Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL JOHN KRUMBOLTZ

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL JOHN KRUMBOLTZ"— Transcript presentasi:

1 TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL JOHN KRUMBOLTZ
OLEH: PROFESOR MADYA DR. SIDEK MOHD NOAH JABATAN PENDIDIKAN KAUNSELOR & PSIKOLOGI KAUNSELING FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA 43400 UPM SERDANG SELANGOR, MALAYSIA TEL.: , (OFFICE) (HP) FAX:

2 TEORI-TEORI KERJAYA TEORI PEMILIHAN TEORI PENDEKATAN STRUKTUR TEORI PERKEMBANGAN TEORI PENDEKATAN PROSES TEORI MEMBUAT KEPUTUSAN KERJAYA

3 TEORI PEMILIHAN KERJAYA
TEORI TRET DAN FAKTOR TEORI TIPOLOGI HOLLAND TEORI PEMILAHAN KERJAYA ANNE ROE TEORI PSIKOANALITIK BORDIN

4 TEORI PERKEMBANGAN KERJAYA
TEORI PERKEMBANGAN KERJAYA GINZBERG TEORI PERKEMBANGAN KERJAYA SUPER

5 TEORI MEMBUAT KEPUTUSAN KERJAYA
TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL JOHN KRUMBOLTZ TEORI TIEDEMAN DAN O’HARA TEORI GELATT TEORI HILTON TEORI HERHENSON

6 LATAR BELAKANG TEORI DIPERKENALKAN OLEH JOHN KRUMBOLTZ DAN RAKAN-RAKANNYA SEBUAH TEORI MEMBUAT KEPUTUSAN KERJAYA TEORI INI ADALAH HASIL UBAHSUAI DAN PERKEMBANGAN TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL YANG DIPERKENALKAN OLEH ALBERT BANDURA (1977) TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL MENGENAI TINGKAH LAKU ADALAH BERASASKN KEPADA TEORI PENGUKUHAN DAN BEHAVIURISME KLASIK

7 TUJUAN TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL DIPERKEMBANGKAN
ADALAH UNTUK MENJAWAB BEBERAPA SOALAN MENGAPA INDIVIDU MEMILIH PROGRAM PENGAJIAN DAN PEKERJAAN YANG TERTENTU DALAM KEHIDUPANNYA? MENGAPA INDIVIDU MENGUBAH PROGRAM PENGAJIAN ATAU PEKERJAAN PADA SUATU MASA YANG TERTENTU DALAM KEHIDUPANNYA? MENGAPA INDIVIDU MEMILIH BEBERAPA AKTIVITI PEKERJAAN YANG BERLAINAN PADA SUATU MASA YANG TERTENTU DI DALAM KEHIDUPANNYA?

8 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KERJAYA
PEMBAWAAN GENETIK DAN KEBOLEHAN ISTIMEWA MELIPUTI BANGSA, JANTINA, PARAS RUPA DAN CIRI-CIRI LAIN TERMASUKLAH KECACATAN YANG TIDAK BOLEH DIPULIHKAN KEADAAN DAN PERISTIWA PERSEKITARAN MELIPUTI KEADAAN SOSIAL, KEBUDAYAAN, POLITIK, KUASA EKONOMI DAN KUASA SEMULAJADI SEPERTI BENCANA ALAM DAN KEDUDUKAN SUMBER ASLI

9 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KERJAYA …SAMBUNGAN
PENGALAMAN PEMBELAJARAN TERMASUKLAH PERKEMBANGAN KECENDERUNGAN KERJAYA, KEMAHIRAN-KEMAHIRAN DAN PEMILIHAN KERJAYA TERTENTU ADALAH DIPENGARUHI OLEH PENGALAMAN PEMBELAJARAN INDIVIDU DI MASA LALU

10 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KERJAYA …SAMBUNGAN
KEMAHIRAN PENDEKATAN TUGAS IAITU INTERAKSI ANTARA PENGALAMAN PEMBELAJARAN, CIRI-CIRI GENETIK, KEBOLEHAN ISTIMEWA DAN FAKTOR PERSEKITARAN MEMPENGARUHI KEPUTUSAN DALAM KEMAHIRAN PENDEKATAN TUGAS YANG AKHIRNYA AKAN MEMPENGARUHI HASIL AKHIR

11 PENERANGAN TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL
TEORI INI MENGANDAIKAN BAHAWA PERSONALITI DAN TINGKAH LAKU YANG INDIVIDU PEROLEH PADA ASASNYA ADALAH HASIL DARIPADA PENGALAMAN PEMBELAJARAN YANG UNIK DAN BUKAN DISEBABKAN OLEH PENGALAMAN SEMULAJADI ATAU PROSES-PROSES PSIKIK

