Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Fenomena Ajaran Sesat di Malaysia

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Fenomena Ajaran Sesat di Malaysia"— Transcript presentasi:

1 Fenomena Ajaran Sesat di Malaysia
PH3313 Kajian Ajaran Sesat Fenomena Ajaran Sesat di Malaysia

2 Pendahuluan Ajaran Sesat wujud di merata tempat dalam pelbagai agama
Umat Islam mula mengenali ajaran sesat setelah kewafatan Rasulullah s.a.w. Penafian Kewajipan zakat Dakwaan menjadi nabi Pendewaan ke atas S. Ali k.r.w. Dakwaan berkaitan al-Qur’an Kes-kes sedemikian terus berlaku di dalam dunia Islam

3 Definisi Ajaran Sesat Mengikut takrifan yang diberikan oleh JAKIM, ajaran sesat ialah “sebarang ajaran atau amalan yang dibawa oleh orang-orang Islam atau orang-orang bukan Islam yang mendakwa bahawa ajaran dan amalan tersebut adalah ajaran Islam atau berdasarkan ajaran Islam; sedangkan pada hakikatnya ajaran dan amalan yang dibawa itu bertentangan dengan ajaran Islam yang berdasarkan al-Qur’an dan Sunnah serta juga bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah

4 Ciri-ciri Definisi Ajaran atau amalan berkaitan agama Islam dan bertentangan Pembawanya orang Islam atau bukan Islam Bertentangan dengan al-Quran dan hadis (qiyas dan ijma`) Bertentangan dengan akidah Ahli Sunnah wal Jamaah atau empat mazhab

5 Sejarah Ajaran sesat di Malaysia
Sejarahnya mempunyai hubungan dengan Indonesia (Pasai, Aceh, Jawa) Bagaimanapun masih tidak wujud satu dokumentasi yang lengkap mengenainya Kemunculan kitab Bahr al-Lahut yang diduga ramai sarjana sebagai kitab tasawuf paling awal di Nusantara yang mengandungi ajaran Nur Muhammad/ Syiah

6 Samb. Pada abad ke 18, dikatakan wujud ajaran yang berasaskan Martabat Tujuh di Mengkarak. Ia dihubungkan dengan seorang yang dikenali sebagai Datuk Mengkarak. Kemungkinan nama itu bukan nama sebenar Kemungkinan beliau bukan orang tempatan (Minagkabau)

7 Samb. Pengajaran Datuk Mengkarak ini didedahkan oleh Tuk Shihabuddin b. Zainal Abidin (l.1728) Beliau menyebutkan bahawa Datuk Mengkarak telah mengajar Martabat Tujuh yang beliau tolak melalui Syair Rejam: Tujuh haribulan rejamnya naga, naga di laut bercula tujuh, siapa memakai ilmu Martabat Tujuh, itulah orang dimurkai Tuhan. Martabat tujuh suatu andaian, nabi dan wali empunya pakaian, di dalam hati tampak tampan, tiada tahu pengajaran Syaritan.

8 Samb. Sejarah ajaran sesat pada abad ke 20 di Malaysia ialah ajaran Taslim yang dibawa oleh Mohamad bin Shafie (c.1876). Dikenali dengan nama popularnya Mohamad Matahari, beliau berasal dari Madura, Jawa Timur. Ajaran ini bermula di Kampung Seronok, Bayan Lepas, Pulau Pinang sekitar 1900. Setelah beliau mati, ia digantikan oleh anaknya, Syed Ghazali Syed Ali dan meneruskan ajarannya di Balik Pulau. (Mengarang Hidayat al-Anwar). Setelah itu, beliau diganti oleh anaknya, Syed Ahmad yang pernah menjadi Ketua kampung Seronok.

9 Samb. Setelah itu, ajaran Taslim berkembang ke negeri-negeri lain seperti Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak. Pada 1950an, di kelantan tersebar ajaran SUBUD yang juga berasal dari Indonesia di samping ajaran Martabat Tujuh. Menurut Bahagian Hal Ehwal Islam (BAHEIS) Jabatan Perdana Menteri, seperti yang disiarkan di dalam Berita Harian bertarikh 3 Oktober 1990, terdapat sebanyak empat puluh empat kumpulan yang dikenalpasti sebagai mengamalkan ajaran salah dengan bilangan pengikut sekitar 330 hingga 450 setiap kumpulan

