kepada Qada’ dan Qadar.

7 HUBUNGAN IMAN DAN ISLAM
ULT TITAS 1 HUBUNGAN IMAN DAN ISLAM Keimanan seseorang boleh diukur dengan sifat-sifat lahiriah daripada seseorang itu seperti percakapan atau perbuatan. Iman yang melahirkan penyerahan diri kepada Allah disebut Islam. Penyerahan atau penerimaan ini berlaku dengan dua perkara iaitu: Dengan kepercayaan dan pegangan hati yang dinamakan Iman (aqidah). Melalui sifat-sifat lahiriah iaitu melalui perkataan atau perbuatan (amalan) yang dinamakan Islam.

8 KEPENTINGAN AQIDAH Sebagai kebahagiaan hidup
ULT TITAS 1 KEPENTINGAN AQIDAH Sebagai kebahagiaan hidup Aqidah memberi kita kebahagian dunia dan akhirat. Tanpa aqidah, kebahagiaan, kenikmatan, dan kegembiraan hati tidak dapat dikecapi melainkan dengan menyembah Allah swt yang Esa. Sebagai kewajipan bagi setiap umat Islam Aqidah adalah kewajiban yang paling besar dan yang paling ditekankan menyebabkan ia adalah sesuatu yang pertama kali diwajibkan kepada manusia. Sabda Rasulullah saw: "Aku diperintah untuk memerangi manusia sampai mereka bersaksi bahawa tidak ada sembahan yang hak kecuali Allah dan bahawa Muhammad adalah utusan Allah" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

9 Membentuk keperibadian yang kukuh
ULT TITAS 1 Membentuk keperibadian yang kukuh Aqidah membantu dalam pembentukan keperibadian yang kukuh. Ia menjadikan hidup dan pengalaman seseorang begitu istimewa. Arah hidupnya lebih jelas, tidak mempercayai Tuhan kecuali hanya kepada Allah. KepadaNya ia menghadap, baik bersendirian atau di tengah-tengah orang ramai. Ia berdoa kepadaNya dalam keadaan sempit atau lapang. Aqidah sumber kekuatan jiwa Aqidah memberikan kekuatan jiwa kepada pemiliknya, kerana jiwanya penuh harap kepada Allah, percaya dan tawakkal kepadaNya, redha atas qadar (ketentuan)Nya, sabar atas musibahNya, serta sama sekali tak mengharap sesuatu kepada makhluk. Ia hanya menghadap dan meminta kepadaNya. Jiwanya kukuh seperti gunung. Bila datang musibah ia segera mengharap kepada Allah agar dibebaskan darinya. Ia tidak meminta kepada orang-orang mati.

10 ULT TITAS 1 Samb….. Memerdekakan manusia dari diperhambakan serta tunduk kepada selain Allah, baik benda-benda atau makhluk lainnya Aqidah memerdekakan manusia dari segala penghambaan kecuali kepada Tuhan yang menciptakan dan membuat dirinya dalam bentuk yang sempurna. Memerdekakan hati dari tunduk, menyerah dan menghinakan diri. Memerdekakan hidup dari kekuasaan para Fir'aun, pendeta dan dukun yang menuhankan diri atas hamba-hamba Allah.

11 Seringkali dikaitkan dengan “dunia tanpa sempadan”.
ULT TITAS 1 APA ITU GLOBALISASI? Penyebaran maklumat atau amalan-amalan sosial yang berlainan datangnya daripada kebudayaan asing dari serata pelusuk dunia. Seringkali dikaitkan dengan “dunia tanpa sempadan”. Dunia tanpa sempadan ialah dunia yang bebas dari sebarang kekangan ekonomi atau undang-undang.Oleh itu,sebarang informasi,budaya,pengaruh dapat memasuki suatu negara dengan mudah. Contohnya internet dan media televisyen.

12 CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI DI ERA DUNIA GLOBALISASI
ULT TITAS 1 CABARAN-CABARAN YANG DIHADAPI DI ERA DUNIA GLOBALISASI

13 Cabaran-cabaran dari kuasa barat
ULT TITAS 1 Cabaran-cabaran dari kuasa barat Kuasa-kuasa Barat mempunyai beberapa strategi dalam usahanya untuk melakukan penindasan dan penguasaan terhadap umat Islam, di antaranya adalah: (a)- Penguasaan Yahudi terhadap Media Massa Yahudi memiliki syarikat-syarikat penyiaran terbesar di dunia: Syarikat berita terbesar seperti REUTER (oleh Julius Paul Reuter Yahudi Jerman), Associated Press (AP) & Press International (UPI). Media massa terbesar seperti TIMES & NEWSWEEK (milik Robert Murdoch, Yahudi AS) Jaringan TV antarabangsa seperti ABC, CBS, NBS, CNN, dan lain-lain.

