Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehAgus Sugiarto Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
GAYA PEMBELAJARAN KALAISELVAN A/L PATCHEYAPAN
JABATAN PENYELIDIKAN & PEMBANGUNAN PROFESSIONALISME PERGURUAN INSTITUT PERGURUAN PERLIS, PERLIS
2
GAYA PEMBELAJARAN DEFINISI
Cara seseorang individu menumpukan perhatiannya untuk memahami dan meningati sesuatu maklumat atau kemahiran baru (Dunn & Dunn). Cara bagaimana unsur-unsur daripada lima rangsangan iaitu persekitaran, emosi, sosial fisiologi dan psikologi dapat mempengaruhi keupayaan seseorang individu untuk memeahami, berinteraksi dan bertindak balas kepada persekitaran pembelajarannya (Dunn & Dunn). Merupakan stail atau cara seorang individu yang bertindak dengan persekitarannya supaya memproses, mentafir dan memperoleh maklumat, ilmu pengalaman atau kemahiran yang diingini. Hasil gabungan faktor-faktor individu sendiri seperti jantina, umur dan personaliti, di samping pengaruh-pengaruh warisan baka dan persekitran, iaitu pengaruh daripada cara pengasuhan ibu bapa, budaya komuniti dan sekolah.
3
GAYA PEMBELAJARAN Lima rangsangan yang mempenmgaruhi gaya pembelajaran seseorang. Persekitaran : Cahaya; Bunyi; Suhu dan Reka bentuk susunan tempat belajar. Emosi: Motivasi; keazaman, sikap tanggungjawab dan struktur. Sosial : perseorangan, berpasangan, rakan sebaya, berkumpulan, berpasukan dan orang dewasa.
4
GAYA PEMBELAJARAN Lima rangsangan yang mempenmgaruhi gaya pembelajaran seseorang. Psikologi : analitik atau global, gerak hati, refleksi dan pemprosesan otak kiri atau kanan. Fisiologi : persepsi, pemakanan, masa belajar dan mobiliti atau pergerakan.
5
GAYA PEMBELAJARAN JENIS-JENIS GAYA PEMBELAJARAN
Tiga Jenis : penglihatan (visual): pendengaran (auditori): dan pergerakan (kinestetik). Penglihatan (Ciri-ciri individu) Mudah mengingat maklumat yang disampaikan melalui gambar, carta, atau rajah. Boleh mencari dan melihat maklumat secara tersurat dan tersirat. Berupaya menggambarkan dalam minda tentang apa yang dibaca. Memiliki kemahiran visual (saiz, bentuk, jalinan corak, sudut, bentuk tiga dimensi). Memberi perhatian yang mendalam terhadap isyarat gerak badan orang lain. Mempunyai keinginan dan kesedaran yang tinggi terhadap nilai estetika atau keindahan persekitaran fizikal, persekitaran fizikal, media visual dan seni.
6
GAYA PEMBELAJARAN JENIS-JENIS GAYA PEMBELAJARAN
Tiga Jenis : penglihatan (visual): pendengaran (auditori): dan pergerakan (kinestetik). Pendengaran (Ciri-ciri individu) Mampu mengingat dengan agak tepat maklumat yang mereka dengar dalam perbualan. Memiliki kemahiran berbahasa yang tinggi, termasuk pembinaan perbendaharaan kata yang baik. Memiliki kemahiran komunikasi lisan yang tinggi yang membolehkan mereka melaksanakan perbualan yang menarik dengan orang lain. Mempunyai bakat muzik.
7
GAYA PEMBELAJARAN JENIS-JENIS GAYA PEMBELAJARAN
Tiga Jenis : penglihatan (visual): pendengaran (auditori): dan pergerakan (kinestetik). Pergerakan (Ciri-ciri individu) Gemar membunyikan jari atau menggerakkan kaki semasa duduk. Selalu dilabel sebagai kanak-kanak yang hiperaktif. Dapat membuat kerja tangan dengan baik dan juga kerja-kerja pembaikan, ukiran, kesenian atau mengguna pelbagai jenis alat. Mempunyai kesedaran yang tinggi tentang koordinasi pergerakan badan.
8
GAYA PEMBELAJARAN JENIS-JENIS GAYA PEMBELAJARAN Murid Bersifat Global
Cenderung melihat sesuatu sebagai satu keseluruhan daripada perinciannya. Gemar bekerja dalam kumpulan. Gemar menggunakan soalan terbuka. Menggunakan pemikiran aras tinggi. Sukar menerima ujian berbentuk aneka pilihan. Lebih gemar buat tugasan berbentuk projek. Murid Bersifat Analitikal Nampak sesuatu secara terperinci. Tidak gemar bekerja dalam kumpulan. Tidak suka menggunakan soalan terbuka. Ujian aneka pilihan merupakan satu permainan. Cenderung melakukan satu kerja dalam satu masa.
9
GAYA PEMBELAJARAN JENIS-JENIS GAYA PEMBELAJARAN
Empat Jenis (Honey & Mumford, 1986) : 1. Aktivis; 2. Reflektor; 3. Teoris; 4. Pragmatis. Aktivis : Melibatkan diri mereka sepenuhnya dengan pengalaman baru tanpa bias, seronok sepanjang masa dan di mana sahaja mereka berada, serta suka bersosial. Reflektor : Sentiasa membuat pertimbangan terhadap pengalaman, mengumpul data, suka menangguhkan proses membuat rumusan akhir, dan, berfikir sendiri, toleransi, dan tenang. Teoris: Menyesuai dan menggabungkan pemerhatian kepada pelbagai bahagian yang kompleks tetapi berdasarkan teori yang kukuh, cenderung kepada kesempurnaan, dan suka menyendiri serta bersifat analitikal. Pragmatis : mencuba teori untuk melihat sama ada teori tersebut praktikal, cepat bertindak dengan penuh keyakinan terhadap idea yang menarik perhatian mereka dan bersifat rendah diri.
10
GAYA PEMBELAJARAN JENIS-JENIS GAYA PEMBELAJARAN
Lima rangsangan mempengaruhi gaya pembelajaran (Dunn & Dunn, 1982) : 1. Persekitaran; 2. Emosi; 3. Sosial; 4. Fisiologi dan 5. Psikologi. Persekitaran : Cahaya, bunyi, suhu dan reka bentuk tempat belajar. Emosi : Berkait rapat dengan perassan jiwa seseorang. Motivasi, keazaman, sikap tanggungjwab . Sosial: Perseorangan, berpasangan, rakan sebaya, berkumpulan, berpasukan dan orang dewasa. Fisiologi : Persepsi (visual, auditori, kinestetik-tactile), pemakanan, masa belajar dan moboliti. Psikologi : analitik atau global, gerak hati, refleksi, pemprosesan otak kirir atau otak kanan.
11
GAYA PEMBELAJARAN Berpusatkan murid dan bahan. Pembelajaran masteri.
Sensori Intuitif Visual atau Verbal Induktif atau deduktif Aktif atau reflektif
12
SOALAN TUTORIAL Soalan 1 Berdasarkan pengalaman anda dalam bilik
darjah, kenalpasti dan kategorikan 2 gaya pembelajaran murid anda. Soalan 2 Terangkan bagaimana anda akan merancang dan melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran murid anda untuk 2 gaya pembelajaran diatas.
13
SEKIAN... terima kasih
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.