Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

FEM 4205 : 3 (3+0) Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran Berubah Resource Management in Changing Environment HUSNIYAH BT. ABD. RAHIM BILIK A2-14 Email:

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "FEM 4205 : 3 (3+0) Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran Berubah Resource Management in Changing Environment HUSNIYAH BT. ABD. RAHIM BILIK A2-14 Email:"— Transcript presentasi:

1 FEM 4205 : 3 (3+0) Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran Berubah Resource Management in Changing Environment HUSNIYAH BT. ABD. RAHIM BILIK A2-14 Jabatan Pengurusan Sumber & Pengajian Pengguna Fakulti Ekologi Manusia Universiti Putra Malaysia

2 Kuliah Tajuk Jam 1. Pengenalan Konsep Pengurusan Sumber Aspek-aspek Pengurusan Sumber 2. Faktor-faktor Perubahan Dalaman dan Luaran 4 Nilai, moral dan etika Alam sekitar Globalisasi Migrasi penduduk Teknologi komunikasi dan pengangkutan Identifikasi supranasional

3 Kuliah Tajuk Jam 3. Prinsip dan Teori Perubahan 8 Teori perubahan organisasi Teori Kurt Lewin Tahap perubahan 4. Kesan Persekitaran Berubah 6 Individu dan keluarga Organisasi Masyarakat

4 Tajuk 4 Kesan Persekitaran Berubah

5 Pengenalan Persekitaran berubah disebabkan oleh faktor-faktor yang dibincangkan dalam Tajuk 2. Persekitaran yang berubah memberi kesan kepada pengurusan sumber individu, keluarga, organisasi, dan masyarakat. Persekitaran berubah menghasilkan cabaran dan peluang baru kepada pelbagai pihak dan dalam pelbagai aspek seperti politik, ekonomi, sosial, teknologi, persekitaran fizikal dan perundangan

6 Ciri-ciri Persekitaran Berubah
Era ketidaksinambungan, hari esok bukan merupakan lanjutan hari ini – tidak boleh dijangka apa yang akan berlaku esok berdasarkan aktiviti atau fenomena hari ini Faktor-faktor persekitaran adalah saling berhubungkait – faktor politik memberi kesan kesan kepada faktor ekonomi dan seterusnya memberi kesan kepada teknologi, dan seterusnya boleh dikaitkan lagi dengan faktor-faktor lain dalam persekitaran. Ini bermakna faktor-faktor itu tidak bebas dari satu sama lain.

7 Ciri-ciri Persekitaran Berubah (samb.)
Meningkatnya ketidakstabilan – persekitaran semakin tidak stabil, perubahan sering berlaku pada persekitaran yakni persekitaran tidak kekal dengan satu-satu keadaan dalam tempoh masa yang lama. Sesuatu teknologi maklumat contohnya sentiasa berubah. Meningkatnya kompleksiti – persekitaran semakin kompleks. Pelbagai pilihan barangan, teknologi dsb. Impak global – persekitaran mengalami kesan global di mana perubahan yang berlaku dalam persekitaran di negara lain dialami juga dalam persekitaran di negara ini dan sebaliknya juga adalah benar

8 Individu dan Keluarga Kesan kepada individu dan keluarga
Perkahwinan – perubahan dalam persekitaran boleh memberi ancaman kepada institusi keluarga di mana perkahwinan di usia lewat, kadar perceraian tinggi Tenaga kerja – ramai wanita melibatkan diri dalam pekerjaan sepenuh masa dengan itu kurang peluang pekerjaan untuk lelaki

9 Individu dan Keluarga Kesan kepada individu dan keluarga (samb.)
Keperluan perkhidmatan – penglibatan wanita dalam pekerjaan formal memerlukan perkhidmatan seperti tempat penjagaan kanak-kanak mahupun warga tua. Keperluan produk – jenis produk yang diperlukan oleh keluarga berubah dari bahan mentah untuk makanan kepada makanan separa siap atau makanan siap disebabkan wanita bekerja

10 Organisasi Kesan kepada organisasi
Matlamat dan objektif organisasi – apakah perubahan dalam faktor dan corak dalam persekitaran yang sedia ada yang boleh digunakan sebagai peluang untuk mencapai matlamat dan objektif dengan lebih efektif oleh organisasi Strategi organisasi - Perubahan faktor dan corak dalam persekitaran juga boleh memberi kesan dalam bentuk ancaman yang dihadapi terhadap strategi organisasi

11 Organisasi Kesan kepada organisasi (samb.)
Sumber manusia – persekitaran berubah membawa kepada perubahan tenaga sumber manusia di organisasi. Jenis pekerjaan atau tugas yang diperlukan di organisasi berubah mengikut permintaan pengguna. Contohnya perlu ada kakitangan yang menguruskan perkhidmatan pelanggan Pengeluaran – produk yang dikeluarkan juga mungkin perlu diubahsuai mengikut citarasa pelanggan. Penghijrahan penduduk menyebabkan mereka membawa budaya dari segi makanan atau pakaian mereka ke penempatan baru. Globalisasi juga berperanan dalam mengubah citarasa pelanggan

12 Masyarakat Kesan kepada masyarakat
Penghijrahan ke bandar dari luar bandar -persekitaran berubah boleh menyebabkan penghijrahan ke bandar disebabkan oleh peluang pekerjaan yang tersedia di bandar-bandar serta kekurangan pekerjaan di luar bandar Populasi menua – ahli masyarakat kebanyakannya boleh hidup lebih lama dengan adanya teknologi yang canggih, gaya hidup sihat, pemakanan sihat, rawatan perubatan yang baik. Dengan itu ramai mempunyai jangka hayat hidup yang panjang.

13 Masyarakat Gaya hidup – perubahan kepada gaya hidup masyarakat berlaku contohnya aktiviti riadah, penggunaan komputer dan internet dalam urusan harian dan juga pekerjaan, pengangkutan LRT, monorel, komuter berbanding bas dan teksi Peningkatan dalam kemiskinan bandar – persaingan dalam mendapatkan pekerjaan di kalangan penduduk bandar, keinginan untuk memperoleh keuntungan dari aktiviti perniagaan dan pendapatan tinggi di bandar, membawa kepada peningkatan kos sara hidup di bandar seterusnya menyebabkan peningkatan dalam kemiskinan di bandar


Download ppt "FEM 4205 : 3 (3+0) Pengurusan Sumber Dalam Persekitaran Berubah Resource Management in Changing Environment HUSNIYAH BT. ABD. RAHIM BILIK A2-14 Email:"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google