Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM"— Transcript presentasi:

1 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM
CTU 151 PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM BAB 5 ISLAM DI ALAM MELAYU

2 TEORI KEDATANGAN ISLAM
1) Teori Kedatangan Islam dari Tanah Arab/Parsi Kedatangan pedagang-pedagang Arab yang beragama Islam ke Kepulauan Melayu untuk membeli rempah ratus dan kapur barus. Terdapat bukti yang menunjukkan Khalifah Muawiyyah bin Abi Sufyan mengirim utusan untuk mengislamkan Raja Kerajaan Srivijaya. Pengislaman Raja Kedah iaitu Derbar Raja II oleh seorang ulama dari Yaman. Beliau menukar namanya kepada Sultan Muzaffar Shah dan negerinya diberi gelaran ‘Darul Aman’.

3 Hujah-hujah daripada Syed Muhammad Naquib al-Attas:
Pengaruh dari sudut tulisan (jawi) dan hasil karangan yang berasal dari Arab. Pembacaan al-Quran dalam bahasa Arab. Kebanyakan ulama datang dari Tanah Arab spt Maulana Abu Bakar, Syeikh Ismail al-Siddiq dll.

4 Bukti-bukti lain: Nama Melaka berasal dari bahasa Arab ‘Mulaqat’ yang bermaksud tempat pertemuan. Kerajaan Melayu-Islam Melaka mengamalkan perundangan Syariah. Terdapat pengaruh pemikiran hukum dari mazhab Syafie (pedagang-pedagang dari Hadramaut). Banyak istilah dalam bahasa Melayu berasal daripada bahasa Arab spt ikhtisas, kanun, kalam, kerusi dll.

5 2) Teori Kedatangan Islam dari India
Masyarakat Melayu sering meminta pandangan dan bimbingan daripada pedagang-pedagang dari India beragama Islam dalam hal-hal perdagangan dan kebudayaan. Pengaruh mazhab Syafie dibawa oleh Masyarakat Malabar yang datang dari India. Persamaan pada batu nisan yang ditemui di Gersik dan batu nisan di Gujerat. Sebahagian istilah bahasa Melayu berasal dari India spt ‘lebai’ yang berasal daripada perkataan ‘labbaygon’.

6 3) Teori Kedatangan Islam dari China dan Champa
Pemberontakan yang berlaku di Canton menyebabkan ramai orang Arab-Islam melarikan diri ke rantau Melayu spt Kedah dan Palembang. Catatan Dinasti Sung mengatakan bahawa kedatangan Islam ke alam Melayu dibawa oleh pedagang Islam dari China. Penemuan Batu Bersurat di Terengganu mempunyai persamaan dengan batu nisan di Champa Selatan. Catatan sejarah Chau-Ju-Kua mencatatkan terdapat Kerajaan Islam yg disebut ‘Fo-lo-an’ di Terengganu. Gardener dan Emmanuel berpendapat Islam tiba menerusi jalan darat dari China pada zaman Khalifah Uthman al-Affan, Umayyah dan Abbasiyyah.

7 FAKTOR-FAKTOR PERKEMBANGAN ISLAM DI ALAM MELAYU
1) Faktor Keistimewaan Islam Ajaran Islam menekankan konsep ketuhanan yang lebih mudah berbanding ajaran sebelumnya. Ajaran Islam mudah difahami dan dilaksanakan tanpa mengira perbezaan bangsa, keturunan dan warna kulit serta menolak konsep kasta dan dasar apartheid. Islam mengutamakan persamaan hak, persaudaraan sesama manusia, akhlak mulia dll.

8 2) Faktor Pendakwah Usaha gigih dan bijaksana pendakwah terdiri daripada pedagang, mubaligh, ulama dan ahli sufi. Pengislaman Raja-Raja Melayu oleh pendakwah Arab spt pengislaman Raja Melaka oleh Syeikh Abdul Aziz, pengislaman Raja Pasai oleh Syeikh Ismail utusan dari Mekah. Sifat keperibadian pendakwah, ulama dan ahli sufi serta kitab-kitab penulisan yang mereka hasilkan membantu penyebaran Islam di Alam Melayu. Pengenalan sistem pendidikan Islam oleh tokoh-tokoh agama yang diajar di masjid, surau, istana, pondok, rumah ulama mengembangkan lagi ajaran Islam di rantau Melayu.

