Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Peruntukan dan Sumber Kewangan

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Peruntukan dan Sumber Kewangan"— Transcript presentasi:

1 Peruntukan dan Sumber Kewangan
Jenis peruntukan dan sumber pendapatan bagi institusi pendidikan Teori dan praktis dalam agihan dan penggunaan dana Menjana pendapatan

2 Pembiayaan sekolah kerajaan:
peruntukan / bantuan kerajaan, kutipan yuran dan hasil, sumbangan dan derma Sumber utama: Bantuan Perkapita Pengiraan Agihan peruntukan Perbelanjaan yang dibenarkan Konsep virement Menjana pendapatan sekolah: keusahawanan sewaan kantin, kedai buku, fund raising Maksud pembiayaan sekolah (School funding) Pembiayaan sekolah kerajaan di luar negara Teori agihan peruntukan

3 Perkhidmatan sokongan KELUARAN Pengetahuan Kemahiran Sikap
PELAJAR Bilangan Umur Kebolehan Akademik Motivasi Dana Sekolah Kerajaan Derma Yuran Sumber lain PROSES PENDIDIKAN Kurikulum, kaedah, teknologi, latihan Perkhidmatan sokongan KELUARAN Pengetahuan Kemahiran Sikap SUMBER KEWANGAN Modal Pendapatan Belanjawan SUMBER MANUSIA DAN ASET FIZIKAL Guru Kakitangan am Peralatan Bangunan PENGGUNAAN MASA Kalendar persekolahan Jadual kelas Hari dan waktu bekerja Pengalaman pembelajaran pelajar MANFAAT Tenaga kerja Warganegara baik Individu seimbang Donated funds Yuran Fund raising Donated resources Donated time Staff Pelajar Ibubapa komuniti DASAR PENDIDIKAN, POLISI, PERATURAN Kerajaan PIBG Politik Petunjuk Sumber yang masuk Maklumbalas dalaman Maklumbalas luaran Model sistem pengurusan kewangan Knight

4 Sumber Kewangan Sekolah
Bantuan kerajaan Sumbangan orang ramai, NGO, agensi kerajaan, entiti perniagaan Pendapatan sekolah

5 Mengakaun sumber kewangan sekolah
KUMPULAN WANG SEKOLAH K.W. KERAJAAN K.W. SUWA K.W. ASRAMA

6 Bantuan Persekolahan KPM
Peruntukan Belanja Mengurus KPM - 18 jenis bantuan persekolahan Merangkumi : peruntukan kewangan bagi menampung aktiviti pengajaran dan Pembelajaran (P&P) serta operasi sekolah, elaun dan biasiswa kepada murid, bantuan kepada murid miskin bantuan sokongan lain seperti bantuan jaket keselamatan, kelas dewasa bagi ibu bapa murid Orang Asli dan Penan dan program susu.

7 PEMBERIAN BANTUAN PER KAPITA
Sejumlah wang daripada peruntukan belanja mengurus KPM yang diperuntukkan kepada sekolah untuk membiayai perbelanjaan pengurusan sekolah. Tujuan – memastikan aktiviti pendidikan mencapai tujuan dan memenuhi matlamat KPM. Tuntutan berdasarkan ketetapan yang dijelaskan dalam surat-surat Pekeliling Kewangan. Kadar adalah mengikut Surat Pekeliling Kewangan yang berkuatkuasa.

8 Lapan jenis bantuan persekolahan berdasarkan per kapita murid:
Bantuan Geran Per kapita (PCG) Yuran Khas Sekolah (YKS) Bantuan Kokurikulum Prasekolah (BKKP) Bantuan Kokurikulum Sekolah (BKK) Bantuan Kokurikulum Prasekolah (BKKA) Bantuan Sukan Sekolah (BSS) Bantuan Makanan Prasekolah (BMP) Bantuan Makanan Asrama (BMA)

9 Garis Panduan Mengurus Peruntukan Bantuan Persekolahan berdasarkan Per Kapita Murid
Surat Pekeliling Kewangan Bil 8 Tahun 2010 Jenis dan Kadar Bantuan ke Sekolah Prosedur Tuntutan Awal Prosedur Tuntutan Pelarasan Prosedur Tuntutan bagi Sekolah Baru Beroperasi Baki Bawa ke Tahun Hadapan

10 Tugas dan Tanggungjawab Pengurus Sekolah dalam Pengurusan Peruntukan Bantuan Persekolah
Mengemukakan tuntutan awal dan tuntutan pelarasan bantuan persekolahan mengikut tarikh yang ditetapkan; Menyemak peruntukan yang diterima dan melaporkan penerimaan kepada pihak yang berkenaan; Mengeluarkan Resit Pejabat (RP01) kepada pihak yang menyalurkan bantuan;

11 Menyelenggarakan Buku Tunai Kumpulan Wang Kerajaan / Asrama;
Mengembalikan lebihan peruntukan bantuan persekolahan (jika ada) melalui cek mengikut tarikh yang ditetapkan; dan Menguruskan baki bawa ke hadapan dengan teratur.

