Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

TAMADUN MELAYU TERAS TAMADUN MALAYSIA

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "TAMADUN MELAYU TERAS TAMADUN MALAYSIA"— Transcript presentasi:

1 TAMADUN MELAYU TERAS TAMADUN MALAYSIA
Hasil Pembelajaran Menerangkan asas-asas pembentukan tamadun Melayu Menjelaskan kesinambungan antara tamadun Melayu dan Malaysia Mengenal unsur-unsur tamadun Melayu sebagai dasar kebangsaan Malaysia Kandungan Konsep Melayu Asas Tamadun Melayu Pandangan Semesta Tamadun Melayu Pencapaian dalam Pelbagai Bidang

2 Ras (genetik @ biologi)
PENGENALAN Tamadun Melayu (TM) dibentuk oleh masyarakat Melayu yang berada di wilayah Asia Tenggara yg dikenali gugusan Kepulauan Alam gugusan Kepulauan Melayu-Indonesia Dua perkara mewarnai TM: Bahasa Melayu Agama Islam KONSEP MELAYU Istilah Melayu merujuk Ras biologi) Iaitu sekumpulan manusia memiliki ciri genetik yg sama & berasal dari Alam Melayu Kebudayaan Melayu Pegangan dan amalan berteraskan agama Islam dan adat resam masyarakat Melayu Bahasa Melayu Bahasa yg dituturkan di seluruh kepulauan Melayu

3 Alam Melayu: Merangkumi kawasan kepulauan Melayu merentasi Asia Tenggara hingga sempadan Australia Orang Melayu yang merantau melepasi Kepulauan Melayu digelar Melayu Diaspora Melayu dalam Perlembagaan Malaysia Perkara 160, Melayu ditakrifkan: Lazimnya berbahasa Melayu Mengamalkan adat istiadat Melayu Beragama Islam

4 ASAS-ASAS TAMADUN MELAYU
Tamadun Melayu – masyarakat Melayu yg mempunyai struktur sosial – Raja, Ulama, pembesar, pedagang dan petani. Kemunculan tamadun Melayu diakitkan dengan kemunculan pusat-pusat kerajaan Melayu Asas Pembentukan Tamadun Melayu Masyarakat Melayu dikatakan mula bertapak sejak 5,000 thn dahulu. Kemunculan tamadun dan masyarakat Melayu berteraskan penguasaan pertanian. Amalan mesyuarah dlm kalangan masyarakat Melayu mencerminkan nilai kesakmaan anggota masyarakat. Lazimnya diamalkan kalangan masyarakat desa, manakala golongan Istana berkuasa mutlak Nilai2 luar turut mempengaruhi masyarakat Melayu spt. Hindu dan Buddha, Islam, kuasa Barat – British. Istimewanya, masyarakat Melayu boleh menyesuaikan nilai luar dgn nilai tempatan.

5 Kemunculan TM Hasil Penguasaan Laluan Dagang
Wujudnya kerajaan-kerajaan Melayu seawal 2,500 tahun dahulu spt di Lembah Bujang, Kedah dan Kuala Selinsing, Perak membuktikan terdapat pelabuhan-pelabuhan yang mengendalikan perdagangan. Antara nilai yang dapat dilihat berteraskan aktiviti ekonomi perdagangan iaitu interaksi dgn masyarakat luar, bersifat terbuka, menghormati undang2 tempatan mengambilkira pandangan pihak lain Pembentukan Empayar Melayu Sebelum Islam Wujud pengaruh agama Hindu-Buddha pd kerajaan-kerajaan Melayu awal. Ianya dpt dilihat pada monumen keagamaan spt candi lembah Bujang, candi Borobodur, Indonesia, Angkor Wat, Kemboja. Binaan kuil-kuil tersebut menggambarkan ketinggian kesenian tersendiri masyarakat Melayu ketika itu Empayar Melayu yang besar dan luas – empayar Funan dan empayar Sri Vijaya – menguasai laluan dagang Kerajaan Melayu spt Langkasuka dan Beruas di Tanah Melayu dan Sri Vijaya dicatat dlm catatan sejarah sarjana India dan Cina

6 Selepas Kedatangan Islam
Samb…. Selepas Kedatangan Islam Kedatangan Islam telah membentuk tamadun Melayu baru di mana menjadikan Tamadun Melayu gemilang spt Kesultanan Melayu Islam Melaka, Acheh, Pasai, Perlak, Patani, Johor-Riau yang menjadi pusat keintelektualan dan persuratan Melayu Antara karya yang dihasilkan - Hikayat Raja-raja Pasai, Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Hang Tuah, Hukum Kanun Melaka dan Undang-undang Laut Melaka, Adat Raja-raja Melayu, Sulalat Sejarah Melayu dsb. Antara tokoh ilmuan Melayu yang lahir pada zaman ini – Hamzah Fansuri, Arshad al- Banjari, Syeikh Daud al-Fatani, Yusuf al-Makasari dll. Istana, masjid, sekolah pondok, madrasah berfungsi sebagai pusat pengembangan ilmu. Bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu dan lingua franca. Pelaksanaan undang-undang Islam dan adat spt Hukum Kanun Melaka dan Undang- undang Laut Melaka bukti ketamadunan Melayu Islam.

