Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PENGURUSAN HARTA DALAM PERUNDANGAN ISLAM

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PENGURUSAN HARTA DALAM PERUNDANGAN ISLAM"— Transcript presentasi:

1 PENGURUSAN HARTA DALAM PERUNDANGAN ISLAM
PENCERAMAH: HASIAH BINTI MAT SALLEH

2 Pengertian Faraid Dari segi bahasa: ketetapan. Dari segi syarak:
Pembahagian harta pusaka selepas kematian yang ditetapkan di bawah hukum syarak ke atas waris – waris yang sah dan layak.

3 Dalil Faraid Dalil Al-Quran
Ayat Mujmal - menjelaskan hak-hak waris secara umum tanpa menetukan bahagian setiap waris secara terperinci. Ayat Mufassal / Al-Mawarith – (ayat pewarisan) – menjelaskan secara terperinci waris-waris dan kadar bahagian masing-masing.

4 Dalil Faraid Firman ALLAH SWT:
Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, danorang- orang perempuan pula ada bahagian pusaka dari peninggalan ibu bapa dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu; iaitu bahagian yang telah diwajibkan (dan ditentukan oleh ALLAH). Surah An-Nisa’: 7

5 Dalil Faraid Firman ALLAH SWT: ALLAH perintahkan kamu mengenai (pembahagian harta pusaka untuk) anak-anak kamu, iaitu bahagian seorang anak lelaki menyamai bahagian dua orang anak perempuan. Tetapi jika anak-anak perempuan itu lebih dari dua, maka bahagian mereka ialah 2/3 dari harta yang ditinggalkan oleh simati. Dan jika anak perempuan itu seorang sahaja, maka bahagiannya ialah ½ (separuh) harta itu. Dan bagi ibubapa (simati), tiap-tiap seorang dari keduanya: 1/6 dari harta yang ditinggalkan oleh simati, jika simati itu mempunyai anak. Tetapi jika simati tidak mempunyai anak, sedang yang mewarisinya hanyalah kedua ibubapanya, maka bahagian ibunya ialah 1/3.

6 Tuntutan Belajar Ilmu Faraid
Sabda Rasulullah saw: Pelajarilah ilmu Faraid dan ajarkanlah kepada orang lain. Sesungguhnya aku akan mati, ilmu ini juga akan mati dan akan berlaku kacau- bilau. Sehingga apabila dua orang bertelingkah kerana harta pusaka, mereka tidak akan dapat menemui sesiapa yang boleh menyelesaikan kes mereka. - Hadis riwayat al-hakim daripada Ibnu Mas’ud

7 Tuntutan Belajar Ilmu Faraid
Sabda Rasulullah saw: Pelajarilah ilmu Faraid dan ajarkanlah kepada manusia, kerana ianya adalah separuh daripada ilmu dan akan dilupakan. Ia juga adalah ilmu yang pertama akan dicabut dari umatku. - Hadis riwayat Ibnu Majah daripada Abu Hurairah

8 Para Sahabat & Ilmu Faraid
Sabda Rasulullah saw: Orang yang paling arif tentang ilmu Faraid ialah Zaid bin Thabit. - Hadis riwayat Tarmizi, Ibnu Majah dan Ahmad

9 Pewarisan Sebelum Islam
Tiada hak harta pusaka ke atas golongan wanita – isteri, anak perempuan, ibu, waris – waris perempuan yang lain. Tiada hak harta pusaka ke atas kanak – kanak yang belum baligh. Pewarisan hanya kepada golongan lelaki yang boleh mempertahankan kabilah dan keluarga dari serangan musuh. Pewarisan hanya berlaku atas dasar keturunan (untuk lelakiyang dewasa), perjanjian dan anak angkat.

10 Pembaharuan Pwarisan Islam
Tidak menafikan hak pusaka antara jantina samada lelaki atau perempuan, kecil atau besar. Daripada 12 golongan waris ashabul furud, 8 darinya adalah waris perempuan, 4 sahaja lelaki. Hak pusaka islam berasaskan hubungan kerabat dan akad perkahwinan. Ibubapa dan anak-anak tidak digugurkan dari menerima harta pusaka dalam apa jua sekalipun, Cuma jadarnya mungkin berbeza berdasarkan struktur waris. Apabila wujud waris lelaki dan perempuan, waris lelaki akan mendapat 2 bahagian berbanding perempuan 1 bahagian

11 Sebab – Sebab Pewarisan
Hubungan Keturunan – ikatan kekeluargaan, kerabat, nasab Perkahwinan – pernikahan yang sah Wala’ – pembebasan hamba; bekas pemilik hamba dianggap asabah bil nafsi Islam – Baitul Mal berhak atas harta seorang muslim yang tiada waris

