Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PELABURAN (MUDHARABAH / QIRADH)

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PELABURAN (MUDHARABAH / QIRADH)"— Transcript presentasi:

1 PELABURAN (MUDHARABAH / QIRADH)
Takrif Mudharabah dari segi bahasa : Melepas seseorang pergi berdagang Menurut istilah syara’ : Harta yang diserahkan kepada seseorang supaya diperdagangkannya, sedang keuntungan dibahagi antara keduanya.

2 Dalil Pensyaria’tan Mudharabah
Diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a daripada bapanya, Abbas bin Abdul Muttalib r.a: Apabila dia menyerahkan harta untuk pelaburan, dia akan meletakkan syarat kepada sahabatnya iaitu dia tidak boleh membawa hartanya melalui laut atau melalui lembah dan tidak menggunakan harta ini untuk membeli haiwan yang mempunyai hati yang masih lembab (masih hidup). Jika dia melakukannya juga, dia perlu menggantinya. Syarat ini telah disampaikan kepada Rasulullah s.a.w dan Baginda membenarkannya. (Riwayat al-Baihaqi [6/111] )

3 Nabi s.a.w bersabda: “Ada tiga perkara yang diberkati iaitu jual beli secara hutang, muqaradhah dan mencampurkan gandum dan barli untuk kegunaan rumah bukan untuk dijual” (Riwayat Ibnu Majah no.2289) Contoh amalan para sahabat: Diriwayatkan oleh Al-Ala’ bin Abdul Rahman daripada bapanya daripada datuknya; Suatu ketika Uthman r.a berikan kepadanya harta sebagai pelaburan untuk dia usahakan dan keuntungan akan dibahagi sesama mereka (Malik, Muwatto [2/687], Al-Baihaqi, Sunan [6/111])

4 HIKMAH Tujuan sebuah perkongsian pada dasarnya adalah untuk pelaburan harta. Ia juga dapat mewujudkan amalan tolong-menolong sesama anggota masyarakat. Ia mewujudkan suasana saling lengkap-melengkapi dengan memanfaatkan segala keupayaan. Ini dapat dicapai dengan menggabungkan mereka yang mempunyai banyak harta tetapi kurang berkemahiran (pemodal/pelabur) dengan mereka yang mempunyai kemahiran yang tinggi tetapi kurang berharta atau sebagainya (pengusaha).

5 HUKUM PELABURAN Kontrak mudharabah adalah kontrak yang jaiz. Maknanya, kedua-dua pihak iaitu pemodal/pelabur dan pengusaha berhak membatalkan kontrak, tidak kira sama ada pengusaha telah memulakan kerjanya ataupun tidak. Jika pembatalan dibuat sebelum kerja-kerja dimulakan, pengusaha tidak berhak menggunakan sama sekali modal tersebut. Ini kerana tindakan tersebut dianggap sebagai menggunakan harta orang lain tanpa kebenaran.

6 Jika pembatalan dibuat selepas kerja-kerja dimulakan, pengusaha perlu menghentikan serta-merta sebarang urusan yang baru. Dalam keadaan ini, pengusaha wajib menjual barangan yang ada padanya untuk mendapatkan wang tunai tempatan dan menyelesaikan hutang yang berkaitan dengan syarikat. Selepas itu, barulah pengiraan dijalankan. Semua modal akan diserahkan semula kepada pelabur sementara keuntungan akan dibahagi mengikut perjanjian.

7 RUKUN KONTRAK PELABURAN
Lafaz (sighah) iaitu penawaran dan persetujuan dengan kata-kata yang menunjukkan persetujuan untuk mewujudkan kontrak dan perkongsian ini. Lafaz ini mestilah terus berkuatkuasa. Persetujuan juga mestilah berturutan dengan penawaran berdasarkan amalan yang diguna pakai.