10 Perkembangan Ajaran Sesat di Malaysia
Pada tahun 1997 pula, Bahagian Penyelidikan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melaporkan ajaran sesat yang terkumpul sehingga tahun 1997 ialah 60 ajaran, yang meliputi berbagai-bagai bentuk iaitu amalan tasawuf. Penggabungan dengan aktiviti persilatan dan penggabungan dengan amalan perbomohan serta amalan khurafat yang lain. Jumlah ajaran sesat yang dapat di kesan sehingga 1999 ialah sebanyak 98 ajaran. Daripada jumlah tersebut, Cawangan Akidah, Bahagian Penyelidikan JAKIM telah menyiarkan lima puluh enam kumpulan yang diwartakan sebagai ajaran sesat.

11 Perkembangan Ajaran Sesat
Pada 18 Julai 2000 Encik Mustafa Abdul Rahman, Pengarah Bahagian Penyelidikan JAKIM telah menjelaskan bahawa pihak JAKIM, sehingga tarikh tersebut telah mengesan sebanyak 125 kumpulan yang menjalankan kegiatan ajaran sesat di seluruh negara. Berdasarkan maklumat-maklumat tersebut, jelas bahawa kegiatan penyebaran ajaran sesat semakin berkembang dari semasa ke semasa. Pertambahan tersebut memberikan suatu gambaran yang kurang menyenangkan kerana masyarakat Islam kelihatannya semakin terdedah dengan kegiatan-kegiatan berunsur negatif seperti itu.

12 Bentuk-bentuk Ajaran Sesat
Direka oleh penganjurnya Bentuk kumpulan/tarekat Mempunyai sistem khusus Bentuk kepercayaan / amalan kultus Melibatkan kuasa sakti atau jin

13 Faktor-faktor Perkembangan Ajaran Sesat
Faktor Diri Sikap oportunis pembawa ajaran sesat dan pembawakannya Kejahilan individu Kecetekan atau kurang maklumat (cth. setia) Mudah percaya (cth. kagum) Sifat Tamak – ekonomi Nafsu Bergantung Penuh kepada Akal

14 Faktor Perkembangan Ajaran Sesat
Faktor Luaran Tasawuf falsafi (wujudiah) Batiniah Amalan Perbomohan Pengaruh Orientalisme Pengaruh Kebatinan (Aliran atau kebatinan) Buku-buku

15 Cara-cara Penyusupan Ajaran Sesat
Melalui Kelas-kelas Agama Melalu Kumpulan tarekat Melalui Kepercayaan dan Tradisi Melalui Buku-buku/Catatan Melalui Hubungan Interpersonal Melalui Amalan Perbomohan

16 Aspek/Fokus Ajaran Sesat
Wujudnya aspek persamaan antara pelbagai kumpulan ajaran sesat di Malaysia memberikan petunjuk bahawa ajaran sesat hanyalah merupakan wabak penyakit sosial yang mempunyai gejala dan kesan yang sama. Irama dan lagu yang sama tetapi penyanyi yang berbeza Setiap kumpulan atau ajaran itu memperkatakan aspek-aspek yang merangkumi: ketuhanan, kenabian, kewalian, jalan pengetahuan dan hal-hal ghaib, kejadian manusia dan amalan ibadat dengan menggunakan pendekatan dan sokongan ayat-ayat al-Quran dan hadis dengan penafsiran yang salah.

17 Ciri-ciri Ajaran Sesat
Percaya kepada kuasa ghaib selain Allah yang tahu mengenai perkara ghaib dan mempunyai kemapuan yang luar biasa Pengajaran dilakukan secara senyap/sembunyi. Wujud sumpah Meletakkan guru ke tahap yang tinggi seperti wali, wakil nabi Mengaku mendapat wahyu

18 Memandang rendah guru-guru lain
Tidak boleh mengkritik guru walaupun melakukan yang haram Mendakwa guru memegang kunci syurga Mendakwa guru boleh menebus dosa dengan wang Mendakwa semua agama adalah sama

19 Ciri-ciri Ajaran Sesat
Mendakwa mempunyai mukjizat Menjalankan nikah batin Mengaku Allah berada di dalam diri manusia Mendakwa semua manusia adalah muhammad dan muhammad adalah tuhan keran daripada nur tuhan

20 Samb. Menolak kewajipan syariat spt. Puasa, solat
Menolak taklif syarak bila mencapai hakikat Mengubah ayat/maksud al-Quran Menolak zahir ayat kerana mehu mengambil batinnya

