Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
1
TRANSFORMASI NEGARA
2
4 Tunggak Transformasi Negara
Wawasan 2020
3
1Malaysia Konsep yg selari dgn Perlembagaan Persekutuan & Rukun Negara
Sbg aspirasi utk membaiki hubungan kaum > perpaduan yg lbh erat > One People One People = berdiri, berfikir dan bertindak sbg bangsa Malaysia yang melepasi tembok kepentingan etnik dan kaum Perlu wujud perasaan hormat-menghormati, keikhlasan & sikap saling mempercayai antara kaum Mewujudkan kerajaan yg mengutamakan pencapaian berpaksikan keutamaan rakyat = “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”
4
8 nilai 1Malaysia: buday kecemerlangan, ketabahan, rendah hati, penerimaan, kesetiaan, meritokrasi, pendidikan & integriti. 1Malaysia telah lama wujud = penerimaan adat & kepelbagaian kaum = kesepaduan sosial 1Malaysia tidak memaksa sesuatu kaum melupakan budaya & adat masing2 tapi meraikan perbezaan yg ada sambil menghormati satu sama lain serta mendalami budaya masing2 demi mengatasi konflik hasil drp perasaan curiga Mohd Ayop (2009), rakyat perlu mengubah kerangka minda dgn melihat warga Malaysia tanpa berdasarkan warna kulit, agama keturunan & budaya demi kewujudan negara-bangsa
5
Pelan Transformasi Kerajaan (PTK)
Program Transformasi Kerajaan (GTP) diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Sri Najib Tun Razak pada bulan April 2009 Dua objektif PTK : mentransformasikan kerajaan agar menjadi lebih efektif dalam penyampaian perkhidmatan dan bertanggungjawab atas keberhasilan yang menjadi keutamaan kepada rakyat; dan memacu Malaysia ke arah melahirkan masyarakat yang maju, bersatu-padu dan saksama dengan standard kehidupan yang tinggi untuk semua sejajar dengan misi nasional ke arah mencapai Wawasan 2020 – untuk Malaysia mencapai status negara maju sepenuhnya
6
PTK akan dilaksanakan dalam tiga fasa iaitu:
Fasa 1 (dari 2010 hingga 2012) Menjurus kepada langkah menentukan perubahan dan menyampaikan keberhasilan dengan cepat kepada rakyat melalui penetapan dan penyampaian sasaran NKRA dan MKRA. Fasa 2 (dari 2012 hingga 2015) Transformasi kerajaan lebih mendalam dan kehidupan harian rakyat diharap menjadi lebih baik, manakala struktur ekonomi negara akan berkembang sejajar dengan matlamat Model Baru Ekonomi (MBE) dalam menghasilkan sektor-sektor yang mempunyai nilai tambah lebih tinggi. Fasa 3 (dari 2015 hingga 2020) Matlamat Wawasan 2020 akan tercapai di mana rakyat menikmati taraf kehidupan dan kemakmuran lebih tinggi, manakala kualiti perkhidmatan awam juga meningkat. Kemuncaknya, setiap rakyat Malaysia memiliki jati diri dan semangat cinta negara dengan melihat diri masing-masing terlebih dahulu sebagai rakyat Malaysia.
7
7 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) setelah meniliti permintaan rakyat kepada kerajaan
NKRA ialah tanggungjawab kementerian yang berkaitan dan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (PEMANDU) diwujudkan bagi memantau pencapaian setiap kementerian. Setiap NKRA dan sasarannya dipaparkan untuk tatapan umum dengan penerbitan Pelan Hala Tuju GTP menjadikan segala usaha telus. Selepas setahun pelaksanaanya, kebanyakan NKRA berjaya mencapai lebih dari 90% sasaran yang ditetapkan dan laporan prestasinya boleh dilihat melalui Laporan Tahunan GTP 2010.
8
7 Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA)
9
Bagi memastikan semua rancangan pembangunan negara berjalan lancar, kesemua pelan tindakan PTK akan berpaksikan kepada Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Enam bidang yang memerlukan perhatian serta-merta seperti pendidikan, pengangkutan awam di bandar, infrastruktur asas luar bandar, isi rumah berpendapatan rendah, jenayah dan rasuah telah diletakkan dibawah GTP sejak diperkenalkan pada tahun 2010.
10
Meluaskan akses pendidikan berkualiti dan berkemampuan.
