Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

UNIT 7: TEKNIK PENGUMPULAN BERITA DAN SUMBER BERITA

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "UNIT 7: TEKNIK PENGUMPULAN BERITA DAN SUMBER BERITA"— Transcript presentasi:

1 UNIT 7: TEKNIK PENGUMPULAN BERITA DAN SUMBER BERITA

2 Proses mengumpul maklumat untuk dijadikan berita melibatkan:-

3 WAWANCARA Wawancara merupakan kaedah menemu bual sumber untuk mmendapatkan maklumat. Wawancara terbahagi kepada tiga iaitu:-

4 a. Wawancara pendapat - dibuat terhadap orang ramai untuk mendapat pandangan mereka tentang sesuatu isu. Contoh: Wartawan Siti Solehah dari akhbar Sinar Desa telah mewawancara pelajar-pelajar KOJ3444 tentang kepentingan GST kepada masyarakat.

5 b. Wawancara maklumat Berupa wawancara dengan tokoh-tokoh atau pakar bagi maklumat mengenai sesuatu isu dengan lebih tepat. Contoh: Wartawan Siti Solehah telah mewawancara Datuk Seri Asif Khan pakar ekonomi negara tentang kesan GST ke atas pengguna.

6 c. Wawancara personaliti
untuk memperkenalkan seseorang, latar belakang, pandangannya mengenai dirinya sendiri. Contoh Wawancara Ain dengan Alex, bloggers remaja terkenal masa kini. Beliau menceritakan pengalaman dan susah payah beliau menjadi blooger pertama di Malaysia

7 d. Wawancara eksklusif - Wawancara yang dilakukan oleh wartawan dari satu media yang khusus dengan sumber yang penting tentang isu-isu semasa. Contoh Wawancara Vickey dengan Tn Alex, presiden Republik Indonesia tentang harapan beliau terhadap komitmen dan kerjasama antara Malaysia dan Indonesia

8 2. PEMERHATIAN Pemerhatian adalah satu teknik mendapatkan berita dengan pergi ke lokasi kejadian agar informasi yang diperolehi benar-benar sahih. Ada dua teknik pemerhatian:-

9 a. Secara langsung wartawan akan tinggal bersama dengan sumber dan merasai apa yang dialami oleh sumber.

10 b. Secara tak langsung wartawan akan melantik seorang perantara yang akan menyalurkan maklumat kepada wartawan.

11 3. PENYIASATAN Merupakan kaedah saintifik mencari pengetahuan yang melibatkan kaedah mengenalpasti dan formula untuk mendedahkan tingkah laku seseorang yang tidak diketahui umum

12 4. Penyelidikan adalah satu kaedah pengujian untuk menjelaskan realiti bagi meningkatkan pemahaman sesuatu fenomena. Ia dilakukan dengan merujuk kepada sumber sekunder iaitu sumber kedua seperti fail, rekod, laporan, dokumen.

13 5. Agensi Berita Adalah pembekal berita yang menghantar laporan berita secara elektronik. Cth: Associated Press (AP), United Press International (UPI), Agense France Presse (AFP), Reuters, International Islamic Agencies (IINA), DPA (Jerman), Agensi Berita Antara (Indonesia), BERNAMA.

14 SUMBER BERITA

15 Menurut Mokhtar (2004), sumber ialah mereka yang layak memberitahu atau membantu wartawan mendapatkan maklumat. Manakala Mus Chairil (1992), sumber adalah orang, organisasi, atau dokumen yang menjadi punca bahan yang digunakan dalam penulisan berita.

16 Jenis-jenis Sumber A. Menurut Mokhtar (2004), jenis-jenis sumber:- 1. sumber harian rasmi/tidak rasmi 2. sumber tidak rasmi 3. sumber suka berdalih 4. sumber dalaman 5. sumber berbayar

17 1. Sumber harian tidak rasmi/harian rasmi
- Harian tidak rasmi: Bersumberkan daripada citizen journalist (kegiatan warga dalam proses pengumpulan, pelaporan, analisis, serta penyebaran berita dan informasi). Every citizen is a reporter (Amin, 2010).   - Harian Rasmi: Bersumberkan daripada organisasi seperti SPRM, polis, bomba, sekolah, universiti, firma perniagaan, hotel, syarikat penerbangan dlln.

18 2. Sumber tidak rasmi Adalah pihak yang memiliki maklumat tetapi tidak mempunyai kuasa untuk menghebahkan maklumat tersebut. Contoh: keluarga mangsa, rakan mangsa, pakar bedah siasat

19 3. Sumber suka berdalih Adalah pihak yang apabila memberikan maklumat kepada wartawan kemudian bimbang tekanan yang bakal dihadapi. Maka apabila menyedarinya, sumber itu akan menafikan maklumat yang telah dinyatakan sebelum itu. Sering kali berpesan kepada wartawan bahawa maklumat itu off-the-record.

20 4. Sumber dalaman Adalah pemberi maklumat dalaman (insider informers) yang mungkin terdiri daripada orang dalaman organisasi. Mereka akan memberi maklumat kepada wartawan secara konsisten.

21 5. Sumber berbayar Adalah pihak yang menerima ganjaran berbentuk wang tunai sekiranya mereka memberikan maklumat. Wartawan mengamalkannya kerana tidak mahu berita discoop oleh wartawan lain. Namun, sumber ini berbahaya diamalkan kerana mungkin memberi maklumat palsu.

22 B. Mus Charil (1992), pula berpendapat jenis-jenis sumber adalah:
1. Sumber terpilih 2. Sumber pilihan

23 1. SUMBER TERPILIH a.Menteri perdana – seperti presiden, timbalan presiden b.Menteri pusat – seperti menteri, timbalan menteri, setiausaha c.Menteri negeri – ketua menteri, menteri besar, exco d.Pegawai kerajaan – peringkat pengurusan, profesional, sokongan e.Profesional – pakar-pakar f.Pemimpin – organisasi sosial, ekonomi, politik, budaya

24 2. SUMBER PILIHAN Sumber pilihan terbahagi kepada:- 2.1 Sumber pilihan bernyawa - Mangsa (kemalangan, kebakaran, bencana alam) -Tertuduh (orang yang telah, sedang dan akan menghadapi pertuduhan) - Pekerja - Pelajar (sekolah, IPT) - Orang aneh (terlibat dalam perlakuan aneh, ganjil dan pelik-pelik) - Sumber rahsia (sumber orang yang tidak dinyatakan nama mereka secara jelas untuk menjaga keselamatan sumber tersebut)

25 2.2 Sumber pilihan tidak bernyawa
- Agensi Berita - Akhbar (laporan yang telah tersiar dalam akhbar) - Majalah/buku (laporan yang telah disiarkan sebelum ini) - Radio/TV (berita daripada radio dan TV) - Laporan (berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh kerajaan atau swasta).


Download ppt "UNIT 7: TEKNIK PENGUMPULAN BERITA DAN SUMBER BERITA"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google