Upload presentasi
Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu
Diterbitkan olehSuryadi Tedja Telah diubah "6 tahun yang lalu
1
USUL FIQH SESSI 4 SAMBUNGAN KAEDAH PENGAMBILAN HUKUM
Ust Md Afiq Ariff USUL FIQH SESSI 4 SAMBUNGAN KAEDAH PENGAMBILAN HUKUM 1
2
العِبْرَة بِعُمُومِ الْلَفْظِ لاَ بِخُصُوصِ السَّبَب YANG DIAMBIL KIRA IALAH LAFAZ YANG UMUM, BUKANNYA SEBAB YANG KHUSUS. Kadang-kala lafaz ‘Am lahir daripada sebab khas, maka majoriti Ulamak berpendapat: yang diambil-kira ialah lafaz yang ‘Am, bukannya sebab yang khusus. Contoh: seorang lelaki bertanya Rasulullah S.A.W : “ Ya Rasulullah, sesungguhnya kami belyar dilaut dan kami membawa bersama kami sedikit air, sekiranya kami berwuduk dengannya nescaya kami akan kehausan, apakah boleh kami berwuduk dengan air laut?” Baginda menjawab: “ laut itu suci airnya dan halal bangkainya.”
3
BAHAGIAN-BAHAGIAN ‘AM
‘Am membawa maksud Umum secara Qat’i. Lafaz ‘Am yang mempunyai tanda yang menghalang daripada berlaku pentakhsisan. ‘Am membawa maksud Khusus secara Qat’i. Lafaz ‘Am yang mempunyai tanda yang menghapuskan keumumannya,dan ditujukan pada sebahagian daripada makna-maknanya,tidak kesemuanya. ‘Am yang menerima pengkhukhusan. Lafaz ‘Am yang tidak mempunyai tanda samaada ia memerlukan pengkhukhusan atau tidak.
4
تَخْصِيصُ الْعَام PENGKHUSUSAN LAFAZ ‘AM
Jumhur Ulamak: segala penjelasan daripada nas Al-Quran atau Hadis yang berbentuk umum, tetapi mengandungi pengertian yang khusus. Ulamak Hanafi: dalil yang mentakhsiskan ‘Am hanya 3 perkara: akal, adat dan uruf, perkataan yang bersendirian tetapi bersambung dengan ‘Am.
5
BAHAGIAN-BAHAGIAN PENTAKHSIS
المُخَصِّص المُتَّصِل Pengkhususan yang bersambung dengan umum dan merupakan sebahagian daripadanya. المُخَصِّص المُنْفَصِل Pengkhususan yang terpisah daripada nas yang bersifat umum. Nas Quran dan Hadis Akal Uruf atau Adat Lafaz berasingan tetapi bersambung dengan ‘Am Lafaz berasingan daripada ‘Am Pengecualian Sifat Syarat Hingga batasan tertentu Sebahagian ganti keseluruhan
6
Takhsis Nas Al-Quran dan Hadis dibahagi kepada 5 bahagian:
a) Takhsis Al-Quran dengan Al-Quran. .واللذين يتوفون منكم ويذرون أزواجا يتربصن بأنفسهن أربعة أشهر وعشرا وأولت الاحمال أجلهن أن يضعن حملهن. Oleh itu, bagi iddah bagi perempuan yang kematian suami ialah 4 bulan 10 hari, kecuali jika ia mengandung maka iddahnya hingga ia melahirkan anak. b) Takhsis Al-Quran dengan Hadis. يوصيكم الله في أولدكم... قول رسول الله صلى الله عليه وسلم: القاتل لا يرث Oleh itu, semua anak-anak berhak mendapatkan harta warisan, kecuali jika ia membunuh maka ia tidak mewarisi apa-apa. 6
7
Takhsis Nas Al-Quran dan Hadis.
c) Takhsis Hadis dengan Al-Quran. (حديث).البكر بالبكر مائة جلدة فإذا أحصن فإن أتين بفاحشة فعليهن نصف ما على المحصبات من العذاب. Oleh itu, hukuman bagi penzina teruna dan dara disebat 100kali,kecuali bagi hamba2 perempuan yang melakukannya maka dihukum setengah daripada itu. d) Takhsis Hadis dengan Hadis. فيما سقت السماء العشر(حديث) ليس فيما دون خمسة أوسق صدقة. Oleh itu, semua tumbuh-tumbuhan yang menggunakan air hujan,zakatnya ialah 1/10, kecuali jika kurang dari 5 wasaq maka tidak diwajibkan zakat.