Semua kanak-kanak menguasai kemahiran membaca menulis dan mengira ketika melangkah ke tahun 4 sebelum hujung 2012. Menjelang tahun 2012, 80% kanak-kanak disasarkan mendapat akses kepada pendidikan prasekolah. Mengurangkan kadar jenayah Pengurangan sebanyak 20% jenayah jalanan pada akhir tahun 2010. Seramai 6,000 kakitangan kerajaan dari pelbagai kementerian telah mengambil alih tugas pentadbiran yang sebelum ini dilakukan oleh pegawai polis berpangkat Asisten Supritendan (ASP) dan ke bawah di semua peringkat kontinjen.
11
Memerangi Rasuah Pengagihan perolehan dibuat melalui tender terbuka atau terhad. Memulihkan Indeks Persepsi Rasuah yang diletakkan Transparency International. Meningkatkan taraf hidup rakyat berpendapatan rendah Mulai Januari 2010 semua bantuan kebajikan akan dibayar tepat 1 hari bulan Bilangan usahawan wanita akan ditambah dari 717 kepada 4,000 melalui AIM menjelang 2012.
12
Memperkasa prasarana luar bandar dan pendalaman
Kemudahan jalan, bekalan air bersih dan elektrik khususnya di Sabah dan Sarawak akan ditambah. Sebanyak 50,000 lagi rumah golongan miskin dan miskin tegar akan dibina atau dibaik pulih menjelang 2012. Menambahbaik pengangkutan awam Mensasarkan 25% daripada penduduk Lembah Klang menggunakan pengangkutan awam menjelang 2012 berbanding hanya 16% sekarang. Menjelang 2012 – 35 set 4-car train akan beroperasi untuk laluan Kelana Jaya. Pada Julai 2011, NKRA ke-7 – Menangani Kos Sara Hidup telah diumumkan sebagai langkah menangani inflasi dan peningkatan kos sara hidup yang melanda rakyat.
13
Model Ekonomi Baru (MEB)
Satu perubahan radikal diperlukan bagi meraih status negara berpendapatan tinggi. MEB menjadi pemangkin untuk membebaskan potensi pertumbuhan Malaysia. PTE dibentuk untuk mengerakkan Malaysia ke hadapan, keluar daripada keadaan lembap sekarang. Melalui pelaksanaan konsisten dasar berani yang merentasi lapan IPS, asas menjalankan perniagaan akan berubah. MEB berusaha gigih ke arah mencapai matlamat yang lebih luas. MEB mengambil pendekatan holistik dengan memberikan tumpuan kepada aspek pembangunan manusia. Ketaksamaan pendapatan masih perlu ditangani dengan giat.
14
Model Ekonomi Baru: Matlamat dan Ciri
15
Ke manakah TUJUAN KITA? Ciri Teras MEB:
Bagaimanakah keadaan Malaysia pada tahun 2020? MEB akan melahirkan Malaysia yang terkenal dengan transformasi kukuh. Ekonominya berpandukan pasaran, ditadbir urus dengan rapi, berintegrasi serantau, berorientasikan eusahawanan dan inovatif. Sektor swasta akan menjadi penggerak utama pertumbuhan dalam pelaburan berpandukan pasaran. Kerajaan akan menjadi fasilitator yang cekap. Institusi kerajaan dengan tadbir urus yang rapi dan lebih cekap. MEB akan menyediakan rangka kerja dan persekitaran untuk melahirkan semangat keusahawanan. Inovasi dan teknologi terkini akan menjanakan produk, perkhidmatan dan proses kreatif.
16
Manfaat untuk rakyat
17
BAGAIMANAKAH CARANYA UNTUK KITA SAMPAI KE SANA?
Malaysia memerlukan transformasi segera. Ini akan diberikan oleh MEB melalui lapan IPS dan PTE. Pemangkin terpenting MEB ialah keazaman dan kepimpinan politik untuk memecahkan kebuntuan hasil rintangan daripada kumpulan berkepentingan dan menyediakan rakyat untuk menyokong perubahan berbentuk akar umbi dalam hala tuju dasar. Dengan adanya pemungkin ini, suatu ‘tolakan besar’ dalam tindakan dan inisiatif dasar diperlukan untuk memulakan proses transformasi. Tolakan ini mestilah mencetuskan momentum yang mencukupi untuk mengatasi rintangan yang boleh membantutkan kemajuan. Apabila sahaja pembaharuan bermula, maklum balas berterusan adalah perlu bagi menyelaraskan dasar dan mengekalkan landasannya.