8 Pihak yang mengikat kontrak iaitu pelabur dan pengusaha
Kedua-dua mestilah mempunyai kelayakan sebagai wakil dan pewakil Pelabur akan bertindak sebagai pewakil dan pengusaha sebagai wakil apabila ia mengusahakan modal pelabur dengan kebenarannya.

9 Modal. Ia tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
Mestilah berbentuk matawang Modal tidak boleh berbentuk barangan perniagaan kerana ia membabitkan risiko yang besar. Iaitu keuntungan dan modal tidak dapat dipastikan kerana sesuatu barangan mempunyai nilai yang berbeza pada ketika diterima, dijual dan dipulangkan.

10 Modal mestilah dalam jumlah tertentu.
Modal mestilah dalam bentuk tunai. Hutang pelabur yang ditanggung oleh pengusaha tidak sah dijadikan modal, kecualilah jika ia diserahkan secara tunai dalam majlis kontrak. Modal mestilah diserahkan kepada pengusaha. Maksudnya, modal mestilah berada dalam pegangan pengusaha dan hanya dia sahaja yang mempunyai hak untuk menggunakannya.

11 SYARAT-SYARAT KONTRAK MUDHARABAH
Kebebasan menjalankan urusan tanpa tertakluk kepada syarat tertentu. Keuntungan hanya dikongsi antara pelabur dan pengusaha. Pengusaha mestilah bebas menguruskan modal dan bekerja.

12 STATUS PENGUSAHA Pengusaha adalah pihak yang memegang amanah (yad amanah) terhadap modal yang diserahkan kepadanya dan barangan yang dibeli menggunakan modal tersebut. Dia tidak perlu membayar ganti rugi terhadap modal pelaburan yang musnah dalam pegangannya. Kecualilah jika ia berlaku secara sengaja atau kerana kecuaian dalam melaksanakan tanggungjawab.

13 KERUGIAN DITANGGUNG OLEH PELABUR
Oleh kerana pengusaha sebagai orang yang memegang amanah, ini bermakna segala kerugian sepanjang pelaburan akan ditanggung oleh pelabur sahaja.

14 GARIS PANDUAN PENGUSAHA
Terdapat beberapa perkara yang perlu dipatuhi oleh pengusaha: Pengusaha tidak boleh membeli sesuatu barangan untuk pelaburan dengan harga yang melebihi modal. Pengusaha tidak harus membawa modal bersama dalam perjalanan tanpa izin pelabur.

15 Pengusaha tidak boleh menjual secara hutang iaitu dengan menangguhkan bayaran hingga ke suatu tempoh tertentu. Kecualilah jika ia dibenarkan oleh pelabur. Pengusaha tidak dibenarkan mengambil pengusaha lain untuk bekerja dan berkongsi keuntungan bersamanya walaupun ia dibenarkan oleh pelabur [menurut pendapat yang paling sahih (asoh)]

16 Pengusaha tidak boleh sama sekali menggunakan modal pelaburan untuk kegunaan peribadi ketika dia menetap di tempat perniagaan.   Menurut ulama mazhab Hanafi, pengusaha berhak mengambil semua perbelanjaannya daripada modal ketika dalam perjalanan kerana dalam perjalanan tersebut, segala tindakannya tertumpu hanya untuk pelaburan. Dengan itu dia berhak mendapat peruntukan sebagai ganjaran kepada penumpuan tersebut.

17 BILAKAH PENGUSAHA MEMPEROLEHI KEUNTUNGAN ?
Setelah pengusaha menerima modal, menggunakannya dalam jual beli dan kemudiannya memperolehi keuntungan, dia berhak mengambil bahagiannya setelah semua modal dan keuntungan diperolehi. Ini adalah pendapat yang paling kuat (azhar) Ini adalah setelah semua barangan berjaya dijual dan modal diperolehi semula dalam bentuk tunai. Kemudian, pelabur dan pengusaha akan membahagikan keuntungan setelah modal pelaburan diasingkan.

