Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehDevi Makmur Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
EED 3217 EKSPRESI KREATIVITI KANAK-KANAK
PROFESOR MADYA DR. ABDUL RASID JAMIAN JAB. PEND. BAHASA DAN KEMANUSIAAN FAKULTI PENGAJIAN PENDIDIKAN UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA
2
PENDEKATAN DAN TEORI DALAM SENI
Pengenalan Mengajar itu seni, beberapa ketrampilan dan persiapan agar menghasilkan pendidikan yang bermutu 3 tugas guru, iaitu tugas profesional, tugas manusiawi dan tugas kemasyarakatan Tugas profesional - dari seorang guru adalah meneruskan atau mentransmisi ilmu pengetahuan, ketrampilan, dan nilai- nilai lain yang sejenis, yang belum diketahui anak dan seharusnya diketahui oleh anak didik.
3
Tugas manusiawi - dari seorang guru adalah membantu anak didik agar dapat memenuhi tugas-tugas utama dan menjadi manusia yang sebaik-baiknya. Tugas-tugas manusiawi itu adalah transformasi diri, identifikasi diri, dan pengertian tentang diri sendiri. Tugas kemasyarakatan - merupakan konsekuensi guru sebagai warga negara yang baik, turut mengembang dan melaksanakan apa-apa yang telah digariskan oleh bangsa dan negara.
4
KONSEP KREATIF DAN KREATIVITI
Kreativiti adalah suatu potensi dan kebolehan asasi yang dimiliki oleh semua manusia. Tidak ada seorang manusia pun di dunia ini yang tidak kreatif. Cuma keupayaan seseorang itu mengetengahkan kreativitinya bergantung kepada faktor diri, persekitaran, dan jenis masalah yang dihadapi. Dalam pada itu, bakat kreatif mesti dipupuk dan dibajai.
5
Kreativiti merupakan suatu kebolehan berfikir dan bertindak yang tidak berasaskan logik biasa kerana, logik bersifat ’penilaian’ (judgemental). Ini tidak bermakna kreativiti memerlukan pemikiran kritis dan analitis. Kreativiti tahap tinggi amat memerlukan pemikiran logik- kritis kerana idea yang asli belum tentu boleh berjaya jika ia dipasarkan.
6
Kewujudan pemikiran kreatif adalah seusia dengan kejadian manusia.
Manusia telah mengaplikasikan bentuk pemikiran kreatif dalam kehidupan tanpa mereka sedari. Banyak penyelesaian masalah dan membuat keputusan oleh manusia menggunakan akal dan idea kreatif.
7
Edward de Bono (1995) menyatakan, terdapat 5 premis yang menyebabkan kreativiti sebagai kebolehan yang perlu dimiliki oleh individu, organisasi dan masyarakat. Antaranya ialah: Untuk perubahan dan pembaikan. Untuk menyelesaikan masalah. Untuk memberi nilai dan peluang baharu. Untuk masa depan. Untuk motivasi.
8
menurut de Bono (1970), kreativiti itu memang berlaku tanpa disedari oleh manusia itu sendiri.
Kini terdapat ribuan maksud berkenaan pemikiran kreatif dan kesemuanya dapat disimpulkan sebagai berikut (Hassan, 1989) dan (Nik Azis, 1994); “Terminologi kreatif berasal daripada perkataan Latin ‘creare’ yang bermaksud ‘membuat’ (to make). Manakala dalam bahasa Greek pula, ‘Krainein’ yang membawa makna ‘memenuhi’. Dalam bahasa Inggeris ‘create’ atau ‘cipta’ dalam bahasa Melayu.”
9
FALSAFAH KREATIVITI Pendekatan Barat
Falsafah kreatif mula muncul apabila mula mencabar alam, diri, dan kuasa supernatural – termasuk Tuhan. Kebebasan (freedom), semangat inkuiri dan pelepasan diri (escapism) menyebabkan manusia mula membuat penyesuaian hidup dengan faktor alamiah dan supernatural. Manusia mula mampu berkreatif dan melihat akan perlunya perubahan dalam kehidupan maka mereka mula mempersoalkan sesuatu yang telah dan belum pasti. Semangat dialektika dan fahaman empirikalisme telah mendorong manusia mencari dan mengubah diri, alam, dan kepercayaan.
10
Terdapat banyak aliran yang amat berpengaruh dalam falsafah kreatif ini. Antaranya ialah:
Aliran Neo-sophisme Aliran Intuisionisme Kreativiti Barat berpegang kepada prinsip Machiavellianisme yang menghalakan setiap cara demi menuju matlamat. Kreativiti Barat juga menolak nilai dan kebenaran dalam idea, pemikiran, dan tindakan. Untuk menyelesaikan sesuatu masalah seseorang itu tidak seharusnya terikat dengan norma, nilai, dan kepercayaan yang dogmatik.
