Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

Presentasi sedang didownload. Silahkan tunggu

BAB 3: MENJAGA AKHLAK DALAM BERIBADAH

Presentasi serupa


Presentasi berjudul: "BAB 3: MENJAGA AKHLAK DALAM BERIBADAH"— Transcript presentasi:

1 BAB 3: MENJAGA AKHLAK DALAM BERIBADAH
Andalus Corporation Pte Ltd KBM 2 AKHLAK ISLAMIAH BAB 3: MENJAGA AKHLAK DALAM BERIBADAH

2 MENJAGA AKHLAK DALAM BERIBADAH
TIDAK MENGABAIKAN SOLAT LIMA WAKTU TIDAK MENGABAIKAN SOLAT JUMAAT TIDAK MENGABAIKAN PUASA RAMADAN TIDAK MENGABAIKAN TUNTUTAN ZAKAT TIDAK MENGABAIKAN TUNTUTAN HAJI 2008 KBM 2 AKHLAK BAB 3

3 1. TIDAK MENGABAIKAN SOLAT LIMA WAKTU
Solat sebagai Ibadah terpenting Solat merupakan ibadah penting yang melibatkan perhubungan langsung di antara hamba dengan Allah s.w.t. Dengan memahami dan menghayati bacaan solat akan menghasilkan ketenangan kepada jiwa orang yang mengerjakannya. 2008 KBM 2 AKHLAK BAB 3

4 1. TIDAK MENGABAIKAN SOLAT LIMA WAKTU
Solat adalah ibadah yang dimulai dengan takbiratul ihram dan diakhiri dengan salam. Lafaz takbir menggambarkan keyakinan seorang Muslim bahawa kebesaran dan keagungan itu adalah milik Allah s.w.t. Surah al-fatihah yang dibaca sebanyak 17 kali dalam solat fardhu merupakan ikrar bahawa segala amalan adalah untuk Allah. 2008 KBM 2 AKHLAK BAB 3

5 1. TIDAK MENGABAIKAN SOLAT LIMA WAKTU
Prinsip solat adalah mencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Seseorang yang baik solatnya diibaratkan seperti cahaya yang menerangi orang di sekitarnya dengan sikap, tingkah laku dan percakapannya yang mulia. 2008 KBM 2 AKHLAK BAB 3

6 1. TIDAK MENGABAIKAN SOLAT LIMA WAKTU
Dosa Meninggalkan Solat Hukum meninggalkan solat tanpa sebab yang dapat diterima ialah berdosa besar. Akibatnya: Dimasukkan ke dalam neraka Saqar Dijauhkan dari naungan dan penjagaan Allah Dijatuhkan dalam kekufuran Membuat kebaikan yang lain mejadi sia-sia 2008 KBM 2 AKHLAK BAB 3

7 2. TIDAK MENGABAIKAN SOLAT JUMAAT
Hari Jumaat adalah hari yang ditetapkan oleh Allah s.w.t bagi umat Islam untuk berjumpa dan beribadah bersama. Dikerjakan secara berjemaah seminggu sekali. Dikecualikan dari solat jumaat: hamba, wanita, kanak-kanak dan orang sakit 2008 KBM 2 AKHLAK BAB 3

8 2. TIDAK MENGABAIKAN SOLAT JUMAAT
Hikmah Solat Jumaat: pertemuan orang Islam keseluruhan pada satu tempat. dapat saling memberi nasihat. menguatkan persaudaraan. menambahkan semangat perpaduan. Menambahkan perasaan kasih sayang dan sifat tolong menolong. 2008 KBM 2 AKHLAK BAB 3

9 2. TIDAK MENGABAIKAN SOLAT JUMAAT
khutbah jumaat membuatkan mereka peka dan mengambil berat tentang perkara yang berlaku disekeliling. isi khutbah dapat dijadikan pegangan untuk keselamatan hidup dunia dan akhirat. merupakan keuntungan yang dapat diraih oleh mereka yang hadir untuk solat jumaat. 2008 KBM 2 AKHLAK BAB 3