9 3) Faktor Perkahwinan Perkahwinan antara golongan pedagang dan pendakwah dengan penduduk tempatan, dan di kalangan puteri-puteri raja dan anak-anak pembesar negeri. Perkahwinan Parameswara dengan Puteri Kesultanan Pasai. 4) Faktor Pemimpin dan Pembesar Tradisi taat kepada pemimpin menjadikan mereka mengikut tindakan pemerintah tanpa sebarang bantahan. Pengislaman Parameswara membawa kepada pengislaman pembesar-pembesar negeri dan rakyat jelata.

10 5) Faktor Politik dan Penaklukan
Perluasan kuasa politik Kerajaan Melayu Melaka menyebabkan ulama-ulama dihantar untuk mengajar dan menjadi rujukan kepada wilayah-wilayah jajahannya. Kemunculan Acheh sebagai pusat penyebaran Islam terpenting berlaku selepas penaklukan Melaka oleh Portugis. Kemerosotan Kerajaan Islam di Tanah Melayu membuka ruang kepada Kerajaan Pattani di Selatan Thailand untuk muncul sebagai pusat penyebaran Islam.

11 6) Faktor Ekonomi dan Perdagangan
Sifat-sifat mulia pedagang-pendakwah Islam dan perkahwinan mereka dengan penduduk tempatan membantu penyebaran Islam di Alam Melayu. Catatan Marco Polo membuktikan bahawa Islam di Perlak disebarkan oleh pedagang Islam yang berniaga sambil berdakwah.

12 7) Faktor Persaingan Penyebaran Agama
Tiga objektif penjajahan kuasa Barat iaitu Gold (sumber alam), Glory (kebanggaan) dan Gospel (agama Kristian). Penjajahan Portugis ke atas Melaka beserta penyebaran agama Kristian menjadikan masyarakat Islam di Melaka melipatgandakan usaha dakwah mereka menyebarkan ajaran Islam. Dakyah Kristian menjadi ancaman kepada agama Islam di Alam Melayu lantas usaha dakwah giat dijalankan dan memberi kesan kepada penyebaran Islam dengan lebih pantas dan menyeluruh.

13 PENGARUH ISLAM DI ALAM MELAYU
1) Perubahan Aspek Akidah dan Kepercayaan Perubahan daripada kepercayaan roh dan semangat kepada ketauhidan Allah SWT. Kepercayaan yang berunsur politheisme kepada monotheisme. Melahirkan amalan yang selaras dengan Syariat Islam, ibadah khusus spt solat, puasa, zakat, haji dll. Perubahan kepercayaan yang berunsur animisme dan tahyul kepada kepercayaan yang lebih rasional.

14 2) Perubahan Aspek Keilmuan
Pendemokrasian ilmu yang berteraskan kepada pendidikan al-Quran. Transformasi intelektual yang hebat membina masyarakat berbudaya ilmu, saintifik dan rasional. Karya-karya kesusasteraan Islam telah menghasilkan transformasi jiwa dan minda. Para ilmuan dan akhlak menjadi tempat rujukan sebagai ganti kepada peranan pawang, bomoh dan ahli nujum. Penghasilan karya-karya penulisan dalam pelbagai bidang ilmu pengetahuan agama oleh para ulama.

15 3) Pengaruh Islam dalam Sastera Melayu
Kedatangan Islam menghaluskan lagi budi bahasa orang-orang melayu. Pengenalan tulisan jawi dalam bidang pengajaran dan penulisan. Karya penulisan ulama Melayu menghuraikan dasar-dasar pandangan Islam spt hakikat ketuhanan, hubungan antara manusia dengan tuhan, manusia sesama manusia dan ilmu-ilmu tentang ibadat dan hukum hakam.