18
Inisiatif Pembaharuan Strategik
Tindakan Pemangkin Inisiatif Pembaharuan Strategik Hasil ‘Tolakan besar’ yang koheren untuk merangsang transformasi dan pertumbuhan MEB Maklumbalas: Kajisemula, semak
19
RANCANGAN MALAYSIA KE 10 (RMK10)
20
RMK10 memperuntukkan sejumlah RM290 bilion, yang dibahagikan mengikut nisbah 60/40 untuk pembangunan fizikal dan bukan fizikal. Tema = Rancangan Kemakmuran Ekonomi dan Keadilan Sosial. RMK10 ( ) amat kritikal bagi meneruskan kesinambungan prakarsa nasional ke arah merealisasikan Wawasan 2020 menjadi sebuah negara maju dan berpendapatan tinggi.
21
Intipati RMK10 RMK9 ( ): 4.2 peratus setahun perkembangan ekonomi; Pendapatan negara kasar per kapita RM26,420 (US$8,260) tahun 2010; Inflasi 3.6 peratus tahun 2010; Defisit fiskal kerajaan pusat mengecil kepada 5.3 peratus tahun berbanding 7 peratus kepada KDNK 2009. Kadar kemiskinan turun kepada 3.8 peratus tahun 2009 berbanding 5.7 peratus tahun Peratusan miskin tegar turun daripada 1.2 peratus kepada 0.7 peratus. Anggaran pertumbuhan ekonomi 6 peratus tahun 2010.
22
RMK10 sasar pendapatan negara kasar per kapita meningkat kepada RM38,850 (US$12,140) pada tahun 2015; memerlukan KDNK 6 peratus setahun. Pertumbuhan diterajui sektor perkhidmatan dan pembuatan, menggiatkan semula sektor pertanian yang bernilai tambah tinggi dan penyerapan kaedah ICT, bioteknologi serta pelantar teknologi yang berkaitan. Cabaran besar memangkin pelaburan swasta berkembang 12.8 peratus atau RM115 bilion setahun. Kerajaan komited untuk mengurangkan defisit fiskal daripada 5.3 peratus KDNK dalam tahun 2010 kepada kurang daripada 3 peratus pada tahun 2015.
23
RMK10: 10 PREMIS UTAMA Memacu ekonomi domestik dengan kepekaan persekitaran luar negara. Memanfaatkan dan menuas faktor kepelbagaian etnik sebagai satu elemen kejayaan di arena antarabangsa. Mentransformasi negara ke arah pendapatan tinggi menerusi pengkhususan. Menjayakan pertumbuhan diterajui oleh produktiviti dan inovasi. Memupuk, menarik dan mengekalkan modal insan unggul. Memastikan peluang yang saksama dan melindungi golongan mudah terjejas. Pertumbuhan bertumpu, pembangunan inklusif. Menyokong perkongsian pintar yang efektif. Menghargai khazanah alam sekitar. Kerajaan umpama syarikat yang berdaya saing.
24
RMK10: 5 TERAS STRATEGIK Pertama: Menggubah falsafah dan pendekatan kerajaan ke arah mentransformasikan Malaysia dengan metodologi NKRA. Kedua: Mewujudkan persekitaran kondusif bagi menggerakkan pertumbuhan ekonomi. Ketiga: Menuju ke arah pembangunan sosioekonomi secara inklusif. Keempat: Membangun dan mengekalkan modal insan bertaraf dunia. Kelima: Mewujudkan persekitaran kondusif ke arah mempertingkatkan kualiti hidup.
25
5 inisiatif strategik Memperkasakan Bumiputera
Pertama: Meningkatkan pemilikan ekuiti Bumiputera melalui penginstitusian. Kedua: Mempertingkatkan pemilikan hartanah Bumiputera. Ketiga: Menambah baik program pembangunan kemahiran dan keusahawanan serta pembiayaan melalui pelbagai agensi pembangunan Bumiputera. Keempat: Membangunkan guna tenaga profesional Bumiputera secara lebih tuntas. Kelima: Menubuhkan satu majlis peringkat tertinggi untuk merancang, menyelaras dan memantau pelaksanaan agenda pembangunan Bumiputera.
26
SEKIAN TERIMA KASIH
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.