Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Tajuk: Capaian Lema Dan Leksem Dalam Masyarakat Melayu Minangkabau Mengikut Teori Penghasilan Pertuturan Levelt Nama: Azyantee Binti Mohd Zawawi No. Matrik:

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Tajuk: Capaian Lema Dan Leksem Dalam Masyarakat Melayu Minangkabau Mengikut Teori Penghasilan Pertuturan Levelt Nama: Azyantee Binti Mohd Zawawi No. Matrik:"— Transcript presentasi:

1 Tajuk: Capaian Lema Dan Leksem Dalam Masyarakat Melayu Minangkabau Mengikut Teori Penghasilan Pertuturan Levelt Nama: Azyantee Binti Mohd Zawawi No. Matrik: GS 31451 Program: MA (Bahasa Melayu) Jawatan Kuasa Penyeliaan: Ketua: Prof. Madya Dr. Noor Aina Dani Ahli: Prof. Madya Dr. Adi Yasran Abdul Aziz

2 Definisi Operasional Lema
Lemma ialah leksikal. Leksikal pula membawa maksud kata atau perkataan. Leksem Leksem ialah frasa. Frasa ialah unit yang terdiri daripada satu atau dua perkataan yang berpotensi untuk diperluaskan. Masyarakat Melayu Minangkabau Orang Minangkabau atau Minang adalah kumpulan etnik Nusantara yang berbahasa dan menjunjung adat Minangkabau.

3 Teori Penghasilan Pertuturan Levelt
Mengkaji bagaimana seseorang menguruskan penghasilan pertuturannya sendiri dan pertuturan orang lain dengan menggunakan cara yang sama. Nilai Murni Nilai murni ialah amalan mulia yang diamalkan oleh masyarakat dan dituntut oleh agama, kepercayaan, adat resam dan kebudayaan.

4 Objektif kajian i. Untuk mengenal pasti capaian lema dan leksem yang terkandung dalam penzahiran puisi masyarakat Melayu Minangkabau ii. Untuk menganalisis hubungan penghasilan pertuturan mengikut teori Levelt dengan nilai murni dalam masyarakat Melayu Minangkabau iii. Untuk merumuskan nilai murni yang terkandung dalam puisi masyarakat Melayu Minangkabau berdasarkan lema dan leksem

5 Penghasilan Pertuturan
Salah satu daripada model penghasilan pertuturan yang paling berpengaruh dalam bidang psikolinguistik telah dibangunkan oleh Levelt pada tahun Levelt melihat model tersebut sebagai perkembangan lelurus empat peringkat , iaitu pembentukan konsep, formulator, artikulator, dan pemantauan konsep. Neuman (1998) pernah mengkaji setiap tingkat model Levelt tanpa menyisihkan fenomena pertuturan sebagai satu proses jujukan langkah demi langkah yang hanya satu daripada beberapa cara untuk manusia berkomunikasi. Scovel (2000) berpendapat penghasilan pertuturan manusia jauh lebih rumit daripada tanggapan umum. Proses penghasilan pertuturan manusia yang rumit tidak disedari melainkan seseorang mengalami kecederaan alat vokal atau tersasul sewaktu bertutur. Pada hakikatnya, penghasilan pertuturan merupakan satu aktiviti yang rumit. Justeru, model yang terkandung dalam Teori Penghasilan Pertuturan Levelt diperakui oleh Scovel (2000) sebagai yang terbaik pernah dihuraikan oleh para psikolinguis.

