Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Kawalan Rahsia Kerajaan dan Keselamatan Pejabat

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "Kawalan Rahsia Kerajaan dan Keselamatan Pejabat"— Transcript presentasi:

1 Kawalan Rahsia Kerajaan dan Keselamatan Pejabat
Arahan Perkhidmatan... Kawalan Rahsia Kerajaan dan Keselamatan Pejabat 1

2 Kawalan rahsia kerajaan…
Memberi perlindungan secukupnya terhadap suratan dan maklumat rasmi kerajaan dari: Dapat diketahui atau dilihat oleh orang-orang yang tidak berhak mengetahui atau melihat Kebocoran Kecurian Kebakaran 2

3 Maklumat rasmi… Pengetahuan mengenai perkara rasmi, walau bagaimana sekali pun diperolehi termasuk :- Jenis atau kandungan apa-apa dokumen rasmi atau sebagainya. Jenis kegunaan dan komposisi bahan-bahan. Kaedah-kaedah, cara menghasilkan serta teknik-teknik dan proses yang akan digunakan untuk pengeluaran. Proses saintifik terutama berkenaan dengan pembuatan senjata dan kelengkapan. Butir-butir kegiatan rasmi yang diperolehi secara lisan. 3

4 Rahsia rasmi… Apa-apa suratan yang dinyatakan di dalam jadual dan apa-apa maklumat dan bahan-bahan berhubung dengannya dan termasuk apa-apa suratan rasmi, maklumat dan bahan-bahan lain sebagaimana yang boleh dikelaskan RAHSIA BESAR, RAHSIA, SULIT dan TERHAD mengikut mana yang berkenaan oleh seorang Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri atau mana-mana Pegawai Awam yang dilantik mengikut seksyen 2B. 4

5 SEKSYEN 2B… “Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri boleh melantik mana-mana Pegawai Awam melalui satu perakuan di bawah tandatangannya untuk mengelas apa-apa suratan rasmi, maklumat rasmi atau bahan-bahan sebagai RAHSIA BESAR, RAHSIA, SULIT atau TERHAD mengikut mana yang berkenaan”. 5

6 Dokumen rasmi… Apa-apa jenis maklumat yang tercatat berkenaan dengan perkara-perkara rasmi termasuk:- Perkara yang bertulis, bertaip, bertulis trengkas, disalin, berstensil dan bercetak Juga draf dan buangan perkara itu. Fotograf, foto salinan, pelan cetak, negatif foto, filem, jalur suara dan rakaman. Pelan, pelan lakar, lukisan, gambarajah, peta dan anika jenis carta. Huruf cetak, huruf cetak atur, blok litografer, acuan, stensel, proses plat dan lain-lain yang digunakan untuk membuat dokumen-dokumen rasmi. 6

7 Jenis dokumen rasmi… 7 Terbahagi Kepada Dua :- Dokumen Terperingkat
Dokumen Rasmi yang mengandungi maklumat rasmi terperingkat dan ditanda dengan peringkat keselamatannya. Dokumen Tidak Terperingkat Dokumen Rasmi yang mengandungi maklumat rasmi tetapi tidak bertanda dengan peringkat keselamatan. Walaupun tidak terperingkat tetapi sebagai ‘Hak Kerajaan’ perlu diberi perlindungan. 7

8 Peringkat keselamatan…
Perkara-perkara terperingkat, hendaklah di peringkat seperti berikut :- Rahsia Besar Rahsia Sulit Terhad 8

9 Rahsia besar… Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan-bahan rasmi yang jika didedah tanpa kebenaran akan menyebabkan kerosakan yang amat besar kepada Malaysia. Contoh :- Kertas-kertas Jemaah Menteri yang sangat penting mengenai dasar utama Kerajaan berkaitan perkara-perkara politik dan ekonomi; Maklumat-maklumat yang sangat penting mengenai perancangan gerakan dan penempatan barisan peperangan angkatan tentera jika berlaku perang; Surat-menyurat dengan Kerajaan negara asing mengenai aspek perdagangan dan pertahanan yang amat penting; Maklumat lengkap berkenaan dengan pertubuhan- pertubuhan perisikan Malaysia dan kaedah-kaedahnya. 9

10 Rahsia… Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan-bahan rasmi yang jika didedahkan tanpa kebenaran akan membahayakan keselamatan negara menyebabkan kerosakan besar kepada kepentingan atau martabat Malaysia atau memberi keuntungan besar kepada sesebuah kuasa asing. Contoh:- Arahan-arahan penting untuk perwakilan-perwakilan Malaysia yang membuat perundingan dalam negara asing; Maklumat-maklumat penting mengenai pemasangan-pemasangan tentera; Maklumat-maklumat penting mengenai pertubuhan-pertubuhan subversif dan kegiatan-kegiatannya; Surat-menyurat antara Jabatan mengenai perkara-perkara dasar yang penting. 10