10 2. TIDAK MENGABAIKAN SOLAT JUMAAT
Bahaya meninggalkan Solat Jumaat Hati mereka akan dikunci Mereka akan menjadi orang yang lalai Mereka termasuk dalam golongan munafik 2008 KBM 2 AKHLAK BAB 3

11 3. TIDAK MENGABAIKAN PUASA RAMADAN
Puasa merupakan kewajipan yang difardukan. Dari segi bahasa – menahan daripada sesuatu samada kata-kata atau makanan Dari segi syarak – menahan diri dari makan, minum dan segala yang membatalkan bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari dengan disertai niat. 2008 KBM 2 AKHLAK BAB 3

12 3. TIDAK MENGABAIKAN PUASA RAMADAN
Tujuan utama berpuasa adalah untuk mencapai ketakwaan. Ketakwaan adalah penjagaan diri dari segala yang menimbulkan kemurkaan Allah s.w.t dan azab-Nya. 2008 KBM 2 AKHLAK BAB 3

13 3. TIDAK MENGABAIKAN PUASA RAMADAN
Faedah berpuasa: Mendapat balasan pahala yang melimpah-ruah dan baginya hak memasuki syurga melalui pintu khusus yang bernama ‘al-Rayyan’. Dijauhi dari azab serta dihapuskan dosa-dosa terdahulu 2008 KBM 2 AKHLAK BAB 3

14 3. TIDAK MENGABAIKAN PUASA RAMADAN
Dapat memperolehi kesihatan dari segi jasmani dan rohani. memberi ketenangan jiwa dan menerapkan dalam hati rasa syukur terhadap Allah s.w.t. atas segala nikmat-Nya mendidik jiwa supaya mempunyai sifat belas dan kasih terhadap orang yang menderita kelaparan dan kurang bernasib baik. 2008 KBM 2 AKHLAK BAB 3

15 3. TIDAK MENGABAIKAN PUASA RAMADAN
Membersihkan diri dari sifat mazmumah (akhlak yang tercela) seperti tamak, sombong, dengki dan sebagainya. Melatih jiwa supaya sabar dalam menghadapi pelbagai kesusahan, masalah dan cabaran dalam kehidupan. Menyempitkan jalan aliran darah yang merupakan jalan syaitan pada diri manusia. 2008 KBM 2 AKHLAK BAB 3

16 3. TIDAK MENGABAIKAN PUASA RAMADAN
Merehatkan serta membersihkan sistem pencernaan dalam tubuh. Memperolehi kecerdasan akal dan fikiran Melatih hidup secara teratur dan berdisplin Menunjukkan prinsip kesatuan umat Islam kerana berpuasa dan berbuka pada waktu dan bulan yang sama. 2008 KBM 2 AKHLAK BAB 3

17 3. TIDAK MENGABAIKAN PUASA RAMADAN
Meninggalkan puasa merupakan dosa besar seperti sabda Rasulullah s.a.w. : “Sesiapa yang berbuka satu hari saja di bulan Ramadan dengan tanpa sebarang kelonggaran yang dibenarkan oleh Allah kepadanya, puasa itu tidak dapat digantikan itu dengan puasa satu masa, andaikan dipuasakannya.” (HR. Bukhari dan Tirmidzi) 2008 KBM 2 AKHLAK BAB 3

18 4. TIDAK MENGABAIKAN TUNTUTAN ZAKAT
Anjuran Menunaikan Zakat Rukun Islam yang keempat Wajib bagi orang-orang yang hartanya telah mencapai nisab. Tujuannya untuk mensucikan diri setiap Muslim dari harta yang diperolehinya serta penyucian diri dari sifat kedekut dan tamak. 2008 KBM 2 AKHLAK BAB 3

19 4. TIDAK MENGABAIKAN TUNTUTAN ZAKAT
Mempunyai kaitan yang rapat dengan keimanan. Merupakan salah satu cara untuk mengatasi masalah kemiskinan, jenayah dan masalah sosial yang lain. 2008 KBM 2 AKHLAK BAB 3