12 Segala tuntutan bantuan yang tidak dituntut atau tidak dibayar dalam tahun semasa akan luput dan tidak boleh dituntut pada tahun berikutnya. Sebarang peruntukan yang telah dipulangkan termasuklah kes terlebih pulang juga tidak boleh dituntut semula. Justeru, Pengurus Sekolah bertanggung jawab penuh untuk menyemak dan memastikan semua pengiraan adalah tepat Sekolah dinasihatkan untuk menyimpan peruntukan yang diterima pada awal tahun (tahun semasa) sekurang-kurangnya 5% atau 100 orang murid (mana lebih rendah) sehingga bulan Julai tahun semasa supaya tidak terlebih berbelanja daripada kelayakan yang sepatutnya sekiranya berlaku pengurangan murid pada tarikh pelarasan dibuat.

13 Bantuan Geran Per Kapita (PCG)
Bantuan Geran Per Kapita (PCG) merupakan bantuan kewangan yang diperuntukkan kepada setiap murid warganegara Malaysia yang bersekolah di Sekolah Kerajaan atau Sekolah Bantuan Kerajaan. Pengurus Sekolah WAJIB memaklumkan kepada Ketua Bidang / Ketua Panitia dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kewangan dan Akaun (JPKA) Sekolah mengenai jumlah peruntukan PCG yang diterima serta agihannya supaya perancangan perbelanjaan tahunan dapat dilakukan oleh Ketua Bidang / Ketua Panitia dan peruntukan yang diberikan itu dapat dimanfaatkan oleh murid sepenuhnya.

14 Kumpulan PCG PCG Mata Pelajaran
Teras, Wajib, Tambahan & Bahasa Asing dan Elektif. PCG Bukan Mata Pelajaran – Pusat Sumber Sekolah, Bimbingan dan Kaunseling, Lain-lain Perbelanjaan Berulang Tahun / Khas (LPBT/LPK) Sekolah dan LPBT/LPK Asrama.

15 Kategori Kadar PCG Prasekolah Sekolah Rendah
Sekolah Menengah Harian/Sekolah Berasrama Penuh/Sekolah Menengah Teknik dan Vokasional/Sekolah Sukan Malaysia/Sekolah Seni Malaysia Sekolah Pendidikan Khas/Program Pendidikan Khas Integrasi (Rendah) Sekolah Pendidikan Khas/Program Pendidikan Khas Integrasi (Menengah)

16 Agihan Peruntukan PCG Mata Pelajaran Teras
60% = Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris Daripada jumlah (a): 40% = Sains 30% = Matematik 30% = Bahasa Inggeris (b) 40% = Lain-lain Mata Pelajaran Teras (Agihan ditentukan bersama oleh Pengurus Sekolah dan Ketua Bidang/Panitia yang berkenaan)

17 Pindah Peruntukan (Virement)
Pengurus Sekolah dibenarkan membuat pindah peruntukan di antara kumpulan PCG Mata Pelajaran sahaja. Lain-lain pindahan adalah tidak dibenarkan melainkan dengan kelulusan Ketua PTJ. Peruntukan yang telah dipindah keluar tidak dibenarkan pindah masuk semula atau sebaliknya bagi satu tahun kewangan. Oleh itu, sebelum pindah peruntukan dibuat, Pengurus Sekolah hendaklah memastikan baki yang tinggal selepas pemindahan adalah mencukupi untuk menampung keperluan sehingga akhir tahun. Pindah peruntukan perlu menggunakan Borang Permohonan Pindah Peruntukan Bantuan Persekolahan

