Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

UNIT 6: Pengumpulan dan Penulisan Berita Khusus

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "UNIT 6: Pengumpulan dan Penulisan Berita Khusus"— Transcript presentasi:

1 UNIT 6: Pengumpulan dan Penulisan Berita Khusus

2 Pengumpulan dan Penulisan Berita Khusus terbahagi kepada 4 iaitu:
1.Berita musibah (seperti kebakaran, kemalangan) 2. Berita sukan 3. Berita ekonomi 4. Berita jenayah

3 1. Berita Musibah Laporan musibah yang menimpa individu, masyarakat yang melibatkan kesan emosi kepada mangsa dan orang yang melihat, membaca dan mendengar.

4 Menurut Jeniri (2011), apabila menulis berita musibah, perkara yang perlu diberi fokus:
1. Siapa yang terlibat 2 Berapa yang terkorban 3. Berapa orang yang cedera parah dan ringan 4. Usia 5. Bagaimana berlaku 6. Mengapa berlaku 7. Di mana berlaku 8. Pukul berapa ia berlaku

5 Contoh 1: Berita Musibah: Tajuk: 2 remaja lemas dihanyut ombak
Bandar Penawar: Kegembiraan empat sahabat berkelah pada hujung minggu di Pantai Awam Desaru di sini petang kelmarin, bertukar tragedi apabila dua daripada mereka lemas selepas dihanyutkan ombak.  Sumber: Berita Harian (12 Mac 2013)

6 Tajuk: Ibu, anak rentung
Contoh 2: Tajuk: Ibu, anak rentung BELURAN 29 Nov. - Seorang ibu bersama dua anak perempuannya rentung dalam kebakaran membabitkan sebuah kedai peralatan di bandar ini, malam tadi. Mayat Siti Jainah Ajak, 39, bersama dua anak perempuannya Siti Aznizah Hussin, sembilan tahun, dan Siti Azikah Hussin, tiga tahun, ditemui dalam keadaan berpelukan di bilik mandi tingkat atas kedai itu, tempat keluarga itu tinggal, kata Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan Jemishin Ujin.

7 2. Berita Sukan Berita sukan sama penting dengan berita politik, ekonomi, pendidikan dan jenayah. Menurut Mustakim (2010), berita sukan bermula sebagai bahan bacaan ringan dan sekadar hiburan.

8 Akhbar sukan pertama dunia American Turf Register telah diterbitkan pada 1829 (Walse, 1966) dan dikhaskan bagi membuat liputan acara pertandingan lumba kuda.

9 Menurut Herbert (2000), apabila menulis berita sukan harus fokus :-
1 Nama pasukan yang terlibat 2. Di mana perlawanan berlangsung 3. Bila ia berlangsung 4. Key players 5. Kenyataan drpd pemain 6. Siapa yang tercedera 7. Kesan perlawanan kepada pihak lawan 8. Skor perlawanan

10 Hoki: Malaysia ikat Australia 1-1
Contoh: Hoki: Malaysia ikat Australia 1-1 IPOH 12 Mac - Penyerang lincah, Faizal Saari muncul wira negara apabila jaringannya membolehkan Malaysia mencatat keputusan seri menentang Australia dalam Kejohanan Hoki Piala Sultan Azlan Shah ke-22 di Stadium Azlan Shah, Ipoh. Sebelum itu Australia berjaya membolosi pintu gol Malaysia melalui tolakan deras Trent Mitton pada minit ke-34.

11 3. Berita Ekonomi Adalah laporan tentang ekonomi, dan sistem kewangan negara. Apabila menulis berita perniagaan, wartawan harus mempunyai fakta maklumat dan laras bahasa yang betul. Sebarang kesilapan laporan seperti titik perpuluhan dan laras bahasa akan memberi kesan kepada berita tersebut.

12 Ini kerana berita ekonomi dibaca oleh dua kelompok:-
a. Pembaca biasa b.Pembaca yang terdiri di kalangan pakar ekonomi

13 Contoh-contoh Laras Bahasa dari segi ekonomi ialah:-
Laras bahasa ekonomi biasanya digunakan dalam dunia korporat terutamanya bidang perusahaan, perindustrian, perakaunan, perbankan, perniagaan dan perdagangan. Contoh-contoh Laras Bahasa dari segi ekonomi ialah:- agihan jualan  francais saham agensi pemasaran  cek palang urus niaga baki debit  harga mutlak  kredit anggaran kos  eksport  komposit

14 Menurut Herbert (2000), apabila menulis berita ekonomi:
1.Jika guna istilah ekonomi, terangkan sebaik mungkin. 2. Kurangkan kadar statistik dalam ayat. 3. Jadikan statistik dalam bentuk ayat. 4.Nyatakan signifikan berita kepada pembaca.

15 Contoh Berita Ekonomi:
Rizab Antarabangsa BNM RM429b KUALA LUMPUR 7 Mac - Rizab antarabangsa Bank Negara berjumlah RM429 bilion atau AS$140.3 bilion setakat 28 Februari. Dalam satu kenyataan, bank pusat itu berkata, kedudukan rizab mencukupi untuk membiaya 9.5 bulan import tertangguh dan 4.6 kali hutang luar jangka pendek. - BERNAMA

16 Contoh ayat dan perkataan ekonomi yang kurang difahami:
* Dalam petikan berita tersebut, terdapat perkataan khusus bagi laras laras ekonomi seperti  Rizab,   import tertangguh, hutang luar jangka pendek. Istilah ini hanya difahami oleh orang yang terlibat dalam aktiviti ekonomi.

17 4. Berita Jenayah Berita jenayah adalah laporan kes-kes jenayah yang mengejutkan dan mengganggu kedamaian negara. Contoh kes jenayah adalah kes pembunuhan rasuah, rompakan, dan sebagainya.

18 Menurut Faridah Ibrahim dan Mohd Safar (2005), dalam penulisan berita jenayah, para wartawan dikehendaki mengumpul maklumat daripada pelbagai pihak seperti:- individu yang terlibat secara langsung (mangsa) sumber-sumber rasmi seperti polis, SPRM dan sebagainya.

19 Walaupun, wartawan dikehendaki mengumpul lebih banyak maklumat bagi memastikan penulisan berita padat, menarik tetapi, oleh sebab terlalu ingin mendapat perhatian pembaca dan ingin meningkatkan jualan akhbar, kadang kala pengamal media ini dikritik kerana mensensasikan penulisan pemberitaan jenayah.

20 Apakah Pemberitaan Sensasi
Perkataan sensasi ini bermaksud sesuatu (kejadian, keadaan dan lain-lain) yang menggemparkan dan menarik perhatian orang ramai.

21 Pemberitaan sensasi dilihat sebagai satu keperluan untuk menjadikan sesuatu berita itu lebih hidup khususnya liputan jenayah. Ia meliputi gambar mangsa pembunuhan dan cara penulisan yang menunjukkan betapa zalimnya si pembunuh (Fahmi, 2011).

22 Gaya penulisan dan bentuk penceritaan sensasi dapat menarik minat pembaca untuk mengikuti sesuatu isu yang ditulis (Hariyati Arrifin, 2011)

23 Contoh Berita Jenayah:- Tajuk: Gaduh sampai Mati
Port Dickson: Akibat pertengkaran mulut, seorang lelaki membelasah bapanya dengan kayu hingga mati dalam kejadian di rumah mereka di 37A, Kampung Kuala Lukut, di sini, malam kelmarin.


Download ppt "UNIT 6: Pengumpulan dan Penulisan Berita Khusus"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google