6 Lema & Leksem Satu kajian susulan oleh Jescheniak & Levelt (1994) mendapati bahawa kekerapan menyebut perkataan terhasil daripada kesan capaian terhadap bentuk-bentuk fonologi perkataan. Walau bagaimanapun, Shatzman & Schiller (2004) berpendapat bahawa dapatan tersebut telah menyimpang daripada persoalan tentang proses yang mana terlibat sewaktu penutur cuba mendapatkan semula bentuk fonologi sesuatu perkataan. Kebanyakkan model penghasilan pertuturan mengandaikan capaian leksikal berfungsi melalui dua langkah. Pertama, pengaktifan meluas dari gambaran konsep leksikal ke ruang semantik yang sesuai di dalam medan leksikon. Capai ini disebut sebagai lema manakala prosesnya pula dikenali sebagai pemilihan lema. Pada tingkat lema, sifat sintaksis sesuatu kata (sprt kata benda atau kata kerja, maskulin atau feminin dll) diaktifkan dan dapat diingat semula. Lema tidak mengandungi sebarang maklumat fonologi sesuatu kata. Hanya pada langkah kedua barulah capaian leksikal untuk bentuk fonologi sesuatu kata, termasuk kandungan ruas dan sifat matranya diperolehi. Gambaran fonologi sesuatu kata dirujuk sebagai bentuk kataatau leksem dan proses capaiannya dirujuk sebagai pengambilan leksem.

7 Masyarakat Melayu Minangkabau

8 Populasi Dan Persampelan:
Masyarakat Melayu Minangkabau 30% daripada 100% sampel Populasi Dan Persampelan: Kuala Pilah, Negeri Sembilan Lokasi: Kaedah tinjauan lapangan dan analisis kandungan Kaedah Kajian: Alat perakam dan temubual berstruktur Alat Kajian: Menemubual informan dan menganalisis kandungan menggunakan pengekodan binari Tatacara Kajian:

9 1. Penyelidik merakam puisi Melayu Minangkabau
2. Mengenal pasti lema yang mengandungi nilai murni 3. Mengenal pasti leksem yang mengandungi nilai murni 4. Contoh bidalan: “kok duduk sama rendah, kok berdiri sama tinggi: berat sama dipikul, ringan sama dijinjing; ke bukit sama didaki, ke lurah sama dituruni; hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah” 5. Lema yang mengandungi nilai murni ialah “sama”, kerana di samping terdapat maksud yang tersirat lema “sama” menzahirkan semangat kerjasama, hidup bermasyarakat, tolong-menolong. 6. Leksem dalam bidalan ini dizahirkan melalui maknanya, iaitu adat Minangkabau membentuk sebuah masyarakat dan sama taraf. Ia berkonsepkan kebersamaan, bekerjasama dan bergotong-royong, dalam makna tersebut, nilai murninya ialah hormat-menghormati, semangat kerjasama, dan tolong-menolong.

10 Cara untuk mencapai objektif ke-3
1. Pengekodan binari digunakan untuk menganalisis data. 2. Nilai yang paling banyak diungkapkan perlu dirumuskan dan persoalan pemakaian bahasa (nilai) tersebut kerap digunakan dalam masyarakat Melayu Minangkabau perlu dijelaskan.

11 Kerangka konseptual Objektif:
Tajuk: Capaian Lemma Dan Leksem Dalam Masyarakat Melayu Minangkabau Mengikut Teori Penghasilan Pertuturan Levelt Objektif: i. Untuk mengenal pasti capaian lema dan leksem yang terkandung dalam penzahiran puisi masyarakat Melayu Minangkabau. ii. Untuk menganalisis hubungan penghasilan pertuturan mengikut teori Levelt dengan nilai murni dalam masyarakat Melayu Minangkabau. iii. Untuk merumuskan nilai murni yang terkandung dalam puisi masyarakat Melayu Minangkabau berdasarkan lema dan leksem. Teori: Teori Penghasilan Pertuturan Levelt Analisis data: Analisis Kualitatif & Analisis Kuantitatif Dapatan kajian: Rumusan & Cadangan

12 Sekian, terima kasih.


Download ppt "Tajuk: Capaian Lema Dan Leksem Dalam Masyarakat Melayu Minangkabau Mengikut Teori Penghasilan Pertuturan Levelt Nama: Azyantee Binti Mohd Zawawi No. Matrik:"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google