18 BIL SEKOLAH KETUA PTJ 1 Sekolah Rendah Harian Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) 2 Sekolah Menengah Harian 3 Sekolah Berasrama Penuh Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh / Sekolah Kecemerlangan (BPSBP/SK) 4 Sekolah Teknik / Vokasional Bahagian Pendidikan Teknik Vokasional (BPTV) 5 Sekolah Sukan Malaysia Bahagian Sukan (BS) 6 Sekolah Seni Malaysia Bahagian Kokurikulum dan Kesenian (BKS) 7 Sekolah Rendah Pendidikan Khas Bahagian Pendidikan Khas (BPKhas) 8 Sekolah Menengah Pendidikan Khas 9 Sekolah Rendah Agama Bantuan Kerajaan Bahagian Pendidikan Islam (BPI) 10 Sekolah Menengah Agama Bantuan Kerajaan

19 Sekolah hanya dibenarkan untuk membeli peralatan, inventori dan harta modal tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Pembelian hendaklah dibincangkan dan dipersetujui bersama Ketua Bidang/Ketua Panitia dalam mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengurus Sekolah; Pembelian peralatan ICT dan alat penyaman udara TIDAK DIBENARKAN menggunakan peruntukan PCG; dan Semua peralatan, inventori dan harta modal yang dibeli hendaklah didaftarkan sebagai aset Kerajaan Malaysia.

20 Syarat Pembelian bagi Peruntukan PCG -Keperluan Pembelian bagi Pengajaran dan Pembelajaran
Sekolah Rendah : Tidak melebihi RM5,000 atau 30% daripada keseluruhan peruntukan PCG Mata Pelajaran dan PCG Bukan Mata Pelajaran (Tidak termasuk komponen LPBT/LPK Sekolah). Sekolah Menengah : RM10,000 atau 30% daripada keseluruhan peruntukan PCG Mata Pelajaran dan PCG Bukan Mata Pelajaran (Tidak termasuk komponen LPBT/LPK Sekolah). Sekolah Kurang Murid (Rendah / Menengah) : Tidak melebihi 30% daripada keseluruhan peruntukan PCG Mata Pelajaran dan PCG Bukan Mata Pelajaran.

21 Syarat Pembelian bagi Peruntukan PCG -
Keperluan Pembelian bagi Sekolah Terhad kepada 5% daripada peruntukan di bawah komponen LPBT/LPK Sekolah. Keperluan Pembelian bagi Asrama Terhad kepada 5% daripada peruntukan di bawah komponen LPBT/LPK Asrama.

22 Prosedur Tuntutan Awal
Tuntutan awal bantuan persekolahan bagi tahun semasa hendaklah dipohon oleh sekolah berdasarkan enrolmen murid pada 1 Oktober tahun sebelumnya. Contohnya: Tuntutan bantuan YKS bagi tahun 2011 hendaklah dipohon oleh sekolah berdasarkan enrolmen murid di sekolah pada 1 Oktober tahun Permohonan sekolah hendaklah sampai kepada Ketua PTJ masing-masing selewat-lewatnya pada 31 Oktober tahun sebelumnya. Permohonan hendaklah menggunakan Borang Tuntutan Bantuan Persekolahan/Rendah (Borang TBP/R) bagi murid di sekolah rendah atau Borang Tuntutan Bantuan Persekolahan/Menengah (Borang TBP/M) bagi murid di sekolah menengah

23 Apabila permohonan telah diterima, Ketua PTJ hendaklah mengambil tindakan seperti berikut: a. Mengunci masuk maklumat tuntutan sekolah ke dalam Sistem eBantuan (eB) ( selewat-lewatnya pada 30 November tahun sebelumnya; dan b. Mencetak maklumat tuntutan daripada eB dan menghantarnya kepada sekolah berkenaan sebagai rujukan. Selepas daripada tarikh tersebut, akses untuk meminda data dalam eB oleh Ketua PTJ TIDAK DIBENARKAN. Sekiranya terdapat sekolah yang tercicir daripada mengemukakan permohonan (kecuali sekolah baru beroperasi – rujuk Bab D), ia hanya akan diproses semasa tuntutan pelarasan pada bulan Julai tahun semasa. Peruntukan awal tahun akan disediakan berdasarkan maklumat yang dikunci masuk oleh Ketua PTJ ke dalam eB.

24 Peruntukan akan disalurkan kepada sekolah melalui dua (2) kaedah berikut: a. Dikreditkan terus ke akaun bank sekolah; atau b. Melalui waran kepada Ketua PTJ sekolah masing-masing. Kaedah penyaluran peruntukan dan jenis bantuan terlibat akan dimaklumkan lebih awal kepada Ketua PTJ masing-masing selewat-lewatnya pada 15 Disember tahun sebelumnya.

