Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "UNIVERSITI UTARA MALAYSIA"— Transcript presentasi:

1 UNIVERSITI UTARA MALAYSIA
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH ( PPGSR ) SGRA KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH TUGASAN 3 : KURIKULUM KSSR MATEMATIK TAHUN 1 Disediakan Oleh : SITI NOOR FAIZAH BINTI CHE LONG NO. MATRIK : NO.K/PENGENALAN : NO. TELEFON : Pensyarah : DR. HAMIDA BEE BI BINTI ABDUL KARIM Tarikh Serahan : 02 DISEMBER 2011

2 PENGENALAN Proses pengajaran dan pembelajaran matematik perlu memberi keutamaan kepada penguasaan pengetahuan dan pemahaman bagi membolehkan murid mengaplikasi konsep, prinsip dan proses matematik yang dipelajari. Penekanan kepada aspek perkembangan cara pemikiran murid secara matematik dibina dan dikembangkan melalui proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah berdasarkan prinsip pembelajaran ( penyelesaian masalah, komunikasi, penaakulan, perkaitan dan penggunaan teknologi dalam matematik.

3 MATLAMAT Membina pemahaman murid tentang konsep nombor, kemahiran asas dalam pengiraan, memahami idea matematik yang mudah dan berketerampilan mengaplikasikan pengetahuan serta kemahiran matematik secara berkesan dan bertanggungjawab.

4 OBJEKTIF KURIKULUM STANDARD MATEMATIK SEKOLAH RENDAH MEMBOLEHKAN MURID :
Memahami dan mengaplikasi konsep dan kemahiran matematik dalam pelbagai konteks. Memperluaskan penggunaan kemahiran operasi asas tambah , tolah , darab dan bahagi yang berkaitan dengan Nombor dan Operasi , Sukatan dan Geometri , Perkaitan dan Statistik. Mengenal pasti dan menggunakan perkaitan dalam idea matematik , di antara bidang matematik dengan bidang lain dan dengan kehidupan harian.

5 sambungan …... Berkomunikasi menggunakan idea matematik dengan jelas serta penggunaan simbol dan istilah yang betul. Menggunakan pengetahuan dan kemahiran matematik untuk diaplikasi dan membuat penyesuaian kepada pelbagai strategi bagi menyelesaikan masalah. Berfikir , menaakul dan membuat penerokaan secara matematik dalam kehidupan harian mereka.

6 sambungan …... Menggunakan pelbagai perwakilan untuk menyampaikan idea matematik dan perkaitannya. Menghargai dan menghayati keindahan matematik. Menggunakan pelbagai peralatan matematik secara efektif termasuk ICT untuk membina kefahaman konsep dan mengaplikasi ilmu matematik.

7 KANDUNGAN KSSR MATEMATIK TAHUN 1
NOMBOR DAN OPERASI Nombor Bulat Penambahan Penolakan Pecahan Wang SUKATAN DAN GEOMETRI Masa dan Waktu Ukuran Panjang Timbangan Isipadu Cecair Bentuk Tiga Dimensi Bentuk Dua Dimensi

8 FIKRAH MATEMATIK KERANGKA KURIKULUM MATEMATIK TAHUN 1
BIDANG PEMBELAJARAN SIKAP DAN NILAI KEMAHIRAN PROSES KERANGKA KURIKULUM MATEMATIK TAHUN 1 Nombor Dan Operasi Sukatan dan Geometri Menyelesaikan masalah Berkomunikasi Menaakul Membuat kaitan Membuat perwakilan Tanggapan, minat, penghargaan, keyakinan dan ketabahan Peribadi, interaksi, prosedural, instrinsik Kemahiran matematik Kemahiran menganalisis Kemahiran menyelesaikan masalah Kemahiran membuat penyelidikan Kemahiran berkomunikasi Kemahiran menggunakan teknologi

9 KEPENTINGAN KURIKULUM STANDARD MATEMATIK DIBINA
Ke arah bilik darjah sebagai komuniti matematik dan menjauhi bilik darjah sebagai hanya suatu koleksi individu. Ke arah evidens matematik dan logik sebagai pentahkik dan menjauhi guru sebagai autoriti tunggal bagi jawapan betul. Ke arah penaakulan matematik dan menjauhi prosuder penghafalan.

10 sambungan ….. Ke arah membuat dan membukti konjektur, mengemuka dan menyelesaikan masalah, dan menjauhi pencarian jawapan secara mekanikal. Ke arah mengaitkan idea dan aplikasi matematik, dan menjauhi dari menganggap matematik sebagai satu kumpulan konsep dan prosedur yang terasing.

11 sambungan….. Ke arah penyediaan murid agar mampu berfungsi secara efektif di masa akan datang terutamanya cara berfikir, kecerdasan, sikap dan nilai positif. Memastikan semua murid melepasi standard yang ditetapkan melalui pentaksiran yang berterusan untuk mengesan perkembangan dan pencapaian murid dalam pembelajaran. Mengatasi masalah keciciran murid dalam pembelajaran dengan penggunaan kaedah pentaksiran yang pelbagai dan bersifat autentik dan holistik berasaskan sekolah.

12 KESIMPULAN Meningkatkan kualiti mata pelajaran matematik agar lebih relevan dengan cabaran masa kini dan abad ke – 21. Guru memainkan peranan yang penting bagi mengupayakan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Kejayaan transformasi kurikulum memerlukan komitmen menyeluruh daripada semua pihak termasuklah guru, ibu bapa dan murid sendiri.


Download ppt "UNIVERSITI UTARA MALAYSIA"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google