Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Bahasa Melayu klasik : Sejarah Melayu- Kuliah 6 M4

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Bahasa Melayu klasik : Sejarah Melayu- Kuliah 6 M4"— Transcript presentasi:

1 Bahasa Melayu klasik : Sejarah Melayu- Kuliah 6 M4
Prof. Madya Dr. Zaitul Azma bt Zainon Hamzah Jabatan Bahasa Melayu, FBMK, UPM

2 Aspek Bahasa SM C.Hooykaas (1981:163) SM merupakan sumber bahasa yang penting. “ Bahasa yang dipakai dalam SM itu ialah bahasa cerita yang sederhana, bahasa Melayu kuno yang baik. Bangsa Eropah sentiasa amat tertarik oleh cara kitab itu melukiskan sesuatu hal dengan cara yang sederhana sekali dan oleh isi kitab itu yang amat indah”

3 Jenis Aksara Tulisan jawi yang telah disesuaikan dengan bahasa Mleayu ketika itu. Huruf baharu yang ditambah: pa, nga, ga, nya, dan ca Contoh cucu, ceritera (carita) empunya. Ilmunya. Lagi. Daripada, kepada

4 Sistem ejaan Sistem ejaan lama Contoh: suroh berhadir ( suruh hadir)
Membacha (membaca) Dudok (duduk) sa orang (seorang, terlebeh (terlebih) chuchu, di-ketahui, isti-adat-nya, ada-lah dll.

5 Aspek fonetik dan fonologi
Fonetik – ilmu bahasa yang berkaitan dengan penyebutan kata dan lambang yang menunjukkan sebutannya. Fonologi – kajian tentang bunyi sebutan dalam sesuatu bahasa SM cetera ketiga puluh dua: Tun Seri Lanang menceritakan bahawa Tun Mai Ulat Bulu telah menyindir Makhdun Sadar Jahan yang tidak dapat menyebut perkataan-perkataan Melayu seperti kusying (kucing), kunit (kunyit) dan niru (nyiru)

6 Morfologi Menampakkan unsur-unsur yang gramatis dan tatabahasa yang semakin sempurna. Penggunaan imbuhan, contoh: Per/kata/an, meng/himpun/kan, di/per/buat/kan. Penggunaan kata pangkal ayat yang lazimnya digunakan dalam teks hikayat seperti hatta, sebermula, syahadan, arakian dan beberapa lagi. Contoh: Hatta, berapa lamanya, setelah sudah Raja Iskandar melihat matahari terbit, maka baginda pun kembalilah, lalu dari negeri Raja Kida Hindi…. Penggunaan kata yang mengelirukan. Contoh: Seorang dayang-dayang raja… (SM hlm 130)

7 Penggunaan kosa kata lama
Kedal (sejenis penyakit kulit), tulah, bermukah, azmat (hebat) Perkataan Arab – Bis-millahi’r-rahmani’ r-rahim. Subhana ‘llahu ‘l-maliku ‘ l-jabbar Perkataan Jawa – dilihat semasa rombongan Sultan Mansor Shah berada di Majapahit. Ketampanan dan tingkah laku Laksamana Hang Tuah amat digilai oleh perempuan-perempuan Jawa sehingga dipantunkan dalam bahasa Jawa, “ Onya suruh tanggapan penlipur, saben dina katon perandene duka ugi ( Ini sirih sambut oleh mu, akan penglipur rasa berahi, sehari-hari dilihat sungguh demikian pun rindu juga)

8 Perkataan Siam Maharaja Dewa Sura melarikan diri daripada bala tentera Melaka. Apabila sampai di sebuah jeram, dia memerintah orang-orangnya memperlahankan perahu mereka. Katanya dalam bahasa Siam, “Kwai, kwai” yang bermaksud perlahan-lahan. (SM hlm 74)

9 Perkataan Parsi “Arayat juna bakhsanat sultan kahsad” yang bermaksud rakyat itu umpama akar dan raja umpama pohon. Jikalau tiada akar, nescaya pohon itu tidak dapat berdiri.

10 Sintaksis Bentuk pasif Ayat sonsang
Wbp terdapat juga penggunaan ayat-ayat yang pendek dan ringkas. “ Maka seorang pun tiada cakap. Maka semuanya orang itu kembal;I ke rumahnya. Telah sunyi orang tidur, maka dipanggil baginda seorang penunggu pintu… (SM hlm 176)

11 Penggunaan Kiasan Menceritakan betapa ramainya rakyat tentera seorang raja,” ..maka Raja Culan pun berangkat mengeluari Raja Suran: rupa rakyat seperti laut tatkala pasang penuh, rupa gajah dan kuda seperti pulau, rupa tunggul panji-panji seperti hutan, rupa senjata berlapis-lapis, rupa cemara tombak seperti bunga lalang.. Maka kelihatanlah rakyat Raja Suran seperti hutan rupanya……(SM hlm 10)

12 Penggunaan puisi Peristiwa pembunuhan Tun Jana di Singapura digambarkan dalam pantun: Telur itik di Singgora Pandan terletak di langkahi Darahnya titik di Singapura Badannya terhantar di Langkawi

13 Bidalan Bidalan Arab Al –mahabbatu bainun manfiyyun
Wa l-isyaqu fikrun manfyyun Al-mahabbatu nafyu’ l-bain Wa ‘-’isyqu nafsu ‘l-bayan (hlm 194) Maksud ( Yang kasih itu antara tiada, dan berahi itu bicara tiada)

14 Kesimpulan Menepati ciri bahasa Melayu klasik
Bahasa yang indah, gramatis dan dapat mengambarkan nilai intelek, estetika.

15 Sekian, terima kasih


Download ppt "Bahasa Melayu klasik : Sejarah Melayu- Kuliah 6 M4"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google