25 Tindakan Sekolah Mengeluarkan Resit Rasmi Pejabat (RP01);
Merekodkan jumlah yang diterima ke dalam Buku Tunai Akaun Sekolah - Kumpulan Wang Kerajaan / Asrama; Menghantar Borang Maklum Balas Status Penerimaan Pembayaran Bantuan Persekolahan Terus Ke Akaun Sekolah (Rujuk Bab G) kepada Bahagian Kewangan, KPM dalam tempoh 5 hari bekerja selepas peruntukan diterima.

26 Prosedur Pelarasan Peruntukan
Pihak sekolah WAJIB melaksanakan pelarasan peruntukan tahun semasa untuk mengenalpasti peruntukan sebenar yang layak diterima oleh sekolah bagi tahun tersebut. Pelarasan peruntukan tahun semasa hendaklah dibuat berdasarkan perbezaan murid pada 1 Oktober tahun sebelum (tuntutan awal) dengan enrolmen murid pada 1 Julai tahun semasa dan mengguna pakai asas pelarasan yang ditetapkan. Semua sekolah perlu mengemukakan maklumat pelarasan kepada Ketua PTJ masing-masing.

27 Prosedur Pemulangan Lebihan Peruntukan Akibat Pelarasan
Definisi Lebihan Peruntukan Tahun Semasa ialah amaun/jumlah peruntukan bantuan persekolahan terlebih tuntut oleh pihak sekolah setelah mengambil kira pelarasan peruntukan mengikut enrolmen murid pada 1 Julai tahun semasa. Lebihan peruntukan bantuan yang telah dikenal pasti oleh sekolah hendaklah dipulangkan selewatlewatnya pada 31 Julai tahun semasa.

28 Kaedah Pemulangan oleh Sekolah
Pemulangan kepada Bahagian Kewangan, KPM bagi bantuan yang diterima terus daripada Bahagian Kewangan, KPM (cek atas nama Ketua Akauntan, Kementerian Pelajaran Malaysia); atau Pemulangan kepada Ketua PTJ bagi bantuan yang diterima daripada Ketua PTJ masingmasing (rujuk Ketua PTJ). Selain mengemukakan cek, sekolah juga dikehendaki untuk menyertakan bersama-sama maklumat terperinci mengenai amaun dan jenis peruntukan yang dipulangkan dengan mengisi Borang Pemulangan Lebihan Peruntukan Bantuan Persekolahan KPM.

29 PERINGATAN Lebihan peruntukan semua jenis bantuan perlu dipulangkan pada tahun semasa mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Ia tidak dibenarkan disimpan atau dibelanjakan oleh sekolah bagi apa-apa tujuan sekalipun. Sebarang ketidakpatuhan kepada arahan ini, pihak yang bertanggungjawab boleh dikenakan tindakan surcaj / tatatertib sepertimana yang diperuntukkan di bawah Seksyen 18, Akta Tatacara Kewangan 1957.

30 Baki Bawa ke Tahun Hadapan
Peruntukan Bantuan Persekolahan Yang Sepatutnya Diterima Pada Tahun Semasa ialah sejumlah peruntukan bantuan persekolahan tahun semasa yang layak diterima oleh sekolah berdasarkan enrolmen murid pada 1 Julai tahun semasa. Baki Terkumpul Tahun Lalu ialah jumlah baki peruntukan dari tahun-tahun lalu yang di bawa ke tahun semasa. Baki Peruntukan Bantuan Persekolahan Tahun Semasa ialah sejumlah peruntukan bantuan persekolahan yang sepatutnya diterima pada tahun semasa termasuk baki terkumpul tahun lalu tetapi tidak habis dibelanjakan sehingga 31 Disember setelah ditolak semua tanggungan perbelanjaan. Baki Bawa Ke Tahun Hadapan ialah baki peruntukan bantuan persekolahan tahun semasa yang di bawa ke tahun berikutnya.

31 BAKI BAWA KE TAHUN HADAPAN BAGI BANTUAN GERAN PER KAPITA (PCG) / BANTUAN MAKANAN ASRAMA (BMA)
Pada akhir tahun, baki peruntukan PCG mahupun BMA tahun semasa yang terdapat di sekolah dibenarkan untuk di bawa ke tahun hadapan. Walau bagaimanapun, bagi setiap jenis bantuan itu, amaun yang boleh dibawa adalah terhad kepada maksimum 5% daripada jumlah keseluruhan peruntukan yang sepatutnya diterima pada tahun semasa dan baki terkumpul tahun lalu yang dibawa ke tahun semasa. Sekiranya terdapat lebihan yang terbit daripada baki setelah ditolak 5%, maka ia hendaklah dikreditkan ke Akaun Hasil Kerajaan Persekutuan sebelum 31 Januari tahun kewangan berikutnya.