11 Sulit… Dokumen rasmi, maklumat rasmi dan bahan-bahan rasmi yang jika didedah tanpa kebenaran walaupun tidak membahayakan keselamatan negara tetapi memudaratkan kepentingan atau martabat Malaysia atau kegiatan Kerajaan atau orang perseorangan atau akan menyebabkan keadaan memalukan atau kesusahan kepada pentadbiran atau akan menguntungkan kuasa asing. Contoh :- Laporan-laporan perisikan biasa; Dokumen-dokumen dan panduan-panduan teknik untuk kegunaan latihan tentera atau polis; Maklumat-maklumat yang mungkin membolehkan pendapatan faedah kewangan daripadanya jika didedahkan sebelum masa. 11

12 Terhad… Dokumen rasmi, maklumat rasmi selain daripada yang diperingkatkan RAHSIA BESAR, RAHSIA atau SULIT tetapi perlu diberi tahap perlindungan. Contoh:- Buku-buku Jabatan bagi maksud arahan; Perintah-perintah dan arahan-arahan biasa Jabatan; Dokumen-dokumen mengenai bekalan barang-barang dan alat-alat kelengkapan biasa tentera dan polis. 12

13 Ancaman kepada keselamatan…
Punca Ancaman :- Subversif : Kegiatan yang dijalankan oleh pertubuhan/perseorangan tidakSampai kepada peperangan. Espionaj : Kegiatan memperolehi perkara terperingkat secara tersembunyi bertujuan memudaratkan keselamatan dan kepentingan negara. Sabotaj : Perbuatan bertujuan menyebabkan kerosakan fizikal. 13

14 Ancaman kepada keselamatan…
Kelemahan Manusia : suka menunjuk-nunjuk, cuai mematuhi arahan, tidak cermat bila bercakap dan ketagih dadah/arak. Pemasaran : kerana hutang kerana seks rasuah kelakuan latarbelakang 14

15 Surat-Surat Atau Dokumen-Dokumen Terperingkat Diancam Oleh…
Penyuluh-penyuluh rahsia yang memperolehi kebenaran atau tidak mempunyai kebenaran. Individu-individu subversif yang memperolehi kebenaran atau tidak mempunyai kebenaran dan cuba membuat kerajaan dalam keadaan serba salah. Kebocoran. Kealpaan. 15

16 SEKSYEN 17A – Pembelaan sedia ada kepada pegawai awam
Mana-mana orang yang dituduh dengan apa-apa kesalahan di bawah Akta ini tidaklah boleh disabitkan jika dia membuktikan yang dia melakukan mana-mana perkara itu dalam menjalankan tugas rasminya atau dengan kuasa sepatutnya. 16

17 SEKSYEN 8 (2) (Baru) - Penalti
Jika seseorang menerima atau memberi sesuatu Rahsia Rasmi dan bersalah dengan akta ini, maka kesalahannya boleh dihukum dengan penjara selama tempoh tidak kurang daripada satu tahun tetapi tidak lebih dari tujuh tahun. 17

18 Kegiatan pengitipan… 18 Dengan Cara :-
Menyamar diri sebagai penjawat awam. Memasuki pejabat (menceroboh) bagi tujuan mencuri, menyalin atau mengambil gambar. Memintas, mencuri atau menyalin dokumen terperingkat semasa dalam perjalanan pos atau pembawa. Memeras, mendesak atau memujuk orang-orang yang dibenarkan ekses kepada maklumat-maklumat terperingkat untuk mendapatkannya. Mencuri dengan percakapan telefon atau menggunakan alat-alat pandang dengar dan rakaman untuk mendapat maklumat-maklumat terperingkat. 18

19 Kecuaian dan kelalaian yang kerap berlaku…
Bercakap mengenai perkara terperingkat melalui telefon. Bercakap mengenai perkara terperingkat di tempat-tempat awam. Menyampaikan maklumat terperingkat kepada sahabat handai atau saudara mara. Mengurus perkara terperingkat dengan cara yang tidak dibenarkan seperti gagal mematuhi peraturan menerima, memproses, menyimpan dan menghantar dokumen terperingkat. Menyimpan perkara-perkara terperingkat di tempat yang tidak sesuai. 19

20 Gagal mengunci peti-peti keselamatan yang mengandungi perkara-perkara terperingkat apabila meninggalkan pejabat. Memusnahkan buangan-buangan terperingkat dengan cara yang tidak dibenarkan atau cuai mengendalikannya Membenarkan orang yang tidak dibenarkan ekses mengurus perkara-perkara terperingkat Mendedahkan perkara-perkara terperingkat kepada orang-orang yang tidak dibenarkan (contoh: tidak menutup fail terperingkat bila ada tamu) Kecuaian pengawal-pengawal keselamatan menjalankan kewajipan mereka 20