20 4. TIDAK MENGABAIKAN TUNTUTAN ZAKAT
Ancaman terhadap orang yang meninggalkan kewajipan Zakat. Orang yang tahu akan kewajipan berzakat tetapi enggan melakukannya termasuk ke dalam golongan orang yang tidak bersyukur dengan pemberian Allah. Mereka ini diancam oleh Allah dengan siksa yang pedih dan akan menyesal di hari kiamat. 2008 KBM 2 AKHLAK BAB 3

21 4. TIDAK MENGABAIKAN TUNTUTAN ZAKAT
Hukum orang yang enggan membayar Zakat. Orang yang mengingkari kewajipan membayar zakat hukumnya murtad (keluar dari agama Islam). Orang yang tidak mengeluarkan zakat tetapi masih mengaku akan kewajipannya, maka hukumnya berdosa. 2008 KBM 2 AKHLAK BAB 3

22 5. TIDAK MENGABAIKAN TUNTUTAN HAJI
Kewajipan Menunaikan Haji Haji ertinya berziarah atau mengunjungi Dari segi syarak ialah menziarahi atau mengunjungi Kaabah di Mekah untuk beribadah dengan niat yang tertentu, pada waktu tertentu dan dengan cara-cara yang tertentu. 2008 KBM 2 AKHLAK BAB 3

23 5. TIDAK MENGABAIKAN TUNTUTAN HAJI
Rukun Islam yang kelima. Wajib seumur hidup sekali dan cukup syarat. Syarat wajib haji: - Islam - Baligh - Berakal - Mampu (kekuatan tubuh dan wang) 2008 KBM 2 AKHLAK BAB 3

24 5. TIDAK MENGABAIKAN TUNTUTAN HAJI
Manfaat Ibadah Haji Dapat membersihkan seseorang dari dosa-dosanya sehingga ibadah hajinya menjadi mabrur dan diterima oleh Allah s.w.t Mendorong umat Islam supaya hidup bersatu dalam rukun dan damai serta tolong menolong diantara satu sama lain. Perhimpunan umat Islam atas dasar ketaatan kepada Allah akan mendapat keberkatan. 2008 KBM 2 AKHLAK BAB 3

25 5. TIDAK MENGABAIKAN TUNTUTAN HAJI
Mengukuhkan tali persaudaraan Mengingatkan umat Islam tentang kewajipan mereka terhadap negara Islam yang lain. Meningkatkan kepekaan terhadap masalah yang melanda umat Islam. Saling membantu kerana mereka disatukan dengan nilai dan satu keyakinan iaitu Islam. 2008 KBM 2 AKHLAK BAB 3

26 5. TIDAK MENGABAIKAN TUNTUTAN HAJI
Ancaman terhadap orang yang tidak melakukan Haji seperti sabda Rasulullah s.a.w.: “Barangsiapa yang tidak menghalanginya dari melaksanakan ibadah haji: kepentingan yang mendesak atau sakit parah atau larangan dari seorang pemimpin yang zalim dan kemudian dia tidak haji (tanpa ada pengecualian tersebut diatas) maka hendaklah ia pilih mati dalam keadaan Yahudi atau Nasrani.” (HR. Ahmad, Baihaqi dan dihasankan oleh Syaukani) 2008 KBM 2 AKHLAK BAB 3

27 5. TIDAK MENGABAIKAN TUNTUTAN HAJI
Ada 3 pengecualian yang diberi oleh Rasulullah kepada umatnya: Adanya kepentingan yang sangat mendesak dan tidak boleh ditunda. Sakit yang sangat parah yang menghalangi dari melaksanakan semua kewajipan dalam syariat haji. Larangan dari seorang pemimpin yang zalim di negaranya untuk melaksanakan haji. 2008 KBM 2 AKHLAK BAB 3


Download ppt "BAB 3: MENJAGA AKHLAK DALAM BERIBADAH"

Presentasi serupa


Iklan oleh Google