7 Teori Kedatangan Islam ke Alam Melayu
Dibawa dari India Dibawa dari China dan Champa Dibawa dari Arab

8 Islam Dibawa Dari India
Kebanyakan sarjana Barat menyokong teori ini spt Snouck Hugronje, B. Harrison, Thomas Arnold, Weirtheim, Monquette Mereka berpendapat Islam dibawa ke Alam Melayu oleh pedagang-pedagang India Muslim dari India Pendapat Monquette Islam dibawa dari arah Gujerat, India Hujahnya – wujud persamaan batu nisan di Pasai (1428M) dan di Gerisik (1419M) dgn di Gujerat. Thomas Arnold Islam dibawa dari arah Banggala atau Malabar Hujahnya – persamaan mazhab di daerah ini dgn di Alam Melayu iaitu Mazhab Syafie Kebanyakan hujah teori sarjana Barat ini tidak diterima oleh kebanyakan ahli sejarah kerana fakta yang tidak kukuh.

9 Islam Dibawa dari China dan Champa
Menurut laporan China Islam – orang Arab Islam telah sampai ke China pada zaman Dinasti Pang ( M) Wahab Abi Kabsyah utusan Rasulullah s.a.w telah sampai ke Canton dan meninggal di situ. Khalifah Saidina Uthman B Affan juga pernah mengutus Saad Abi Waqas ke Canton dan telah membina masjid di situ. Pada 878M tercetus pemberontakan di Canton ekoran rasa tidak puas hati terhadap pencapaian ekonomi orang Islam. Keadaan ini mendorong orang Arab Islam melarikan diri mencari perlindungan hingga ke Alam Melayu. Antara bukti teori Islam disebarkan oleh orang Arab Islam dari China ke Alam Melayu: Penemuan batu nisan bertarikh 1039M dan tugu yang tercatat hukum Islam (1025M) di Champa Penemuan batu bersurat di Kuala Berang, Terengganu Sarjana yang menyokong teori ini S.Q Fatimi dan R.O Winstedt

10 Islam Dibawa dari Arab Kebanyakan ahli sejarah termasuk sarjana tempatan seperti Dr. Syed Muhammad Naquib al- Attas dan Dr. Hamka menyokong teori ini. Hujah / bukti Islam dibawa terus dari Arab: Pengaruh tulisan jawi yang sama dengan huruf-huruf Arab, Cuma terdapat penambahan utk disesuaikan dengan sebutan tempatan seperti ga, cha, nga, pa, nya Cara tata bacaan al-Quran di Alam Melayu mirip dengan tata bacaan di Arab dan tidak mirip bacaan orang India atau China PengIslaman raja-raja Melayu oleh pendakwah Islam dari Arab spt Maharaja Derbar II (Kedah) pd 1136M diIslamkan oleh Syeikh Abdullah b Syeikh Ahmad dari Yaman, Parameswara telah diIslamkan oleh Syeikh Abdul Aziz dari Jeddah dan menukar nama Sultan Muhammad Shah. Pengaruh istilah dan perkataan Arab seperti kitab, ilmu, kerusi, sultan, syukur dll termasuk pada nama dan penggunaan bin / binti. Hubungan perdagangan antara Arab dan Alam Melayu telah terjalin sejak sebelum kedatangan Islam lagi. Khalifah Muawiyah Abi Sufian dikatakan telah berdakwah ke atas kerajaan Hindu Srivijaya. Kajian menunjukkan kebanyakan raja-raja Melayu spt Brunei, Acheh, Patani, Champa, Pahang, Johor, Terengganu dan Perlis berketurunan Ahl al-Bayt (keturunan nabi Muhammad)

11 Pandangan Semesta (Nilai-nilai) Tamadun Melayu
Akidah Islam Ketaatan kepada Sultan Berpegang kepada Adat Memuliakan Orang Tua Mengutamakan Kekeluargaan dan Silaturahim Saling Menghormati Meraikan Tetamu Bertimbang rasa Berbudi Bahasa & Sopan Santun Bermuafakat Bergotong-royong

12 PENCAPAIAN DALAM PELBAGAI BIDANG
Persuratan Kesenian Sains dan Teknologi

13 Persuratan Sebelum Islam Selepas Kedatangan Islam
Bentuk sastera lisan dan hikayat spt cerita mitos – Puteri Santubong, cerita lagenda – Mahsuri, cerita mergastua – Sang Kancil. Pantun, gurindam, seloka dll. Selepas Kedatangan Islam Sastera kitab – Sharabul Ashiqin karya Hamzah Fansuri Sastera kenegaraan – Tajul Salatin karya Bukhari al-Jauhari Historiografi – Sulalatul Salatin karya Tun Sri Lanang Astronomi – Ilmu Falak karya Syeikh Ahmad al-Fatani Matematik – Raudat al-Hussab fi A’mal al-Hisab karya Syeikh Ahmad Abdul latif al-Khatib

14 Kesenian Tari Muzik Ukiran dan Khat Bela diri Pertukangan
Tenun, sulaman, anyaman Kulinari

15 Sains dan Teknologi Teknologi Alam Bina Teknologi Pertanian
Teknologi Tekstil dan warna Sains Ukuran, Timbangan dan Sukatan


Download ppt "TAMADUN MELAYU TERAS TAMADUN MALAYSIA"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google