Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

HHHC KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "HHHC KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT"— Transcript presentasi:

1 HHHC 9301 KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT
NAMA: NUR ANIS FARHANAH BINTI AHMAD SHARIFF NO MATRIKS: A145995 PROJEK: CABARAN PELABURAN 2015 JAWATAN: SETIAUSAHA NAMA PENSYARAH: DR HUMAIDA BANU BINTI SAMSUDIN

2 DEFINISI Kemahiran pengurusan maklumat ialah kemahiran untuk memutuskan berbuat sesuatu bagi mencari maklumat, kebolehan untuk menyatakan dan mendefinisi keperluan maklumat dan keboleham untuk memulakan proses pencarian maklumat. Proses mengumpul maklumat ini akan berterusan sepanjang hayat,sejak lahir sehingga ke akhir hayat.Sepanjang kehidupan setiap individu akan mengalami pelbagai bentuk permasalahan yang membuatkan dirinya mempelajari sesuatu dan mendapat maklumat yang baru. Kemahiran pembelajaran sepanjang hayat (PSH) pula ialah aktiviti pelajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan sepanjang hayat. PSH dianggap bermanfaat kepada individu kerana ia dapat membaiki kehidupan seseorang menerusi peningkatan kemahiran kerja, pembaikan sahsiah diri dan juga penambahan ilmu pengetahuan.

3 LATAR BELAKANG PROJEK Program cabaran pelaburan 2015 diadakan pada 9 OKTOBER bertempat di Dewan Tun Abdullah Mohd. Salleh Anjuran Kelab Sains Aktuari dan bertemakan “Untung Atau Rugi” Terdiri daripada 20 orang ahli jawatankuasa dan 5 orang urusetia.

4 OBJEKTIF PROGRAM Membuka fikiran dan pendedahan awal kepada para peserta bahawasanya para kursus Sains Aktuari tidak fokus kepada industri insurans,pengurusan risiko dan pengiraan kewangan sahaja, malah di dalam bidang pelaburan. Memberikan pendedahan awal kepada pelajar Tahun 1 dan 2 akan kemahiran melabur. Memberi pengalaman dan memupuk minat dalam aktiviti pelaburan dengan modul yang disediakan berdasarkan realiti sebenar. Memupuk nilai-nilai murni seperti semangat berpasukan, kemahiran komunikasi dan kerjasama, keyakinan diri serta adab pergaulan yang sihat dalam kalangan mahasiswa Pusat Pengajian Sains Matematik UKM.

5 PERANCANGAN PROJEK Menyiapkan kertas kerja dan surat-surat memohon dana. Menyiapkan minit mesyuarat bagi setiap mesyuarat. Membantu mengisi nama peserta ketika pendaftaran. Membantu peserta ketika permainan.

6 PELAKSANAAN PROJEK Surat kelulusan diluluskan oleh pihak FST selepas 2 minggu program dijalankan. Dana tidak mencukupi namun pelajar mendahulukan duit masing-masing dan dana diperoleh setelah 4 minggu program berlangsung.

7 HASIL PEMBELAJARAN Saya memperoleh kemahiran baru iaitu kemahiran menguruskan maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat melalui projek ini. Sebagai setiausaha, saya perlu bijak mengurus segala dokumen yang saya taip dan dokumen yang saya terima. Daripada projek ini juga, saya belajar untuk berkongsi maklumat dengan para AJK yang lain kerana tugas kami semua saling berkaitan. Dengan pembelajaran tersebut, ia menjadikan saya lebih bertanggungjawab dalam menyampaikan maklumat yang tepat kepada orang lain agar semua kerja berjalan lancar.

8 KESIMPULAN Melalui program ini, saya memperoleh pelbagai kemahiran antaranya kemahiran mengurus maklumat dan pembelajaran sepanjang hayat. Kedua-dua kemahiran ini saling berkaitan dan sangat penting dalam kehidupan kita.

9 LAMPIRAN


Download ppt "HHHC KEMAHIRAN PENGURUSAN MAKLUMAT DAN PEMBELAJARAN SEPANJANG HAYAT"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google