8
Takhsis Nas Al-Quran dan Hadis.
e) Takhsis Al-Quran atau Hadis dengan Qiyas. .الزانية والزاني فاجلدوا كل واحد منهما مائة جلدة فإذا أحصن فإن أتين بفاحشة فعليهن نصف ما على المحصبات من العذاب. Oleh itu, hukuman bagi penzina2 teruna dan dara disebat 100 kali,kecuali bagi hamba2 perempuan yang melakukannya maka dihukum setengah daripada itu. Maka diqiyaskan juga hamba2 lelaki yang melakukan zina disebat 50 kali. Akal mentakhsiskan keumuman Nas-nas. وأقيموا الصلاة وآتوا الزكاة الله خالق كل شيء Dari keumuman 3 ayat ini, akal dapat mengkhususkan: 1) 2) 3)
9
Lafaz berasingan daripada ‘Am.
URUF, adat kebiasaan. Contoh:“daging”. Disebahagian tempat, daging tidak termasuk ikan. Oleh itu sesiapa yang bersumpah, “demi Allah saya tidak mahu makan daging. Maka dia boleh makan ikan, kerana ikan terkeluar daripada hukum ‘Am,menurut adat kebiasaan. Lafaz berasingan tetapi bersambung dengan ‘Am, berasingan disini bermaksud sempurna dengan sendirian. Contoh: وأحل الله البيع وحرم الربا Allah menghalalkan jual beli, jual beli meliputi pertukaran berbentuk riba atau tidak. Maka Allah mengkhususkan hukum jual beli yang berbentuk Riba’ itu haram. Lafaz berasingan daripada ‘Am. Contoh: حرمت عليكم الميتة... هو الطهور مائه الحل ميتته (حديث) Allah mengharamkan memakan bangkai. Namum pengharaman itu dikhususkan kepada selain daripada bangkai yang hidup dilautan.
10
من كفر بالله من بعد إيمانه إلا من أكره وقلبه مطمئن بالإيمان...
Pengecualian. من كفر بالله من بعد إيمانه إلا من أكره وقلبه مطمئن بالإيمان... Barang siapa yang sudah beriman kemudian kufur maka mereka akan diazab oleh Allah,ayat ini umum dengan meliputi segala cara kekufuran, lafaz “illa” mengkhususkan mereka yang kufur dengan dipaksa tidak diazab. Sifat. ومن قتل مؤمنا خطأ فتحرير رقبة مؤمنة... Barang siapa yang membunuh orang beriman tanpa disengajai maka dendanya ialah memerdekakan hamba tidak kira kafir atau beriman, maka dengan adanya sifat yang beriman maka hendaklah dibebaskan hamba yang beriman.
11
ولكم نصف ماترك أزواجكم إن لم يكن لهن ولد...
Syarat. ولكم نصف ماترك أزواجكم إن لم يكن لهن ولد... Syarat dalam ayat ini ialah: jika isteri tidak mempunyai anak. Syarat ini membataskan hak para suami mendapat seperdua dari peninggalan isteri jika si isteri tidak mempunyai anak. Hingga batasan tertentu. فاغسلوا وجوهكم وأيديكم إلى المرافق... Basuh kedua belah tangan hingga ke siku adalah batasan tempat ketika berwuduk.untuk itu lafaz “إلى المرافق” bertujuan untuk meliputi tangan hingga ke siku. Sebahagian ganti keseluruhan ولله على الناس حج البيت من استطاع إليه سبيلا... Lafaz An-naas umum, lafaz yang digariskan menggantikan dan mengkhususkan keseluruhan maqsud ayat ini.
12
Az-Zahir الظَاهِر Bahasa: Jelas
Istilah: Setiap lafaz yang terbentuk daripadanya makna yang dikehendaki daripada pendengar tanpa menilai kepada Qarinah luaran atau pemerhatian. الزانية والزاني فاجلدوا كل واحد منهما مائة جلدة وأقيموا الصلاة وآتوا الزكاة وأحل الله البيع وحرم الربا... Ketiga-tiga ayat ini zahir,yang mana diketahui maknanya, tetapi tujuannya ialah melarang manusia daripada berbuat sedemikian,dan lafaz2 ini juga boleh dikenakan takhsis atau naskh atau ta’wil. Maka Hukum beramal dengan makna Zahir wajib secara Qat’i jika tidak ada sebarang naskh atau takhsis.