21 Kawalan… 21 Keselamatan peribadi :- Undang-Undang
Akta Rahsia Rasmi 1972 Akuan Penjawat Awam/Aku Janji Langkah berjaga-jaga Tapisan Keselamatan Tapisan Keselamatan Kasar Tapisan Keselamatan Halus 21

22 Kawalan… Pendidikan Kursus Prinsip ‘Perlu Mengetahui’
Langkah berjaga-jaga Pengasingan tempat 22

23 Kawalan… 23 Keselamatan dokumen :- Pengurusan Dokumen Terperingkat
Pendaftaran Rahsia Pendaftaran Kecil Rahsia Peringkat Keselamatan Rahsia Besar Rahsia Sulit Terhad 23

24 24 Tanda-Tanda Keselamatan Berjilid Kekal Berjilid Tidak Kekal
Lukisan, tekapan, foto, negatif dll Warna Kulit Fail Penyimpanan Tempat menyimpan Tidak boleh dibawa pulang Penghantaran Borang jadual Sistem satu lapis dan dua lapis sampul surat Beg berkunci Utusan Selamat 24

25 25 Pelepasan Perkara Terperingkat
Kenegaraan lain - tidak dibenarkan tanpa izin Kepada orang awam Siaran akhbar – tidak dibenarkan Pemusnahan Minta kebenaran pemula Catatan dalam Buku Daftar Rujuk pihak tertentu Mengikut prosedur tertentu 25

26 Tanda keselamatan… Dokumen Kekal Berjilid Huruf Cerai Atau Cop Huruf Besar tidak kurang daripada 7mm Sebelah luar kulit hadapan dan belakang Di muka tajuk Di muka surat pertama dan penghabisan Penjuru kiri sebelah atas dan penjuru kanan Dokumen Tidak Kekal Berjilid Dicop, ditaip atau ditulis dengan huruf besar di penjuru kiri sebelah atas dan penjuru kanan sebelah bawah Lukisan, Tekapan, Negatif Foto dan Gambar Foto ditanda di sebelah belakang 26

27 Kawalan… KESELAMATAN FIZIKAL :- Kawasan Terperingkat Mewartakan
Pagar, Lampu Keselamatan Pintu Keluar Masuk Papan Kenyataan Sistem Pas Keselamatan 27

28 Kawalan… 28 KESELAMATAN FIZIKAL Keselamatan Bangunan :-
cadangan pembinaan/ubahsuai menghadkan jalan keluar masuk mengadakan kaunter tingkap/pintu kukuh dan kunci alat kalis bunyi tempat khas untuk pelawat pengawal keselamatan 28

29 Kawalan… 29 KESELAMATAN FIZIKAL :- Pas Masuk pas keselamatan
kad pengenalan jabatan kad pelantikan 29

30 Kehilangan… 30 Hendaklah :- Cari dengan segera
Laporkan kepada Ketua Jabatan Laporkan kepada Pegawai Keselamatan Kerajaan dalam masa 24 jam. Sertakan :- Bahaya dari segi keselamatan Pandangan Ketua Jabatan Syor Ketua Jabatan 30

31 Kehilangan… 31 Pegawai Keselamatan :- risiko dari segi keselamatan
Tindakan menyelamat dan pembetulan Laporkan kepada Polis jika terdapat salah laku atau jenayah 31

32 Peti keselamatan… 32 Jenis-Jenis Peti Keselamatan :-
Bilik Kebal atau bilik kebal yang diubahsuai Peti Besi Kabinet Keluli Almari Keluli Peti yang dibuat bagi tujuan khas Peti atau beg berkunci 32

33 Penghantaran dokumen terperingkat …
Jabatan yang menghantar dokumen terperingkat hendaklah mendapatkan satu resit akuan terima. Borang Jadual LG. Semak Borang Jadual – pastikan resit diterima semula. Hantar melalui peti atau beg berkunci. Hantar melalui sistem dua lapis sampul surat. Hantar melalui Utusan Selamat. Hantar melalui A.R. Berdaftar. Keluar negeri – melalui Pendaftaran Rahsia, Kementerian Luar Negeri. 33

34 Warna kulit fail terperingkat…
RAHSIA - Warna Kuning berpalang BESAR Merah di sebelah luar kulit hadapan dan belakang RAHSIA - Warna Merah Jambu berpalang merah di sebelah luar kulit hadapan dan belakang SULIT - Warna Hijau TERHAD - Warna Putih 34

35 SEKSYEN 2C… Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri atau Pegawai Awam yang dipertanggungkan boleh pada bila-bila masa mengelas semula apa-apa suratan yang dinyatakan dalam jadual dan di luar jadual. Suratan, bahan atau maklumat tersebut terhenti menjadi Rahsia Rasmi. 35

36 Sekian, Terima Kasih… 36


Download ppt "Kawalan Rahsia Kerajaan dan Keselamatan Pejabat"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google