18 PENAMATAN KONTRAK MUDHARABAH
Pembatalan Kematian salah satu pihak Salah satu pihak gila atau pengsan Kemusnahan modal pelaburan

19 PERCANGGAHAN ANTARA PELABUR DAN PENGUSAHA
Jika pengusaha dan pelabur bercanggah mengenai keuntungan; Jika pengusaha mendakwa tidak memperolehi apa-apa keuntungan. Ataupun dia berkata “Saya hanya mendapat keuntungan sebanyak ini” Pengakuan pengusaha ini akan diterima jika disokong oleh sumpah. Ini kerana pada asalnya tiada keuntungan.

20 Jika pengusaha mengaku mendapat sejumlah keuntungan, kemudian dia mendakwa tersilap membuat perkiraan. Dakwaannya ini tidak akan diterima kerana dia menarik balik pengakuan yang telah dibuat membabitkan hak pihak lain. Oleh itu dakwaannya tidak diterima.

21 Apabila kedua-dua pihak bercanggah mengenai sesuatu barangan;
Pelabur berkata: “Anda membeli barang ini untuk pelaburan”. Sementara pengusaha mendakwa: “Saya beli barang ini untuk diri saya” ataupun sebaliknya.

22 Pengakuan pengusaha akan diterima jika disokong oleh sumpah dan sekiranya pembelian tersebut dibuat dalam bentuk hutang. Ini kerana pengusaha adalah pihak yang dipercayai dan lebih mengetahui tentang niatnya. Namun jika pengusaha membeli menggunakan wang modal pelaburan, pengakuannya tidak diterima. Walaupun dia sebenarnya berniat membeli untuk dirinya sendir. Barang yang dibeli ini kira termasuk dalam pelaburan.

23 Sekiranya mereka bercanggah mengenai jumlah modal pelaburan atau jenis modal.
Pengakuan yang diterima ialah pengakuan pengusaha yang disokong oleh sumpah. Ini kerana asalnya tiada bayaran tambahan yang diberikan kepadanya.

24 Sekiranya mereka bercanggah mengenai sebab kemusnahan modal.
Jika pelabur mendakwa kemusnahan dilakukan dengan sengaja atau kerana cuai, sementara pengusaha berkata “Tidak, ia berlaku tanpa disengajakan dan bukan kerana kecuaian” Pengakuan pengusaha akan diterima jika disokong oleh sumpah kerana pengusaha adalah orang yang diberi kepercayaan

25 Jika mereka bercanggah mengenai pemulangan modal.
Jika pengusaha mendakwa telah memulangkannya, sementara pelabur menafikan yang ia telah dipulangkan. Pengakuan pengusaha akan diterima kerana dia adalah orang yang diberi amanah. Setiap orang yang diberi amanah yang mengaku telah memulangkan milik orang yang memberi amanah kepadanya, pengakuannya akan diterima jika disokong oleh sumpah.

26 Jika berlaku kemusnahan kepada modal dan pelabur mendakwa ia sebenarnya diberikan sebagai hutang, sementara pengusaha mendakwa ia adalah pelaburan. Pengakuan pelabur akan diterima jika ia disokong oleh sumpah. Ini kerana pengusaha mengaku menerima modal tersebut dan mendakwa tidak menanggung sebarang tanggungjawab. Sedangkan pada asalnya dia bertanggungjawab.

27 Jika mereka bercanggah mengenai pembahagian keuntungan.
Kedua-dua pihak perlu mengangkat sumpah bagi menyokong dakwaan masing-masing. Ini kerana masing-masing bercanggah mengenai untung yang bakal diperolehi. Setelah kedua-dua pihak bersumpah, pemilik akan memperolehi seluruh keuntungan kerana keuntungan ini adalah hasil pelaburan hartanya. Sementara pengusaha pula akan mendapat upah sepadan dengan kerjanya


Download ppt "PELABURAN (MUDHARABAH / QIRADH)"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google