13
At-Ta’wil التَأوِيل Bahasa: Penafsiran.
Istilah: merubahkan lafaz daripada maknanya yang zahir kepada makna lain berdasarkan dalil. Syarat2 Ta’wil: Ta’wil berdasarkan dalil syarak,maka segala ta’wil yang bertentangan dengan Nas,tidak sah. Lafaz tersebut ada mengandungi makna ta’wil Mestilah yang boleh ditakwilkan, seperti: Az-Zahir, bukan ayat yang muhkam dan yang tidak menerima Ta’wil Ta’wil dilakukan oleh ahlinya.
14
Bahagian Ta’wil 1) Ta’wil jauh daripada kefahaman.
Sabda baginda pada Ghilan As-Thaqafi yang memeluk islam dan ketika itu bersama 10 isteri: أمسك منهن أربعا وفارق سائرهن Pilihlah 4 daripada mereka (Zahir),dita’wilkan kepada mulakanlah perkahwinan 4 daripada mereka. 2) Ta’wil hampir kepada kefahaman. ولا يبدين زينتهن إلا ما ظهر منها dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya,dita’wilkan kepada tapak tangan dan wajah kerana terdapat hadis menerangkan sebegitu.
15
AN-NASKHU النسخ Bahasa: penghapusan atau perubahan dari satu keadaan kepada keadaan yang lain Istilah: nas yang menghapus hukum syarak yang telah ditetapkan didalam nas sebelumnya, dengan dalil syarak yang baru. Oleh itu Nasikh ialah: ayat yang menghapuskan. Mansukh ialah ayat yang dihapuskan hukumnya. Masa berlaku nasakh: ulamak bersepakat mengatakan nasakh hanya berlaku semasa nabi hidup sahaja. Kerana nasakh tidak berlaku kecuali melalui wahyu sahaja.
16
DALIL BERLAKUNYA NASAKH
ما ننسخ من ءاية أو ننسها نأت بخير منها أو مثلها, ألم تعلم أن الله على كل شيء قدير. أن النبي صلى الله عليه وسلم أقام يستقبل بيت المقدس في الصلاة ستة عشر شهرا ثم نسخ ذلك بطلب التوجه إلى الكعبة. ومن يبتغ غير الإسلام دينا فلن يقبل منه. كنت نهيتكم عن زيارة القبر فزوروها.
17
SYARAT-SYARAT NASAKH Hukum Mansukh mestilah hukum yang berbentuk amali bukan hukum akal yang telah tetap. Kaedah An-Nasakh mestilah berdasarkan syarak dan berlaku sewaktu hayat Baginda. Hukum Mansukh mesti turun lebih dahulu daripada penggantinya. Hukum Mansukh mestilah sabit berdasarkan Nas,dan tidak ditentukan penggunaannya pada masa tertentu dan tidak dikekalkan. Hukum yang diganti hendaklah berkenaan dengan mukallaf. Dalil yg mengganti adalah sama kuat atau lebih kuat daripada dalil yg diganti dari sudut sabit dan dilalah. Ada penentangan diantara keduanya tetapi sama sudut jenis.
18
CARA MENGETAHUI NASAKH
Lafaz yang memang menunjukkan nasakh. الئن خفف الله عنكم وعلم أن فيكم ضعفا, فإن يكن منكم مائة صابرة يغلبوا مائتين... سورة الانفال: 66. 2) Datangnya terkemudian, melalui kenyataan nabi. كنت نهيتكم عن زيارة القبور فزوروها. 3) Perbuatan dan amalan nabi. Nabi merejam Ma’iz Al-Aslami tanpa menyebatnya 100 kali. Ini berlaku selepas sabdanya: جلد مائة والرجم 4) Penegasan melalui ijmak ulamak.
19
CARA-CARA BERLAKU NASAKH
1)Nasakh yg tiada gantian dari sudut hukum: ياأيها اللذين ءامنوا إذا نجيتم الرسول فقدموا بين يدي نجواكم صدقة. ءأشفقتم أن تقدموا بين يدي نجواكم صدقات فإذ لم تفعلوا وتاب الله عليكم. 2)Ganti hukum sama dgn yg dinasahkan: قد نرى تقلب وجهك في السماء فلنولينك قبلة ترضها فول وجهك شطر المسجد الحرام. 3)Ganti hukum lebih ringan dgn yg dinasakhkan: الئن خفف الله عنكم وعلم أن فيكم ضعفا.. 4)Ganti hukum lebih berat dgn yg dinasakhkan: يسئلونك عن الخمر والميسر قل فيهما إثم كبير ومنافع للناس وإثمهما أكبر من نفعهما. ياأيها اللذين ءامنؤا لاتقربوا الصلاة وأنتم سكارى. ياأيها اللذين ءامنؤا إنما الخمر والميسر...رجس من عمل الشيطان فاجتنبوه.