16 4) Perubahan Aspek Bahasa dan Perkataan
Tulisan jawi yang berasal daripada tulisan Arab ditambah enam huruf yang mirip dengan huruf Arab. Tema penulisan berubah daripada membincangkan tema-tema “manusia luar biasa” kepada manusia biasa yang menjadi contoh kepada umat Islam. Sastera Islam banyak menyentuh tentang kisah-kisah Rasulullah SAW, hikayat dan mukjizat baginda. Pengenalan cerita berbingkai dalam sastera Melayu yang mendapat pengaruh dari Arab dan Parsi.

17 5) Kelahiran Para Ulama dan Ilmuan
Acheh menjadi pusat penyebaran Islam terpenting selepas kejatuhan Kerajaan Melaka. Ramai ulama Islam dari Tanah Arab datang ke Acheh. Kelahiran ulama-ulama nusantara spt Nuruddin al-Raniri, Syamsuddin al-Sumaterani dll.

18 6) Perubahan Aspek Perlakuan Individu
Hampir di setiap kampung wujud pendakwah muda. Praktik amalan-amalan Fardhu Ain dan Fardhu Kifayah. Pemakaian jubah dan serban. Pengucapan salam, menyebut astaghfirulLah, alhamdulilLah, insya Allah dll.

19 7) Perubahan Aspek Sosial
Penambahan nilai-nilai pendidikan keagamaan berdasarkan kepada pengajian al-Quran. Pergaulan antara lelaki dan perempuan yang bukan muhrim amat terbatas hanya dalam bentuk hubungan yang diharuskan oleh Islam. Pembentukan jatidiri dan peribadi Melayu yang baik, beragama, berakhlak, dan berbudi.

20 8) Perubahan Aspek Sosio-Politik dan Undang-Undang
Siasah yg berpandukan kepada sumber al-Quran dan Sunnah. Raja dan rakyat sama-sama memikul tanggungjawab masing-masing. Contohnya Maulana al-Sultan Syarif Hasyim terkenal dengan kealiman dan keadilannya dalam pentadbiran. Gelaran ‘sultan’ sebagai kesinambungan pemerintahan Islam. Pelaksaan perundangan Syariah spt Hukum Kanun Melaka, Kanun Acheh, Undang Laut Melaka dll.

21 9) Perubahan Aspek Sosio-Ekonomi
Jurang perbezaan ekonomi antara golongan kaya dan miskin dirapatkan . Persamaan taraf di kalangan manusia tanpa wujud perbezaan disebabkan keturunan, bangsa dan pangkat. Kesanggupan orang-orang kaya berzakat dan kerelaan bersedekah menyumbang kepada perkembangan ekonomi dan keharmonian masyarakat.

22 TAMADUN MELAYU SEBAGAI ASAS PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA
Bangsa Melayu menurut Perlembagaan Persekutuan Perlembagaan Persekutuan menjamin kedudukan istimewa orang Melayu dan agama Islam. Ia juga mengiktiraf undang-undang adat yang dilaksanakan di Sabah dan Sarawak. Definisi bangsa Melayu menurut Perkara 160 (2) “seseorang yang menganut agama Islam, bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat istiadat Melayu, lahir sebelum Hari Merdeka di Persekutuan atau Singapura, sementara ibu dan bapanya lahir di Persekutuan atau Singapura pada Hari Merdeka”.

23 Mereka yang dilahirkan di Tanah melayu dan kemudian daripada pengisytiharan kemerdekaan itu patutlah menjadi warganegara Tanah Melayu. Islam dan Perlembagaan Perkara 3 Perlembagaan Persekutuan menyatakan “agama Islam adalah agama bagi Persekutuan; agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan”. Fasal 1A kepada artikel 121 menyatakan bahawa Mahkamah Sivil tidak mempunyai sebarang bidang kuasa terhadap perkara-perkara yang menjadi bidang kuasa Mahkamah Syariah.

24 Menurut Profesor Ahmad Ibrahim “Kedudukan yang sewajarnya perlu diberikan kepada Mahkamah Syariah dan perundangan Islam. Prinsip-prinsip asas perundangan bagi Malaysia yang menjadikan Islam sebagai agama rasmi sepatutnya berdasarkan kepada Syariah bukan kepada ‘English Common Law’. Mana-mana undang-undang yang bertentangan dengan al-Quran dan Sunnah sepatutnya terbatal”.