12 Rukun – Rukun Pewarisan
Al-Muwarrith – Pewaris / simati yang hartanya boleh diwarisi. Al-Warith – Waris yang akan menerima harta pusaka dan disyaratkan hidup pada masa kematian pewaris Al-Mauruth – Harta yang dipusakai; iaitu harta peninggalan yang ditinggalkan oleh pewaris, sama ada harta alih atau tak alih dan hak-hak yang berkaitan dengan harta selepas kematiannya

13 Syarat – Syarat Pewarisan
Kematian pewaris (orang yang meninggalkan harta untuk diwarisi) – telah disahkan atau dianggap telah mati. Waris disahkan masih hidup pada saat kematian pewaris. Hubungan waris dengan simati diketahui sama ada melalui hubungan kekeluargaan, pernikahan atau wala’. Tiada halangan pewarisan seperti pembunuhan, perhambaan dan perbeaan agama.

14 Hak-Hak Ke Atas Harta Pusaka Simati - Wajib berdasarkan nas-nas al-Quran, Sunnah dan Ijma ‘Ulama’
Belanja Pengurusan Jenazah Tanggung Hutang – Agama Tanggung Hutang – Manusia Bahagian Harta Sepencarian Peruntukan Wasiat (terhad 1/3 HPB) Pembahagian Mengikut Hukum Faraid

15 3 Kategori Waris Ashabul Furud – waris yang telah ditetapkan bahagiannya Waris ;Asabah – waris yang mendapat baki lebihan selepas pembahagian kepada waris Ashabul Furud Waris Dzawil Arham – waris yang mempunyai hubungan kerabat atau darah dengan simati selain daripada Ashabul Furud dan ‘Asabah

16 Waris Ashabul Furud Telah ditetapkan bahagian / pecahan
12 golongan waris – 8P, 4L Waris paling utama dan didahulukan dalam pembahagian pusaka berbanding Waris ‘Asabah dan Dzawil Arham Menerima salah satu bahagian ½, ¼, 1/6, 1/8, 1/3, 2/3 atau 1/3 baki. Dibahagi kepada tiga golongan. Waris Utama, Waris Gantian, Waris sisi.

17 Waris Ashabul Furud Waris Utama – suami, isteri, ibu, bapa dan anak perempuan – mereka tidak digugurkan untuk menerima pusaka secara mutlak Waris Gantian – datuk, nenek dan anak perempuan kepada anak lelaki. Datuk ganti tempat bapa, nenek ganti tempat ibu, dan anak perempuan kepada anak lelaki ganti tempat anak perempuan Waris Sisi – saudara perempuan seibu sebapa, saudara perempuan sebapa dan saudara lelaki dan perempuan seibu.

18 Memahami Faraid Langkah – langkah memahami Ilmu Faraid
Tentukan Struktur Keluarga Tentukan Pertalian Waris Tentukan Jenis Baki (Asabah)

19 Carta Struktur Keluarga
ISTERI SUAMI ANAK LELAKI ANAK PEREMPUAN

20 Tentukan Pertalian waris
Langkah Kedua Tentukan Pertalian waris

21 Waris Fardhu / Utama Sentiasa berhak kepada pewarisan. Tidak boleh dikecualikan dari pembahagian, Bagaimanapun jumlah bahagian yang diterima Tertakluk kepada struktur sesebuah keluarga SIAPAKAH MEREKA??

22 Waris Fardhu / Utama Isteri / Suami Ada / Tiada Anak ¼ ; 1/8 ½ ; 1/4
1/3 ; 1/6 ; 1/3B 1/6 ; 1/6 + A ; A Ibu Ada / Tiada Anak 1/38 – Kes Umaryyatain Bapa Anak L/P Tiada 1/2 ; 2/3 ; ABG A ; ABG Anak Tunggal 2 atau Lebih P ABG – Bersama L Anak Tunggal atau lebih L ABG – Bersama P Anak P Anak L

23 Dikecualikan dengan adanya Waris Fardhu. SIAPAKAH MEREKA ?
Waris Ganti Dikecualikan dengan adanya Waris Fardhu. SIAPAKAH MEREKA ?

24 Waris Ganti Isteri / Suami Nenek (sebelah ibu & bapa) Ibu Datuk
(sebelah bapa) Bapa Anak P Cucu Perempuan (Daripada Anak Lelaki) Anak L Cucu Lelaki (Daripada Anak Lelaki)

25 SEKIAN TERIMA KASIH


Download ppt "PENGURUSAN HARTA DALAM PERUNDANGAN ISLAM"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google