32 Formula: Baki Bawa Ke Tahun Hadapan = 5% x (Peruntukan Tahun Semasa Layak Diterima + Baki Terkumpul Tahun Sebelum)

33 Contoh Pengiraan bagi BMA: Baki terkumpul 2009 (Dibawa ke tahun 2010) : (a) = RM 18,000 Peruntukan Tahun Semasa Layak Diterima (Berdasarkan enrolmen 1 Julai) : (b) = RM 215,000 JUMLAH PERUNTUKAN TAHUN 2010 : [ (c) = (a) + (b) ] = RM 223,000 Katakan Baki Peruntukan Tahun 2010 yang telah dikenal pasti pada 31 Disember 2010 = RM 30,000 Maka amaun maksimum 5% baki dibenar bawa ke tahun 2011 [ 5% x (c) ] = RM 11,150

34 Lebihan yang terbit daripada baki iaitu sebanyak RM18,850 (RM30,000–RM11,150) hendaklah dikreditkan ke Akaun Hasil Kerajaan sebelum 31 Januari 2011 (tahun kewangan berikutnya).

35 Kebenaran Membelanjakan Lebihan Baki PCG dan BMA Tahun 2011
KPM telah edarkan surat siaran Penggantungan Arahan pemulangan Lebihan Baki PCG dan BMA Tahun 2011 kepada Akaun Hasil Kerajaan (6 Januari 2012)

36 Maksud Belanja Bantuan Geran Per Kapita (PCG)- A
Maksud Belanja Bantuan Geran Per Kapita (PCG)- A. Bantuan Per Kapita Pra Sekolah i. Pembelian peralatan kecil dan bahan habis guna bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. ii. Penyelenggaraan peralatan permainan dalam dan luar bilik darjah serta penyelenggaraan komputer dan lain-lain peralatan bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. iii. Pembelian buku rujukan, ensiklopedia, perisian, cakera padat dan lain-lain yang bersesuaian untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. iv. Program dan lawatan berunsurkan pendidikan yang boleh memberi pengukuhan kepada proses pengajaran dan pembelajaran sama ada semasa cuti persekolahan atau hari persekolahan. v. Perolehan Harta Modal adalah tidak dibenarkan.

37 Maksud Belanja Bantuan Geran Per Kapita (PCG)- B
Maksud Belanja Bantuan Geran Per Kapita (PCG)- B. Bantuan Per Kapita Mata Pelajaran Pembelian peralatan kecil dan bahan habis guna (termasuk kertas braille) bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Pembelian buku rujukan, ensiklopedia, perisian, cakera padat lain-lain yang bersesuaian untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Penyelenggaraan peralatan termasuk komputer yang digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Keceriaan berunsurkan pendidikan seperti taman sains, taman herba dan lain-lain yang boleh memberi pengukuhan kepada program pengajaran dan pembelajaran. Program berunsurkan pendidikan yang boleh memberi pengukuhan kepada proses pengajaran dan pembelajaran sama ada semasa cuti persekolahan atau hari persekolahan.

38 Maksud Belanja Bantuan Geran Per Kapita (PCG)- B
Maksud Belanja Bantuan Geran Per Kapita (PCG)- B. Bantuan Per Kapita Mata Pelajaran Penentuan pembelian segala harta modal hendaklah dibuat oleh Jawatankuasa Khas Peringkat Sekolah yang dipengerusikan oleh Pengetua/Guru Besar sahaja. Laporan dan salinan resit bagi setiap harta modal yang dibeli hendaklah dikemukakan kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta salinkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) untuk tujuan pemantauan dan rekod. Pembelian yang melebihi kadar yang ditetapkan perlu mendapat kelulusan terlebih dahulu daripada Ketua Pusat Tanggungjawab (Pengarah JPN) dan dikemukakan melalui PPD.