14 b) - Penyalahgunaan Istilah ‘Pengganas Islam’
ULT TITAS 1 b) - Penyalahgunaan Istilah ‘Pengganas Islam’ Penggunaan istilah ini telah mula digunakan oleh golongan penjajah terhadap pejuang sesebuah negara yang ingin mereka takluki. Istilah ini semakin kerap digunakan pada masa kini memandangkan terdapat negara yang terlalu bernafsu untuk menakluk negara lain dengan menggunakan istilah di atas sebagai alasan untuk menyempurnakan misi mereka. (c) - Penghancuran Sistematik Terhadap Gerakan Islam Gerakan Islam yang ditakuti oleh Barat, adalah gerakan yang benar-benar secara keseluruhannya kembali kepada Islam. Diantara gerakan yang ditakuti Barat termasuklah > Al-Ikhwanul Muslimin di Mesir > Jama’ah Islamiyyah Pakistan > Harakah al-Muqawwamah al-Islamiyyah(HAMAS) Palestin > Hizb an-Nahdhah di Tunisia

15 Pengaruh terhadap budaya dan kehidupan dari luar
ULT TITAS 1 Pengaruh terhadap budaya dan kehidupan dari luar Cara pemakaian muda-mudi sekarang lebih menjolok mata dan berunsurkan kebebasan berpakaian iaitu tiada kekangan untuk berpakaian apa saja. Cara hidup masyarakat luar yang kini telah mempengaruhi masyarakat Islam seperti pergaulan yang terlampau bebas,seks rambang,amalan riba’,dan sebagainya. Budaya ‘punk’ dan ‘skinhead’ yang semakin menular di kalangan remaja menyebabkan pertambahan gejala sosial. Peningkatan kadar rasuah Peningkatan kadar rasuah pada masa kini menunjukkan aqidah yang digariskan oleh Islam sudah tidak diikuti oleh kebanyakan penganutnya. Amalan rasuah bukan sahaja dilarang keras dalam Islam, malah turut menjadi satu kesalahan dalam undang-undang negara.

16 ULT TITAS 1 PERANAN AQIDAH

17 ULT TITAS 1 Aspek Pemikiran Aqidah menganggap manusia sebagai makhluk yang terhormat. Adapun kesalahan yang kadang kala menimpa manusia, adalah  satu hal yang biasa dan boleh diantisipasi dengan taubat. Atas dasar ini, aqidah meyakinkan bahawa ia mampu untuk meningkatkan diri dan tidak membuatkan manusia putus asa dari rahmat Allah dan keampunanNya. Begitu juga, aqidah dapat membebaskan manusia dari jeratan hawa nafsu, menyembah fenomena-fenomena alam di sekitarnya dan dongengan-dongengan yang tidak benar. Dari aspek lain, aqidah mendorong manusia untuk menuntut ilmu pengetahuan dan mengikat ilmu pengetahuan itu dengan iman. Pemisahan ilmu pengetahuan dari iman akan menimbulkan ketidakseimbangan dalam kesinambungan yang telah ditetapkan. Aqidah juga memerintahkan akal untuk meneliti dan merenungkan dengan telus untuk menyimpulkan sebuah Usuluddin dan melarangnya untuk bertaklid dalam hal itu.

18 ULT TITAS 1 Aspek Sosial Aqidah dapat menumbuhkan rasa peduli sosial ini dalam diri setiap individu dengan cara-cara berikut: >menimbulkan rasa ikut bertanggung jawab terhadap kepentingan orang lain >menanamkan jiwa berkorban dan mengutamakan orang lain >mendorong setiap individu muslim untuk hidup bersama. Dari aspek lain, aqidah juga dapat mengubah tolok ukur hubungan sosial antara anggota masyarakat, dari tolok ukur hubungan sosial yang berlandaskan fanatisme, suku, warna kulit, harta dan jenis kelamin menjadi hubungan yang berlandaskan asas-asas spiritual iaitu takwa, fadhilah dan persaudaraan antara manusia.

19 ULT TITAS 1 Aspek Akhlak Aqidah memiliki peranan yang besar dalam membina akhlak setiap individu muslim sesuai dengan prinsip-prinsip agama yang pahala dan seksa disesuaikan dengannya. Ini berlainan dengan aliran-aliran pemikiran hasil rekaan manusia biasa yang memusnahkan perasaan diawasi oleh Allah dalam setiap gerak dan rasa tanggungjawab di hadapan-Nya. Demi mendorong masyarakat berakhlak terpuji dan meninggalkan akhlak yang tidak mulia, aqidah menggunakan pelbagai cara dalam hal ini: Menjelaskan kesan-kesan ukhrawi dan duniawi dari akhlak yang terpuji dan tidak terpuji. Memperlihatkan teladan-teladan yang baik kepada masyarakat Islam agar mereka dapat mengikuti ajaran aqidah yang sempurna.

20 ULT TITAS 1 KESIMPULAN Aqidah merupakan elemen yang terpenting dalam membangunkan sesebuah tamadun. Ini boleh dilihat dengan jelas bagaimana Tamadun Islam suatu ketika dahulu begitu agung dan masyhur dari pelbagai aspek antaranya ialah politik, pentadbiran, undang-undang, ekonomi dan sebagainya. Aqidahlah yang menjadi faktor kejayaannya. Kurangnya Aqidah juga boleh menjatuhkan atau memundurkan sesebuah masyarakat ataupun tamadun. Contoh terdekat yang dapat kita lihat bagi membuktikan bahawa aqidah mempengaruhi jatuh bangunnya sesebuah tamadun ialah masyarakat zaman Jahiliyyah. Faktor utama kejatuhan masyarakat tersebut ialah aqidah iaitu kurangnya sifat ketuhanan dan keagamaan selain akhlak yang buruk. Oleh itu, aqidah sangat penting dalam diri setiap umat Islam dan harus dipupuk sejak dari kecil agar kesejahteraan diri,keluarga,agama dan bangsa dapat dipelihara dengan sebaiknya.


Download ppt "PERANAN AQIDAH DALAM MENGHADAPI GLOBALISASI"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google