12 PENERANGAN TEORI … SAMBUNGAN
PENGALAMAN PEMBELAJARAN MEMPUNYAI PERTALIAN DENGAN ANALISIS KOGNITIF YANG BERKAITAN DENGAN PERISTIWA-PERISTIWA YANG DIKUKUHKAN SAMA ADA SECARA POSITIF ATAU NEGATIF

13 PENERANGAN TEORI … SAMBUNGAN
PENGALAMAN PEMBELAJARAN INI AKHIRNYA AKAN MEMPENGARUHI PERKEMBANGAN KECENDERUNGAN KERJAYA DAN KEMAHIRAN-KEMAHIRAN SERTA PEMILIHAN KERJAYA INDIVIDU

14 PENILAIAN TEORI TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL OLEH JOHN KRUMBOLTZ TIDAK BEGITU BANYAK MENDAPAT SAMBUTAN BERBANDING DENGAN TEORI TIPOLOGI HOLLAND DAN TEORI PERKEMBANGAN KERJAYA SUPER

15 PENILAIAN TEORI … SAMBUNGAN
WALAUPUN GAGASAN-GAGASAN TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL TELAH DIDEFINISIKAN DENGAN JELAS DAN HUBUNGAN ANTARA GAGASAN TELAH DITENTUKAN SECARA TELITI, NAMUN TEORI INI TIDAK ATAU KURANG BERPENGARUH DALAM BIDANG BIMBINGAN DAN KAUNSELING KERJAYA

16 PENILAIAN TEORI … SAMBUNGAN
TEORI INI ADALAH SEBUAH TEORI YANG PARSIMONIES. TEORI INI TELAH MEMBERIKAN ASAS KEPADA KAUNSELOR UNTUK MENGENALPASTI KESUKARAN DALAM PROSES MEMBUAT KEPUTUSAN KERJAYA TEORI INI JUGA TELAH MENGINTERGRASIKAN GAGASAN EKONOMI DAN SOSIAL KE DALAM TEORINYA YANG MENJADIKAN TEORI INI SEBUAH TEORI YANG BEGITU UNIK

17 PENILAIAN TEORI … SAMBUNGAN
AHLI-AHLI DAN PARA PENGIKUT TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL JUGA TELAH MENGHASILKAN RATUSAN KAJIAN YANG BERHUBUNG DENGAN BERBAGAI-BAGAI FAKTOR YANG BERKAITAN DENGAN PERKEMBANGAN KERJAYA SAYANGNYA TIDAK BANYAK YANG DAPAT DIBUKTIKAN BERHUBUNG DENGAN TEORI INI DARI KAJIAN-KAJIAN YANG TELAH DIJALANKAN

18 PENILAIAN TEORI … SAMBUNGAN
TEORI INI ADALAH SEBUAH TEORI YANG BAIK DAN MASA DEPAN TEORI INI BANYAK BERGANTUNG KEPADA KAJIAN-KAJIAN LANJUTAN YANG AKAN DIBUAT DAN PENGHASILAN ALAT UKURAN YANG DAPAT MENGUKUR GAGASAN-GAGASAN YANG TERKANDUNG DI DALAM TEORI

19 PENILAIAN TEORI … SAMBUNGAN
SEKIRANYA KAJIAN DAPAT MEMBUKTIKAN APLIKASI TEORI INI DALAM MENERANGKAN ASPEK-ASPEK PERKEMBANGAN KERJAYA DAN MAMPU MENANGANI MASALAH YANG BERKAITAN DENGAN PEMILIHAN KERJAYA, BESAR KEMUNGKINAN TEORI INI AKAN TERUS BERKEMBANG DAN DITERIMA RAMAI

20 PENILAIAN TEORI … SAMBUNGAN
PENGHASILAN ALAT-ALAT UKURAN YANG DAPAT MENGUKUR GAGASAN-GAGASAN PENTING DALAM TEORI INI AKAN MENJADIKAN TEORI INI LEBIH PRAKTIKAL. JIKA INI DAPAT DILAKUKAN DENGAN BAIK, MASA DEPAN TEORI INI ADALAH LEBIH CERAH

21 SEKIAN SAHAJA MENGENAI TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL TERIMA KASIH


Download ppt "TEORI PEMBELAJARAN SOSIAL JOHN KRUMBOLTZ"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google