39 Maksud Belanja Bantuan Geran Per Kapita (PCG)- C
Maksud Belanja Bantuan Geran Per Kapita (PCG)- C. Bantuan Per Kapita Bukan Mata Pelajaran (Pusat Sumber Sekolah) Pembelian peralatan kecil dan bahan habis guna bagi tujuan pengajaran dan pembelajaran. Pembelian buku rujukan, ensiklopedia, perisian, cakera padat lain-lain yang bersesuaian untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Penyelenggaraan peralatan termasuk komputer yang digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Program berunsurkan pendidikan yang boleh memberi pengukuhan kepada proses pengajaran dan pembelajaran sama ada semasa cuti persekolahan atau hari persekolahan.

40 Maksud Belanja Bantuan Geran Per Kapita (PCG)- C
Maksud Belanja Bantuan Geran Per Kapita (PCG)- C. Bantuan Per Kapita Bukan Mata Pelajaran (Bimbingan Kaunseling) Pembelian buku rujukan, ensiklopedia, perisian, cakera padat lain-lain yang bersesuaian untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran. Program dan lawatan berunsurkan pendidikan yang boleh memberi pengukuhan kepada proses pengajaran dan pembelajaran sama ada semasa cuti persekolahan atau hari persekolahan. Penyelenggaraan peralatan termasuk komputer yang digunakan untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran.

41 Maksud Belanja Bantuan Geran Per Kapita (PCG)- C
Maksud Belanja Bantuan Geran Per Kapita (PCG)- C. Bantuan Per Kapita Bukan Mata Pelajaran (Bimbingan Kaunseling) Bayaran perkhidmatan penceramah luar mengikut kelayakan dalam peraturan kewangan yang sedang berkuatkuasa. Bayaran sewaan yang berkaitan dengan program bimbingan dan kaunseling

42 Maksud Belanja Bantuan Geran Per Kapita (PCG)- C
Maksud Belanja Bantuan Geran Per Kapita (PCG)- C. Bantuan Per Kapita Bukan Mata Pelajaran (LPBT/LPK Sekolah/Asrama) i. Bayaran bil telefon, air, elektrik, telegram, setem, internet dan pembetungan. (Sekolah hendaklah memberi keutamaan bayaran bil utiliti) ii. Pembaikan kecil bangunan sekolah yang tidak melibatkan kerja-kerja naik taraf dan ubahsuai. iii. Penyelenggaraan dan pembaikan perabot dan peralatan kelengkapan pejabat dan sekolah kecuali peralatan ICT. iv. Perkhidmatan percetakan untuk pengurusan sekolah dan bahan pengajaran dan pembelajaran.

43 Maksud Belanja Bantuan Geran Per Kapita (PCG)- C
Maksud Belanja Bantuan Geran Per Kapita (PCG)- C. Bantuan Per Kapita Bukan Mata Pelajaran (LPBT/LPK Sekolah/Asrama) vii. Pembelian bahan bakar, bahan habis guna dan ubat. viii. Perbelanjaan bagi keraian yang melibatkan lawatan pihak luar atas urusan rasmi. x. Perolehan harta modal kecuali alat pendingin udara dan peralatan ICT dengan nilai keseluruhan tidak melebihi RM5, setahun adalah dibenarkan.

44 Maksud Belanja Bantuan Geran Per Kapita (PCG)- C
Maksud Belanja Bantuan Geran Per Kapita (PCG)- C. Bantuan Per Kapita Bukan Mata Pelajaran (LPBT/LPK Sekolah/Asrama) ix. Perbelanjaan untuk keceriaan (yang tidak melibatkan pembinaan) /kesihatan murid/keselamatan sekolah. xi. Bayaran balik bagi urusan kecemasan oleh guru/kakitangan sekolah berdasarkan kelayakan tambang teksi. xii. Pengangkutan murid dan bayaran insurans untuk murid-murid dan guru pengiring.

45 PENGIRAAN PCG

46 KEUSAHAWANAN SOSIAL SEKOLAH – FUND RAISING

47 TEORI AGIHAN PERUNTUKAN

48 AMALAN AGIHAN BANTUAN PERKAPITA - perbincangan
PCG Mata Pelajaran / Bantuan Kokurikulum Sekolah Apakah praktis cara agihan bantuan perkapita yang dilaksanakan di sekolah anda? Terangkan latar belakang sekolah anda. Apakah kelebihan menggunakan pendekatan tersebut? Apakah kelemahan / masalah yang timbul berdasarkan pendekatan tersebut? Apakah cadangan untuk penambahbaikan?


Download ppt "Peruntukan dan Sumber Kewangan"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google