25 DASAR PENDIDIKAN NEGARA
Falsafah Pendidikan Negara Melahirkan insan yg berilmu, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan menjadi seorang warganegara yang baik. Kepercayaan kepada Tuhan dan agama. Membangunkan semua aspek diri manusia secara harmonis dan seimbang supaya kesepaduan fitrah diri manusia terpelihara. Meliputi perkembangan yang seimbang dalam keseluruhan peribadi insan melalui latihan rohaniahnya, intelek, rasional, perasaan dan indera.

26 Dasar Kebudayaan Nasional
Objektif: Mengukuhkan perpaduan bangsa dan negara melalui kebudayaan. Memupuk dan memelihara keperibadian kebangsaan yang tumbuh daripada kebudayaan kebangsaan. Memperkayakan dan mempertingkatkan kualiti kehidupan kemanusiaan dan kerohaniaan yang seimbang dengan pembangunan sosio-ekonomi.

27 Strategi dan pelaksanaan:
Pemulihan, pemeliharaan dan pembangunan kebudayaan ke arah menguatkan asas-asas Kebudayaan Kebangsaan melalui usahasama penyelidikan, pembangunan, pendidikan, pengembangan dan perhubungan budaya. Meningkat dan mengukuhkan kepimpinan budaya melalui usaha-usaha membimbing dan melatih peminat, mendokong dan menggerak kebudayaan sebagai jentera pembangunan yang berkesan. Mewujudkan komunikasi yang berkesan ke arah kesedaran kebangsaan, kenegaraan dan nasionalisme Malaysia. Memenuhi keperluan sosiobudaya.

28 Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Rasmi
Fungsi-fungsi bahasa rasmi: Sebagai bahasa lisan para pegawai kerajaan sewaktu mereka menjalankan tugas rasmi negara. Sebagai media segala urusan surat-menyurat di dalam dan di antara jabatan-jabatan kerajaan. Digunakan dalam semua rekod-rekod kerajaan. Sebagai media untuk menuliskan semua undang-undang dan peraturan-peraturan negara. Digunakan untuk semua jenis borang urusan rasmi kerajaan.

29 Jati Diri Melayu Jati diri bermaksud identiti yang memisahkan suatu peribadi dengan peribadi yang lain. Jati diri juga merujuk kepada ciri-ciri sejati yang dimiliki oleh seseorang bukan sahaja yang terlihat secara lahiriyah, tetapi termasuk juga nilai-nilai yang menjadi pegangannya. Globalisasi menelan jati diri sesebuah bangsa dan menyebabkan keruntuhan tatasusila agama dan akhlak kesopanan ketimuran.

30 Masyarakat Melayu direnggangkan daripada Islam oleh penjajah menyebabkan mereka menjadi bangsa yang ketinggalan dari aspek ekonomi, sosial dan politik. Materialisme, Liberalisme, Sekularisme dan Hedonisme menghakis nilai-nilai makruf, akhlak mulia dan jati diri Muslim. Menurut Malik Bennabi, Barat akan gembira sekiranya umat Islam meninggalkan cara hidup Islam dan mengikut budaya dan cara hidup mereka. Menurut Imam al-Ghazali, kehebatan dan keunggulan manusia itu adalah tertumpu kepada aspek rohani atau spiritual.

31 Pendapat itu disokong oleh Dr Muhammad al-Bahi yang menyatakan “kerohanian adalah intisari manusia dan ciri-ciri peribadinya. Jati diri bangsa Melayu yang digariskan oleh Wawasan 2020 “Menjadikan Malaysia sebuah negara maju mengikut acuan kita sendiri, maju dari segi ekonomi, maju dari segala segi, tanpa perlu mengikut jejak langkah negara maju lain yang keliru dalam persoalan nilai dan budaya sehingga meruntuhkan masyarakatnya”. Disebabkan itu, sistem pendidikan negara menekankan pendidikan secara holistik bagi membentuk sahsiah pelajar yang seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

32 DISEDIAKAN OLEH: MOHAMAD ZAKI BIN RAZALY


Download ppt "PEMIKIRAN DAN TAMADUN ISLAM"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google