Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

PERKEMBANGAN FIZIKAL & FISIOLOGIKAL (PERKEMBANGAN MOTOR)

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "PERKEMBANGAN FIZIKAL & FISIOLOGIKAL (PERKEMBANGAN MOTOR)"— Transcript presentasi:

1 PERKEMBANGAN FIZIKAL & FISIOLOGIKAL (PERKEMBANGAN MOTOR)
GGGB 6293 TEORI DAN PERKEMBANGAN KANAK-KANAK DENGAN KEPERLUAN KHAS PERKEMBANGAN FIZIKAL & FISIOLOGIKAL (PERKEMBANGAN MOTOR) OLEH: NOR FIDA BINTI ABDUL HAMID GP 02647

2 Konsep dan Prinsip Pertumbuhan & Perkembangan
Pertumbuhan saiz, berat, gigi, organ deria, anggota Berlaku secara menyeluruh diikuti secara khusus Berlaku sehingga satu tahap Perkembangan Kemahiran menggunakan pertumbuhan fizikal seperti berjalan, melihat, mendengar dan membuat kerja. Berlaku secara berterusan hingga akhir hayat.

3 Peringkat Pertumbuhan & Perkembangan
Bayi – 0 hingga 2 Tahun Kanak-kanak – 2 hingga 12 tahun Remaja – 12 hingga 21 tahun Dewasa – 21 hingga 60 tahun Tua – 60 tahun ke atas

4 Teori Kematangan Biologi: Arnold Gesell (1880 -1961)
Kelima (4 – 5 tahun) Kematangan emosi dan sosial ditunjukkan dalam interaksi sosial Keempat (3 – 4 tahun) Kematangan fizikal berkembang dalam aktiviti permainan Ketiga (2 -3 tahun) Mula bentuk sikap berdikari semasa makan, minum dan lain-lain. Kedua (1 – 2 tahun) Kematangan fizikal berkembang lebih cepat dengan mula berjalan diikuti berlari Pertama (0 – 1 tahun) Kematangan fizikal mula berlaku pada umur 4 bulan melalui pergerakan mata

5 Perkembangan Motor Bayi & Kanak-Kanak
Merujuk kepada perkembangan kawalan ke atas pergerakan badan melalui koordinasi aktiviti saraf pusat, saraf kederiaan dan otot-otot tertentu. Bayi tidak akan mampu bergerak sehingga kematangan perkembangan motor berlaku ke atas dirinya. Pada usia 4-5 tahun kanak-kanak dapat mengawal kebanyakan pergerakan seperti berjalan, berlari dan melompat. Selepas umur 5 tahun berlaku kawalan yang lebih kompleks dan melibatkan kumpulan otot yang lebih kecil. Sekiranya berlaku halangan persekitaran, fizikal dan mental akan menghalang perkembangan motor seorang kanak-kanak.

6 Prinsip –Prinsip Perkembangan Motor
Perkembangan aktiviti motor adalah sejajar dengan perkembangan sistem saraf dan otot-otot. Semasa bayi dilahirkan saraf pusat bawahan lebih berkembang dari saraf pusat di otak, jadi gerakan pantulan (mass activity) seperti menghisap, menelan dan kerdipan mata lebih dahulu berkembang berbanding aktiviti sukarela (voluntary). Mass activity yang wujud sewaktu dilahirkan akan berkembang kepada pola-pola aktiviti ‘voluntary’ yang akan menjadi asas kemahiran tertentu. Pergerakan asas tidak dapat dikuasai sehingga mekanisma otot-otot berfungsi dengan baik.

7 Pembelajaran kemahiran tidak akan berlaku sehingga kanak-kanak bersedia dari segi kematangannya.
Perkembangan motor mengikut suatu pola (pattern). Turutan perkembangan cephalocaudal (kepala ke kaki) dan proximodistal (tengah ke bersambungan) Pola perkembangan adalah jelas dalam aktiviti yang tidak teratur kepada aktiviti yang tersusun. Contohnya kemahiran tangan 4 bulan : lihat tapi tidak boleh sentuh 5 bulan: ‘palmer scoop’ 8 bulan : pegang menggunakan 2 tangan. 9 bulan: kemahiran pincer telah disempurnakan.

8 Menetapkan kelaziman (norma) dalam perkembangan motor.
Ditetapkan berdasarkan umur minimum untuk membentuk aktiviti motor yang berlainan. Sebagai panduan untuk menjangka apa dan bila aktiviti berlaku seperti kebolehan untuk duduk, berdiri dan berjalan. Terdapat perbezaan individu dalam kadar perkembangan motor. Merujuk kepada tahap umur, dimana beberapa keadaan mempercepatkan perkembangan motor dan ada keadaan yang menghalang perkembangan motor.