21 Senarai Ajaran Sesat Yang Diwartakan
1. Ilmu Mentauhidkan Allah oleh Nasrun S.T.Qahar 2. Kumpulan Ikhwan/al-Mas 3. Ajaran Mohd Nordin Putih 4. Ajaran Nasrun S.T.Qahar 5. Ajaran Roslan Katimun 6. Ajaran Wali Sembilan 7. Ajaran Khatijah binti Puan Tijah 8. Ajaran Syed Mutalib bin Syed Mohd Nordin 9. Ajaran Mohd Seman Al-Banjari 10. Al-Arqam

22 Senarai Ajaran Sesat Yang Diwartakan
11. Golongan Anti Hadis 12. Ajaran yang disampaikan oleh Juruzon bin Abdul Latif atau dikenali juga sebagai (Hj) Ahmad al-Walidie (Pak Su) 13. Syiah 14. Ajaran Hj. Ghazali Othman Hulu Kelang 15. Ajaran Hj.Kadar Ahmad 16. Ajaran Ilmu Tajalli Ahmad Laksamana 17. Ajaran ilmu Jahar Dumin Hulu Langat 18. Tarikat Mufaridiah 19. Ajaran Hassan Anak Rimau

23 Senarai Ajaran Sesat Yang Diwartakan
20. Tarikat Aurad Ismailiah 21. Ajaran Martabat Tujuh 22. Tariqat Naqsyabandiyah Kadirun Yahya 23. Tarikat Samaniah Ibrahim Bonjol 24. Ajaran Sulaiman ( Bahtera Nabi Noh) 25. Ajaran Ilmu Hakikat Hassan bin Jonit 26. Ajaran Ahmadiah/ Qadiani 27. Ajaran Mohd Nor Seman 28. Nasrul Haq

24 Senarai Ajaran Sesat Yang Diwartakan
29. Ajaran Ayah Pin 30. Ajaran Bahai 31. Al-Ma`unah 32 Ajaran Azhar Wahab 33. Ajaran Hj.Banuar 34. Kuasa Ghaib ( Tahan Diri) 35. Budi Suci 36. Al-Watan 37. Budi Suci Sejati

25 Senarai Ajaran Sesat Yang Diwartakan
38. Jawa Faradin 39. Silat Sunda Pukulan Ghaib 40. Tusuk Hikmat 41. Ilmu Kebatinan 42. Potong Maya 43. Naluri 44. Kaula 45. Haqqullah Syahadah 46. Rampai 47. Wali Suci

26 Senarai Ajaran Sesat Yang Diwartakan
48. Kalimat Sakti 49. Silat Pukulan Jarak Jauh 50. Ilmu Tenaga Dalam Hikmat 51. Zikir Sha`ban Islam Haq 52. Asal Wujud Garis Laksamana 53. Al-Ma`zat 54. “Trancendentel Meditation”- Maharisi Mahish Yugi 55. Ilmu Kebatinan 56. Abdul Manan bin Harun- Tolak Hadis

27 Ajaran-ajaran Sesat Yang Lain
Ajaran Wak hambali Tarekat Kabulani Ajaran Pendawa Lima Ajaran Saleh Salim Ajaran Tarikatul Ikhwan Tarekat Nurul Zaman Imam Mahdi Ajaran Crypto Ajaran Haji Kahar Ajaran Empat Sahabat Tarekat Ahmad Syaziliyah(Selubung Hijau)

28 Ajaran Sesat di Malaysia
Ajaran Abu darsan Ajaran Tabarani Ajaran Subud Ajaran Ilmu Bungkus Ajaran Agama Sarasakh Ajaran Ilmu Sejati Ajaran tauhid Makrifat Ajaran Jalan Tujuh Martabat Tarekat Khalidiyah

29 Ajaran Sesat di Malaysia
Tarekat Anwar Asadullah Ajaran Ilmu Rohaniah Surat Wasiat Sheikh Ahmad/Surat Berantai Tarekat Sakratul Maut Ajaran Muhammad Ya Tarekat Aurad Ismailiah Ajaran Cerang Meliling Ajaran Tok Ayah

30 Mengapa Masih Sesat? i. Keperluan Memahami Psikologi Orang Yang Terlibat Dengan Ajaran Sesat ii. Penangganan Terhadap Perkara-perkara Yang Kontroversi


Download ppt "Fenomena Ajaran Sesat di Malaysia"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google