11
kreativiti Barat banyak diresapi semangat golongan sofie klasik seperti Protogoras, Plato dan Herodotus Golongan neo-sofis ini meletak asas-asas seperti berikut dalam pemikiran dan tindakan mereka, iaitu: Relativistik – golongan ini beranggapan bahawa dunia, idea, pemikiran dan tindakan adalah bebas nilai. Tingkah laku dan pemikiran bergantung kepada tanggapan individu itu sendiri. Nilai-nilai teras fahaman relativistik ialah:
12
Prinsip menolak nilai - nilai baik, jahat dan positif atau negatif bergantung kepada niat dan matlamat yang hendak dicapai. Bagi mereka, nilai boleh ditafsir secara relatif dan bersifat neutral. Tiada hukum yang pasti - apa sahaja hukum yang bersifat rigid, mengongkong dan mengekang kebebasan berfikir dianggap akan membunuh kreativiti. Maka kreativiti akan mengenepikan hukum mutlak yg akan mengurangkan kebebasan berkreatif. Nilai kebenaran adalah sementara dan relatif - nilai kebenaran bersifat relatif dan sementara. Kebenaran mengikut keadaan, masa dan tempat. Maka, tidak ada satu idea kreatif yang dapat bertahan lama kerana ia akan diganti dengan idea yang lebih baik.
13
Idea dan alternatif idea dikatakan berguna dan berkualiti apabila idea itu dapat diperluas, diperbesar dan diperbanyakkan. Idea adalah aset kepada pemikiran kreatif. Otak kanan amat dititikberatkan. Skeptik Fahaman keraguan ini menyebabkan manusia berasa sangsi dan mempersoalkannya. Rasa sangsi terhadap alam, diri manusia serta perkara-perkara lain akan membangkit rasa ingin tahu dan cuba mencari jawapan secara konkrit atau literal maka akan timbul setiap kali kita menyaksikan sesuatu fenomena. Maka, penambahbaikan amat penting untuk menjadikan fenomena itu lebih baik daripada sebelumnya.
14
Utiliti - manusia percaya bahawa kepuasan dapat dicapai apabila terpenuhnya nikmat utiliti dalam diri seseorang. Idea kreatif dikira bermanfaat sekiranya ia dapat memberi nilai kebergunaan kepada individu. Dalam keadaan tertentu sesuatu idea dapat diubahsuai dan disimpan untuk masa depan.
15
Pragmatik - Elemen ini memberi keutamaan kepada sesuatu yang parktikal.
Idea kreatif mesti bersifat prgamatik dan realistik. Dengan cara ini ia mampu memberi kepuasan secara realistik. Jika sesuatu idea bersifat abstrak ia mampu direalisasikan secara abstrak. Ia tidak boleh bersifat idealistik dan utopia.
16
Generatif - Usaha yang dilakukan untuk memperoleh kuantiti idea.
Kuantiti idea dapat menerbitkan kualiti idea. Idea kreatif yang berkualiti terjelma menerusi pelbagai ramuan idea (songsang, terbalik, lama). Kualiti idea ialah idea yang luar biasa, bilazim dan tidak pernah wujud sebelumnya.
17
Aliran Intuisionisme Pelopornya ialah Plato. Dianggap bahawa kebolehan kreatif adalah sesuatu yang misteri, iaitu tidak dapat ditanggapi oleh akal fikiran yang rasional. Kreativiti berlaku secara kebetulan tanpa ada perancangan. Kreativiti berlaku dalam minda bawah sedar (subconscious) dan mengaku kreativiti ialah inspirasi ketuhanan. Ia bersifat luar biasa dan tidak masuk akal. Dianggap juga sebagai kreativiti sejarah. Contoh: lukisan Mona Lisa oleh Leonardo da Vinci.
18
Melihat idea kreatif bersifat subjektif.
Ia boleh dilihat sebagai berguna dan boleh dinilai sebagai baik atau tidak, boleh ditokok tambah atau dikurangi.
19
PENDEKATAN ISLAM kebolehan kreatif sebagai suatu kebolehan asasi yang ‘dipinjamkan’ oleh Allah. Kebolehan kreatif merupakan amanah yang wajib dipikul. Mengikut Hamka: segala sesuatu yang baru ditemui oleh manusia sebenarnya adalah sesuatu yang tidak diketahui dan tidak ditemui oleh manusia sebelumnya…. Islam melarang pendekatan Machiavellianisme (matlamat menghalalkan cara) dalam kreativiti. Pendekatan ini memisahkan kreativiti dengan konsep ketuhanan.
20
Dalam Islam, segala idea dan invensyen yang dihasilkan mestilah berlandaskan hukum agama.
Dilarang kreativiti untuk kepentingan peribadi atau merosakkan alam. Dalam zaman pascamoden, banyak idea kreatif bukan sahaja memusnahkan manusia malah meruntuh sesebuah tamadun. Albert Einstein mengingatkan Amerika supaya berhati-hati dengan teori e=mc2, kerana ia mampu memusnahkan dunia (peluru berpandu).
21
Falsafah isme yang sekular dan songsang meletakkan nilai kreativiti dan inovasi sebagai gaya hidup ranggi, iaitu menonjolkan kemewahan, berfoya-foya, membazir, hipokrit dan nafsu serakah. Masyarakat terlingkung dengan falsafah dedonisme dan nihilisme.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.