9 Kemahiran motor Koordinasi yang rumit di mana otot-otot kecil memainkan peranan utama. Selepas bayi dapat mengawal pergerakan badannya, ia akan mula mempelajari kemahiran seperti: Kemahiran tangan. Makan dengan sendiri Kemahiran kaki Memanjat Fungsi kemahiran motor boleh dibahagikan kepada 4 kategori iaitu: Kemahiran membantu diri sendiri Kemahiran pembantuan sosial Kemahiran dalam permainan Kemahiran di sekolah

10 Kemahiran tangan Makan dengan sendiri Kemahiran kaki Memanjat
Guna satu tangan ‘ambidextrous’ (bayi) Cenderung guna tangan kanan (8 bulan) Pemindaan guna tangan kanan ke kiri (2 tahun) Makan dengan sendiri Memegang botol (8 bulan) Mengangkat botol (9 bulan) Memegang gelas (1 tahun) Guna sudu & garfu (2 tahun) Kemahiran kaki Merangkak (9 bulan) Berdiri (11 bulan) Berjalan (12-14 bulan) Berjalan mengundur / mengiring (18–24 bulan) Memanjat Merayap (5-8 bulan) Merangkak (9 bulan) Memanjat (11 bulan)

11 Carta Perkembangan Bayi & Kanak- kanak
SUMBER: BUKU REKOD KESIHATAN BAYI & KANAK-KANAK, KKM

12

13 Faktor yang mempengaruhi kadar perkembangan motor
Genetik Janin aktif Keadaan pranatal yang baik Kelahiran Kecerdasan mental Stimulasi, galakan dan peluang ‘Over protectiveness’ Bayi pramatang Kecacatan fizikal

14 PERKEMBANGAN DERIA ASAS
Deria merupakan keadaan untuk menerima, memilih, modifikasi dan menyesuaikan dengan keadaan persekitaran. Ia merupakan asas kepada proses yang lebih kompleks. Setiap manusia mempunyai mempunyai pelbagai jenis organ deria dimana setiap organ adalah unik dengan fungsi yang tertentu. Sistem deria memainkan peranan utama dalam permulaan kehidupan seawal usia bayi.

15 Bau, Rasa, Sentuhan Bayi mempunyai deria bau, rasa dan sensitif terhadap sentuhan. Bayi akan memberi tindak balas yang positif terhadap bau dan rasa yang menyenangkan dan tindak balas sebaliknya kepada bau dan rasa yang kurang menyenangkan. Selain bau dan rasa, bayi juga sensitif terhadap tindak balas sentuhan. Tubuh badan bayi akan memberikan tindak balas apabila disentuh. Bayi juga sensitif terhadap rangsangan kesakitan contohnya semasa menerima suntikan imunisasi.

16 Pendengaran Bayi yang baru lahir memberi tindak balas kepada bunyi di dalam persekitaran. Contohnya apabila ibu bapa terbatuk, bayi akan tersentak, mengerlipkan mata dan menggerakkan tangan dan kaki. ’Auditory threshold’ merujuk kepada bunyi yang paling perlahan manusia mampu dengar. Bayi juga dapat membezakan perbezaan bunyi sama ada dalam aspek bahasa dan muzik. Contohnya dalam aspek bunyi muzik pula, bayi boleh membezakan perbezaan melodi yang lebih cenderung dengan melodi yang wujud dalam persekitaran mereka (Trainor & Heinmiller, 1998).

17 Penglihatan Sejak lahir bayi akan memberi tindak balas kepada cahaya dan mampu mengesan objek yang bergerak menggunakan mata secara semula jadi. Ketajaman penglihatan pula merujuk kepada kemampuan untuk membezakan corak paling kecil. Pada usia satu tahun bayi mampu melihat warna. Gelombang cahaya merupakan sumber kepada persepsi warna. Ini membantu dalam meningkatkan ketajaman penglihatan dan meningkatkan kemahiran deria melalui pengalaman visual.

18 Integrasi Sistem Maklumat Deria
Seawal usia bayi lagi boleh mengintegrasi maklumat deria seperti pandangan dan bunyi, pandangan dan sentuhan. Kebiasaannya bayi akan lebih memberi perhatian kepada maklumat yang diterima oleh pelbagai deria. Contohnya bayi akan dapat mengenal secara visual dengan lebih baik jika pernah menyentuh objek tersebut sebelum ini.

19 RUJUKAN Asmah Bee Mohd Nor Psikologi Perkembangan. Pusat Pengajian Jarak Jauh, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kementerian Kesihatan Malaysia, Rekod Kesihatan Bayi dan Kanak- Kanak (0-6 Tahun). Mok Soon Sang Ilmu Pendidikan Untuk KPLI : Psikologi Pendidikan & Pedagogi. Kumpulan Budiman Sdn Bhd.

20 SEKIAN, TERIMA KASIH dafieck-GP02647


Download ppt "PERKEMBANGAN FIZIKAL & FISIOLOGIKAL (PERKEMBANGAN MOTOR)"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google