Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehSonny Budiono Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
Pengaruh Islam dalam karya Melayu Klasik
Prof.Madya Dr. Zaitul Azma Binti Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi Universiti Putra Malaysia 43400 UPM Serdang
2
Pengenalan Pengaruh Islam meresap terus menerusi ajaran-ajaran agama Islam yang disampaikan dengan perantaraan bahasa Melayu. Oleh yang demikian, bahasa Melayu telah menjadi alat untuk menyampaikan ajaran Islam. Dengan menggunakan bahasa Melayu juga para ulama tersebut telah menulis kitab-kitab untuk menyebarkan ajaran Islam.
3
Pada zaman sebelum kedatangan Islam bahasa Melayu kurang berdaya membahaskan ilmu yang tinggi dan mendalam. Apabila para ulama mengambil istilah-istilah Arab dan dibawa masuk ke dalam bahasa Melayu, bahasa Melayu sudah mempunyai kekuatan dari segi kebahasaan. Menurut Ismail Hamid [1987:90] dengan perkembangan tersebut, bahasa Melayu telah menjadi bahasa pengantar dalam penulisan yang bercorak agama Islam dan karya-karya kesusasteraan, malahan bahasa Melayu telah dijadikan bahasa pengantar dalam gerakan dakwah di daerah-daerah Nusantara ini.
4
Peranan bahasa Melayu selain berkepentingan dalam bidang dakwah, ia juga berfungsi dalam perkembangan kesusasteraan Melayu pengaruh Islam. Kegiatan penterjemahan telah bermula dengan kerja-kerja menterjemah hikayat-hikayat yang berkaitan dengan bahasa Melayu, umpamanya Hikayat Nabi Bercukur, Hikayat Bulan Terbelah, Hikayat Amir Hamzah, Hikayat Raja Khandak dan pelbagai lagi. Apabila kedudukan Islam menjadi semakin mantap barulah ulama-ulama menulis atau menterjemah kitab-kitab besar ke bahasa Melayu seperti tafsir al-Baidawi yang dikerjakan oleh Abd. Rauf Singkel.
5
Dalam lapangan kesusasteraan, orang-orang Melayu mula menulis buku antaranya:
Hikayat Raja-raja Pasai Hikayat Acheh Hikayat Palembang Sejarah Melayu/Sulalatus Salatin
6
Buku-buku yang telah dihasilkan, antaranya ialah:
Hikayat Nur Muhammad, Hikayat Nabi wafat, Hikayat Nabi bercukur Inilah Kitab Sifat Dua Puluh Kitab Masalah 1000 Kitab Mujarabat Melayu Kitab Tajul Muluk Kisasul Anbia
7
Hasil-hasil karya tersebut sukar hendak dikesan siapakah penulis atau penterjemahnya.
Hal ini demikian kerana sudah menjadi kebiasaan orang Melayu yang tidak suka menonjolkan diri apabila melakukan sesuatu perkara, tambahan pula mereka yang berpegang teguh kepada ajaran sufi mempercayai perbuatan suka menonjolkan diri itu adalah perbuatan riak dan tidak patut diamalkan.
8
Sesudah kuasa Melaka bertambah teguh dan pengaruh Islam semakin berkembang luas kerana Melaka merupakan Negara yang paling berpengaruh di bahagian barat kepulauan Melayu. Pada zaman Melaka ini kedudukan bahasa Melayu juga semakin kukuh. Pada zaman Melaka telah wujud karya kesusasteraan yang benar-benar bercorak Islam seperti Hikayat Amir Hamzah dan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah. Hikayat inilah yang dibaca semasa Melaka diserang oleh Feringgi, tujuannya untuk menyemarakkan semangat pahlawan-pahlawan Melaka menentang Portugis.
9
Kisah ini dinyatakan dalam Sejarah Melayu … maka titah Sultan Ahmad pada Tun Indera Segara, “katakanlah kepada segala anak tuan- tuan itu, hendak pun kita anugerahkan Hikayat Muhammad Hanafiah, takut tidak akan ada berani segala tuan-tuan itu seperti Muhammad Hanafiah; hanya jikalau dapat seperti Amir Hamzah pun padalah; maka kita beri Hikayat Amir Hamzah” [W.G. Shellabear, 1975:264].
10
Terdapat juga buku-buku yang tidak diketahui secara pasti siapakah pengarangnya tetapi penyebaran buku-buku ini menyeluruh di Asia Tenggara, buku-buku tersebut, antaranya: Hikayat Raja-Raja Pasai Hikayat Acheh Siarah Banten Babad Tanah Jawa Hikayat Seribu Satu Malam Hikayat Ternate Hikayat Mengkasar Hikayat Raja-Raja Banjar dan Kota Waringin Hikayat Jawa Hikayat Riau
11
Kesimpulan Bahasa Melayu dapat memainkan peranan sebagai Lingua Franca di daerah ini terutama di Melaka berpunca daripada para pedagang yang datang ke Melaka itu sendiri mempunyai bahasa masing-masing. Oleh itu, mereka memerlukan suatu bahasa untuk dijadikan bahasa perantaraan sesama mereka. Tugas ini telah dipikulkan oleh bahasa Melayu yang kebetulan sudah menjadi satu bahasa yang maju dan dihormati di Nusantara pada masa itu.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.