20
BAHAGIAN-BAHAGIAN NASAKH
Nasakh secara terang الئن خفف الله عنكم وعلم أن فيكم ضعفا, فإن يكن منكم مائة صابرة يغلبوا مائتين.. Nasakh secara kandungan يوصيكم الله في أولدكم – كتب عليكم إذا حضر أحدكم الموت إن ترك خيرا الوصية للوالدين والاقربين بالمعروف. إن الله أعطى كل ذي حق حقه فلا وصية لوارث. Nasakh keseluruhan واللذين يتوفون منكم ويذرون أزواجا وصية لأزواجهم متاعا إلى الحول غير إخراج..سورة البقرة. واللذين يتوفون منكم ويذرون أزواجا يتربصن بأنفسهن أربعة أشهر وعشرا.
21
DALIL-DALIL YANG MENASAKHKAN
Tandakan (H) jika harus dan (X) jika tidak harus. Nasakh Al-Quran dengan Al-Quran atau Hadis ( ) Nasakh Hadis dengan Hadis ( ) Nasakh Hadis dengan Al-Quran ( ) Nasakh Ijma’ dengan Al-Quran atau Hadis ( ) Nasakh Al-Quran atau Hadis dengan Ijma’ ( ) Nasakh Ijma’ dengan Ijma’ ( ) Nasakh Qiyas dengan Quran/Hadis/Ijma’ ( ) Nasakh Quran/Hadis/Ijma’ dengan Qiyas ( ) Nasakh Qiyas dengan Qiyas. ( )
22
NASAKH AL-QURAN DENGAN AL-QURAN ATAU HADIS
Ulamak bersepakat mengatakan harus Al-Quran menasakhkan nas Al-Quran yang lain,kerana sama dari segi kekuatan. Ulamak berselisih pendapat pada masalah Al-Quran dinasakhkan oleh Hadis kepada 3 pendapat. Jumhur Ulamak: Harus Al-Quran dinasakhkan dengan hadis mutawatir,kerana sama dari segi kekuatan. Ulamak Hanafi: + Hadis Masyhur kerana dikira hampir setaraf dengan Al-Quran dari segi kekuatan. Sebahagian Ulamak dan Imam Syafi’e: Tidak harus Al-Quran dinasakhkan oleh Hadis.
23
NASAKH HADIS DENGAN HADIS NASAKH HADIS DENGAN AL-QURAN
Pendapat Jumhur: Harus hadis menaskhkan hadis, jika yang menasakhkan itu lebih kuat atau setaraf dari yg dinasakhkan. Oleh itu harus: Hadis Mutawatir X Hadis Mutawatir dan Hadis Ahad. Hadis Ahad X Hadis Ahad. Pendapat Ulamak Hanafi: Harus… + Hadis Masyhur X Hadis Masyhur dan Hadis Ahad. NASAKH HADIS DENGAN AL-QURAN Ulamak bersepakat mengatakan Al-Quran harus menasakhkan Hadis. أن النبي أقام يستقبل بيت المقدس في الصلاة ستة عشر شهرا ثم نسخ ذلك بطلب التوجه إلى الكعبة. قد نرى تقلب وجهك في السماء فلنولينك قبلة ترضها فول وجهك شطر المسجد الحرام.
24
YANG TAK BOLEH DINASAKH
HIKMAT NASAKH Ayat-ayat Aqidah. Ayat-ayat Sejarah. Hukum2 yang telah ditetapkan selepas kewafatan nabi Muhammad serta melalui Ijma’ Hukum tentang semua sifat mulia dan keji. Hukum-hukum yang telah dijelaskan berkekalannya oleh syarak. Menjaga kepentingan dan kemaslahatan manusia. Tidak membebankan Umatnya, dan sebahagian hukum diturunkan beransur-ansur. Bertepatan dengan sifat manusia yang lemah. Memudahkan manusia memahami dan menghayati tuntutan syariat dengan lebih senang. Memberi kesempatan pada umat Islam.
Presentasi serupa
© 2024 SlidePlayer.info Inc.
All rights reserved.