Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

MALAYAN UNION Usaha British untuk menghapuskan negara dan bangsa yang dibina sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka Sebelum ini British menerima : 1)Negeri.

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "MALAYAN UNION Usaha British untuk menghapuskan negara dan bangsa yang dibina sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka Sebelum ini British menerima : 1)Negeri."— Transcript presentasi:

1 MALAYAN UNION Usaha British untuk menghapuskan negara dan bangsa yang dibina sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka Sebelum ini British menerima : 1)Negeri Melayu,raja Melayu dan orang Melayu sebagai pemilik Tanah Melayu. 2)Adat istiadat Melayu,agama Islam dan bahasa Melayu sebagai budaya Tanah Melayu

2 Tunjuk perasaan orang Melayu menentang Malayan Union

3 Sokongan terhadap Dato Onn amat kuat dalam usaha menentang Malayan Union

4 SEBAB-SEBAB PENGENALAN MALAYAN UNION
Persediaan membentuk kerajaan sendiri Melahirkan pentadbiran yang licin Menjimatkan kos pentadbiran Membentuk bangsa Malayan Union Mengawal kuasa poilitik orang Melayu

5 Ciri-ciri Perjanjian Malayan Union 1946
Semua Negeri Melayu Bersekutu dan Negeri Melayu Tidak Bersekutu serta dua Negeri Selat di satukan Seorang gabenor British dilantik oleh Ratu England untuk mengetuai Malayan Union Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union dibentuk Singapura diasingkan kerana kepentingannya sebagai pelabuhan bebas

6 Ciri-ciri Perjanjian Malayan Union 1946 (sambungan)
Kewarganegaraan sama rata dengan prinsip “Jus Soli” menjadi asas kerakyatan Malayan Union Raja-Raja Melayu menjadi ahli Majlis Raja-Raja yang hanya membincangkan soal agama Islam dan adat istiadat Melayu sahaja Seorang Pesuruhjaya dilantik bagi setiap negeri sebagai ketua pentadbir

7 Reaksi Terhadap Malayan Union
Sebab penentangan oleh orang Melayu 1.Membantah tindakan Sir Harold MacMichel mengugut Raja-Raja Melayu 2.Sultan tidak diberi masa yang cukup untuk berunding dengan Majlis Mesyuarat Negeri 3.Terdapa sultan yang menandatangani Perjanjian Malayan Union atas dasar setia kawan 4.Orang Melayu menentang penghakisan kuasa Raja-Raja Melayu dalam Malayan Union 5.Pemberian kerakyatan yang longgar 6.Bimbang kehilangan warisan yang dibina oleh Kesultanan Melayu Melaka

8 Sokongan kepada Malayan Union
Penyokong Malayan Union antaranya orang dagang dan Melayu radikal. Melayu radikal ialah kumpulan orang Melayu yang menolak sistem politik feudal dan memandang Indonesia sebagai inspirasi. Mereka mendokong Melayu Raya dan bergabung dengan Indonesia Raya. Kebanyakan mereka berasal daripada Indonesia. Malayan Union juga disokong oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ingin menghapuskan sistem feudal Melayu dan tidak mengiktiraf kuasa raja dan pembesar. Mereka menyokong konsep republik seperti di Indonesia dan seterusnya konsep Melayu Raya dilaksanakan. Malayan Union juga disokong API pimpinan Ahmad Boestamam, AWAS dan BATAS.

9 Tindakan orang Melayu menentang Malayan Union
Akhbar-akhbar Melayu menyatakan bantahan secara berterusan Orang Melayu mengadakan demonstrasi secara damai Persatuan-persatuan Melayu dihidupkan semula Dato’ Onn menyeru orang Melayu berkongres dan menubuhkan United Malays Organization(UMO) Mengadakan Kongres Melayu pertama di Kelab Sultan Sulaiman

10 Tindakan orang Melayu menentang Malayan Union( sambungan)
Penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) Mengadakan Kongres Melayu kedua untuk membantah pengisytiharan Malayan Union Mengadakan rapat umum di setiap bandar besar Raja-raja melayu berkumpul di Kuala Kangsar untuk menyatakan bantahan


Download ppt "MALAYAN UNION Usaha British untuk menghapuskan negara dan bangsa yang dibina sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka Sebelum ini British menerima : 1)Negeri."

Presentasi serupa


Iklan oleh Google