Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PSIKOSOSIAL SUKAN Personaliti dan Sukan

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PSIKOSOSIAL SUKAN Personaliti dan Sukan"— Transcript presentasi:

1 PSIKOSOSIAL SUKAN Personaliti dan Sukan
Disediakan oleh: ABDUL LATIF BIN AHMAD IPG Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat, Johor.

2 PENGERTIAN PERSONALITI
Secara umum personaliti bermaksud sahsiah, keperibadian, atau perwatakan seseorang. Personaliti adalah pola-pola atau tingkah laku seseorang individu yang dijelmakan dalam kehidupan seharian masing- masing. ( Mishel, 1968). Personaliti sebagai satu organisasi dinamik sistem psikofizikal pada seseorang individu yang menentukan tingkah laku dan fikirannya yang khusus. (Allport, 1961)

3 PENGERTIAN PERSONALITI
Personaliti ialah organisasi watak, perangai, intelek, bentuk badan yang agak stabil dan yang menentukan penyesuaiannya yang unik terhadap persekitarannya. (Eysenck, 1981) Personaliti sebagai corak keseluruhan individu yang merangkumi pelbagai aspek termasuk cara dia berfikir, berasa, bertingkah laku dan cara berhubung dengan alam sekitarnya. (Kagen dan Segal, 1988). Personaliti merupakan teori tingkah laku seseorang dan behaviorisme. (Watson, 1919)

4 Perbezaan antara personaliti, watak dan trait
Personaliti merujuk kepada organisasi watak, perangai, intelek, bentuk badan, cara pemikiran, perasaan dan tingkah laku seseorang individu. Watak biasanya merupakan satu bentuk penilaian yang dilakukan oleh ahli-ahli masyarakat dan adalah berdasarkan nilaitara-nilaitara budaya masyarakat. Watak biasanya merangkumi trait-trait seperti kejujuran, toleransi, belas kasihan, hormat-menghormati dan sebagainya. Trait ialah ciri personaliti yang agak kekal.

5 KLASIFIKASI PERSONALITI
Menurut Carl Jung (1875 – 1961), personaliti individu boleh diklasifikasikan kepada tiga kumpulan yang besar iaitu : Ekstrovert Introvert Ambivert

6 KLASIFIKASI PERSONALITI
Ekstrovert Biasanya menonjolkan ciri- ciri seperti relaks, gemar kepada keseronokan, suka bercampur gaul, aktif, inovatif atau gemar kepada perubahan, gemar akan aktiviti-aktiviti luar, mudah bercakap, cepat bertindak balas, tidak mudah bimbang dan mempunyai ciri-ciri kepimpinan.

7 KLASIFIKASI PERSONALITI
Introvert Menonjolkan ciri-ciri seperti pasif, gemar berseorangan, pemalu, sensitif, cermat reflektif atau sentiasa berfikir terlebih dahulu sebelum menjalankan sesuatu, boleh dipercayai, tenang, tingkah laku yang terkawal, dan kurang bersedia untuk menanggung risiko.

8 KLASIFIKASI PERSONALITI
Ambibert Bagi individu-individu yang mempunyai trait-trait personaliti yang sukar digolongkan sebagai introvert atau ekstrovert, maka mereka boleh disifatkan sebagai ambivert. Ambivert mempunyai trait- trait seorang ekstrovert dan introvert.

9 PENGARUH PERSONALITI TERHADAP SUKAN
Individu Introvert cenderung utk memilih jenis sukan yg memerlukan: Penumpuan Ketepatan Motivasi kendiri Kemahiran yg rumit Tahap arousal (kebangkitan) yg rendah Pencapaian individu spt memanah, golf & snooker

10 PENGARUH PERSONALITI TERHADAP SUKAN
Individu Extrovert cenderung utk memilih jenis sukan: Menarik dan menyeronokkan Sukan berpasukan Rentak / jejak yg pantas Tahap arousal / kebangkitan yg tinggi Kemahiran motor yg besar dan mudah Konsentrasi yg rendah spt, rugby dan tinju

11 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERSONALITI
FAKTOR BAKA/GENETIK Faktor genetik merujuk kepada faktor baka. Secara umumnya baka ibu bapa akan mempengaruhi personaliti anak-anak mereka terutamanya dari segi bentuk badan, keadaan fizikal, kecerdasan dan emosi anaknya. Jenis bentuk badan Rupa bentuk badan Ciri-ciri personaliti Endomorf Bulat dan lembut Trait Viscerotinia: Suka bergaul, cepat mesra, berlega, mengandur. Mesomorf Otot-otot kuat, berkemahiran psikomotor Trait Somatotonia: Tegas, agresif, suka riadah, sedia menghadapi cabaran. Ektomorf Kurus dan tinggi Trait Cerebrotonia: Tidak suka bergaul, introvert, tidak suka aktiviti fizikal.

12 FAKTOR-FAKTOR YANG MEMPENGARUHI PERSONALITI
FAKTOR PERSEKITARAN Persekitaran memang memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi personaliti seseorang individu. Faktor persekitaran yang mempengaruhi pembentukan dan perkembangan personaliti seseorang merangkumi keadaan keluarga, sekolah, rakan sebaya, masyarakat dan pengalamannya.

13 SEKIAN TERIMA KASIH


Download ppt "PSIKOSOSIAL SUKAN Personaliti dan Sukan"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google