Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

ISU GEJALA SOSIAL AHLI KUMPULAN: MUHAMMAD FAIZ HUSAINI BIN AZLAN

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "ISU GEJALA SOSIAL AHLI KUMPULAN: MUHAMMAD FAIZ HUSAINI BIN AZLAN"— Transcript presentasi:

1 ISU GEJALA SOSIAL AHLI KUMPULAN: MUHAMMAD FAIZ HUSAINI BIN AZLAN
MUHAMMAD RABBANI IKBAL BIN ROSLI

2 ISU MELEPAK

3 Maksud Melepak Maksud “lepak” ialah perbuatan bersiar-siar dan bersantai-santai. Ia dilakukan di tempat awam di tempat yang menjadi tumpuan ramai seperti di pasar raya, perhentian bas, kompleks beli belah dan sebagainya. Ia bukan sahaja merosakkan pandangan tetapi juga menganggu orang lain.

4 Faktor Melapak Sikap sesetengah ibu bapa yang tidak mengambil berat mengenai anak-anak mereka Keadaan di rumah yang tidak tenteram Pengaruh rakan sebaya Pengaruh media massa 

5 Kesan Melepak Mereka kurang kemahiran dan taraf pendidikan mereka rendah. Menjadi beban kepada ibu bapa dan masyarakat. Menjejaskan imej sekolah dan negara.

6 Langkah Megatasi Masalah Melepak
Peranan ibu bapa. Pihak kerajaan mengambil inisiatif dengan memaparkan iklan-iklan di siaran televisyen tempatan tentang natijah melepak kepada pelajar Mengadakan kempen anti melepak di peringkat sekolah Peranan media massa dalam usaha mendidik ibu bapa remaja atas cara gaya keibubapaan.

7 ISU VANDALISME

8 Maksud Vandalisme Vandalisme merujuk kepada tabiat seseorang membinasakan atau merosakkan harta benda awam dan harta benda orang lain. Pada lazimnya, vandalisme merujuk kepada perbuatan merosakkan harta benda awam seperti papan tanda, telefon awam, kerusi, dinding dan juga tandas awam.

9 Faktor Vandalisme Pengaruh rakan sebaya
Kurangnya kawalan dan bimbingan yang sempurna daripada ibu bapa Pengaruh media massa-Paparan adegan-adegan negatif dari filem-filem atau rancangan dari barat yang mempunyai unsur-unsur perlakuan ke arah vandalisme

10 Kesan Vandalisme Masyarakat tidak dapat menggunakan kemudahan yang disediakan oleh kerajaan. Contohnya telefon awam rosak semasa rumah sedang terbakar. Menjejaskan imej negara. Pihak kerajaan perlu menanggung kerugian kerana menyelenggarakan dan membaiki kemudahan yang disediakan.

11 Langkah Mengatasi Masalah Vandalisme
Peranan ibu bapa dan keluarga-memberi tunjuk ajar kepada golongan remaja tentang kepentingan menjaga harta benda awam Penguatkuasaan undang-undang oleh pihak berkenaan. Peranan media massa dalam menganjurkan kempen kesedaran. Pihak sekolah perlu memberi nasihat dan bimbingan yang secukupnya kepada pelajar mengenai kepentingan harta benda awam.

12 ISU GENGSTERISME

13 Maksud Gengsterisme Gengsterisme boleh dikatakan sebagai aktivitivi yang bersifat jenayah yang dijalankan oleh individu atau sekumpulan individu. Aktiviti gengsterisme termasuklah membuli, mencederakan mangsa, menyamun, memeras ugut dan bergerak dalam kumpulan serta mempunyai seorang ketua.

14 Faktor Gengsterisme Kekurangan kasih sayang dan perhatian ibu bapa terhadap anak mereka Pengaruh rakan sebaya Pengaruh media massa

15 Kesan Gengsterisme Mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Memberi impak negatif kepada para pelajar. Menjejaskan imej sekolah Menjejaskan keselamatan dan ketenteraman dalam kalangan masyarakat

16 Langkah Mengatasi Masalah Gengsterisme
Peranan ibu bapa-, ibu bapa perlu mengambil perhatian terhadap tingkah laku anaknya dan selalu memantau aktiviti yang dilakukan oleh anaknya dalam pengaulan seharian. Perana media massa-pihak media massa sepatutnya berhenti menyiarkan filem yang mengandungi isu negatif seperti keganasan dan jenayah. Pihak kerajaan perlu menguatkuasakan undang undang seperti Akta Pencegahan Jenayah

17 ISU PERGAULAN BEBAS

18 Maksud Pergaulan Bebas
Pergaulan bebas itu adalah salah satu bentuk perilaku menyimpang, di mana “bebas” yang dimaksud adalah melewati batas-batas norma ketimuran yang ada. Istilah ini  diadaptasi dari budaya barat di mana orang bebas untuk menjalankan seks bebas, narkoba, kehidupan malam dan sebagainya tanpa takut menyalahi norma-norma yang ada dalam masyarakat.

19 Faktor Pergaulan Bebas
Kekurangan perhatian ibu bapa-Ibu bapa lebih mengutamakan kerjaya mereka sehingga alpa tentang tanggungjawab mereka mendidik anak yang dahagakan kasih sayang mereka. Pengaruh media massa Pengaruh rakan sebaya

20 Kesan Pergaulan Bebas Tersebarnya penyakit-penyakit yang membawa maut. Contohnya, AIDS. Menjejaskan imej diri sendiri dan keluarga. Kemerosotan pelajaran

21 Langkah Mengatasi Masalah Pergaulan Bebas
Peranan ibu bapa-Ibu bapa harus mengambil berat tentang pergaulan anak-anak mereka. Menganjurkan ceramah dan kempen kesedaran untuk memberikan pengetahuan seks. Pendidikan seksual boleh diberi di peringkat sekolah. Peranan media massa -menghebohkan tentang keburukan gejala pergaulan bebas.

22 Sekian, Terima Kasih


Download ppt "ISU GEJALA SOSIAL AHLI KUMPULAN: MUHAMMAD FAIZ HUSAINI BIN AZLAN"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google